Kembali dengan membawakan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna- warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini.
Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.
Rupa-rupanya disebalik pentas peragaan yang gah Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu, tersimpan satu impian anak gadis yang dipendam selama 4 tahun lalu.
4 tahun lalu sebagai tetamu jemputan
Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.
Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab. Pertunjukan fesyen Layar Raya juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.
Ads
“4 tahun lalu, saya dijemput datang ke Fashion Show Ariani. Duduknya saya di belakang dewan sebelah kanan. Dalam hati terdetik, ‘Suatu hari nanti, aku juga akan berada di atas pentas itu,” kongsi Uyaina.
Menariknya 4 tahun kemudian, impian itu menjadi kenyataan. Walaupun ini adalah tahun ketiga Uyaina bersama Galeri Ariani, tetapi ini adalah tahun pertama berjalan di atas pentas megah Fashion Show Ariani yang cukup ikonik.
“Risau pun ada juga takut terpeleot atas stage tu Sempat saya berseloroh dengan Bella & Kak Lisa, “I’d rather talk than walk on stage, katanya”
Ads
Berkongsi rasanya di sidang akhbar, Uyaina juga berbangga, terharu, teruja, malah bersyukur walaupun ada perasaan gementar dan bermacam-macam perasaan lagi bercampur-baur. “Rasa macam hosting lagi tak nervous daripada catwalk. Bunyi macam aneh, tapi itulah Uyaina!”
Alhamdullilah! Impian saya pada umur 26 tahun, akhirnya menjadi kenyataan. Berjalan pula seiringan dengan wanita- hebat yang cukup saya kagumi, sayangi & hormati, ujarnya lagi.
Semua golongan mampu menyarung hijab Ariani
Menurut Datin Farah Haryani, ARIANI menawarkan harga hijab serendah RM39.90
ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.
Ads
Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub- brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti.
Koleksi ARYAN juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya kepada para jemputan dan akan dijual secara eksklusif di House of Ariani.
Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional daripada Man Kidal Bersama penyanyi Amir Masdi medendangkan lagu sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran.
Pertunjukan fesyen bagi segmen ini diserikan lagi dengan kehebatan paduan vokal pasangan Erni Zakri dan Syamel. Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini peminat industri hiburan tanah air digemparkan dengan kehadiran pendatang baharu Dina Nasz yang mewarnai bidang nyanyian negara.
Malangnya, kehadiran Dina atau Nur Addina Mohd Nasron, 20, disalah tafsir apabila ada antara netizen berpendapat, konsep lagu dan genre single pertamanya berjudul ‘Cita’ saling tak tumpah seperti konsep dan lagu nyanyian Iman Troye.
Respon terhadap isu yang dibangkitkan ini, wakil Todak Music, Balqis Zairul Nizam menegaskan bahawa Dina mempunyai identitinya yang tersendiri, sekaligus menolak dakwaan bahawa dia meniru Iman Troye.
Balqis berkata, tiada sebarang persamaan yang dapat dilihat menerusi genre lagu yang dibawakan oleh Dina dan Iman Troye. Jelasnya lagi, Cita memfokuskan genre balada dan Jazz.
“Cita mengetengahkan genre balada dan jazz, berbeza dengan penyanyi lain,” ujarnya.
Selain itu, Balqis turut memberi penekanan bahawa tidak timbul sebarang isu peniruan konsep disini, kerana setiap lagu mempunyai konsep dan kreativiti masing-masing untuk dipersembahkan kepada peminat.
“Tidak timbul isu meniru pun, kerana muzik video lagu Cita adalah terinspirasi daripada muzik K-pop,” katanya.
Meninjau keruangan komen di muzik video rasmi Cita naungan Todak music, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan jika muzik video berkenaan mempunyai persamaan dengan lagu Teman nyanyian iman Troye atau sekadar kebetulan.
Ini demikian kerana, lagu Cita menggunakan elemen warna, pemakaian serta gerak tari yang hampir serupa dengan lagu tersebut.
Sebagai rekod, Dina adalah juara program Open Stage Muzik-Muzik 35 pada 2020, kini beliau merupakan artis baharu naungan Todak Music. Akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, Dina baru berkesempatan melancarkan single pertamanya baru-baru ini.
Lagu Cita dendangan Dina Nasz ini, mengisahkan berkenaan seorang perempuan yang mempunyai teman lelaki gemar bermain kayu tiga dibelakangnya.
Manfaat vitamin C yang banyak dikenal adalah kemampuannya untuk mencegah bintik-bintik hitam. Vitamin C juga berperanan dalam regenerasi kolagen, menahan rembesan sebum berlebih, mencerahkan wajah, dan menghilangkan bekas jerawat. Berbagai manfaat dari vitamin C ini sekarang dapat anda rasakan dalam bentuk serum.
Pemakaian serum sebagai salah satu rejim penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang asing pada mereka yang mengambil berat tentang kesihatan kulit. Antara serum yang sering menjadi pilihan adalah yang mengandungi Vitamin C. Serum Vitamin C dengan bahan antioksidan yang berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen serta membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan memperbaiki kerosakan kulit akibat pencemaran dan pancaran matahari.
Sebelum anda membeli serum yang mengandungi vitamin C, ketahui juga cara untuk memilihnya:
Setiap orang memiliki keperluan yang berbeza mengikut jenis kulit mereka. Berikutnya, kami akan jelaskan cara memilih serum vitamin C yang sesuai dengan keperluan kulit wajah anda.
Setiap produk diproduksi dengan tingkat konsentrasi vitamin C yang berbeza-beza. Tinggi dan rendahnya konsentrasi vitamin C dalam komposisi produk tersebut tentu mempunyai efek samping tersendiri. Serum dengan konsentrasi vitamin C yang tinggi akan memberikan hasil yang cepat, tetapi boleh jadi kulit anda mengalami sedikit kekeringan.
Untuk menghindari hal tersebut, anda boleh mulai menggunakan produk dengan konsentrasi vitamin C yang rendah terlebih dahulu. Hal ini bertujuan memberi kesempatan kulit anda untuk bernafas dan sesuai dengan bahan yang terkandung. Apabila kulit wajah lebih selesa tingkatkan kadar vitamin secara berperingkat.
Mencari serum vitamin C dengan manfaat mencerahkan. Dalam mengatasi flek hitam dan kekusaman, anda perlu vitamin C aktif yang secara efektif mampu menembus bahagian terdalam dan bertahan lama di dalam kulit. Pilihlah produk vitamin C aktif dan bahan tambahan lainnya yang membuat vitamin C mudah diserap kulit sekaligus terjaga kestabilannya. Anda juga boleh memilih produk yang disertai vitamin E. Vitamin E dapat melancarkan peredaran darah sehingga dapat memberikan efek sinergi dengan vitamin C.
Manfaat mencegah jerawat juga ditemukan pada vitamin C. Vitamin C dapat menghambat pembentukan sebum yang menjadi penyebab timbulnya jerawat. Untuk anda yang bermasalah dengan jerawat, pilihlah kandungan vitamin C aktif yang mampu mencegah timbulnya jerawat. Jangan lupa memilih serum vitamin C dengan tekstur yang tidak meleket untuk keselesaan anda.
Vitamin C juga berperanan dalam membantu pembentukan kolagen alami kulit anda. Kolagen adalah unsur yang menjaga kulit agar tetap anjal dalam proses keremajaan kulit. Jika anda ingin kulit tampak muda, pilihlah serum vitamin C dengan tambahan hyaluronic acid atau ceramide. Keduanya adalah bahan yang mampu mempertahankan kelembapan dan menambah keanjalan pada kulit anda. Campuran vitamin C dengan bahan tersebut akan meningkatkan keremajaan kulit untuk kulit yang tampak anjal.
Bagi anda yang memiliki kulit sensitif atau kulit kering, sebaiknya anda memperhatikan bahan-bahan tertentu agar tidak merosakkan keadaan kulit anda. Hindarilah produk dengan kandungan paraben dan alkohol yang berpotensi memberikan beban pada kulit anda. Selain itu, pilih juga produk dengan tingkat asid yang rendah.
Banyak produk serum vitamin C yang dapat anda temukan dengan tekstur yang berbeza-beza. Anda boleh memilih tekstur yang ringan atau kenyal sesuai dengan keinginan dan keperluan. Apa pun bentuknya kerana perawatan ini dilakukan setiap hari, pilihlah tekstur yang paling selesa untuk anda.
Ini adalah rawatan yang ideal untuk mereka yang sering terdedah kepada sinaran matahari. Masalah jeragat pada kulit wajah dapat diatasi dengan adanya ALPHA-H Vitamin C Serum yang dirumus khas dengan bahan semulajadi dan Vitamin C. Serum ini berfungsi untuk merawat dan mencegah kesan penuaan, pigmentasi dan garis halus kerana ia mengandungi pelembap untuk penghidratan yang berterusan serta merangsang pertumbuhan kolagen.
Serum tulen dari Korea ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat pada kulit wajah. Dengan kandungan 10% asid Ascobic dan 84% Asid Hyaluronic, vitamin tulen secara inovatifnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kulit.
Berfungsi untuk melawan kedutan, kembalikan keanjalan, menghapuskan lingkaran gelap, mencerah, melembut dan melegakan kulit serta kesan parut jerawat hilang dalam masa beberapa minggu sahaja. Produk serum ini terbaik untuk semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau kerana ianya tidak akan menyebabkan iritasi.
Klairs ikut menawarkan serum vitamin C terbaiknya yang khas untuk anda yang memerlukan tambahan kandungan vitamin C dan efek peremajaan. Dengan produk ini, anda akan mendapatkan manfaat baik dari vitamin C sekaligus tindakan untuk melawan tanda-tanda penuaan. Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik.
Tidak hanya itu, masalah pori-pori yang besar dan kulit yang kusam dapat anda atasi dengan kandungan vitamin C murni 5% dalam komposisinya. Serum vitamin C ini dapat digunakan oleh semua usia dan semua jenis kulit kerana formulanya yang non-irritation. Jadi, pemilik kulit sensitif juga dapat menggunakan produk ini.
Produk keluaran Wardah yang semestinya Halal dan mesra wudhu ini, sesuai untuk semua jenis kulit. Wardah memiliki beberapa macam serum, salah satunya Wardah C Defense Serum. Serum ini memiliki kandungan utama Hi-Grade Vitamin C 10% dengan tambahan aloe vera dan biosaccharide. Produk ini memiliki tekstur yang ringan dan dapat meresap dengan mudah. Tahap vitaminnya akan membantu mencerahkan kulit anda, menjaga keanjalan kulit, memperbaiki struktur kulit, dan melembapkan.
Serum vitamin C ini juga berperanan sebagai antioksidan dan anti-inflamasi yang akan melindungi kulit anda dari radikal bebas yang merupakan penyebab utama pigmentasi. Dengan pemakaian rutin, serum vitamin C ini akan membuat kulit anda lebih sihat dan lebih cerah secara berperingkat.
Anda yang menginginkan kulit tampak lebih cerah, halus, dan berkilau. The Body Shop Vitamin C Skin Boost mengandung vitamin C yang berasal dari camu-camu berry. Camu-camu berry adalah buah dengan kandungan vitamin C yang dua puluh kali lebih tinggi dari asid, yang dapat memberikan efek menyegarkan dan mencerahkan kulit anda.
Produk ini mengandung glycerin dan ascorbic acid yang akan memberikan kelembapan dan berperanan sebagai antioksidan. Anda dapat memakai serum ini pada pagi dan malam hari sebagai langkah terakhir perawatan kulit anda. Dengan pemakaian yang teratur, hasilnya kulit anda lebih cerah dan berkilau berkat kandungan mineral glowing serum ini.
Serum bertekstur ringan ini, bertindak pantas menyerap ke lapisan kulit. Dirumus khas dengan Manuka Honey yang berkualiti Premium dan bahan antioksidan iaitu Vitamin A, C dan E serta menggabungkan campuran bahan semulajadi seperti minyak Sweet Almond, Rosehip dan Evening Primrose untuk kelembapan berpanjangan dan memelihara kulit. Manakala Royal Jelly dan Bee Pollen mampu menyegarkan dan meremajakan kulit agar tampak berseri.
Bagi anda yang memerlukan nutrisi vitamin C sekaligus ingin mengatasi kedutan di wajah, kami cadangkan produk ini untuk anda. Serum ini mengandung vitamin C dengan kadar 10.5% yang tergolong sebagai perawatan anti-wrinkle. Tidak hanya mengandung vitamin C yang cukup tinggi, serum vitamin C dari Kiehl’s ini juga menambahkan asid L-Ascorbat yang berperanan untuk mengurangi garis halus dan tekstur pada kulit wajah anda.
Anda juga dapat menemukan kandungan glycerin yang berfungsi melembapkan, sekaligus meningkatkan keupayaan kulit anda dalam menampung air sehingga menjadikan kulit anda anjal. Botolnya yang dikemas dengan aplikator pump sesuai di bawa travelling agar kulit anda sihat terlindungi setiap saat.
Produk serum dari jenama Skin Inc ini yang menggabungkan Vitamin C dan E serta Vitamin B6 yang terkandung dalam kapsul halus rumpai laut, efektif hanya selepas disapukan pada Zon-T kulit anda. Dirumus khas untuk membantu mengurangkan kewujudan liang dan penghasilan sebum. Dengan fungsi yang mampu mengawal sebum, ternyata ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.
Serum yang dirumus khas dengan 13% Vitamin C asli untuk membantu mencerah dan melembap kulit, mencegah penuaan pada kulit pramatang serta menganjalkan kulit. Antara bahan anti-penuaan yang terkandung dalam serum ini adalah cendawan Shiitake dan daun teh hijau. Kesan baik serum ini dapat dilihat pada kulit anda dalam hanya 3 hari.
Dirumuskan dengan 10 ramuan khas untuk mendapatkan hasil yang cepat dan berkesan. Vitamin Tree pula mampu memberikan kelembapan pada kulit dan sesuai untuk mereka yang mempuyai masalah kulit kering. The By Wishtrend Pure Vitamin C21.5% Advanced Serum adalah serum vitamin untuk memperbaiki ton dan tekstur keseluruhan kulit. Dengan mengandungi vitamin C yang tulen, ia bebas dari paraben dan bahanmerbahaya yang boleh merosakkan kulit.
Serum retinol ini berfungsi memperbaharui sel-sel kulit melalui retinol yang terkumpul secara optimum untuk mendapatkan hasil yang maksimum tanpa memudaratkan kulit.
Dengan gabungan bahan kandungan berteknologi tinggi retinol, vitamin C dan E, ia meratakan tona dan tekstur kulit, menghasil kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan untuk mendapatkan kulit yang cerah dan sihat. Serum ini sesuai dipakai pada waktu malam untuk mendapatkan kebaikan yang maksimum.
Meskipun lambakan serum vitamin C di pasaran, keadaan kulit anda yang berbeza membuat tidak semua produk sesuai di kulit anda. Seperti yang telah dikatakan sebelumnya, vitamin C memiliki peranan menghalang pembentukan sebum sehingga kulit anda berpotensi menjadi kering. Bagi anda yang memiliki kulit sensitif, serum yang tidak sesuai boleh membuat kulit anda menjadi kasar.
Jika anda merasakan gatal saat pemakaian atau timbul masalah lain, sebaiknya anda menghentikan pemakaian serum tersebut. Kesan sampingan ini memang jarang terjadi, tetapi apabila hal tersebut terjadi, sila dapatkan khimat nasihat pakar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rutin senaman yang hebat untuk membakar lemak di pinggul dan peha anda hanya dalam 10 minit sehari, dalam sebulan dah nampak hasil!
Menjadikan kaki anda seksi dan cergas memang memerlukan senaman dan diet yang sihat. Bukan rahsia lagi bahawa bahagian tubuh wanita yang paling bermasalah adalah pinggul dan peha!
Bagi membuang lemak dari bahagian dalam dan luaran paha, anda hanya perlu melakukan tiga perkara:
Untuk mencapai hasil tidak perlu pergi ke gim, anda boleh bersenam dalam keselesaan rumah sahaja. Senaman selama 12 minit yang akan menjadikan kaki dan seluar ketat anda terpahat. Perkara yang paling penting adalah konsisten dan tidak pernah melangkau hari.
Tonton video di bawah untuk arahan komprehensif:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dusting powder kembali viral di TikTok sebagai rutin body care klasik yang membantu tubuh kekal segar, wangi dan selesa sepanjang hari. Ketahui fungsi dan cara pakai yang betul.