Memenuhi keinginan selera dengan menikmati pelbagai jenis makanan atau minuman yang lazat bukanlah satu kesalahan. Walau bagaimanapun pengambilan makanan dan minuman perlu dikawal kerana kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Pengambilan gula dalam diet seharian memainkan peranan utama dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Mereka yang mengambil makanan manis secara berlebihan, lebih berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan termasuk peningkatan berat badan.

Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

Melalui perkongsian Dr Rizal Abu Bakar beliau berkongsi tentang pemanis tiruan dalam makanan dan juga minuman. Menurut beliau, kajian dari Adelaide Medical School di Australia, pemanis tiruan atau artificial sweetener boleh meningkatkan risiko diabetes.

Bukan itu sahaja, ia juga mengganggu bakteria baik dalam usus. ia juga menaikkan jumlah bakteria jahat. Apabila banyak bakteria jahat maka jadilah ‘leaky gut syndrome’.

Cuba semak, adakah anda ada mengalami simptom-simptom ini:

IKLAN

1. Sembelit atau diarrhea yang kronik
2. Kekurangan nutrien
3. Letih
4. Sakit kepala
5. Susah fokus
6. Sering keliru
7. Jerawat, rashes (alahan)
8. Sakit sendi

Kalau ada, anda mungkin ada ‘leaky gut syndrome’. Pemanis tiruan (artificial sweetener) ini juga turut mengganggu selera. Boleh menaikkan selera makan. Kajian di Yale Journal of Biology and Medicine tahun 2010 ada menyebut, ia boleh menaikkan berat badan.

IKLAN

Bila sebut bab naik berat badan, ujar doktor ini, beliau teringat cerita seorang kawan. Dia sebut ‘“patutnya puasa ni berat badan turun. Aku pelan dok naik pula. Pening!” Lepas dapat info dari kawannyanya itu, memang dia ada banyak ambil ‘sugar-free’ food. Dia ingatkan bagus. Tapi tidak untuk dia. Sesuai dengan hasil kajian yang telah dibuat, berat badan naik.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pula? Pemanis tiruan ini tidak ada kalori. Jadi ia ‘trick the brain’ untuk percaya bahawa makanan tidak ada. Tiada makanan. Bila tidak ada makanan, maka tuan badan pun diarah makan lagi. Dan lagi dan lagi. Perkara ini butirannya ada dalam jurnal Current Pharmaceutical Design tahun 2006.

Photo by Pixabay from Pexels

Biasanya kita akan nampak ditulis sugar-free. Tetapi pemanis tiruan macam sucralose, aspartame, advantame, cyclamate dan neotame biasanya diletak dalam puding, kek, gula gula, minuman berperisa, jem, makanan kanak-kanak, minuman tenusu dan makanan dalam tin.

IKLAN

Kalau terbeli makanan seperti di atas, cuba tengok senarai ingredients (ramuan) makanan. Baca satu demi satu. Semak ada atau tidak artificial sweetener (pemanis tiruan) dalam senarai ingredients (ramuan) makanan.

HIJABISTA: Kurangkan atau boleh hentikan pengambilan makanan dan minuman manis. Pilihan ada di tangan anda. Tidak rugi jika berpantang sedikit demi kesihatan diri sendiri. 

Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar Top image: Photo by Henri Mathieu-Saint-Laurent from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI