Kediaman yang indah, bersih dan tersusun rapi memang menyejukkan mata. Maka sebab itulah urusan mengemas perlu dilakukan secara teratur. Bayangkan apabila pulang dari kerja, sampai sahaja di rumah, sejuk mata memandang dengan susun atur yang kemas di samping bau yang menyegarkan. Hilang segala lelah!
Urusan mengemas rumah bagi mereka yang bekerja selalunya dilakukan pada waktu hujung minggu. Berikut dikongsikan tip untuk mengemas kediaman dengan cara yang praktikal. Ianya mudah untuk dipraktikkan.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Photo by Vecislavas Popa from Pexels
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Ads
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Photo by Daria Shevtsova from Pexels
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Ads
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Photo by Mikhail Nilov from Pexels
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Photo by Max Vakhtbovych from Pexels
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
HIJABISTA: Gaya minimalis adalah reka bentuk menampilkan ciri-ciri keseriusan dan ringkas dalam hiasan. Hiasan minimalis amat mementingkan pembahagian ruang yang sempurna.
Pernah tak anda mengalami masalah kegatalan kulit kepala yang kronik? Sampai tak selesa dibuatnya bila berhijab, asyik nak tergaru-garu hingga malu dibuatnya!
Menurut pakar dermatologi, Dr. Jean Buhac, masalah kulit kepala atau rambut berkelemumur bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya bagi golongan wanita khususnya wanita berhijab.
Jean berkata, masalah ini setidaknya dihadapi oleh satu per lima orang dalam dunia. Malah, masalah ini menjadi semakin memburuk sekiranya anda melakukan beberapa perbuatan atau tabiat tanpa sedar dibawah.
Pada awal jangkitan kelemumur pada kulit kepala anda seharusnya dapat mengenal pasti beberapa simptom awal seperti kegatalan kulit kepala dan terdapat serpihan-serpihan pengelupasan kulit kepala pada sikat dan bahu.
Namun, sekiranya kelemumur anda semakin teruk, anda akan mengalami beberapa simptom yang lebih besar antaranya, jangkitan kulat atau dermatitis seborrheic (keadaan kulit bersisik dan gatal). Jika masalah ini gagal dirawat dari awal maka ia akan semakin memburuk.
Ini kerana, kulit kepala terluka akibat perbuatan menggaru seterusnya menyebabkan ia terdedah pada jangkitan kuman yang akan membuatkan kondisi kulit kepala tidak sihat serta mudah dijangkiti kulat.
Kegagalan anda mencari syampu yang mampu merawat kelemumur pada peringkat awal, akan membuatkan masalah kelemumur semakin teruk! Apabila kelemumur tidak dirawat dengan baik, ia memberikan kesan rengsa dan keradangan pada kulit kepala terutamnya bagi wanita berhijab.
Pemakaian hijab yang sehari-harian akan menyebabkan kulit kepala panas dan lembap akibat peluh. Keadaan ini akan membuatkan kelemumur menjadi lebih gatal serta mendatangkan ketidakselesaan kepada anda.
Satu perkara yang wajib hijabi ketahui adalah fungsi dan tujuan anda perlu menggunakan syampu. Selain untuk membasuh rambut, pemilihan syampu yang tepat dapat membantu menyingkirkan minyak, kotoran dan sisa produk kesan daripada penggunaan gel rambut atau hair spray yang melekat pada kulit kepala sis.
Oleh itu, dermatologi menyarankan agar hijabi menggunakan syampu khas anti-kelemumur yang telah terbukti secara klinikal bagi membantu mengatasi dan mengurangkan kelemumur.
Ini demikian kerana, syampu khas ini direka dengan menggunakan bahan aktif seperti selenium sulfide dan sebagainya yang sudah terbukti berkesan dalan membasmi kelemumur dan membersihkan kulit kepala anda.
Selain itu, perkara yang perlu dititikberatkan sekiranya mahu mengatasi masalah kelemumur adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang. You are what you eat! Kerana setiap masalah pada tubuh badan kita adalah relfleks kepada gaya hidup seseorang.
Menurut pakar perlangsingan berat badan dan diet, Kavita Devgan berkata, kesihatan kulit kepala seseorang juga ditentukan oleh gaya hidup dan pemakanan mereka.
“Individu yang mempunyai masalah kelemumur, digalakkan untuk mengurangkan pengambilan gula kerana ia boleh memburukkan lagi masalah tersebut.
“Perlu diketahui yang kelemumur sering dikaitkan dengan yis Candida, dan makanan bergula menggalakkan pertumbuhan berlebihan yis ini selain mengurangkan vitamin B, yang merupakan komponen penting dalam diet anti-kelemumur”, jelasnya.
Tidak berkesempatan menghadirkan diri pada PRU14, Hanis Zalikha dan suami pernah dikecam oleh segelintir warga maya. Namun kedua pasangan ini tampil mengundi pada tahun ini. First time!
Ralat dan menyesal. Hanis menegaskan bukan beliau dan suami tidak berusaha menghadirkan diri seawal mungkin ke tempat mengundi oleh kerana ada janjitemu pengambaran iklan, tetapi mereka tidak mendaftar dan tidak membolehkan mereka mengundi sama sekali.
Penyesalan itu bukan pada hari PRU14 tetapi sebelum hari bersejarah itu lagi yang mereka sudah tahu tidak dapat mengundi. Begitulah perasaan mereka berdua apabila terlepas peluang untuk mengundi pada 5 tahun lepas.
Hanis dan Hairul memuat naik sekeping gambar selepas mengundi, dengan kapsyen ‘first time! Ternyata wajah kepuasaan yang tergambar di riak muka mereka berdua. Ramai yang titipkan kata-kata semangat kerana berjaya hadir mengundi.
“Alhamdulillah dah ada kesedaran nak gi mengundi..😂 Tahniah 👏“
“Alhamdulillah, akhirnya menunaikan tanggunjawab pada negara. Ini baru betul cara cintakan negara.”
Hairul yang lebih dikenali sebagai aktor yang mengendong watak sebagai pahlawan negara dalam filem-filem patriotik, segelintir warga maya tidak berpuashati mengapa pasangan ini baru tampil mengundi buat pertama kali.
Pertama kali bukan satu kesalahan untuk kitatundingkan jari pada pasangan ini tidak mengundi sebelum ini. Malah ramai yang akui walaupun sepatutnya sudah 4 kali mengundi mereka cuba menjalankan tanggungjawb sebagai rakyat Malaysia. Alhamdulilah pasangan ini menguruskan masa dan tanggungjwab sebaiknya untuk PRU15 walaupun dilihat di IGstory mereka berada di luar negara hari sebelumnya.
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka.
Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk.
Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah.
Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal.
“Misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya.
“Tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya.
Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik.
Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah boss bukan Islam yang amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu.
Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam.
Walaupun kini sudah tidak lagi bekerja di stesen radio, Fara kini banyak terbabit dengan kerja sukarelawan untuk kerja-kerja amal. Dia juga turut mengendalikan rancangan bual bicara santai tetapi dalam versi digital, @dibilique
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.