Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga darah seni yang mengalir dalam diri anak perempuan kesayangan pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman. Pemilik nama yang sangat cantik ini bukan sahaja diaanugerahkan seraut wajah yang jelita tetapi juga bakat lakonan yang sangat bagus.
Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model untuk majalah dan juga untuk ruang digital bagi label jenama hijab/pakaian popular sebelum melangkah kaki sebagai seorang pelakon.
Dia kini muncul sebagai pelakon untuk watak Syakifa dalam drama Senafas Rindu di saluran Astro Ria HD lakonan bersama beberapa selebriti popular dan hebat seperti Liza Abdullah, Syafiq Kyle, Elizaberth Tan, Azizah Mahzan dan Wan Sharmila memberikan bakat yang juga sehebat arwah bapanya.
Selepas kehilangan arwah Babah yang sangat disayanginya, Alya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Masih lagi menerima tawaran sebagai model dan juga membuat kerja berkaitan dalam bidang seni.
Bercerita bagaimana boleh terjun ke dunia lakonan, Alya memberitahu dia menerima panggilan secara mengejut dari pihak Astro.
“Pada mulanya memang was-was nk ambik tawaran berkenaan, tetapi apabila fikir balik mungkin ini rezeki Alya, takkan nak tolak begitu sahaja. Jadi Alya tetap terima tawaran berkenaan walaupun ketika shooting berkenaan tengah ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Alhamdulillah drama lakonan pertama Alya Senafas Rindu tengah trending No 1. Insya-Allah bulan depan Alya akan masuk set baru, tetapi buat masa ini banyak ambil jobphotoshoot sahaja,” ungkap Alya ketika dihubungi memberitahu perkembangan terkininya.
“Memang tekad Alya untuk meneruskan perjuagan dalam industri ini dan insya-Allah akan berusaha menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya yang turut menjadikan arwah Babah sebagai idola dalam dunia lakonan.
Ads
Dalam salah satu posting di laman Instagramnya Alya juga ada memberitahu sudah setahun pemergian Babahnya itu (pada 14/2) dan dia masih mengingat setiap momen terakhir mereka berdua.
Sewaktu mahu mengejutkan Babahnya itu dari tidur, rupanya arwah sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Pemergian Babahnya itu Alya anggap sebagai kehilangan terbesar dalam hidupnya selama ini. Walaupun kini tanpa kehadiran Babah di sisi tetapi dia tahu Babahnya akan sentiasa ‘melihat’ dirinya dan berharap akan dapat banggakan arwah satu hari nanti.
Dia akan sentiasa merindui Babah kesayangannya itu dan berdoa semoga dapat bertemu nanti di syurga Firdausi.
Pembabitan Alya yang cantik berhijab sebagai seorang pelakon ini turut mendapat pujian netizen. Masing-masing memuji lakonannya yang sangat natural dan mengesankan.
Sebenarnya sebelum ini Alya juga pernah beberapa kali menjadi model untuk Hijabista. Masih ingat setiap kali ada sesi fotografi, Alya akan datang ditemani arwah bapanya.
Viral bulan lalu yang menyaksikan beberapa selebriti yang pada mulanya berhijab kemudian telah membuka tudung. Namun tidak semua mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk bersikap ‘turning back’ pada kehidupan lalu. Biarpun diuji pelbagai dugaan, namun mereka masih kekal teguh berhijab kerana rasa cinta tidak berbelah bagi pada Tuhan yang satu.
Begitu juga bagi selebriti yang juga seorang penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss, atau dikenali dengan Deja Moss. Dia yang diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun lalu tetap teguh berhijab biarpun ada terdetik untuk membuka tudung.
“Menipu kalau saya kata tidak terdetik sikit pun dalam hati untuk ke arah itu. Tetapi saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri bersama Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir.
“Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Tidak dinafikan soal perceraian itu memang beri tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas bercerai saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya,” ungkap Deja Moss yang kemudiannya mencari kekuatan berdepan saat sukar itu.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja yang sudah 10 tahun bergelar usahawan Kek Lapis Sarawak.
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Justeru untuk memastikan segalanya berjalan lancar, Deja turut turun padang mengutip dana bagi membantu golongan anak yatim ini. Pada mulanya agak sukar tetapi dia bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah.
Deja Moss yang popular dengan lagu ‘Asmara’ masih lagi meneruskan aktiviti dalam bidang seni melalui nyanyian.
“Kalau dulu memang saya hambakan diri ini pada seorang lelaki (bekas suami) selama 10. Akan tetapi setelah berpisah, saya letakkan diri saya semuanya pada Allah. Hidup dan mati saya kerana Allah.
“Saya bersyukur setiap hari kerana Allah memberi pinjaman nyawa ini. Setiap pagi saya bersyukur kerana masih lagi bernafas kerana tak tahu apa yang akan berlaku selepasnya.
“Allah beri pinjam nyawa pada kita. Dan semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman. Semua milik Allah dan kita patut bersyukur atas kurniaan-Nya. Oleh sebab itu apabila saya hambakan diri pada Allah (selepas bercerai) saya rasa cukup tenang sekali.
“Saya reda dan terima dengan hati terbuka apa yang berlaku sebelum ini. Kata orang sudah ‘move on’ dan paling penting kena kerja keras untuk capai segala impian,” katanya yang sudah enam tahun kekal berhijab, sebelum akhiri perbualan.
Face mist merupakan salah satu produk perawatan wajah yang prakti kerana mempunyai pelbagai manfaat, misalnya untuk melembapkan wajah. Khususnya bagi anda yang mempunyai masalah dengan kulit kering, face mist merupakan produk yang wajib ada di dalam tas tangan anda.
Seiring dengan tumbuhnya kepopularan face mist, banyak jenama lokal hingga high end yang mengeluarkan produk face mist. Cadangan facemist dan panduan untuk hijabi pilih face mist terbaik dan sesuai untuk kulit anda.
Face mist adalah pelembap yang dikeluarkan melalui semburan sehingga membentuk zarah-zarah kecil halus yang mudah menyerap ke lapisan kulit.
Menggunakan face mist sangat memudahkan kerana anda tidak perlu menuangnya ke kapas dan boleh dibawa ke mana sahaja. Face mist tidak hanya popular digunakan sebagai perawatan sebelum mekap, tetapi face mist juga dapat digunakan setelah menggunakan mekap. Dengan menggunakan face mist, mekap anda akan tahan lebih lama. Face mist dapat membantu menyerap mekap ke wajah a dengan lebih baik.
Selain membuat mekap tahan lama dan melembapkan wajah, face mist juga dapat digunakan sebagai penyegar. Di dalam satu botol face mist terdapat pelbagai macam kegunaan. Sangat praktik dibawa ke mana sahaja!
Jika ingin menggunakan face mist, tentunya ingin memilih face mist yang sesuai untuk jenis kulit anda, bukan? Untuk itu, kami akan menjelaskan perkara yang perlu anda periksa sebelum membeli face mist.
Face mist dibahagi menjadi dua jenis iaitu face mist dengan kandungan gas dan face mist dengan kandungan air.
Face mist dengan kandungan gas dapat meyerapkan pelembap dengan sangat halus sehingga dapat menembus dan menyerap ke dalam lapisan kulit. Namun, anda harus menjauhkan face mist dengan kandungan gas dari api kerana mudah terbakar.
Face mist dengan kandungan air. Face mist dengan kandungan air memang tidak dapat menyerap pelembap sehalus face mist dengan kandungan gas. Namun, face mist dengan kandungan air lebih mudah dan selamat untuk dibawa ke mana sahaja.
Pilihlah jenis face mist yang praktikal, mudah digunakan, dan sesuai dengan keperluan anda.
Kulit kering menjadi satu perkara yang rumit untuk diuruskan. Pilih face mist dengan kandungan yang dapat memberikan kesan melembap. Sebaiknya, anda melihat komposisi pelembap dan memilih komposisi yang memberikan efek melembapkan, seperti hyaluronic acid, kolagen, amino acids, ceramide, squalance, minyak organik, dan lain-lain.
Face mist tersebut tidak banyak mengandung bahan tambahan, produk akan terasa lebih nyaman digunakan di kulit. Namun, face mist yang mengandung banyak air akan lebih cepat menguap sebelum benar-benar meresap ke dalam kulit. Hal ini merupakan salah satu kelemahan dari face mist tersebut. Jadi, berhati-hatilah saat memilih!
Jika kulit anda benar-benar kering, periksalah komposisi pelembap dan pilihlah face mist yang dapat menjaga kulit anda tetap lembap.
Apabila anda khuawatiri dengan masalah kulit kering, pilihlah face mist yang tidak mengandung alkohol atau yang hanya sedikit kadar alkoholnya. Pastikan anda memeriksa apakah face mist yang anda pilih itu non-alkohol.
Penggunaan alkohol pada face mist sebenarnya memberikan kesan menyegarkan pada ketika cuaca panas. Namun, kandungan alkohol umumnya menguap dengan cepat. Untuk mereka yang khuawatir dengan masalah kulit kering, face mist dengan kandungan alkohol akan cepat mengering sebelum kelembapannya benar-benar meresap ke kulit.
Alkohol juga merupakan komponen yang relatif sensitif terhadap iritasi. Untuk anda yang berkulit kering atau sensitif, pilihlah face mist yang bebas alkohol.
Selain menghidrasi kulit kering, face mist sering digunakan untuk menyegarkan wajah, menghilangkan mengantuk dan sebagainya. Jika tujuan anda membeli face mist untuk menyegarkan wajah, anda sarankan untuk memilih face mist dengan aroma yang disukai.
Sekiranya anda berkulit wajah sensitif, mungkin anda akan menolak face mist dengan wangian tambahan. Namun, terdapat beberapa face mist yang menggunakan wangian dengan bahan alami. Misalnya seperti aroma mint atau aroma segar tumbuh-tumbuhan yang dapat membuat anda merasa lebih segar dan tenang.
Avène Thermal Spring Water sesuai digunakan untuk semua jenis kulit hingga kulit yang sensitif. Formulanya yang dengan bahan semulajadi bahkan dapat menangani permasalahan kulit, seperti bekas luka, merawat jerawat dan masih banyak lagi. Selain untuk wajah, produk ini juga boleh digunakan untuk rambut yang kering dan susah diatur. Caranya dengan menyembuhkan produk ini ke rambut, kemudian tunggu hingga hampir kering, kemudian disisir untuk hasil yang lebih halus! Dapat menjimatkan waktu anda untuk menata rambut pada pagi hari, bukan?
Penghidratan segera dengan semburan kabut ke wajah. Face mist pilihan jurumekap terkenal ini mampu mengurangkan penampilan liang-liang pori yang terbuka juga mampu mencerahkan dan menghaluskan kulit dan menggantikan kelembapan yang hilang. Face mist ini menghidrat dan melembutkan kulit dengan serta-merta. Gunakan semburan ini sebelum memakai alat mekap, atau sebagai penyembur semburan selepas mekapan anda. Penyembur kabut muka ini juga dapat digunakan untuk menyegarkan wajah anda. Semburan ini sangat mengasyikkan sehingga anda pasti ingin menggunakannya sepanjang hari!
Diperbuat 100% daripada produk natural yang berasaskan tumbuhan dan bahan organik, face mist ini mengandungi air mawar yang dapat membantu mengurangkan jerawat dan masalah keradangan kulit. Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sekata.
Dibuat daripada 7 jenis bahan anti-oksidan dan minyak bunga ros, face mist ini akan merevitalisasikan wajah kering dan kusam anda supaya lebih segar serta glowy sepanjang hari. Diformulasi untuk memperbaiki skin barrier, mengimbangi kadar pH dan juga membaikpulih keanjalan kulit jika digunakan dengan kerap. Bersesuaian dengan harganya, face mist ajaib ini akan memberi anda kulit yang glowy dan sihat!
Menggunakan kebaikan Vitamin C, face mist ini menjanjikan kesegaran dan lembapan maksimum sambil melindungi wajah dari radikal bebas, pencemaran udara, haba sekeliling dan juga peluh. Face mist ini akan meningkatkan kadar nutrisi kulit untuk kulit kekal segar, glowing dan berseri dari dalam.
Face mist yang diformulasikan dengan baik ini 2 dalam 1 – anda boleh menggunakannya untuk wajah dan rambut! Tiga bahan utama – aloe vera, timun dan teh hijau membantu menenangkan, menyegarkan dan melindungi kulit dan rambut anda. Ia melegakan dan menganjalkan kulit yang kencang serta mengelakkan rambut anda kering. Tambahan, aroma menyegarkan ringan pasti merupakan bonus tambahan.
Terlalu terdedah dengan cahaya matahari? Takut memaparkan kulit anda dengan sinar UV yang hangat? Jangan risau, SUPERGOOP! Defense Refresh Seting Mist sedia membantu anda! Face mist ini dilengkapi dengan SPF 50 untuk memberi lapisan perlindungan di bawah cahaya matahari.
Di samping itu, ia juga penyebur mekapan yang berfungsi untuk mengawal minyak di wajah anda. Produk ini mungkin berbau kuat bagi pengguna yang mempunyai hidung sensitif harus lebih berhati-hati. Juga, pastikan mata anda tertutup rapat semasa menyemburkan ke wajah untuk mengelakkan sebarang produk masuk ke mata anda!
Katakan ya pada kelapa! Sekiranya anda seorang pencinta kelapa sejati, pasti anda mendapat manfaatnya. Face mist yang menyegarkan ini disertakan dengan lima manfaat kelapa: alkana kelapa untuk mengekalkan mekap anda, santan untuk penghidratan, air kelapa untuk elektrolit yang menyegarkan, polisakarida kelapa untuk menyuburkan dan aroma yang berasal dari kelapa yang cukup menyegarkan. Juga, jika anda menyukai kemasan yang lembap berbanding dengan kemasan matte, Face mist ini sesuai untuk anda.
Apabila kita bercakap mengenai menetapkan semburan, kita bercakap mengenai menjaga mekap anda sepanjang hari. Semburan Urban Decay All Nighter ini, mekap anda akan bertahan sehingga 16 jam. Selain itu, ia juga melindungi wajah dan mekap anda daripada oksidan yang disebabkan oleh pencemaran. Kabus muka ini sangat ringan dan akan membuat anda kelihatan dan segar. Oleh itu, jika anda bercadang untuk bermalam di luar, ini adalah face mist yang sesuai untuk anda.
Face mist ini dapat menghidrasi kulit anda dengan lembut kerana diperkaya dengan ekstrak tumbuhan oriental. Dibuat dengan tekstur yang halus, Sekkisei Lotion Mist dapat melembapkan dan menjadikan kulit anda seputih dan sehalus salju! Produk ini dapat menyeimbangkan kadar air dalam kulit anda sehingga dapat mencegah kekusaman, masalah-masalah kulit, bahkan jerawat yang ditimbulkan kerana kulit kering pun dapat diatasi. Kulit yang terdedah sinar matahari juga dapat dirawat dengan produk ini. Apabila kulit anda berjerawat kerana kulit kering, cuba produk ini.
Hanya sekali semburan face mist cukup efektif dalam menyegarkan wajah dan melembapkan masalah kulit kering. Bagi Anda yang bermasalah dengan kulit kering, rasakan kelembapan kulit yang lebih segar sepanjang hari!
Bella Attamimi seorang gadis cantik berasal dari Bandung. Berusia 27 tahun, Bella Attamimi terkenal sebagai seorang selebriti yang sangat suka melancong.
Buktinya, Instagram Bella Attamimi dipenuhi dengan koleksi gambar kunjungannya ke pelbagai tempat, baik di dalam mahupun luar negara.
Bukan itu sahaja, Bella Attamimi juga menggemari fesyen dan mengikuti perkembangannya. Tak hairanlah, dia mempunyai gaya yang cukup mempesona!
Bagi yang masih tertanya-tanya tentang gadis ini, berikut 10 fakta menarik tentang Bella Attamimi.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.