Kemenangan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bertanding atas tiket Parlimen di Muar nyata memang telah diduga, dengan majoriti cukup besar. Ternyata kehadirannya walaupun sebagai orang baru dialukan penduduk sekitar. Sebenarnya pembabitan Syed Saddiq dalam arena politik ini adalah disebabkan oleh seorang wanita.
Beliau yang memuat turut status di laman sosialnya memberitahu wanita bernama Afiqah Zulkifli inilah yang menjadi sebab utama pembabitannya dalam politik.
Menurut Ahli Parlimen Muar yang baru berusia 25 tahun ini berkata, Afiqah merupakan pemimpin pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).
Afiqah yang pernah menjadi hos untuk satu pertandingan debat mengenai GST antara UMNO dan PKR dan disebabkan pembabitannya itu dia telah digantung oleh pihak universiti selama dua semester.
Menurutnya lagi kejadian itu menyebabkan dia rasa begitu marah. Ini kerana sebagai pemidato beliau boleh membahaskan beberapa isu sensitif tetapi Afiqah tidak boleh.
Oleh sebab itu pembabitannya dalam politik ini juga akan membolehkan beiliau untuk memberi kebebasan kepada universiti dan memulihkan autonomi dan maruah mereka. Beliau juga berazam mahu memperkasakan pelajar seperti yang tidak berlaku sebelum ini.
Dan hari ini wanita itu adalah penyokong kepada borang pencalonannya dalam PRU lalu. Katanya lagi jika Afiqah hilang di saat akhir pastinya pencalonan beliau akan hilang kelayakan.
Di akhir katanya, beliau yang juga pernah menerima anugerah Pendebat Terbaik Asia mewakili Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia percaya dengan wanita ini sebagaimana beliau percaya untuk melihat masa depan bersama Malaysia baru yang lebih baik.
Walau bagaimanapun Afiqa bukanlah teman wanita beliau kerana dia sudahpun berkahwin dengan jejaka pilihannya dan mempunyai seorang cahaya mata.
Pastinya selepas ini populariti Syed Saddiq yang juga bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dan pelajar Undang-Undang dari UIAM ini akan melonjak naik. Bukan sahaja kerana kebijaksanaannya memperjuangkan sesuatu isu, tetapi juga kerana mempunyai personaliti menarik dan mempesona.
Siapa yang pernah dengar tentang makanan viral khas Afrika iaitu fufu. Ianya sangat menjadi perhatian sehinggakan ada yang tertanya-tanya apa rasanya makanan itu sebenarnya.
Kelihatan seperti doh untuk membuat roti tetapi bukan untuk di bakar! Fufu sebenarnya diperbuat dari campuran ubi kayu yang dihancurkan.
Ia cukup kaya dengan sumber karbohidrat yang tinggi dan sering dimakan dengan sup khas dari Afrika. Jadi pasti anda terfikir macam mana penghasilan fufu ini yang menjadikan ia bulat dan lembik?
Ikuti perkongsian dari Finedininglovers, jika anda ingin mencuba membuat fufu di rumah, ikuti cara ini kerana ia sangat mudah dan pantas!
Dalam pembikinan fufum anda juga boleh menggunakan bahan lain selain dari ubi kayu. Anda juga boleh membuatnya dengan menggunakan keledek, pisang, sukun, mahupun buah jagung jika mahu.
Jadi apa yang anda perlukan untuk memasak fufu adalah:
Kupas kulit ubi kayu itu dan cuci bahan tersebut dengan bersih. Selepas itu anda boleh potong kepada beberapa bahagian supaya ia lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam periuk besar. Seterusnya, anda masukkan potongan ubi kayu itu ke dalam periuk dan biarkan ia rendam, jangan lupa letakkan garam!
Gunakan apa yang marak atau ‘besar’ kerana proses untuk merebus memerlukan penggunaan api yang besar. Biarkan selama 20 minit sehingga ubi kayu itu lembut.
Apabila sudah lembut, asing dan tapiskan ubi kayu itu dari air rebusan. Jangan! Anda jangan buang air rebusan itu, ia akan digunakan untuk proses yang lain.
Bila ubi kayu sudah mulai sejuk, masukkan ia ke dalam bekas yang bersaiz sederhana. Kemudian, campurkan sedikit minyak dan perasakan bersama garam dan lada hitam.
Leyekkan setiap bahagian ubi kayu yang di potong yang ada dalam bekas tadi. Pastikan anda lumatkan tekstur ubi kayu itu secukup-cukupnya. Seusai proses itu, anda boleh melihat teksturnya berubah menjadi lebih elastik sewaktu di pukul menggunakan senduk kayu.
Air rebusan tadi dimasukkan ke dalam campuran ubi kayu yang telah dilenyekkan tadi. Dengan berhati-hati, masuk sikit demi sedikit mengikut ketebalan yang anda inginkan.
Apabila telah capai mengikut ketebalan yang anda inginkan, bentukkan fufu itu dalam bentuk bulat kepada beberapa bahagian yang sama saiz. Kini Fufu buatan anda telah siap!
Kuah yang anda ingin cicah bersama Fufu itu terpulang kepada citarasa anda. Mungkin sahaja boleh makan bersama kari atau sambal ikan bilis, barulah ada twist rasa Melayu di situ. Selamat mencuba!
Sepanjang hari ini cukup hangat perbincangan di laman sosial kisah pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa yang dikecam netizen gara-gara melancarkan koleksi baru Naelofar Hijab di sebuah kelab malam. Isu ini menyaksikan pelbagai golongan cendikiawan seperti Profesor, Ustaz/Ustazah ataupun Imam Muda yang memberikan teguran. Masing-masing memberikan pandangan mereka tersendiri. Namun paling dinantikan adalah penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung hal ini.
Sejak posting di laman facebook menunjukkan Datuk Zulkfli sedang menulis surat terbuka kepada Neelofa, ramai tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan surat terbuka berkenaan.
Dallas posting yang dimwit turut tiga sejam lalu, inilah rupanya isi kandungan surat terbuka kepada pelakon yang bergelar Hajjah dalam usia muda ini. Posting ini juga telah mendapat hampir 6 ribu butang share dari netizen.
Jika orang lain menegur pelakon in dengan cara yang amat kasar dan sedikit menyentuh jiwa. Tetapi teguran dilemparkan Mufti Wilayah Persekutuan, ini lebih beradab, sangat halus dan begitu diplomatik.
Beliau tidak menyalahkan Neelofa 100 peratus, sebaliknya teguran berkenaan lebih kepada seperti mendidik dari seorang ayah kepada anaknya.
Ada 10 point yang ditulis dalam surat terbukan berkenaan buat perhatian Neelofa.
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.
1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
6.Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Bukan mudah untuk menerima kehadiran orang baru dalam setelah sekian lama hidup seorang. Maklumlah orang yang dikenali berstatus selebriti dan dalam masa sama perlu menjaga hati semua pihak terutama anak-anak. Namun dengan restu anak-anak jugalah akhirnya, Rapidah Abd Ghani menerima kehadiran Datuk Jalaluddin Hassan sebagai suaminya. Pesan anak-anak, solatnya akan menjadi lebih berganda pahalanya jika berjemaah bersama suami.
A post shared by Hiburan@Sinar (@hiburan.sinar) on
Pada awalnya dia tidak menyangka bertemu jodoh dengan pelakon berkenaan. Walaupun mengambil masa lama untuk menerima lamaran itu, tetapi dia terbuka hati melihat sikap Jalaluddin yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan cucu-cucunya.
“Anak-anak saya pun semua bersetuju saya berkahwin kerana kata mereka solat saya tidak banyak pahala berbanding solat bersama suami lebih banyak ganjaran,” katanya yang bersyukur kerana segalanya kini telah selesai dan segala urusan dipermudahkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.