Walaupun pelakon kecil molek Elfira Loy kini sedang sarat mengandung anak sulung, tetapi dia tetap aktif di laman Instagram. Pelbagai aktiviti dikongsi bersama followernya yang kini berjumlah 4.6 juta.
Paling suka lihat OOTD ibu hamil ini yang kelihatan sangat comel walaupun tubuhnya kini sedikit berisi. Elfira dilihat masih lagi aktif menghadiri majlis sama ada formal atau santai dan ada kalanya ditemani suami tersayang.
Dia nampaknya lebih selesa memilih busana longgar yangmemudahkan pergerakannya. Dengan ikatan hijab diikat simple menjadikan penampilan ibu hamil ini sangat cantik dan sedap mata memandang.
Ayuh, kita lihat #OOTD Elfira yang dijangka bersalin anak sulungnya tidak lama lagi.
Nama isteri kepada Nedim Nazri, sekali lagi menjadi bualan. Apabila aktres jelita Nora Danish tampil begitu anggun, sopan dan mempersona dalam persalinan jubah patuh syariah berona hijau lumut ketika menghadiri sebuah majlis ilmu baru-baru ini.
Hijabista difahamkan bahawa, majlis ilmu berkenaan dianjurkan oleh rakan selebriti karibnya, Betty Rahmad yang juga merupakan adik kepada seniwati Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu. Malah, Betty turut menghadiahkan sepersalinan jubah untuk dipakai Nora pada majlis ilmu berkenaan.
“Alhamdulillah syukur ya Allah. Terima kasih tuan rumah yang baik hati macam bidadari untuk semua ini. Masak lagi, bagi jubah lagi. MasyaAllah. Semoga Allah merahmati mu sekeluarga.
Kepada ustazah yang fun, membuatkan setiap ilmu berjaya masuk ke hati, sampai air mata tidak berhenti mengalir. Jangan berhenti doa untuk Nora ustazah ye.”-kapsyen Nora di Instagram
Hijabista sempat meninjau ruangan komen untuk melihat respon wargamaya berhubung isu ini. Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan optimis apabila melihat ibu kepada tiga cahaya mata itu mengenakam busana patuh syariah dan menutup aurat dengan sempurna.
Selain itu, ramai diantara warganet yang turut sama menitipkan doa agar Nora dikurniakan hidayah Allah untuk menutup aurat dimasa hadapan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan wargamaya.
“Nape kita dah tahu bab aurat tapi kita tak ambil kisah apa yang diperintah. Bertangguh lagi.”
“Sahabat-sahabat sebegini yang selalu mendoakan kita semasa pergi nanti dan insyAllah kekal menjadi sahabat-sahabat syurga.”
“Pakai tudung lagi cantik 😍.”
“InsyaAllah one day u juga mendapat hidayah seperti yang lain. Aamin.”
Sama-sama lah kita mendoakan yang baik-baik buat aktress yang pernah popular dengan sitkom ‘Puteri’ ini agar dikurniakan hidayah dan kekal istiqamah menghadiri majlis-majlis ilmu sekaligus mendekatkan dirinya kepada yang maha esa.
Nama Nabila Razali bukanlah asing dalam industri muzik tanah air. Kekuatan vokal serta melodi lagu yang berbeza (urban) melonjakkan namanya dalam persada seni tanah air. Single Peluang Kedua yang sering kali diputarkan di corong radio menjadi tiket bagi dirinya untuk bertapak lebih kukuh dalam industri ini. Pun begitu, Nabila tidak hanya fokus dalam bidang nyanyian sahaja malah dia juga melebarkan sayap kariernya dalam bidang lakonan.
Pernah membintangi beberapa drama sepertiHikayat Cinta Si Pematah Hati sebagai Wafeen Wardah menjadikan Nabila Razali artis yang versatil. Melangkah lebih tinggi lagi, Nabila juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk Keluarga Iskandar The Movie. Walaupun jadualnya padat, namun Nabila masih kekal ceria, aktif dan masih mampu tersenyum di hadapan khalayak Team Hijabista berkongsi rahsia Nabila menjaga kecantikan wajah dan kesihatan.
1.Apakah definisi kesihatan bagi Nabila? Bagi saya, maksud kesihatan yang baik itu apabila tubuh badan sentiasa mempunyai stamina yang cukup untuk melakuan apa jua aktiviti.
2.Di usia yang muda, bagaimana Nabila mengekalkan momentum untuk melakukan segala aktiviti harian? Saya mengamalkan pengambilam supplement,vitamin terutamanya vitamin c dan sentiasa minum air sebelum memulakan hari saya. Pengambilan air yang cukup juga menghindari tubuh saya dari dehidrasi.
3. Adakah Nabila mempunyai waktu terluang untuk memanjakan diri? Mungkin ke spa? Ya. Saya suka pergi ke spa untuk scrub dan massage. Ia membuatkan tubuh saya menjadi segar dan kulit lebih sihat.
4. Mengenai kesihatan kulit, apakah rejim kecantikan yang Nabila amalkan? Sebagai wanita, kulit antara bahagian yang paling penting bagi saya. Albella Beauty adalah produk kecantikan pilihan saya dan untuk hasil yang terbaik, saya melakukan scrub 3 hari sekali.
5. Bagaimana pula dengan senaman? Adakah Nabila peminat gym? Oh, saya tidak ke gym tapi saya lakukan senaman ringkas yang tidak memerlukan alatan seperti jogging dan sebagainya bersama rakan-rakan. Selalunya, saya juga akan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Itu sudah memadai.
6. Selain berjumpadoktor,apakah yang Nabila akan ambil apabila demam panas atau selsema? Selalunya air honey lemon dan mandi dengan air panas membantu mengurangkan demam atau selsema saya dengan cepat.
7. Bagaimana pula dengan rawatan tradisional? Bagi saya, rawatan tradisional ada kalanya masih relevan, namun saya lebih suka untuk berhubung dengan doktor sekiranya saya sakit.
8. Kongsikan mengenai amalan diet Nabila. Diet saya sangat mudah dan ringkas. Saya akan ambil nasi dengan kuantiti yang sedikit berbanding lauk.Apa yang penting,menu saya pasti ada
sayur kerana sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat. Oh ya! Saya juga agak cerewet apabila berkaitan dengan daging ayam dan sebagainya kerana saya akan asingkan lemak terdahulu.Saya tidak makan lemak.
9. Kongsikan tip ringkas untuk sentiasa kekal sihat dan cergas.
Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan tubuh badan segar dan sihat.Bahkan kita juga tahu mengenai kebaikan meminum air kosong. Selain itu juga, pemakanan yang seimbang wajib dipraktikkan kerana ia membantu untuk kekal sihat, dan mendapatkan bentuk badan yang ideal.
10. Apakah nasihat Nabila tentang penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya kepada seluruh kaum wanita di negara ini?
Sebagai seorang wanita, kulit adalah antara bahagian paling penting yang harus dijaga dengan betul. Tambahan pula hari ini,keadaan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang semakin meluas mendedahkan kita kepada banyak penyakit kulit. Jadi, jagalah kesihatan, kebersihan dan kecantikan kulit untuk mendapat kelembapan yang cukup serta tona kulit yang sekata.
Ramai netizen menonton video ini tersentuh hati, dari riak wajah si kecil sangkanya nak dibawa berjalan-jalan. Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 dia sekeluarga masih belum diketahui, anaknya itu mempunyai simptom demam panas sehingga memaksa pihak kesihatan merujuk kes ini ke hospital.
Video anaknya menaiki ambulan itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu. Luluh hati seorang ibu apabila anak seawal usia 3 tahun yang mempunyai simptom wabak Covid-19 perlu di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain.
Sending my little boy to hospital today. My heart broke😭. Aisy belum cormfirm lagi positive covid, result kami semua belum keluar lagi tapi sebabkan dia ad show simtom, dr suggest untuk refer ke hospital dan kemungkinan dia akan isolate di ward sana untuk tunjuan pantauan. PUI pic.twitter.com/BSbyvIqC45
Suhu badan anaknya dikatakan meningkat naik selepas menjalani ujian swab Covid-19. Hal ini memaksa doktor untuk merujuk anaknya ke hospital. Menerusi video di laman twitternya Intan, kanak-kanak ini kelihatan sihat dan ceria kerana tidak mengetahui bahawa dia bakal dibawa ke hospital.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan apabila salah seorang ahli keluarga dibaw oleh ambulans kuarantin disebabkan penyakit tular ini. Sentiasalah berda di rumah sebab kita tidak tahu kemungkinan yang kita hadapi.
Kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan ‘lockdown’. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital. Tambahnya lagi, penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur.
Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar.
Rata-rata netizen mendoakan segalanya dipermudahkan. Hati mana yang tidak terusik apabila kanak-kanak mahupun warga emas yang dibawa ambulans dan kita tidak dapat menemaninya. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT dan di jauhi dari wabak covid-19. Amin Ya Allah Ya Mujib.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.