Usai menjalani kuarantin selama 14 hari, Dayah Bakar akhirnya bertemu suaminya, Muhammad Hanif bersama anak mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri di Australia.
Sebelum ini, Dayah terpaksa berjauhan dengan suaminya disebabkan bertugas di perantauan. Pandemik Covid-19 juga menyukarkan lagi peluang mereka sebelum ini untuk bertemu.
Menerusi laman instagram peminat @dayahlova, foto-foto momen keluarga kecil ini bersatu telah dimuat naik di situ.
Menghargai momen yang ada, Dayah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia pengacaraan kerana dia dan Fahri akan menetap di Australia selama setahun bersama Hanif.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mikha Tambayong atau nama penuhnya Maudy Mikha Maria Tambayong merupakan seorang pelakon kelahiran Jakarta, Indonesia. Namanya mula dikenali di Malaysia setelah berlakon dalam sinetron Nada Cinta.
Pelakon jelita dari seberang tersebut berkongsi khabar bahagia apabila dia sah menjadi isteri kepada Deva Mahenra, yang juga merupakan seorang pelakon. Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan di Hotel The Ritz Carlton, Bali pada Sabtu lalu.
Difahamkan, pasangan tersebut mengejutkan rata-rata netizen di Indonesia kerana sebelum ini mereka berdua kelihatan ‘santai’ di media sosial dan tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk berkahwin.
Detik bahagia tersebut dikongsikan melalui laman Instagram miliknya. Mikha terlihat begitu menawan mengenakan gaun perkahwinan sang ibu serba putih dengan sentuhan mutiara sambil memegang sejambak bunga. Suaminya, Deva juga terlihat menawan dengan kot putih dan seluar yang berwarna coklat.
“28.01.2023. Menikah dengan sahabat karibku dalam gaun ibuku. Bagaikan mimpi” tulis Mikha.
Dapat dilihat tema pernikahan pasangan tersebut dihiasi dengan warna putih dan hijau, serta sedikit warna kebiruan, yang merupakan warna kegemaran kedua mempelai.
Perancang perkahwinan mereka iaitu Gisela Setyawan menyatakan bahawa idea dekorasi untuk majlis tersebut diinspirasikan daripada cinta pasangan tersebut terhadap pantai dan juga warna biru.
Apa yang menarik, Mikha dan Deva dilihat menyarungkan tiga busana yang berbeza daripada pereka fesyen ternama Indonesia.
Busana yang pertama adalah kebaya, yang direka oleh pereka Vera Angreni. Kebaya ini mempunyai warna kebiruan keperakan yang sebati dengan panorama lautan yang menjadi latar belakang tempat perkahwinan.
Busana kedua adalah gaun istimewa yang mempunyai makna sentimental bagi Mikha. Seperti yang diketahui, pakaian A-line putih klasik ini adalah milik mendiang ibunya, Deva Sheila Malaihoro, direka oleh Samuel Wattimena.
Untuk resepsi perkahwinan dan sambutan selepas parti, Mikha memakai gaun putih dan emas oleh pereka terkenal Jeffrey Tan.
Ketika ditemu bual oleh sebuah portal Indonesia, Mikha sempat meluahkan rasa syukur kerana dia dan suaminya mempunyai cita rasa yang sama, yang membuatkan proses persiapan perkawinan mereka berjalan dengan lancar.
“Nasib baik saya dan Deva mempunyai cita rasa yang sama, jadi kami tidak menghadapi banyak masalah semasa memilih vendor dan tema perkahwinan kami. Deva juga sangat ‘supportive’ dan mahu terlibat secara langsung dalam pelbagai keputusan persiapan kahwin, jadi ia sangat membantu,” jelas Mika.
“Proses persiapan perkahwinan kami agak ketat dari segi masa, terutamanya kerana kami sibuk dan mempunyai pelbagai projek(kerja) yang perlu dilakukan semasa proses persiapan kahwin ini,” kata Deva Mahenra.
Menjengah ke ruangan hantaran tersebut, rata-rata netizen dan rakan artis tumpang gembira serta mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
“So beautiful! Congrats Mikha”
“Bajunya simple2 tapi sungguh cantik, anggun, so… So pretty”
“Terlalu indah my beautiful mikha.. peluk sayang, bahagia untuk kalian.”
Sekadar info, Deva Mahenra terdahulu mengakui menjalani hubungan cinta bersama Mikha Tambayong semenjak tahun 2020. Meski berbeza agama, hubungan cinta mereka semenjak dahulu sering menjadi sorotan ramai hingga akhirnya pasangan ini disatukan dalam ikatan perkahwinan.
Bila seharian membanting tulang, antara perkara yang memang setiap individu nantikan adalah untuk merehatkan badan dikala cuti. Paling best jika bergolek-golek diatas tilam dan bermalas-malasan sepanjang hari. Heaven weh!
Memandangkan tilam menjadi antara elemen terpenting dalam kediaman dan juga kehidupan kita, pernah tak hijabi terfikir macam mana cara nak mencuci tilam kepam anda yang penuh dengan peta dunia tu?
Mudah je sis! Di sini hijabista kongsikan kaedah ‘deep clean’ untuk mencuci tilam kepam anda tu tanpa perlu bersusah payah mengangkatnya! Hanya gunakan tiga bahan mudah ni je sis. Ini caranya:
1. Pertama sekali, anda perlu memulakan proses mencuci tilam secara ‘deep clean’ dengan langkah pertama, iaitu menyedut segala kekotoran dan debu tilam menggunakan penyedut hampagas (Vacuum). Hijabista mencadangkan agar anda menggunakan kepala vacuum berjenis muncung tirus dan bersaiz kecil.
2. Kedua, anda perlu masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian campurkan ia bersama hydrogen peroxide.
3. Setelah itu, masukkan pula cecair pencuci dan titisan pewangi. Kacau sehingga kesemua bahan sebati. Pastikan anda tidak menggunakan teknik menggoncang untuk mencampurkan kesemua bahan.
4. Setelah semua bahan sebati, spraykan campuran berkenaan di mana bahagian tilam yang dipenuhi peta. Biarkan dalam tempoh masa 5 hingga 10 minit. Kemudian anda akan menyaksikan keajaibanya, dimana sedikit demi sedikit peta dunia itu akan mulai menghilang dari tilam anda.
5. Sekiranya, terdapat bahagian peta yang degil, adalah digalakkan agar anda spray sekali lagi pada bahagian tersebut. Biarkan seketika sehingga sedikit kering dan ulang langkah sama sehingga peta benar-benar hilang dari radar.
6. Setelah itu jemurkan sahaja tilam anda di dalam bilik. Hanya perlu tingkatkan kelajuan pusingan kipas dan biarkan tilam kering secara semulajadi sepenuhnya.
Sekadar info, tilam yang empuk dan bersih bukan sekadar menjanjikan tidur yang lena, malah ia mampu menghalang bakteria yang menjadi punca penyakit berkaitan kulit.
Semakin mendapat tumpuan rakyat Malaysia dengan video-video masakannya yang enak di YouTube, S. Pavithra sebenarnya ada kisah peribadi menyentuh hati yang tidak diketahui umum.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, dia tidak dapat menghabiskan pelajaran di sekolah gara-gara berdepan masalah kewangan akibat kesempitan hidup keluarganya.
“Saya dulu sekolah rendah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dapat 5A. Bahasa Melayu memang subjek kegemaran saya. Cuma, apabila ke Sekolah Menengah saya hanya dapat belajar separuh jalan sahaja. Tingkatan 4 pun tak habis belajar.
“Saya dari kecil memang susah. Hari-hari pergi sekolah, naik bas tambang, tapi selalu tak dapat pergi sekolah sebab susah. Jadi, saya tak dapat belajar dengan baik,” katanya kepada Astro Gempak.
Ujar Pavithra, dia membantu bapanya yang merupakan buruh binaan untuk mencari wang dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang sebaik berhenti belajar di sekolah.
“Ayah kemudian suruh saya kerja, sebab kami susah. Jadi, bantu dia cari wang. Lagipun, ketika itu saya paling tua kerana kakak sulung dijaga oleh nenek.
“Sewaktu kerja di kilang, saya banyak bergaul dengan lebih ramai kawan-kawan Melayu. Dari situlah bahasa Melayu saya menjadi lagi fasih,” kata anak kedua daripada lima beradik ini.
Cekal sungguh Pavithra melalui kehidupannya ini. Nilai positif yang ada dalam dirinya inilah yang perlu kita contohi selain sikapnya yang sentiasa bersyukur dengan kesederhanaan hidup yang dimilikinya.
Sehingga kini, dalam masa tiga bulan sahaja saluran YouTube Sugu Pavithra sudah mencecah 578,000 orang ‘subscriber’.
Salurannya itu diadakan bagi membantu meringankan beban suami, M. Sugu yang bekerja sebagai seorang buruh ladang dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan sahaja.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.