Terdapat banyak jenis alahan yang berada di muka bumi ini. Akan tetapi yang paling kerap didengari adalah alahan terhadap makanan seperti kacang, kerang. Tetapi, tahukah anda objek yang berada di sekeliling juga boleh menjadi punca alahan?

Ramai yang tidak tahu bahawa alahan berlaku apabila sistem imun yang memberi tindak balas kepada bahan atau makanan yang selalu tidak berbahaya. Alahan akan memberi signal kepada sel-sel antibodi yang mengenal pasti alergen sebagai sesuatu yang berbahaya walaupun pada dasarnya ia hanyalah objek biasa.

Setiap orang mempunya alahan yang berbeza seperti alahan terhadap bahan atau makanan yang berbeza-beza. Malah reaksi yang akan di hadapi juga berlainan setiap individu. Antara reaksi alahan adalah hidung berair, bersin, rasa gatal-gatal dan diserang anafilaksis. Anafilaksis adalah reaksi di mana alergi yang boleh mengancam nyawa seseorang itu.

Artikel Berkaitan: Jerawat Timbul Punca Alergi Dan Alahan Kacang. Hilang Nikmat Makan Kuah Kacang!

Punca-punca alahan

1. Barang-barang perhiasan

Tahukah anda, barang kemas yang murah atau berwarna perak biasanya diperbuat dariapada nikel, iaitu sejenis besi yang boleh menyebabkan pemakainya mengalami ruam gatal-gatal. Malah, alergi nikel ini selalu terjadi apabila pesakit memakai anting-anting atau barang kemas lain.

Nikel juga terkandung di dalam objek seperti duit syiling, zip seluar dan telefon bimbit. Rangka cermin mata juga sama.

2. Telefon bimbit atau tablet

IKLAN

Individu yang mempunyai alahan pada besi selalunya akan mengalami masalah menggunakan telefon bimbit atau tablet mereka. Apa yang bakal terjadi adalah, mereka akan mengalami ruam pada kawasan muka, telinga dan tangan sekiranya mereka kerap menggunakan telefon bimbit.

Cara yang terbaik buat mereka yang mempunyai reaksi alahan tersebut adalah menjauhkan diri daripada objek-objek tersebut. Selain itu, anda digalakkan mengguna pelindung plastik pada telefon bimbit. Anda juga boleh mengurangkan sentuhan dengan menggunakan mod freehand pada telefon bimbit anda.

3. Butang seluar

Butang seluar dikategorikan sebagai alergi nikel kiga kerana butang seluar diperbuat daripada besi. Jadi, jika anda sering merasakan gatal-gatal sekitar pusat ini mungkin penyebabnya!

Kalau ini merupakan masalah reaksi alergi, anda boleh cuba untuk memisahkan butang tersebut dengan memakai lapisan lain pada seluar anda. Sebagai contoh, pakai singlet untuk mengalas bahagian besi.

4. Alahan pada lipas dan tikus.

IKLAN

Salah satu punca alahan rhinitis dan asma adalah kerana lipas dan tikus yang berkeliaran di rumah anda. jika jumlah makhluk perosak ini berada di rumah anda besar kemungkinan ahli keluarga anda yang mempunyai alergi rhinitis akan terkesan.

Punca utama yang menyebabkan alahan ini adalah, anda tidak sedar akan kewujudan najis, sel kulit, bulu atau air kencing binatang ini. Apabila ia kering, ia merebak ke seluruh rumah anda dengan jisim yang lebih ringan. Selain itu, jangan rasa bebas sekiranya rumah anda tiada binatang ini kerana kemungkinan ia boleh berlaku pada jiran-jiran anda yang mengalami infestasi.

5. Sabun basuh baju

Gambar sekadar hiasan

Di dalam sabun baju terdapat sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan ruam pada kanak-kanak atau orang dewasa. Pewangi, pewarna dan bahan pengawet boleh menyebabkan alergi.

Selain itu, ada juga yang akan terasa gatal-garal apabila terkena sabun basuh baju. Malah, sabun basuh baju juga boleh menyebabkan individu tersebut mengalami kegatalan walaupun tidak menyentuhnya secara langsung. Ruam gatal juga boleh terjadi jika kulit anda terdedah pada pakaian yang tidak basuh atau kotor.

7. Alat solek dan Skincare

IKLAN

Bahan kimia yang terdapat dalam alat solek, losen dan pelindung matahari juga boleh menyebabkan ruam pada muka. Malah, ruang ini akan naik pada kawasan yang terjejas selepas sejam atau dua selepas pendedahan.

Dermatitis sentuh berlaku disebabkan alat solek boleh diperiksa oleh doktor. Berjumpalah dengan ahli dermatologi dengan secepat mungkin untuk mengenal pasti bahan yang menyebabkan sensitiviti pada kulit anda.

Akhir kata, banyak sebab yang boleh menyebabkan benda di sekeliling kita yang boleh menyebabkan alahan. Sabun mandi hinggalah serangga semuanya boleh berupaya untuk mencetuskan reaksi alergi jika kita tidak berhati-hati.

Artikel Berkaitan: Bibir Merekah & Mengelupas Boleh Disebabkan Alahan Pada Makanan Tertentu Selain Kurang Minum Air & Cuaca

Pastikan anda menjauhkan diri daripada menyentuh objek yang boleh menyebabkan alergi jika tersembunyi seperti ini. Pastikan anda sentiasa peka ketika menggunakan objek disekeliling anda setiap hari.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=oip9PGfVETQ

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI