Ria Ricis dikenali sebagai YouTuber wanita pertama yang mempunyai jumlah subscriber terbesar di Asia Tenggara. Pasti ada yang berimpian mahu berjaya seperti Ria Ricis, kan?
Kredit Foto: Instagram Ria Ricis.
Berikut 5 ‘petua’ daripada YouTuber dengan 35.9 juta subscriber ini.
Pemilik nama penuh Ria Yunita ini terkenal dengan karakter yang nakal, menarik, kelakar serta comel. Pelbagai keistimewaan yang ada pada Ria Ricis membuatkan dia menarik di media sosial.
Kredit Foto: Instagram Ria Ricis.
Daripada menjadi YouTuber, Ria Ricis menceburi dunia nyanyian dan lakonan. Dia telah mengeluarkan beberapa lagu single.
Kredit Foto: Instagram Ria Ricis.
Adik kepada Oki Setiana Dewi ini juga pernah membintangi sekurang-kurangnya 10 buah filem.
Ads
Niat
Menurut Ria Ricis, jika anda ingin menjadi content creator perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mempunyai niat. Jika mengikut sahaja tak akan bertahan lama.
Kredit Foto: Instagram Ria Ricis.
Konsisten
Ria Ricis juga berpendapat, jika ingin menjadi content creator, konsistenlah dalam mencipta kandungan. Konsisten akan menjadikan anda lebih dikenali.
Ads
Kredit Foto: Instagram Ria Ricis.
Isteri Teuku Rushariandi menjelaskan, dia konsisten mencipta kandungan penting kerana persaingan ketat di media sosial.
Mental Yang Kuat
Pelakon filem Wedding Agreement ini berkata, jika anda konsisten dan benar-benar serius mencari pendapatan di media sosial, anda perlu tabah terutama dari segi mental.
Ads
Kredit Foto: Instagram Ria Ricis.
Elakkan Clickbait
Ria Ricis menekankan, jika mahu menjadi content creator anda harus mengelak daripada membuat video dengan tajuk clickbait kerana ia boleh mempengaruhi kepercayaan penonton.
Pun begitu, kata Ria Ricis ada sesetengah content memerlukan clickbait kerana dalam keadaan buntu barulah boleh digunakan.
Reaksi Terhadap Haters
Jika sering mendapat komen negatif, Ria Ricis berpendapat usah membalasnya. Yang penting lakukan perkara yang anda fikir positif.
Kredit Foto: Instagram Ria Ricis.
Cari dan lakukan apa sahaja yang boleh menaik taraf kepada sesuatu yang lebih baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehilangan insan tersayang dalam hidup memang memeritkan apatah lagi insan tersebut merupakan adik beradik yang sama-sama membesar dengan kita dari kecil hinggalah dewasa.
Begitulah yang dirasakan oleh penceramah terkenal, ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa apabila kakaknya, ustazah Nor Hayati Musa,55, meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di sebuah hospital perubatan pada pagi Sabtu yang lalu.
“Dik.. adik kata nak ngaji sama-sama dengan Along..”
Ok kak long… kc datang sekarang insya Allah .
Lalu tinggallah segala kerja yang lain, urusan rumahtangga,tangguh kuliah talaqqi, tak tergamak membiarkan seorang kakak yang sedang kesakitan mengharap padahal jasa dan budinya terlalu besar pada adik-adiknya.
“Dik… Along takut macamana rasa sakitnya mati”.
“Kak long… Allah Maha Penyayang… Allah takkan biarkan kak long dalam ketakutan dan kesedihan… hamba-hamba yang beriman akan Allah hiburkan dengan tempat nikmat yang Allah janjikan.. sampai tak sabar nak jumpa Allah”
” ok… along beriman”.
” dik… semua ni sebuah perjalanan yang indahkan?”
” ya kak long… sabar ya… Allah segala-galanya”
” ya dik… along sabar insyaAllah “
Dan semalam… perjalanan Norhayati Musa telah berakhir. Alhamdulillah.. Allah Yang Maha Baik menjadikan ia begitu indah sekali.
Dalam kepayahan bernafas, kak long angkat corong pernafasan, kak long gagahkan berdoa dengan mencungap-cungap.. bagi isyarat agar semua di sekelilingnya mengaminkan… lalu kami aminkan dengan kuat juga… kak long baca ayat-ayat Quran, kak long zikir hingga suara kak long tak keluar lagi… mak abah sampai..
suasana bening amat hanya dengar nafas kak long, abah bagi salam dengan suara kuat pada kak long… abah dan mak ambil alih, usap kak long… abah ambil tuala letak di kepala kak long, tangan kanan abah tidak berganjak dari ubun-ubun kak long… mak angkat tangan berdoa di sisi kak long…
hingga satu ketika, abah bimbing shahadah dan kak long usahakan ikut dalam kepayahan… dan kemudian semuanya jadi tertanya-tanya… kak long dah tiada ke? Nafas terakhirnya terlalu lembut…
Kak long… Allah Maha Pengasih Kak Long… Allah lah yang memudahkan segala-galanya.. Subhanallah…Allah lah yang mentakdirkan perjalanan terakhir kak long ditatang oleh suami, mak abah, anak-anak, adik-adik , saudara mara , sahabat handai bahkan orang lain yang tak pernah pun mengenali kak long sebelum ini. Betapa ramainya yang solatkan jenazah kak long, mendoakan kak long dalam terang dan diam.
Abah cakap.. ” solosai hidup kak long… takdo doso insya Allah yg dibawa pergi.. Ameen. Suami, mak abah, anak-anak, semuo redho…
Allah basuh dosa-dosa dengan sakit”.
🌹
Difahamkan, arwah telah menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga termasuk ibu bapanya, suami serta anak-anak sebelum solat jenazah di Masjid Negeri, Negeri Sembilan dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said.
Ramai jemaah yang menghadirkan diri bagi menunaikan solat jenazah untuk arwah. Bila insan baik pergi menghadap Ilahi, kehilangannya pasti dirasai semua walaupun mungkin tidak pernah bersua muka. Moga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Setelah seharian bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti, tentunya malam merupakan masa yang ditunggu-tunggu untuk berehat melepaskan segala penat lelah. Rehat pada waktu malam tidak hanya sekadar tidur mengikut waktunya.
Pelbagai perkara yang perlu anda elakkan sebelum tidur. Selain elakkan stress, anda dinasihatkan supaya elakkan diri daripada melakukan 6 perkara ini. Hijabista paparkan 6 perkara yang boleh mengganggu rehat anda.
Satu kajian menunjukkan bahawa sekiranya anda menatap cahaya biru dan putih yang dipancarkan daripada skrin peralatan elektronik akan menghalang otak anda daripada melepaskan hormon melatonin, di mana ia membolehkan tubuh anda mengetahui waktu tidur anda. Jadi, cahaya itu akan membuatkan anda sukar untuk tidur. Daripada anda memegang telefon bimbit, lebih baik anda membaca buku atau novel sebelum tidur.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 4% daripada penduduk Amerika berusia lebih daripada 20 tahun menggunakan bantuan untuk tidur. Menurut saintis tidur Harvard, Patrick Fuller turut berkata bahawa walaupun anda mengalami masalah untuk tidur, tidak bermakna anda mempunyai masalah insomnia dan pengambilan pil tidur tidak begitu baik kerana ia mempunyai kesan sampingan.
Pakar turut menasihatkan agar menjadikan bilik tidur tempat untuk tidur secara eksklusif sahaja. Jangan lakukan kerja-kerja anda di dalam bilik tidur. Jika tidak, anda mungkin mengalami masalah untuk tidur.
Satu kajian menyatakan pengambilan 400 mg kafein 6 jam sebelum tidur akan mengganggu tidur anda. Jika anda masih mahu mengambil kafein, ambil sebelum jam 5 petang.
Satu kaji selidik mencadangkan bahawa makan satu jam sebelum tidur akan mengganggu kualiti dan kuantiti tidur anda terutamanya bagi wanita. Pengambilan makanan yang berlemak sebelum tidur akan mengurangkan masa tidur anda. Sekiranya anda lapar pada waktu malam, pakar mengesyorkan anda mengambil bijirin dengan protein seperti mentega kacang semula jadi atau roti gandum.
Ya, memang jadual harian anda terlalu sibuk sehingga anda mempunyai waktu malam sahaja untuk bersenam. Tetapi, pakar mengesyorkan agar anda hindari daripada melakukan latihan yang berat pada waktu petang. Ini kerana suhu badan akan meningkat semasa anda melakukan latihan kardio dan ia akan membuatkan anda semakin sukar untuk melelapkan mata. Sebaliknya, lakukan sahaja yoga atau regangan ringkas yang boleh membantu anda untuk relaks.
Siput sedut memang satu hidangan yang sangat sedap untuk dinikmati. Namun, tak semua yang menggemarinya kerana ada yang berasa geli dengan keadaan dan sifatnya. Cara memasaknya yang agar renyah juga membuatkan ramai yang memilih untuk membeli di restoran sahaja.
Tetapi ramai juga yang memilih untuk memasaknya sendiri kerana lebih puas. Namun, kadang kala ada perkara yang kita tidak jangkakan berlaku. Seperti gadis ini, niatnya untuk memasak siput sedut bertukar menjadi situasi mengejutkan apabila tidak menyangka kesemua siput sedut yang dibeli cuba meloloskan diri!
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.