Amalan sedekah merupakan sebuah amalan yang disarankan di dalam Islam. Bukan hanya dijanjikan ganjaran pahala, malah ia membentuk diri untuk menjadi insan yang lebih bertanggungawab dan sensitif tentang kesusahan orang lain.
Justeru, dalam usaha untuk menyemai amalan bersedekah dikalangan masyarakat kita, Hijabista bersama dengan Kenanga Investors Berhad membawakan Tazkirah 2U yang dihoskan oleh Hana Ismail.
Berdiskusi topik Sembunyi Dalam Terang, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIMmembuka kalam bicara dengan menerangkan mengenai keikhlasan dalam bersedekah.
Menurutnya, media sosial hari ini diibaratkan sebagai pentas dalam mempersembahkan realiti kehidupan. Sama ada golongan selebriti mahupun orang awam, ramai yang memilih untuk memperlihatkan segala aktiviti yang dilakukan di akaun media sosial mereka, termasuklah dengan amalan bersedekah.
Namun, persoalannya, adakah wujud secebis nilai keikhlasan jika amalan sedekah itu dipertontonkan kepada khalayak umum? Mengapa tidak dilakukan secara sembunyi?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, andai amalan sedekah yang dilakukan itu dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan kebaikan, maka tidak mengapa. Namun, jika niat yang wujud di hati itu bukan atas dasar kerana Allah SWT, maka ia hanyalah amalan yang disia-siakan.
“Jika kita merupakan seorang influencer yang dapat mempengaruhi orang lain untuk membuat kebaikan, maka tiada masalah. Sebagai contoh, kita kongsi kegembiraan seseorang apabila mendapat bantuan derma dengan tujuan untuk merangsang mata yang melihat melakukan sedekah,” ujarnya.
Ads
Tambahnya lagi, ia bukan sahaja merujuk kepada satu individu sahaja, malah, mereka yang melihat juga harus disemikan dengan sangka baik supaya dijauhi dari fitnah.
“Bukan hanya kepada mereka yang berkongsi tentang amalan sedekah di media sosial, tetapi kita yang melihat ini juga harus sentiasa bersangka baik. Usah racuni fikiran dengan tanggapan yang negatif,” nasihatnya.
“Hidup 80 tahun, hanya 1/2 hari saja amalan diterima..”
Sukar untuk kita aturkan mengenai apa yang dilakukan oleh setiap hamba Allah SWT. Sukar juga untuk kita tahu tentang keikhlasan hati seseorang. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai umat Islam, kita harus sentiasa berusaha mencari keikhlasan hati suapaya mendapat keberkatan dari-Nya. Andai timbul rasa riak dan takbur, amalan yang dilakukan hanyalah sia-sia.
Ads
“Kita ambil contoh yang mudah, di dalam masjid. Ada tabung derma dihadapan kita lalu kita sedekah RM5. Tetapi, kerana malu orang sebelah memandang, kita masukkan lagi RM5. Adakah ia diterima Allah? Jawapannya, hanya RM5 awal tadi yang diterima Allah kerana ikhlas. Boleh jadi, RM10 yang disedekahkan itu tidak diterima oleh Allah SWT. Bukankah ia menjadi amalan yang sia-sia?,” tambah Prof. Madya Dr. Nik Salida.
Apa yang lebih menakutkan apabila saat kita dihimpunkan di akhirat kelak, dan diperhitungkan segala amalan, usah terkejut sekiranya sepanjang usia kita selama 80 tahun, amalan baik yang kita lakukan selama kita hidup, hanya diterima setengah hari saja diterima oleh Allah SWT. Nauzubillah..
“80 tahun hidup, hanya setengah hari saja bermanfaat. Sedangkan orang itu solat 5 waktu, berpuasa, bersedekah, menunaikan umrah dan haji, tetapi amalannya hanya diterima 1/2 hari sahaja.
Rupa-rupanya, hanya 1/2 hari sahaja yang dilakukannya ikhlas, kerana Allah SWT. Amalannya yang lain dilakukan kerana manusia. Sungguh, hidupnya di dunia hanyalah sia-sia. Semoga kita dijauhkan,” ulasnya lanjut.
Ads
“Sentiasa berdoa untuk elak murka Allah..”
Benar. Bukan mudah mencapai sebutir zarah sebuah keikhlasan. Namun, andai diri sentiasa dekat dengan-Nya, maka, diri pasti tidak lekang dengan nilai ikhlas saat bersedekah. Bukankah Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, amalan sedekah itu, sebaik-baiknya dilakukan secara senyap dan sembunyi. Ibarat, tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Apatah lagi orang di sebelah. Jika kita tidak mampu untuk elak rasa bangga, riak dan takbur, maka sulamilah diri dengan ilmu-ilmu dari majlis agama, mendengar tazkirah dan berdoalah kepada-Nya.
“Kita sebagai seorang Muslim harus sentiasa mengajar diri untuk mengikhlaskan hati dan lakukan semuanya kerana Allah SWT. Pintalah kepadanya untuk permudahkan urusan dan memohon keberkatan darinya. Percayalah, amalan sedekah itu banyak ganjarannya.
Andai kita permudahkan manusia lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Usap harapkan balasan baik dari manusia, malah mintahlah rahmat kepada Allah kerana Dialah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,” ujarnya menutupi kalam bicara temubual eksklusif bersama Hijabista.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pulihkan wajah yang yang bermasalah bukan mudah jika anda sendiri tidak mahu berusaha dan inginkan hasil yang cepat. Ya! Betul dalam mencari solusi, anda perlu percaya pada proses yang dijalaninya.
Hijabi ini nekad kongsi pengalaman waktu breakout, bukan sahaja rawatan namun produk yang digunakan. Mungkin sedikit sebnayak penyuntik semangat hijabi di luar sana.
Tak paksa, tapi syorkan
Saya nak shared pengalaman waktu muka breakout & shared produk apa / treatment apa untuk saya pulihkan skin saya. Ini terpulang pada masing-masing nak mencuba atau tidak.
Nak bagitahu juga, kalau skin dah teruk sangat saya syorkan buat rawatan dekat klnik/spa terus. Takyah cuba produk itu ini takut makin teruk pulak jadinya. Tapi ni saya tak paksa pon.., ikut laa pada diri masing-masing.
Saya buat rawatan dekat MBH MEDISPA. Harga ? tengok pada skin laa juga, selama dalam proses rawatan saya pakai skincare dari MBH MEDISPA. Lepas stop buat rawatan saya terus cari skincare luar.
3. DERMAPEN (hilangkan/pudarkan bekas hitam) rawatan ni juga sebanyak 3 kali.
4. Selepas buat rawatan GLOW PEEL THERAPY, saya terus berhenti buat mana-mana rawatan. Saya sendiri nak jaga skin saya sendiri. Tak larat laaa sebb nak cantik kena ada duit banyak!
5. Ini gmbar saya snap 27 May 2023. Okay tak ? Bagi saya dah tersangat okay daa ni!
6. Yg aloe rice milk tu seminggu saya pakai rasa kulit kering betul , tapi saya teruskn jugak pakai alhamdulillah masuk 2minggu skin lembutt jaa
Aloe & Rice Milk Cleansing Foam
Garnier Men Oil Control Anti blackhead Brightening Icy Scrub
Pure Aloe Soothing Gel
Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner
Wardah Lightening Face Toner
Wardah SPF50 UV Shield
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Syurga Firdausi sememangnya menjadi destinasi akhir idaman semua muslimin. Namun, cukupkah amalan kita untuk memasukinya? Jika syurga dan neraka sudah ditentukan untuk kita sejak dari azali lagi, jadi adakah sia-sia amalan hidup kita selama ini ? Mari kita ikuti thread yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter iaitu @FrshFzwn mengenai takdir syurga dan neraka untuk manusia.
Mengapa kita perlu terus hidup apabila tempat akhir kita sudah ditentukan ?
Kisahnya bermula sejak dari zaman Nabi Adam a.s. lagi.
Jika anda sedang membaca ini, maknanya Tuhan sedang mempermudahkan jalan anda ke syurga!
Keseimbangan adalah segalanya dalam hidup. Mungkin akan timbul persoalan, kenapa Tuhan tidak menolong orang yang ke arah kesesatan?
Allah yang mencipta masa dan masa tidak pernah langsung menjadi satu masalah kepadaNya.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang dan sama-samalah kita berusaha menuju ke jalan yang diredhai Allah dan mendapat tempat di syurgaNya nanti, InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik dan juga pelakon, Wawa Zainal memaklumkan bahawa dia teringin memiliki sepasang anak kembar, dan berhasrat untuk menjalani rawatan kesuburan serta menjalani prosedur Persenyawaan In-Vitro (IVF).
Memetik laporan Harian Metro, Wawa berkata sekiranya dia mempunyai rezeki melahirkan anak ‘kembar’, maka ia bakal menjadi pelengkap kepada impianya yang mahu mempunyai jumlah ahli keluarga besar.
Wawa Zainal Impikan Anak Kembar Dan Keluarga Besar!
“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan.
“Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat,” katanya lapor Harian Metro.
Mengulas isu sama, jelas Wawa lagi, dia bercadang untuk hamil dalam tempoh masa empat tahun lagi setelah meneliti dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya kesihatan fizikal dan mental.
“Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” ujarnya.
Selain itu, wawa turut menzahirkan rasa syukur apabila rumahtangga dan perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta, aktor kacak Aeril Zafrel semakin utuh walaupun telah memasuki tahun ke-12.
“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.
“Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan,” katanya.
Tambah Wawa lagi, apa yang penting dalam melayari bahtera rumah tangga adalah sikap ‘tolak ansur’ yang menjadi pegangan antara satu sama lain.
Ini demikian kerana, sikap ini sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan suami isteri, tanpa perlu meminta ‘buah fikiran’ mahupun melibatkan keluarga atau orang luar.
“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” jelasnya.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...