Seperti bulan-bulan lain, ketika Ramadan juga kita perlu menitikberatkan soal kesihatan. Berpuasa sepanjang hari tidak bermakna, anda tidak boleh melakukan pelbagai perkara lain.
Urusan anda berjalan seperti biasa, cuma boleh kurangkan sedikit aktiviti kerana tidak mahu kita terlampau penat dan letih pula nanti.
Selain makan kurma, ada beberapa tip yang HIJABISTA nak kongsi untuk memastikan anda kekal sihat, cergas dan bertenaga di bulan mulia ini.
Ads
#Banyakkan Minum Air, Terutama Air Kosong
Sila banyakkan minum air terutama air kosong. Ini kerana ketika bulan puasa, air dalam badan cepat hilang dan jika tidak mahu mengalami dehidrasi, banyakkan minum ketika berbuka dan bersahur. Jika ada masa terus terusanlah minum kerana boleh mengekalkan kecergasan sepanjang hari.
Banyakkan minum air kosong.
#Elakkan Minuman Berkafein
Kalau boleh ketika puasa ini elakkan minum minuman berkafein. Ini kerana boleh menyebabkan anda mengantuk dan tidak bermaya untuk melakukan pelbagai perkara. Jika mahu minum, cukuplah secawan ketika berbuka kerana digalakkan minum air panas ketika waktu itu.
Ads
Minum secawan untuk berbuka puasa.
#Elakkan Tidur Berlebihan
Ini paling utama ditekankan. Janganlah asyik tidur ketika bulan puasa dengan alasan letih. Jika terlebih tidur akan menyebabkan anda rasa lesu dan lemah sepanjang hari. Elok anda gantikan masa yang ada dengan bertadarus membaca Al-Quran. Rugi besar jika Ramadan yang hanya 30 hari ini diisi dengan tidur sahaja.
Ads
Tak elok tidur berlebihan.
#Kurangkan Makanan Yang Bergoreng & Berminyak
Untuk berbuka, diingatkan supaya masak sendiri. lagi selamat, elok dan terjaga kebersihannya. Kalau boleh kurangkanlah makanan yang bergoreng atau berminyak. Lebih elok yang bakar atau rebus sahaja. Ingat kesihatan itu penting dan kalau boleh elakkan pergi bazar Ramadan.
Kena juga kurangkan makanan yang berempah dan pedas. Ini bagi mengelakkan perut beragam sebab kosong sepanjang hari. Bimbang kalau salah makan nanti boleh cirit-birit dan mengganggu proses berpuasa. Lagi satu perlu bijak kawal nafsu daripada melihat pelbagai jenis masakan yang sedap dan menyelerakan.
Kurangkan juga makanan pedas & berempah.
#Lebihkan Pengambilan Buah-buahan & Sayuran
Ini tip paling berkesan untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Elok jamah buah-buahan dulu sebelum ambil makanan berat. Kalau ikut sunah, makan kurma seulas dua, kemudian solat dulu sebelum pengambilan hidangan lain.
Gantikan buah-buahan dan sayuran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Antara fakta dan mitos? Kebanyakkan masyarakat mempercayai mitos dari fakta tentang banyak perkara. Contohnya, tidak boleh mandi pada waktu malam, takut diserang penyakit paru-paru berair dan sebagainya. Mitos-mitos ini membuatkan ramai orang keliru. Kini muncul pula dengan mitos yang sememangnya langsung tidak masuk akal iaitu mitos scaling gigi.
Pelbagai perkara tidak elok tentang mitos scaling gigi ini sehingga satu tahap anda sendiri akan rasa bahawa semua itu langsung tidak boleh dipercayai dan mengarut. Bukan semua orang berani untuk membuat rawatan scalling berkemungkinan juga dari pengalaman orang perseorangan.
Jom semak antara mitos yang menakutkan segelintir masyarakat untuk melakukan rawatan ini.
MITOS: Scaling menyebabkan gigi akan jarang
FAKTA: Scaling tidak menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
MITOS: Scaling akan menjadikan gigi anda nipis
FAKTA: Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini tidak menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda sensitif
FAKTA: Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi terdedah & gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi & memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif
MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda bergoyang
FAKTA: Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah berkurang apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.
MITOS: Scaling adalah untuk memutihkan gigi anda
FAKTA: Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.
MITOS: Jika sudah berus gigi sebanyak dua kali sehari, anda tidak perlu scaling lagi
FAKTA: Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.
Presepsi dan tanggapan itu sepatutnya diubah kerana menurut Dr. Mike Lim daripada Blanc Dental Clinic, seseorang perlu membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kata Dr. Mike, menerusi pemeriksaan berkala itu, doktor dapat mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin tidak disedari seperti gigi berlubang atau masalah gusi.
Pentingnya melakukan scaling gigi yang memudahkan pengenal pastian dan rawatan masalah masalah gigi dan boleh mendidik atau memberi pengetahuan mengenai kesihatan mulut. Sesetengah orang perlu melakukan scaling dengan lebih kerap berbanding dengan yang orang lain, contonya orang yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat karies gigi, plak dan staining. Gusi berdarah juga merupakan petanda gusi mempunyai keradangan yang selalunya disebabkan kebersihan mulut yang tidak baik.
“Pentingnya buat scaling gigi (Rawatan Penskaleran/Cuci Gigi) untuk membuang plak, karang (calculus) dan pewarnaan (staining) dan kotoran pada permukaan gigi. Yang biasanya tidak dapat dicapai dan dibersihkan melalui gosok gigi harian.”
Selain dari itu, untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi. Rawatan ini untuk merawat penyakit gusi serta membantu pemeriksaan gigi dan gusi. Mulut yang bersih membantu doktor gigi untuk memeriksa gigi dengan lebih teliti dan tepat, contohnya,karies (gigi berlubang).
Menyedari ketakutan masyarakat yang menyangka rawatan itu menyakitkan, Dr. Mike memberitahu di kliniknya telah memperkenalkan rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort (ASUC) iaitu teknologi revolusi pembersihan gigi yang efektif dan berkesan berbanding kaedah biasa. Di mana penggunaan serbuk Airflow powder dengan udara dan ai, dan teknologis kaler Piezon tanpa sakit memberi pengalaman cuci gigi yang sangat bersih dan berkilat dan tanpa sakit.
“Biasanya, scaling melibatkan proses mencuci dan menggilap gigi menggunakan peralatan tangan dan alat ultrasonik untuk mengikis plak dan kalkulus yang terbentuk pada gigi.
Cerita Dr. Mike, menariknya mengenai rawatan itu ia menggabungkan penggunaan Airflow Prophylaxis Master (inovasi terkini yang terdapat dalam industri pergigian), pelindung mulut OptraGate dan berus gigi Curaprox berdasarkan protokol yang terbukti secara saintifik.
Paling penting kata Dr. Mike, rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort terdapat beberapa kebaikan termasuklah tidak menyakitkan, mencerahkan warna gigi, bersih dan jangka masa rawatan yang pendek.
Scaling gigi tak sakit juga dapat dicapai dengan Pendidikan kebersihan mulut melalui Airflow Spa Ultra-Comfort di mana dengan kebersihan mulut yang optimum dan tidak terlalu kotor, pengalaman cuci gigi boleh menjadi lebih selesa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ada pelbagai cara untuk golongan selebriti mendekatkan diri dengan peminat mereka. Salah satunya melalui medium laman sosial. Seperti yang dilakukan oleh pelakon drama bersiri Nur yang popular Ramadan lalu, Noorkhiriah. Dia memberi peluang peminat bertanyakan soalan padanya dan dia akan menjawab. Salah satu soalan ditanya apakah dia mencukur keningnya. Ini kerana kening Noorkhiriah kelihatan nampak mudah dibentuk dan cantik apabila dilukis. Berhubung soalan itu, pelakon yang melakonkan watak Aisyah ini menjawab dengan jujur bekenaan soalan cukur kening berkenaan.
Menurut Noorkhiriah dengan jujurnya dengan menjawab memang dulu dia ada mencukur kening. Waktu di zaman jahiliyyahnya dan selepas itu terus keningnya tidak tumbuh-tumbuh lagi.
Ternyata perbuatan itu membuatnya menyesal dan dia sesekali tidak akan melakukannyanya lagi.
farahtoink xpe kak dlu kite same2 jahil now kite bersyukur sb Allah dh bg kesedaran kt kite,same2 kite perbaiki lg diri kite,sesame saudara islam kite harus saling ingat mengingati,.
myradasmin Tak apa@dulu@kan kita zaman kita apa@pun@kita nak@rasa lgi@kita jahil@so skg kita dh dewasa n@dan@berumur so kita dh tahu semua tu mari kita sama2 musabah diri insyaallah kita pikir yg baik2 semuanya akan baik…….
qalzd_ Part “menyesal you all” tu klakaahahahaah sorry kak, at least akak masih nmpk cantikk
kakmighaa Ye kak. Kalau kita selalu cukur, nt kening “merajuk” dia malu2 nk tumbuh. Hehe
orenayu hahahahaaa masyaAllah mmg teruk naw zaman jahiliah kita kan!! saya pon sama @khiriah17skrg dh bertahun2 x usik dh merajuk xnk tumbuh langsung keningku padan muka aku!!
dalily_iveyPetua mama sy dulu letak lemak ayam..yg fresh punya..kening mmg tumbuh lebat..ambil ja lemak ayam@tu lenyek2 pastu sapu kat kening..tunggu kering sikit then basuh..amalkan selalu.. @khiriah17slmat mencuba
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
“Berdasarkan taakulan (pendapat) saya, dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.
“Saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zulkifli berkata, umat Islam turut dinasihatkan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat.
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA
1. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 26 Mac 2020 telah menitahkan kepada saya agar memberikan cadangan untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
2. Berdasarkan taakulan saya – dengan ilham daripada-Nya – , tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 2 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)
4. Maka, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.