S:Bagaimana caranya seorang wanita itu yang sudah berubah dan memilih untuk berhijab sepenuhnya agar kekal dalam istiqamah? Seterusnya dapat menjaga aurat dalam penampilan sebagai wanita Muslimah.
J: Ketaqwaan dalam ibadah kerana Allah SWT kadangkala terhalang sehingga menjadi tidak istiqamah. Istiqamah yang goyah disebabkan beberapa masalah yang menimpa seseorang. Contohnya, peraturan melarang memakai hijab atau tudung di tempat kerja. Ada juga yang sering dipandang sebagai ekstrem jika bertutup litup.
JIKA SEORANG WANITA TIDAK MAMPU MEMPERTAHANKAN KEYAKINANNYA, WANITA TERSEBUT TERPAKSA MENANGGALKAN HIJABNYA SEKALIGUS MEMBUKA AURAT. IA SATU PERKARA YANG SANGAT DITAKUTI IAITU PERLANGGARAN PERINTAH ALLAH. NAUZUBILLAH.
Umumnya, istiqamah bermaksud menempuh jalan yang lurus, tidak berpaling ke kanan mahupun ke kiri. Istiqamah juga bermaksud tetap patuh menjalani perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Di dalam berhijab pun kita dianjurkan untuk istiqamah.
Berikut panduan agar istiqamah dalam berhijab: –
Mengamalkan dua kalimat syahadah. Banyakkan belajar dan mengetahui ilmu tauhid tentang Islam. Sibukkan diri dengan belajar agama dan amalkan dalam kehidupan seharian. Insyaallah ilmu itu akan menjaga kita untuk tetap istiqamah.
Bergaul orang-orang yang soleh. Dengan menyertai kegiatan keagamaan membuatkan kita lebih yakin bahawa dengan berhijab dan menutup aurat. Tali persaudaraan juga lebih erat. InsyaAllah mudah mudahan ‘perjalanan’ kita mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.
Banyak berdoa. Doa adalah rasa percaya terhadap Allah SWT bahawa Dia akan memakbulkan doa itu. Sesungguhnya doa senjata mukmin.
Berusaha menambah ilmu agama. Contohnya membaca kisah-kisah orang soleh dan tentang agama Islam, serta ceramah-ceramah di media sosial yang membahas tentang keutamaan berhijab dan menutup aurat.
Membaca dan mengkaji Al-Quran. Membaca dan memahami Al Quran dapat meneguhkan hati orang-orang yang beriman. Seperti dijelaskan Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 102.
Tetapkan pendirian. Solat lima waktu, membaca Al Quran, melaksanakan ibadah sunnah seperti solat dhuha dan tahajud. Biar sekejap masa yang diambil tetapi konsisten. InsyaAllah, ia menjadikan kita semakin yakin dengan perubahan yang dilakukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, kedatangan haidnya memang normal. Malah tidak pernah alami senggugut atau sakit perut yang melampau. Namun ujian Tuhan datang tanpa diduga. Setelah berbulan-bulan dia mengalami kesakitan di bahagian perut yang menyakitkan hingga menyebabkan tidak boleh berjalan dan terbongkok-bongkok sambil memegang perut. Rupa-rupanya dikesan menghidap cyst dan setelah berjaya melakukan pembedahan, doktor nasihat untuknya elak ambil 17 makanan ini agar masalah tidak lagi berulang.
Menurut wanita ini, Sarina Mohd Som, 40 tahun, ketika berdepan masalah itu sebelum ini ada kalanya dia juga diserang cirit birit dan sakit pinggang hingga membuatkannya tidak boleh berbuat apa-apa.
Setelah doktor mengesahkan ada cyst dalam perut dan perlu dibuang segera. Nasibnya juga cukup baik kerana cyst itu bukanlah sejenis kanser yang amat ditakuti.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial facebook tatkala berdepan ujian getir ini. Malah turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar menjaga kesihatan.
Ibarat diberi peluang kedua yang tidak akan dilepaskan dan memberi keinsafan untuk menyayangi diri sendiri.
Sebelum ini tidak pernah alami senggugut dan period setiap bulan adalah normal
Sharing is caring
Khas untuk sahabat wanita.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat. Bayangkan…
Keluarga dan teman-teman nasihatkan berjumpa doktor. Tapi rasa takut menyebabkan terus bertahan
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Ramadan lalu rasa satu benda pelik dalam perut, seperti ada ketulan besar dan bila ditekan rasa senak.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya.
Akhirnya buat juga pemeriksaan dengan doktor dans etelah buat ultra sound dan scan memang ada cyst.
Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa di lupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Terus buat ujian darah dan pap smear. Alhamdulilah selepas tiga minggu dapat keputusan yang menggembirakan
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Kedaan seperti hamil 15 minggu
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
Menjalani pembedahan membuat cyst bersaiz 3 cm dan 10.8 cm dengan empat tebukan diperut.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi. Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Lepas pembedahan doktor nasihatkan supaya jaga pemakanan agar cyst yang sama tidak berulang. juga disaran jalani hidup lebih sihat dengan melakukan senaman dan kurangkan berat badan. Doktor juga sarankan supaya hamil lagi.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat kepada wanita di luar sana, jika ada tanda pelik pada diri segerlah berjumpa doktor.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Ini pula pesanan penting kepada wanita di luar sana:
Jumpa Dr segera sekiranya:
Heavy period.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
Makanan yang perlu dijauhi:
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
2. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
3. Banyakkan makan ikan.
4. Banyakkan makan sayur.
5. Jauhi FAST FOOD
6. Elakkan makanan dalam tin.
7. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
8. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
9. Daging merah.
10. Ikan terubuk.
11. Ikan parang.
12. Siakap bela.
13. Manisan (kurangkan gula)
14. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
15. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
16. Ikan pari.
17. Ikan bawal hitam.
Saranan Dr:
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa itu tak boleh dan ini tak boleh. Itu yang disarankan oleh beberapa orang doktor dan kenalan yang mempunyai pengalaman yang sama kepada saya)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sekarang sedang trending lakonan lakonan Zul Ariffin sebagai Umayr Harris dalam Titian Cinta bergandingan dengan Farah Nabila. Drama ini secara terangan memaparkan wajah kacak Zul serta sikap romantis yang menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Beza sangat penampilan Zul dalam FILEM yang ditunggu TAHUN ini, TOMBIRUO. Sepanjang 115 minit itu, memang tak nampak langsung wajah kacaknya, sebaliknya hanya mainan mata dan suara memberitahu itu adalah Zul Ariffin.
Lakonannya juga sangat superbdan setiap aksi yang dipaparkan sangat mendebarkan hati penonton. Namun, bukan mudah untuk pelakon lelaki pujaan Malaya ini menjayakan watak Ejim atau TOMBIRUO yang dibawakannya.
Lantaran kehendak filem itu yang hanya memerlukan dia tampil gagah perkasa tanpa memperlihatkan wajah sebenar.
Zul Ariffin nyata gembira dapat membintangi filem berkenaan. Dia hanya bersembunyi di sebalik topeng dalam watak Ejim atau Tombiruo yang menjadi lagenda di Hutan Keningau, Sabah.
Watak beliau bukanlah hantu sebaliknya wira yang tidak berwajah manusia. Dia cuba berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.
Pelakon drama Rindu Awak 200 Peratus ini berkongsi pengalamannya berlakon dalam filem adaptasi dari novel penulis terkenal Ramlee Awang Murshid.
Adakah Tombiruo seperti filem Tarzan
Tidak sama sekali. Ia adalah adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid. Bezanya Tarzan dibesarkan oleh monyet, Tombirou dijaga oleh orang. Karya yang sangat yang sangat bagus.
Berapa lama penggambaran filem ini
Hampir 60 hari penggambaran filem ini dari bulan Ogos hingga September 2016. Dan saya memang berikan sepenuh perhatian pada filem yang saya rasa lain daripada yang lain. Kebanyakan penggambaran dilakukan di Hutan Keningau, Sabah dan ada juga dilakukan di Hulu Langat.
Ada alami kecederaan sebab kebanyakan stunt dibuat sendiri. Selama dua minggu terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan slipped disc ketika cuba melakukan aksi ngeri. Akibatnya saya terpaksa melupakan hasrat untuk melakukan aksi berbahaya dan terpaksa menggunakan bantuan pelakon aksi ngeri. Malah saya juga baru habis melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih. Memang saya tak pakai padding kerana watak Tombiruo tidak memakai baju.
Apa agaknya scene paling disukai
Banyak sebenarnya tapi satu scene saya angkat Nabila Huda yang memegang watak Wan Suraya di sungai. Waktu itu memang menggigit tangan sewaktu mengangkat dia. Bukan sahaja berat tetapi kena berjalan atas batu dan rambut palsu pula menutup topeng muka. Memang kami berdua agak was-was kerana keadaan batu yang licin.
Sebenarnya filen ini memang mencabar kerana tidak menjual rupa hero seperti kebanyakan filem lain. Bayangkan wajak saya memang tak nampak langsung. Filem ini memang akan close up pada bahagian badan dan mata. Saya sebenarnya menjual beberapa bahagian lain tetapi bukan muka.
Sepanjang penggambaran berat saya turun dari 90kg ke 60kg. Ini adalah bagi memenuhi tuntutan produksi yang mahukan fizikal saya nampak lebih fit. Justeru, saya tidak boleh sebarang pemakanan kecuali minum air sahaja.
Pendapat Zul sendiri mengenai filem ini?
Sebelum itu memang saya ada dengar macam-macam pendapat. Tetapi secara jujurnya saya cuma akur pada pendapat yang keluar dari mulut Abang Ramlee sahaja. Banyak kali saya tanyakan role macam mana dan sebagai penulis cerita Tombiruo, memang dia sahaja yang layak menilai lakonan saya.
Sepanjang 60 hari itu, apa momen paling memuaskan hati
File mini lain daripada yang lain sebab saya perlu mengenakan kostum. Dan paling mengharukan bila Abang Ramlee sendiri berkata ‘tidak percaya orang yang dia bayangkan selama ini menjelma depan mata’. Tugas saya menyempurnakan filem ini dari awal hingga akhir. Saya juga seronok berada dalam produksi ini semua pelakon bagus dan berpengalaman. Seperti Datuk M.Nasir, Faizal Hussin, Farid Kamil dan banyak lagi.
Jumaat yang barakah, Dato Vida kelihatan berseri dengan persalinan berwarna pink, namun apa yang mengejutkan sebuah kiriman kotak berbalut songket mewah tarik perhatian ramai.
Tiada tanda-tanda
Hasmiza Othman atau dikenali dengan nama Dato’ Sri Vida disingkatkan sebagai DSV. Umum DSV Dato’ Sri Vida pernah berkahwin buat kali pertama dengan Mohd Amin Yasin daripada 2000 sehingga 2008. Beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tuan Azid Hamzah pada Januari 2014 tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 bulan. Beliau mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin daripada 2014 sehingga 2017, namun jodoh tidak kesampaian.
Terbaharu dilamar dengan sebuah kotak mewah ternyata ianya terlalu misteri. Tiada khabar berita dan tanda yang beliau menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana jejaka ternyata DSV sendiri terkejut dengan apa yang diterimanya.
“Letak sini, takut saya. Saya dilamar? Dilamar orang yang lamar ke siapa yang lamar? Jangan buat main, terkejut saya. Bab lamar melamar ni sensitif kakak,” katanya yang bernada begitu tidak puas hati.
Bersyukur dan terap mendoakan
Melalui entri terbaharu di media sosialnya, netizen rasa bersyukur dan bahagia jika beliau dilamar sekali lagi.
Namun masih menjadi tanda tanya siapakah yang empunya kotak serba mewah yang diberkan kepada Dato’ Sri Vida. Usahawan itu bagaimanapun menganggap itu semua kerja ‘gila’ selain dipermainkan oleh seseorang yang dikenali.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, menerusi perkongsiannya di laman Instagram miliknya, pelakon 7 Hari mencintaiku itu pernah menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ringgit akibat...