Berhijab bukan halangan untuk tampil stailo, lihat sahaja pada gaya penyanyi bervokal tinggi ini. Aina Abdul bukan nama asing dalam dunia seni Tarik suara tempatan, kekuatan vokalnya memang tidak dapat disangkal.
Selain dari suaranya yang merdu, apa yang menarik perhatian mata penulis adalah gaya fesyen beliau. Tidak kiralah untuk rakaman televisyen, karpet merah dan majlis anugerah, dia dan pasukan penata gayanya dilihat bijak dalam memilih busana seiring dengan tema dan bersesuaian dengan stailnya yang berhijab.
Jom kita lihat lapan gaya menarik yang boleh dijadikan rujukan anda sebagai seorang hijabi.
Tampilan busana blazer dengan ikatan tali ala kimono polos ini diserikan dengan skirt kilau yang mencipta penegasan gaya.
Corporate look goes fashion. Tampilan blazer fabrik baldu dengan seluar palazo menyerlahkan gaya sang fashionista. Rona ungu top-to-toe kena dengan penampilan ini.
.
Ads
Penampilan untuk Vokal Manisa TV3. Aina tampil extra dalam busana rona emas penuh ini. Topi ala beret menyerlahkan gaya parisian chic. Busana ini direka oleh Wan and Mary.
.
.
Ads
Pleat please! Gaya yang santai namun menarik dengan skirt labuh berlisu dipadankan dengan kemeja putih dan tampilan bib yang juga berlisu. That boot heels is everything!
.
Gaun yang elegan lari dari kebiasaan. Masih longgar dan menutup aurat dengan sempurna. We love this
Gaya berani untuk sebuah persembahan. Rekaan oleh seorang pereka muda, Syamil Fazwan.
Kelapan-lapan gaya yang Hijabista suka ini menyerlahkan Aina sebagai seorang bintang dan dalam masa yang saya kesemuanya kekal longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh. Sebagai seorang hijabi semestinya perkara ini harus dititik beratkan dan bukan menjadi alasan untuk tidak menjaga penampilan.
Bak kata Audrey Hepburn, “Life is a party, Dress like it.”
Sumber Gambar: Instagram Aina Abdul
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi yang berhijab, pemilihan tudung yang tepat dan bersesuaian dengan gaya pasti menjadi satu penanda aras dalam menentukan stail yang menarik. Tidak kiralah jika tudung tersebut hadir dalam nada polos mahupun bercorak, fabrik, kelebaran dan warna memainkan peranan.
Tapi tahukah hijabi, pemilihan motif pada tudung juga melambangkan personaliti seseorang itu. Jika anda sukakan Hijab bermotif bunga Mawar anda merupakan seorang yang eksklusif seperti bunga kegemaran anda yang harum semerbak, cantik untuk dipandang, tetapi boleh terluka jika disentuh.
Terbaharu, jenama tudung terkini Roos Scarves telah hadir dengan konsep corak cetakan mawar untuk keseluruhan rekaan yang dipersembahkan. Mengambil insprasi dari ribuan jenis bunga Mawar seluruh dunia, setiap rekaan memiliki nilai estetika yang tersendiri.
Menurut pengasas bersama jenama ini, Encik Safiudin menjelaskan nama Roos yang digunakan bermaksud Bunga mawar dalam bahasa Dutch.
Hadir dengan tagline ‘The Bloom of Beauty’, ungkapan tersebut menggambarkan semangat yang dibawa saat menghasilkan setiap rekaan tudung yang dikeluarkan oleh jenama ini!
“Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac tahun lalu. Dari situ kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara. Roos Scarves masih ada tempat di hati wanita yang bertudung,” ujarnya.
Sekadar info, apa yang enarik mengenai proses pembuatan tudung ini, setiap corak yang dihasilkan bukanlah direka secara digital semata-mata. Sebaliknya corak tersebut terlebih dahulu dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada helaian tudung.
Tarikh 11 Januari cukup bermakna buat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pada tanggal inilah hari kelahirannya dan ramai peminat turut teruja menantikan sambutan hari kelahiran penyanyi dari Pahang ini. Hampir 23 tahun berada dalam industri ini, ternyata beliau tetap menjadi kesayangan semua peminatnya. Beliau bukan sahaja cantik, jelita tetapi juga bijak dalam menjaga penampilan. Bak kata pepatah sedap mata memandang.
Sebagai seorang designer yang bagus akan cuba merealisasikan impian pelanggannya untuk terampil cantik walaupun dalam kedaaan berbadan dua. Begitu juga yang pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim yang mencipta dress cukup menarik untuk usahawan wanita bumiputera paling berjaya Norhaili Ahmad Mokhtar atau dikenali Elly Billionaire yang sedang hamil 7 bulan. Dress cukup unik ini mengambil masa selama 96 jam untuk dihasilkan.
Menurur perekanya, apabila diberi tanggungjawab membuat persalinan untuk ibu hamil ini, ia merupakan ‘task’ yang paling mencabar dalam menjadikan pemilik baju ini kelihatan berwibawa dan cukup unik dalam masa sama.
Datuk Rizalman yang memuat turun statusnya di laman instagram berkata, mereka di Rizalman selalu memastikan baju yang direka ketika sesi Fitting dapat melepasi ruang pintu serta muat untuk duduk dalam kereta.
Menurutnya lagi, jika tidak muat, memang perlu menyewa bas untuk membawa pemilik baju ini ke destinasi dituju.
Selain itu, Rizalman juga turut meluahkan rasa kagumnya kepada pemilik baju ini, Elly yang juga seorang bumiputera kaum Hawa dalam meneguhkan ekonomi beliau khasnya serta orang bawahannya juga. Elly juga meraih gelaran jutawan ketika usia mencecah 25 tahun.
Dan baju ini direka sepenuhnya untuk wanita ini yang hamil tujuh bulan untuk mengambil anugerah sepanjang 10 tahun pembabitannya.
Menceritakan pengalaman menyiapkan baju ini, Rizalman mengambil masa 96 jam dan beliau juga turut memberitahu tukang jahit yang menjahit baju ini telah mengalami luka-luka teruk di muka serta tangan akibat tercucuk pelbagai net serta boning keras di dalam construction baju berkenaan.
Busana putih yang dihasilkan khas ini adalah sempena Elluie untuk menerima anugerah sebagai penerima anugerah Champion Group Agency Manager (syarikat perniagaan unit amanah saham Public Mutual Berhad) selama 10 tahun pembabitannya. Dan Elly memang meminta Rizalman mereka baju untuk menggambarkan perjuangannya meraih kejayaan dalam tempoh sedekad itu.
Ternyata Datuk Rizalman berjaya menghasilkan busana yang sangat cantik ini dan Elly kelihatan begitu menawan tatkala berjalan di atas pentas untuk menerima anugerah. Apa yang pasti, rekaan indah dihasilkan ini juga tidak menampakkan langsung si pemakainya sedang hamil 7 bulan.
Sebelum ini Rizalman memang terkenal menghasilkan busana anggun yang akan diingati ramai seperti untuk majlis pernikahan Izara Aishah ataupun penyanyi Dayang Nrufaizah.
Busana ini juga turut mendapat pujian dari netizen yang rata-rata memberitahu penampilan Elly kelihatan sangat gorgeous dengan dress putih ini.
@naura_cottoncandy Cantikkkk
@kinadlusion.4eva Gorgeous!
@cheputehibrahimreenasoon Design yg cantik,walaupaun berbadan dua,masih lg anggun gan busana rizalman.
@zaidawatismail Tahniah dato , mmg superb baju untuk ellybillionaires
@roswatinoor Cantiknya baju ni…. look likes something different n very unique…