Sedih Dan Pilu, Pengurusan Jenazah Enggan Uruskan Jenazah Bayi Kerana Bapa Tak Cukup Duit

Share

Dalam hidup ini, kita tidak boleh terlalu berkira sesama manusia. Jika berkemampuan, hulurkanlah bantuan pada mereka yang nasibnya kurang baik.

Sebak membaca perkongsian oleh Mohd Zulhairi Zainol ini apabila kisahnya bertemu dengan seorang bapa yang tidak cukup wang bagi menguruskan jenazah anaknya yang masih bayi lagi jika diamati menerusi gambar.

Dikenakan caj RM300 sedangkan dia hanya mempunyai sebanyak RM150.

Alhamdulilah selesai,sadis kesah brader nie”..padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk di uruskan di tempatnya”..di sebabkan dikenakan caj rm300.00 si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan”…???

Bawa kembali ke hospital dan takdir Tuhan, mereka dipertemukan…

dibawa kembali anak ini ke hospital nasib baik lah team forensik maklumkan pada hery,terus hery dtg bantu dan uruskan mandi&kafan serta dikebumikan.


Dia maklumkan pada hery hanya ada rm150.00 sahaja,hery ckp simpan sahaja duit tu”….
terus ayahnya pelok hery…..dan berterima kasih pada kalian semua.

Hanya bermodalkan RM20 sahaja…

nie lah di antara sumbangan kalian hery salurkan..
baby kecik mcm nie pon nak caj rm300.00

modal hery tadi hanya rm20.00 je

Alhamdulillah, bapa kepada anak syurga ini dipertemukan dengan manusia yang bertimbang rasa dan dapat memudahkan urusannya. Moga dia dan juga saudara Heri dipermudahkan urusannya dan dikurniakan ganjaran daripada Tuhan. Al-fatihah buat anaknya.

kredit: facebook Mohd Zulhari Zainol

IKLAN