Beban kerja yang banyak kadangkala menjadi punca anda keletihan hingga menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan tidur yang lena. Usah biarkan diri anda dibelenggu dengan perkara yang tidak penting hingga ia mengganggu tidur anda.
Tetapi, tahukah anda bahawa makanan juga mampu memberi anda tidur malam yang lebih lena dan berkualiti. Namun, sebaiknya anda ambil makanan ini dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan berjalan dengan lancar.
Kacang Almond
Kacang almond mengandungi magnesium yang mampu membantu anda tidur dengan lebih cepat dan dalam masa yang sama dapat merehatkan otot-otot badan. Ia turut mengandungi protein yang mampu menstabilkan kadar gula dalam darah ketika anda tidur. Kacang almond juga boleh membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan anda untuk beristirehat.
Teh Hijau
Elakkan diri daripada mengambil kafein sebelum tidur kerana kafein boleh menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang lena. Namun, ada juga sumber kafein yang boleh memberi anda tidur yang nyenyak. Contohnya teh hijau. Teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.
Pisang
Pisang mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk dapatkan tidur yang lebih lena. Sama seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang boleh merehatkan otot-otot badan. Triptofan yang terkandung dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak. Jadi, tidur anda pasti lebih lena.
Susu
Susu juga mengandungi triptofan yang sama seperti pisang. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu anda mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.
Sup Miso
Kandungan asid amino yang ada di dalam sup miso dapat meningkatkan kadar hormon melatonin. Suhu sup yang panas juga akan membangkitkan rasa selesa dan tenang. Jadi, anda akan lebih mudah rasa mengantuk.
Sumber: anekaresepi.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syahdunya Kisah Lelaki Ini Kongsi Cerita Tentang Layanan Suami Pada Isteri Yang Buta Buat Dia Insaf Sekelip Mata
Sebagai seorang manusia biasa, kita kadangkala sering berprasangka buruk terhadap orang lain sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.
Jika boleh, elakkan berprasangka kerana ia adalah hasutan syaitan yang mahu kita berbalah sesama sendiri.
Ini yang terjadi pada seorang lelaki yang sedang menemani isterinya membeli barang keperluan rumah. Ketika dia sedang duduk berehat, dia terdengar perbualan suami isteri di mana isterinya asyik meminta bantuan si suami untuk mengambil barang sehingga menyebabkan dia berasa kasihan kepada si suami yang diminta macam-macam.
Apabila dia bangun untuk melihat pasangan tersebut bersembang, rupa-rupanya isterinya buta. Lantas lelaki ini tadi berasa bersalah kerana berfikiran yang bukan-bukan.
Berikut merupakan perkongsian oleh Abu Hurairah Asifa di Facebook miliknya.
Semalam ke IKEA.
Tempat terapi bagi isteri.
Rumah yang sekangkang kera, akan menjadi selapang syurga jika ada walau satu barang dari sana.
Maka, dengan membawa anak-anak dan isteri, sabar dan tabah adalah benda wajib yang di letakkan paling hadapan dan paling tinggi.
Sementara membenarkan isteri menolak troli dan ambik barang sesuai dengan hati, bukan sesuka sendiri, saya duduk kejap di lantai berteman anak yang bergaduh rebut senduk dan kuali.
Di tepi sebalik rak yang lain, terdengar bualan suami isteri.
‘Abang, ambik tu jap’
‘Abang, nak pegang yang tu’
‘Abang, nampak sudu tak?’
Abang, abang, abang tak habis-habis dengan abang. Aduh, kesian pula rasa dengan suaminya nak di minta macam-macam.
Saya berdiri nak tengok pasangan yang bersembang ni.
Bila saya bangun, saya nampak suaminya pegang tangan isteri, sambil isterinya menyentuh sebiji kuali.
‘Awak, ni kuali. Dia non stick. Ni pemegang dia. Besar kuali ni boleh masuk ikan. Dia warna silver’
Saya ke depan skit. Kenapa suami dia pegang tangan isteri dan bagitahu semua.
Allah…
Isterinya buta. Mata terbuka tapi memandang sehala sahaja. Sedang mengandung, anak kedua kerana anak pertama suami yang tolak dalam stroler.
Suami bawa isteri ke bahagian lain, isteri tanya lagi abang ni apa?
Wajah suaminya sabar dan melayan tu takkan dapat saya lupa. Masih memegang tangan isteri dan menerangkan barangan yang isteri mahu tanya.
Tak boleh bayang dari bahagian perabot sampai sini, berapa jam dah dia memimpin isterinya.
Betapa wajah itu sayang dan cintakan anak isterinya.
Bersalah rasa yang bukan-bukan tadi.
Saya duduk kembali.
Agungnya cinta suami yang sayangkan anak isteri.
Dia pasti sayang kerana Allah!
Kerana hanya sebab Allah, satu rumahtangga itu akan kuat dan bahagia.
SUMBER: Facebook Abu Hurairah Asifa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penting Pilih Hand Sanitizer Terbaik Supaya Tiada Kesan Sampingan
Ketika negara sedang di landa gelombang kedua virus COVID-19 (coronavirus disease 2019), wajib bagi kita untuk menjaga kebersihan. Virus yang berasal dari Wuhan, Tiongkok, tersebut dapat masuk ke tubuh melalui tangan yang tidak bersih. Oleh itu, selain mencuci tangan, anda juga memerlukan hand sanitizer yang kuat membunuh virus dan kuman.
Namun, kini banyak jenama hand sanitizer yang dijual di pasaran. Tahukah anda jenis hand sanitizer apa yang sesuai dengan keperluan semasa? Ini cara memilih dan cadangan produk terbaik hand sanitizer
Kebaikan memakai hand sanitizer
Memang, cara terbaik untuk membersihkan tangan dari segala virus dan kotoran lain adalah dengan mencucinya. Namun, kandungan alkohol pada hand sanitizer dapat memberikan perlindungan ekstra bila dipakai setelah anda mencuci tangan. Hand sanitizer juga solusi yang mudah dalam membersihkan tangan ketika air dan sabun tiada. Bila dipakai dengan betul, ia dapat membunuh virus, kuman, dan bakteria.
Memakai hand sanitizer juga menjadikan kebiasaan atau rutin menjaga tangan tetap bersih. Apabila sudah memiliki kebiasaan tersebut, anda jadi lebih kebal dari infeksi virus-virus merugikan. Hebakan cairan antiseptik ini?
Cara memilih hand sanitizer
Sebelum membeli, ketahui kebaikan hand sanitizer yang mana patut anda pilih. Jadikan panduan ini sebagai rujukan anda ketika membeli hand sanitizer.
Periksa bahan kandungan
Walaupun sama-sama berfungsi membunuh virus dan kuman, kandungan dalam hand sanitizer berbeza-beza bergantung pada jenama. Jom kenali, kandungan apa yang sebaiknya ada di dalam hand sanitizer!
Pilih yang mengandung 60-95% alkohol
Mungkin kita semua sudah tahu bahawa kebanyakan produk hand sanitizer mengandungi alkohol. Namun, tahukah anda bahawa kadar alkohol yang dikandung setiap produk berbeza? Menurut pakar, sebaiknya pilih produk yang mengandung sedikitnya 60% alkohol. Hand sanitizer yang mengandung 60-95% alkohol lebih efektif membunuh virus dan kuman
Apabila kadar alkoholnya kurang dari itu, hand sanitizer tidak mampu membunuh virus yang kuat, misalnya norovirus. Akibatnya, pencegahan infeksi virus jadi kurang efektif.
Pilih yang tidak mengandung bahan berbahaya
Beberapa produk hand sanitizer mengandung bahan kimia yang sebenarnya tidak penting kewujudannya. Bahan-bahan ini bila terus kita gunakan dapat membahayakan kesihatan. Sebelum membeli, semak adakah hand sanitizer mengandungi triklosan, paraben, dan bahan kimia lain yang membahaya.
Triklosan banyak digunakan dalam produk keperluan seharian seperti sabun dan ubat gigi kerana bersifat antibakteria. Meskipun begitu, triklosan tidak boleh membunuh virus, termasuk virus penyebab selsema dan demam. Beberapa hasil penelitian beesekutu triklosan dengan pelbagai masalah kesihatan, contohnya gangguan hormon dan kanser.
Sebaik mungkin hindari juga produk yang mengandung paraben. Bahan yang banyak ditemukan pada produk kosmetik ini berfungsi untuk mengawetkan produk. Sayangnya, paraben dihubungkan dengan berbagai penyakit seperti iritasi kulit dan kanser. Jauhi produk dengan kandungan bahan-bahan tersebut okay!
Pilih yang mengandungi pelembap dan vitamin
Hand sanitizer mengandungi alcohol yang tinggi menyebabkan kulit tangan menjadi kering. Ironinya, virus dan kuman akan semakin selesa membiak di kulit yang kering dan jenamaah. Solusinya, anda boleh memilih hand sanitizer dengan kandungan pelembap dan vitamin. Selain bersih, kelembapan kulit kita terjaga.
Bila hand sanitizer anda tidak mengandung pelembap atau vitamin, anda boleh memakai moisturizer setelah hand sanitizer kering. Namun, pastikan juga moisturizer pilihan anda tidak mengandung bahan kimia berbahaya.
Pilih berdasarkan jenama yang terjamin
Jika bingung memilih, anda boleh memilih berdasarkan jenama yang anda percayai. Cuba semak apakah jenama produk kesihatan kegemaran anda juga memproduksi hand sanitizer. Dengan begitu, anda boleh lebih tenang menggunakannya.
Hand Sanitizer Terbaik Yang Dicadangkan:
1. The Body Shop Mango Hand Cleanse Gel
Wangi mangga dan chamomile yang menenangkan
Ini dia hand sanitizer yang sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kulit yang sensitif. Produk ini mengandung esen chamomile yang bersifat anti iritasi dan dapat menenangkan kulit sensitif. Selain itu, wangian mangga yang fresh sebagai terapi. Tidak mengandung paraben dan triklosan, selamat, wangi, dan bersih!
2. Antabax Anti-Bacterial Sanitizer Spray
Hand sanitizer terbaik bentuk spray
Hand sanitizer bentuk spray ini sangat mudah untuk digunakan kerana mengandungi serum pelembap mikro yang tidak mengeringkan kulit. Selain digunakan untuk membasmi kuman pada tangan, hand sanitizer Antabax ini juga boleh digunakan pada permukaan seperti meja, mainan kanak-kanak dan kerusi makan bayi. Keluarga sihat, bebas bakteria!
3. Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer
Hand sanitizer harga mampu milik
Terbukti untuk membunuh 99.9% kuman, Lifebuoy Hand Sanitizer berkesan membunuh bakteria dan menyahaktifkan virus di tangan anda. Ianya dapat mengeringkan dengan cepat, tidak melekit dan mengandungi pelembap serta Vitamin E untuk memastikan tangan anda lembut dan licin.
4.Betadine Natural Defense Nourishing Manuka Honey Hand Sanitizer
Kebaikan madu untuk menutrisi kulit Anda
Pemakaian hand sanitizer terus-menerus dapat membuat kulit kering. Jika dibiarkan, hal ini malah akan menimbulkan masalah baru. Akan tetapi, kandungan manuka honey di dalam hand sanitizer ini bersifat antibakteria sekaligus menutrisi kulit anda. Selain itu, terdapat juga kandungan Aloe vera untuk melembapkan kulit. Hebatnya lagi, produk ini bebas dari triklosan, paraben, dan bahan kimia berbahaya!
5. Bath & Body WorksWarm Vanilla Sugar
Hand sanitizer trendy dengan aroma wangian
Tentu menyenangkan bukan, bila hand sanitizer yang anda pakai wanginya harum seperti minyak wangi kegemaran anda? Anda patut mencuba produk keluaran Bath & Body Works ini. Terkenal dengan personal care product yang fashionable, termasuk hand sanitizer ini.
Selain efektif membunuh kuman, wangian creamy vanilla pasti buat anda ketagihan untuk menggunakannya. Terdapat holder khusus dengan pelbagai rekaan yang dijual secara asing. Tampak lebih bergaya apabila disangkut di tas tangan. So trendy!
6. Dettol Hand Sanitizer Fresh
Hand sanitizer terbaik dengan Aloe Vera
Diperkayai dengan Aloe Vera, hand sanitizer Dettol ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya tidak mengeringkan tangan dan tidak melekit setelah dipakai. Tangan akan terasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan kuman.
7.Trust Nature Instant Hand Sanitizer
Hand sanitizer dengan ekstrak minyak Tea Tree
Hand sanitizer jenis gel ini mengandungi 70% alkohol untuk membasmi kuman pada tangan. Ianya diperkaya dengan minyak Tea Tree dan partikel Nanonized Silver yang berfungsi untuk memberi pelindungan daripada pembiakan bakteria.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Buat Sendiri Je! Dengan Kos RM11.70 Boleh Dapat 5 botol (50 ML) Hand Sanitizer
Cara memakai hand sanitizer yang efektif
Supaya lebih efektif kesan penggunaan hand sanitizer, ada beberapa langkah memakai hand sanitizer yang sebaiknya.
- Pastikan tangan Anda kering sebelum menggunakan.
- Bacalah petunjuk penggunaan yang tertera pada label produk. Gunakan produk sesuai jumlah yang dianjurkan.
- Sapukan pada kedua belah tangan anda secara menyeluruh. Jangan lupa bahagian belakang tapak tangan, celah-celah jari, dan bahgian dalam kuku.
- Pakailah sampai ke setengah lengan anda. Setelah itu, biarkan kering dengan sendirinya. Janganlah keringkan dengan tisu.
Penting bagi anda yang mempunyai kesan sampingan menggunakan hand sanitizer, hentikan penggunaan produk berkenaan. Kemudian, cuci tangan dengan air mengalir dan sabun jika tangan anda jelas kelihatan kotor. Perhatian pada anda yang suka menyentuh kulit wajah dengan tangan yang tidak bersih!
SUMBER: MYBEST
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demi Gelaran Doktor Falsafah, Najwa Latiff ‘Korbankan’ Kerjaya Sebagai Pensyarah Muda!
Umum sedia maklum, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti terkemuka di Selangor.
Bagaimanapun, terbaharu isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin ini memaklumkan bahawa dengan berat hatinya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pensyarah bagi memberi tumpuan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang sedang diikutinya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Najwa Akui Tak Mudah Bekerja, Sambil Mengikuti Pengajian PhD
Menurut pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih mesra disapa sebagai Wawa ini, dia mengakui agak sukar baginya untuk melunaskan dua perkara dalam satu masa. Justeru, Wawa nekad mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjayanya sebagai pensyarah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD, sebab PhD saya tak bergerak dan kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya lapor Murai.
Artikel berkaitan: Dulu ‘Rakan Duet’ Kini Suami, Najwa Latiff Selamat Nikahi Ahli Muzik
Jelas Wawa lagi, dia hanya berehat untuk satu jangkamasa pendek sahaja dan tidak bercadang untuk menganggur lama. Malah, ujarnya lagi dia masih tetap akan meneruskan usaha menjadi pensyarah semula sebaik sahaja pengajianya selesai dan dalam masa sama masih aktif dalam industri muzik.
“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali bekerja (pensyarah) semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus (PhD) sekejap,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
Kini Najwa masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sumber: Instagram Najwa Latif, Murai
Artikel berkaitan: Konvo Dengan Result 4 Flat, Kini Najwa Latif Bergelar Graduan Sarjana TESL!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI