Ads

Nu Ideaktiv Kini seeNI, Tampil Dengan Identiti Baharu & Visi Lebih Segar!

Membuka lembaran baharu dalam industri media dan kreatif tanah air, Nu Ideaktiv Sdn Bhd kini tampil dengan identiti baharu, seeNI, membawa visi lebih segar dalam menghubungkan kandungan, komuniti dan peluang komersial.

Transformasi ini bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya mencerminkan aspirasi syarikat untuk membina ekosistem media yang lebih dinamik, kreatif dan relevan dengan gaya hidup masyarakat masa kini.

Syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf itu menyatukan pelbagai jenama popular termasuk NONA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Pa&Ma dan Rasa di bawah satu identiti yang lebih bersepadu.

Gabungan jenama yang mempunyai kekuatan dan kelompok pengikut tersendiri ini membuka ruang kepada perkongsian kandungan yang lebih luas, sekali gus memperkukuh hubungan antara dunia media, industri kreatif dan komuniti.

Nu Ideaktiv Kini seeNI, Tampil Dengan Identiti Baharu & Visi Lebih Segar!

seeNI Buka Era Baharu Industri Kreatif

Berteraskan tiga tunjang utama iaitu Komuniti, Kandungan dan Komersial, seeNI berhasrat memperluas peluang kolaborasi, memperkasakan bakat kreatif serta menghasilkan kandungan yang dekat dengan khalayak.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, perubahan ini membawa aspirasi lebih besar buat syarikat.

“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.”

Menariknya, menerusi seeNI Collective, syarikat turut menjalin kerjasama strategik bersama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA), sekali gus memperluas peluang dalam industri fesyen dan gaya hidup.

Ads

Kerjasama ini turut memperlihatkan potensi besar untuk menghubungkan dunia media dengan industri fesyen tempatan, khususnya dalam mengetengahkan kreativiti, identiti dan kepelbagaian gaya yang menjadi sebahagian daripada perkembangan fesyen masa kini.

Bagi penggemar fesyen, perkembangan ini pastinya menarik perhatian kerana membuka lebih banyak ruang kepada idea kreatif, inspirasi gaya serta penglibatan bakat dalam industri yang sentiasa berkembang.

Sementara itu, seeNI Talent pula berperanan menghubungkan bakat kreatif dengan peluang kempen jenama, kandungan dan acara.

Inisiatif ini memberi ruang kepada bakat kreatif untuk meneroka peluang kolaborasi yang lebih luas, selain membina hubungan bersama jenama dan pemain industri melalui pelbagai bentuk penghasilan kandungan.

Nu Ideaktiv Kini seeNI, Tampil Dengan Identiti Baharu & Visi Lebih Segar!

Ads

“More Begins Here”, Lebih Banyak Inspirasi Menanti!

Hala tuju baharu seeNI diperkenalkan menerusi acara The New World of seeNI yang berlangsung di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City, pada 29 Oktober 2026.

Acara tersebut turut mengetengahkan perancangan kandungan bagi tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama bersama pemain industri.

Berpandukan aspirasi “More Begins Here”, syarikat mahu terus berkembang sebagai destinasi bersepadu yang menghubungkan kandungan, komuniti dan jenama.

Aspirasi ini mencerminkan permulaan kepada lebih banyak kemungkinan dalam dunia media dan kreatif, termasuk penghasilan kandungan yang relevan, kolaborasi strategik serta penglibatan komuniti yang lebih menyeluruh.

Dengan perkembangan dunia digital yang semakin pesat, pendekatan bersepadu ini juga berpotensi menawarkan pengalaman kandungan yang lebih pelbagai kepada pengguna daripada latar belakang dan minat berbeza.

Ads

Nu Ideaktiv Kini seeNI, Tampil Dengan Identiti Baharu & Visi Lebih Segar!

Inspirasi Baharu Buat Pembaca Setia Hijabista

Buat pembaca setia Hijabista, transformasi ini membawa semangat baharu dalam meraikan kreativiti, inspirasi fesyen, kecantikan serta kisah wanita yang penuh aspirasi.

Daripada perkongsian tip kecantikan, inspirasi gaya hijab, perkembangan fesyen modest sehinggalah kisah wanita yang berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing, dunia gaya hidup wanita sentiasa menawarkan pelbagai cerita menarik untuk diterokai.

Perkembangan industri media dan kreatif ini turut membuka ruang kepada lebih banyak perspektif tentang bagaimana fesyen, kecantikan dan kreativiti boleh menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan seharian.

Bagi wanita yang gemar mengikuti perkembangan trend dan mencari idea untuk tampil lebih yakin, kepelbagaian kandungan sebegini pastinya menjadi sesuatu yang dinantikan.

Apa yang penting, semangat untuk terus meraikan keunikan, kreativiti dan aspirasi wanita kekal menjadi sebahagian daripada perkongsian yang dekat dengan hati pembaca.

Identiti baharu, visi lebih segar! Bersama seeNI, lebih banyak inspirasi dan peluang menarik menanti.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Yang lain

Julia Qiestyna Raih Tempat Kedua Dunia ACCA, Kejayaan Luar Biasa Anak...

Julia Qiestyna raih tempat kedua dunia ACCA pada usia 22 tahun. Kisah inspirasi graduan UiTM yang berjaya walaupun tanpa asas perakaunan.