Peminat KPOP kebiasaannya dikecam oleh netizen kerana dikatakan tidak matang dan hanya membazirkan masa sahaja kerana obses dengan kumpulan penyanyi dari Korea Selatan itu.
Sebenarnya tak semua macam itu. Ramai sahaja di kalangan mereka yang mampu mengimbangkan masa di antara minat dan juga pelajaran. Seperti Puteri Ariana, walaupun dia merupakan setia KPOP, namun pelajaran tetap menjadi keutamaannya sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana. Tahniah sis!
Bukan itu sahaja, dia juga berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor di majlis graduasinya. Bukan calang-calang ni…
Ads
Mana tweet kata orang minat KPOP tak matang . Please . I finished my Masters on time while stanning EXO . Along with ANC award . #weareoneEXO , #EXO#EXOLs#exodoll#CHANYEOL Alhamdulillah . This is for my parents
Ads
Walaupun ada yang mengecamnya, namun tak ramai juga yang mengucapkan tahniah dan memberi sokongan padanya.
Ads
Sekali lagi ucapan tahniah buat sis! Dia telah membuktikan tak salah untuk kita mempunyai minat, janji kita tetap fokus juga pada pelajaran demi masa depan kita. Moga sis terus maju ke hadapan selepas ini ya!
Siapa tidak kenal dengan pelakon,penyanyi dan juga pengacara popular iaitu Alif Satar. Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Seperti Aku ini telah meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke-4 bersama isteri tercinta iaitu Shadila Halid.
Alif telah memuat naik gambarnya menikmati makan malam bersama isteri tercinta di laman instagramnya. Kapsyen yang ditulis Alif buat isterinya yang tersayang ternyata sangat menarik walaupun hanya ucapan yang pendek dan ringkas. Mari kita lihat!
4 years together today.. ? malam sebelum nikah, nervous tu, mak aihhhh lain macam. Tapi bila bangun pagi hari nak menikah tu, i felt so calm because i know i’ll be spending the rest of my life with her. Happy anniversary my darling @shadilahalid i love you to infinity and beyond..❤️ p/s nak type sweet-sweet ni tak reti, sebab nak type je macam ada bawang keliling.. so,i’ll just show you how much i love you ,cheebs.
Untung sekali isterinya mendapat suami semanis Alif yang sangat menghargai insan tersayang! Semoga pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama anak-anak yang tersayang hingga ke Jannah. Amin.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sememangnya sinonim dengan tudung bawal yang menjadi pelengkap dalam setiap penampilan formal mahupun kasualnya.
Biarpun nampak ringkas dan sederhana namun gaya Ahli Parlimen Nibong Tebal serta Ketua Wanita ini sering menjadi perhatian ramai.
Lebih-lebih lagi ketika beliau menggayakan kurung pesak mahupun moden, penampilannya nampak sangat manis dan ‘awet muda’ pada usia 46 tahun!
Sebelum ini, beliau pernah berkongsi hantaran di akaun media sosialnya di mana beliau menyarungkan pakaian hasil jahitan pelajar Kolej Vokasional (KV).
Biarpun berstatus VIP beliau tetap memilih tudung, baju dan beg karya pelajar kolej kemahiran itu. Malah, beliau juga adalah peminat setia kepada hasil-hasil jahitan institusi tersebut.
Terbaharu, beliau telah memuat naik satu hantaran di mana beliau menyarungkan tudung bawal keluaran kolej tersebut.
Dalam hantaran itu, beliau mengenakan kemeja polos berwarna biru muda dilengkapi dengan tudung bawal warna senada. Ia digayakan dengan kemas mengikut syariat.
“Begitulah eloknya kejadian tudung bawal yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional ini apabila dipakai.
“Ada pelbagai warna dan corak dikeluarkan oleh Kolej Vokasional bagi koleksi bawal mereka.”
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan hasil produk inovasi keluaran Kolej Vokasional KPM yang sangat berpotensi untuk pasaran komuniti.
“Di Kolej Vokasional KPM, kami sentiasa berbangga dengan produk inovasi keluaran KV kerana ia adalah hasil tangan anak tempatan yang sebenarnya sangat baik untuk pasaran komuniti.
Malah, menurut beliau ia juga mampu memberi inspirasi keusahawanan untuk lepasan Kolej Vokasional meneruskan perniagaan sendiri selepas tamat graduasi.
Warga maya tertarik dengan penampilan beliau dan meluahkan rasa bangga dengan hasil keluaran Kolej Vokasional.
“Semoga keluaran KV terus cemerlang.”
“Sejak YB berkongsi berkenaan baju-baju yang YB pakai adalah hasil pelajar-pelajar KV.. saya sangat terinspirasi.. dan sekarang tudung pula.. tahniah YB kerana usaha murni YB menaikkan nama KV.. semoga dipermudahkan semua urusan YB.. Aamiin.”
“KV antara produk KPM yang berharga di pasaran kerja dan masyarakat..”
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menabung memang satu amalan yang mulia. Walaupun sedikit, banyak manfaat yang boleh diperoleh daripadanya yang semestinya dapat membantu kita di kemudian hari. Bak kata pepatah, ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’.
Di Facebook, Nurul Shahida telah berkongsikan caranya menabung selama lapan bulan. Hasilnya sangat Wow!
Wajib RM1 sehari .. Kalau ade lebih sy masukkan lebih
584keping – RM584
Tabung RM5 (parti pas ?)
Ade je wrna hijau dalam wallet trus masuk tabung , anggap je xbernilai .. Bukan 1 keping shari , simpan time ade je ..
102 keping – RM510
Tabung suka hati
Kalau ade 5,6 keping , wajib la simpan satu atau dua keping .. Klau ade lebih sy masukkan lebih ikop kmampuan masing-ii , jngan ko snggup ikat peruk lak gara2 nk simpan lebih..hihi
Merah 54 keping – RM540
Oren 46 keping – RM920
Total semua – RM1460
Tabung duit syiling
Yang ni jenuh nak kira ?? .. Tiap kli nak penuh ada je ko p tukar kedai ikan la , kdai runcit la bila nak penuh ..huhu total rm200 lebih dah p tukar .. Tinggal hak ni je dapat la RM51.70 ?
Masker beras daun sirih cina kemiri kini tular sebagai petua kecantikan semula jadi. Ketahui cara buat masker homemade ini, cara pakai yang betul serta tip elak iritasi kulit.