Saat menjejakkan kaki ke dalam rumah, kita pasti dambakan bau haruman yang segar bagi memberikan ketenangan setelah seharian penat bekerja bukan. Barulah tenang saja rasanya. Sebenarnya, tak susah dan mahal pun bagi mengekalkan kewangian di dalam rumah. Ada cara yang sangat senang dan mudah! Ikuti saja perkongsian daripada gadis ini di twitter. Harum semerbak jadinya rumah kita.
Drama Perempuan Tanpa Dosa lakonan Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang sedang ditayangkan sekarang ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat setia drama tempatan.
Turut menerima tempiasnya adalah Uyaina Arshad yang membawakan watak Usu Sakinah dalam drama ini. Walaupun pada awalnya nampak baik, namun karakternya yang berubah menjadi ‘jahat’ hingga membuatkan penonton menjadi benci dan meluat pada wataknya itu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum bahawa pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan melalui prosedur yang telah diselaraskan oleh pihak kerajaan.
Di ruangan instastory, seorang pelajar IPT telah berkongsi kisahnya bagaimana prosedur tersebut telah dijalankan sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah. Ternyata banyak proses yang perlu dilakukan dan dia juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat seperti petugas kesihatan, pihak polis dan bomba yang menjalankan prosedur tersebut dengan teliti.
kredit: Akalili Amin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kemenangan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bertanding atas tiket Parlimen di Muar nyata memang telah diduga, dengan majoriti cukup besar. Ternyata kehadirannya walaupun sebagai orang baru dialukan penduduk sekitar. Sebenarnya pembabitan Syed Saddiq dalam arena politik ini adalah disebabkan oleh seorang wanita.
Beliau yang memuat turut status di laman sosialnya memberitahu wanita bernama Afiqah Zulkifli inilah yang menjadi sebab utama pembabitannya dalam politik.
Menurut Ahli Parlimen Muar yang baru berusia 25 tahun ini berkata, Afiqah merupakan pemimpin pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).
Afiqah yang pernah menjadi hos untuk satu pertandingan debat mengenai GST antara UMNO dan PKR dan disebabkan pembabitannya itu dia telah digantung oleh pihak universiti selama dua semester.
Menurutnya lagi kejadian itu menyebabkan dia rasa begitu marah. Ini kerana sebagai pemidato beliau boleh membahaskan beberapa isu sensitif tetapi Afiqah tidak boleh.
Oleh sebab itu pembabitannya dalam politik ini juga akan membolehkan beiliau untuk memberi kebebasan kepada universiti dan memulihkan autonomi dan maruah mereka. Beliau juga berazam mahu memperkasakan pelajar seperti yang tidak berlaku sebelum ini.
Dan hari ini wanita itu adalah penyokong kepada borang pencalonannya dalam PRU lalu. Katanya lagi jika Afiqah hilang di saat akhir pastinya pencalonan beliau akan hilang kelayakan.
Di akhir katanya, beliau yang juga pernah menerima anugerah Pendebat Terbaik Asia mewakili Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia percaya dengan wanita ini sebagaimana beliau percaya untuk melihat masa depan bersama Malaysia baru yang lebih baik.
Walau bagaimanapun Afiqa bukanlah teman wanita beliau kerana dia sudahpun berkahwin dengan jejaka pilihannya dan mempunyai seorang cahaya mata.
Pastinya selepas ini populariti Syed Saddiq yang juga bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dan pelajar Undang-Undang dari UIAM ini akan melonjak naik. Bukan sahaja kerana kebijaksanaannya memperjuangkan sesuatu isu, tetapi juga kerana mempunyai personaliti menarik dan mempesona.
Hanis Zalikha berkongsi rahsia mengekalkan bentuk badan langsing dengan pemakanan sederhana, senaman dan fokus terhadap kekuatan otot serta kecergasan.