‘Saya Perlukan Mamajee Hanya Untuk Seminit’- Neelofa Ubati Kesedihan Fatimah Dari Kota Suci Mekkah

Share

Disaat Chef Adamdidam meninggal dunia, seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan pemergiannya itu. Bukan sahaja merindui penampilannya di kaca televisyen sebagai hos masakan, malah telatahnya bersama anak-anak buahnya iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali di instagram @thefamily.uk pasti akan sentiasa dikenang.

Fatimah merupakan antara insan yang paling sedih dengan situasi ini. Di laman instagram rasmi mereka, Fatimah dikhabarkan mengalami tekanan perasaan sehinggakan tidak dapat menghadiri sesi persekolahan.

Bermohon kekuatan hadir dalam diri, Fatimah sangat berharap agar dapat bertemu kembali dengan arwah bapa saudaranya yang sangat disayangi walaupun seminit. Dia juga memohon agar Neelofa yang juga merupakan saudaranya itu yang sedang mengerjakan umrah ketika itu agar menyampaikan doa dan hasratnya pada Tuhan.

“Tolong hubungi Auntie Love…”

Minggu lepas, Fatimah hanya mampu untuk ke sekolah selama dua hari sahaja. Dia merasai kesedihan lagi pada Rabu, 12 Jun yang lalu. Sakit menyakitkan melihat dia merasai segala perit ini. Pada mulanya, tiada suara yang keluar dari mulutnya, hanya air mata yang mengalir di wajahnya. Tiba-tiba, dia bersuara. “Tolong hubungi Auntie Love (Neelofa)… Saya perlukan dia untuk menyampaikan pada Allah agar pulangkan Mamajee hanya untuk satu minit. Hanya satu minit yang saya perlukan. Satu minit, dan saya akan pulangkannya kembali pada Allah”

Memahami perasaan Fatimah, Neelofa memberikan sokongan sepenuhnya buat Fatimah bagi mengubati kesedihannya.”

Minggu lepas, Allah menghantar seorang bidadari dari kota Mekkah. Saya berniat untuk berkongsikan sejak minggu lalu namun tidak tahu ungkapan apa yang sesuai dengan cinta dan kasih yang telah diberikan olehnya. Jasadnya mungkin tidak bersama kami, namun dia telah memberi dan mengorbankan banyak masanya untuk kami. Dia bercakap dengan Fatimah dan telah menunjukkan rumah Tuhan iaitu Kaabah kepadanya bagi menenangkan hatinya yang hancur.

Bukan itu sahaja, dia tetap terus berada di situ selepas tamat waktu Isyak di depan Kaabah dan menghubungi semula untuk bercakap pula dengan Omar Mukhtar dan Ali Dia juga sentiasa mahu mengetahui keadaan Fatimah. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa beruntungnya kami untuk mendapat seorang bidadari sepertinya. Moga Tuhan memberkatinya dan lindunginya dari segala kejahatan. Mamajee pasti gembira jika mengetahui kesayangannya dikelilingi kasih sayang daripada Auntie Love mereka.

Sungguh sebak apabila mengikuti kisah mereka ini. Mulia sungguh hati Neelofa yang sudi meluangkan masa buat Fatimah tersayang. Moga Tuhan sembuhkan hatinya yang sedang berduka dan memberi rahmat kepada mereka sekeluarga. Amin.

IKLAN