Fitrah seorang wanita yang sukakan kecantikan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kelihatan cantik. Demi kerana mahu kelihatan cantik berseri dan awet muda, wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.
Sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Ads
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
CARA AMALAN:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Ads
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaha ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Photo by Mustafa ezz from Pexels
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Sejak melahirkan anak keduanya, kelibat pelakon Nora Danish jarang dilihat aktif di media massa. Kesibukan menguruskan anak menyebabkan dia hanya aktif di media sosial. Walaupun usia perkahwinan Nora Danish dan Nedim baru menjangkau dua tahun, namun pelbagai rintangan dihadapi oleh pasangan ini.
Menurut Nora ketika kehamilan anak keduanya dia diberitahu doktor dirinya disahkan menghidap fibroid sebesar 10 sm. Ketika mengandungkan Neney di saat kandungan 8 bulan memang doktor memberitahu akan ada komplikasi sehingga boleh menyebabkan rahim dibuang jika perkara ini menjadi serius.
Namun segalanya adalah ketentuan Illahi apabila Nora selamat melahirkan Neney. Akan tetapi buat masa sekarang Nora belum berkesempatan untuk membuang ketumbuhan fibroid dalam perutnya.
Dek kerana jadual berlakon yang padat Nora berdoa terus dalam keadaan yang sihat dan insya-Allah dia akan membuang ketumbuhan ini.
Hasrat Menimang Anak Perempuan
Walaupun berhasrat untuk memiliki puteri dalam rumahtangga memang ada tetapi keadaan Nora ketika ini tidak mengizinkan untuk mengandung lagi. Justeru Nora meminta netizen mendoakan agar dirinya dalam keadaan yang sihat.
Dia dan suami yang akal menyambut ulang tahun kedua perkahwinannya tidak lama lagi, Nora akui mahligai yang dibina kali ini memberi sedikit ketenangan. Ini kerana dia dikurniakan suami yang cukup memahami dirinya. Nora turut merasakan diri sangat beruntung kerana pernah melalui episod duka dalam rumahtangga sebelum ini.
Isu Anak Tidak Pernah Membantutkan Rutin Harian
Pernah tular sebelum ini isu ramai yang mengatakan Neney anak kecil pasangan ini tidak comel. Akan tetapi situasi itu tidak pernah membantutkan Nora dan Nedim untuk muat naik gambar cahaya mata mereka Neyqal di laman sosial Instagram.
Bagi Nora dan suami biarlah apa pun pendapat netizen, janji mereka sekeluarga bahagia. Memang pada mulanya Nora agak terkesan dengan komen netizen, namun beruntung kerana suami sering menenangkan Nora.
Anak Lebih Mesra Dengan Bosned
Melihat entri di Instagram ramai pengikut Nora akui Neney lebih rapat dengan suaminya Bosned berbanding Nora.
“Salah tanggapan itu ya! gurau Nora. Ya memang betul Neney bila bersama Ned dia tampak lebih happy, lagipun Ned rajin muat turun momen bersama Neney di Instagram berbanding Nora. Tetapi kami sama-sama menghabiskan masa bersama Neney, kecuali Nora ada kerja, Ned suami yang bertanggungjawab menjaga Neney, Alhamdulilah!”
Bersyukur dikurniakan pasangan yang cukup memahami Nora.
Perjalanan dua tahun bersama Bosned, Nora bersyukur temui pasangan yang betul-betul memahami. Nora berlajar dari pengalaman dalam dua tahun ini memang banyak dugaan dengan suami yang sentiasa memahami dan memberi semangat selalu. Ned banyak buat kejutan yang manis dan tidak di jangka.
Tiga hero kesayangan Nora dan Nedim.
Pelakon kecil molek ini ditemui ketika majlis pelancaran HIjab Jovian x Oh Most Wanted pada 23 Mac baru-baru ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai hijabi yang sanggup berlapar atau menjalani diet intermittent fasting untuk mendapat susuk tubuh idaman. Namun ramai yang lupa kelebihan berpuasa sunat seumpama menjalani diet intermittent fasting. Tibanya bulan Rejab, umat islam dianjurkan berpuasa sunat, supaya lebih manfaat dan mendapat berkat. Insyallah
Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.
Yang bermaksud, Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya‘ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan
Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: Mukhtar al-Shihah, 118] Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya.
Kelebihan Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan
Dalam Bulan Rejab, dianjurkan banyak berdoa dan berzikir dengan ketentuan berikut, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asyakir daripada Abi Umamah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Lima malam yang tidak akan ditolak doa padanya ialah doa pada awal bulan Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.
Oleh itu, dianjurkan untuk melakukan amalan-amalan berikut pada bulan rejab:
Berpuasa pada Khamis pertama bulan Rejab, InsyaAllah syurga akan menjadi bahagiannya.
Di dalam Syurga ada sebatang sungai yang dinamakan ‘Rejab’. Ia lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais dan lebih manis dari madu. Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, maka Allah akan mengurniakannya minuman dari sungai itu (Hadis).
Berpuasa pada 1 Rejab, akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya (al-Jami’us Shaghir)
Nabi Adam pernah bertanya kepada Allah mengenai hari yang paling disukaiNya.
FirmanNya:
“Nisfu Rejab: Sesiapa yang menghampirkan dirinya dengan puasa, solat sunat, bersedekah dan beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampunkan dengan bersedekah dan berzikir serta akan menjaga diri dari melakukan maksiat. Syurgalah bahagiaannya”
Pada malam 15 dan 27 rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat dengan 6 salam. Pada setiap rakaat hendaklah dibacakan al-Fatihah dengan sebarang surah.
Selepas memberikan salam, baca zikir ini:
Maha Suci Allah. Segala puji-pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar.”
Disambung dengan istigfar sebanyak 100 kali:
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya”
Kemudian selesai sahaja bertasbih dan beristigfar, berdoalah apa sahaja demi kebaikan diri sendiri dan keesokan hari hendaklah kita berpuasa selama sehari (Imam Ghazali)
Barang siapa membaca ayat ini pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan di antara Zohor dengan Asar:
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, tiada yang menguasai akan diriNya, tidak ada yang dapat membuat, menolak mudarat, manfaat dan tidak ada yang dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan”
Nescaya dua malaikat akan disuruh menghapuskan semua kejahatannya.
Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa selama 1000 tahun dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaya. Barang siapa bersedekah 1000 dinar, dicatat setiap helai rambut dan bulu yang ada di badannya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjatnya, dihapuskan darinya 1000 kejahatan dan dicatat juga sedekahnya itu akan beroleh ganjaran 10 kali pahala haji dan umrah, serta didirikan untuknya Gedung di Syurga (Salman al-Farisi)
Lafaz Niat Puasa Bulan Rejab
Niat puasa sunat hari Arafah adalah seperti berikut:
Pernah tak anda terima satu hadiah dari orang, tetapi apakan daya, hadiah itu bukanlah benda yang anda suka. Jadi anda pulak rasa sayang untuk simpan, apa kata jual? Dapat jugak duit betul tak?
Ha…tahu tak sebenarnya itu satu perbuatan yang salah. Kenapa perlu anda tidak rasa bersyukur dengan pemberian yang diberikan oleh seseorang itu. Bukan ke lebih baik ada dari tiada?
Tak rasa bersyukur dengan ‘nikmat’ yang ada
Sumber gambar dari Canva
Bagaimana nak rasa bersyukur jika ada perasaan kecewa saat terima pemberian hadiah yang diberikan. Tidakkah anda rasa ia merupakan satu sifat yang tidak disukai oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW.
Perbuatan ini dipanggil hibah atau dalam pengertian yang lebih jelas adalah pemberian hadiah kepada seseorang. Dalam agama Islam, perbuatan ini sangat digalakkan sebagai satu tanda kasih sayang dan kita juga sepatutnya tidak mengharapkan apa pun jenis balasan.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kita tidak boleh sama sekali untuk kita menjual hadiah yang diterima. Bukan sahaja tidak boleh dijual, namun, kita juga tidak boleh memberikan hadiah yang diterima kepada orang lain.
Akan tetapi, tiada pula dalil yang menunjukkan samada boleh atau tidak boleh menjual hadiah mahupun menghadiahkan semula barangan tersebut kepada orang lain. Apabila kita menerima hadiah itu, terpulang kepada kita untuk menguruskannya mengikut kehendak sendiri.
Kenapa? Kerana hadiah itu telah pun menjadi hak milik mutlak. Jadi si pemberi tidak boleh katakan tidak tetapi bukankah ia kelihatan tidak manis jika mereka lihat kita seolah-olah tidak bersyukur menerimanya?
Ianya sekarang berpaling semula kepada adab serta nilai moral yang tersemat dalam diri masing masing. Adakah kita sanggup melihat pula rakan kita sedih apabila pemberian hadiah mereka kepada kita itu tidak dihargai. Jagalah adab serta akhlak anda kerana itu cerminan diri anda yang sebenar.