Pernikahan di antara selebriti jelita, Mira Filzah dan Wan Emir Astar memang mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia semalam.
Mira,27, yang cantik dalam busana daripada Rizman Ruzaini kelihatan menitiskan air mata terharunya selepas sah diijab kabulkan dengan sekali lafaz.
Berkongsi di laman sosial, Anas Zahrin iaitu pemilik jenama kosmetik Anas mendedahkan doa yang dikirimkan oleh Mira sewaktu dirinya berkunjung ke tanah suci akhir tahun lepas.
Akhir tahun lepas, semasa saya mengerjakan Umrah, ini doa yang sahabat saya @mfmirafilzah kirimkan
Dear Mira, semoga Allah permudahkan segala urusan malam ini. Semoga Mira menjadi isteri yang solehah serta semoga perkahwinan Mira kekal hingga ke jannah
IKLAN
InshaAllah, see you soon dear sahabat. Tak sabar nak jumpa ahad nanti 🤍 Rasa nak nangis sebab gembira sangat sangat. Mesti cantik serta berseri Malaysia’ Sweetheart ni #EmirAmirah
IKLAN
Kalau kita mahukan sesuatu, sentiasalah minta pada Allah kerana hanya Dia sahaja mampu untuk mengabulkannya. Jika kita mahukan seseorang itu juga, mohonlah pada Allah agar Dia menjaga hatinya untuk kita. Moga perkahwinan Mira dan Emir ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin…
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Seorang guru mempunyai harapan yang besar untuk melihat anak muridnya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka membesar.
Guru memainkan peranan penting terutamanya dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara. Mereka umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai.
Seorang guru pasti sanggup melakukan apa saja untuk melihat anak didiknya cemerlang. Ada juga guru yang memberikan ganjaran buat anak muridnya sebagai tanda pembakar semangat. Reward ataupun ganjaran tersebut selalunya diberikan sebagai hadiah apabila anak didik mereka berjaya menjalankan tugas yang diberi ataupun mendapat keputusan yang cemerlang.
Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok. Video yang telah dimuat naik oleh @cikgupenyayang, menunjukkan momen dia memberikan anak muridnya hadiah. Apa yang mengejutkan adalah, anak muridnya itu tiba-tiba memanjat meja untuk memberikannya pelukan.
“Its important to have strong bonding between you and kids” tulisnya di ruangan kapsyen Tiktok tersebut.
Di awal video, dapat dilihat seorang murid sedang menantikan hadiah dari gurunya di sebuah bilik guru. Gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Arash,26, itu sempat memintanya menutup mata.
Tidak lama kemudian, guru lelaki berkenaan mengeluarkan satu bungkusan dari dalam almari untuk diberikan kepada murid itu. Rupa-rupanya isi dalam plastik tersebut merupakan hadiah yang telah pun dijanjikan sebelum ini. Dia pernah berjanji untuk memberikan hadiah kereta kawalan jauh sekiranya anak muridnya itu pandai membaca.
“Dia nak kereta control kalau dah pandai baca” tulis Cikgu Arash.
Apabila menerima hadiah itu, kelihatan anak muridnya sempat bersembang dengan gurunya dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Namun tiba-tiba, dia bertindak memanjat meja untuk memeluk gurunya sebagai tanda terima kasih atas pemberian itu.
“Berair air mata…”
Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 23.7 kesukaan. Meninjau di ruangan komen Tiktok tersebut, rata-rata netizen sebak dan memuji usaha guru tersebut dalam mengajar anak didiknya itu.
“Ala sebak pulak part peluk tu”
“The way dia panjat n terus peluk tu aduhhhhh”
“Sebak pulak tengok.. pandai ucap terima kasih dengan bagi pelukan pada cikgu”
“Alhamdulillah tahniah cikgu. Moga anak murid dpt jd pemimpin ummah akan dtg. aaminnn.”
“Allahu… terharunya part dia datang peluk ticer tu. dia really appreciate”
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama akaun Cikgu Arash tular di laman TikTok, bahkan dia yang meminati pendidikan awal kanak-kanak itu mengakui memang suka membuat kandungan mengenai anak-anak muridnya itu.
“Alhamdulillah setakat ni komen baik-baik dan positif. Kebanyakan parents suka cara saya bonding dengan kanak-kanak sebab cara saya mengajar ni menggunakan love language.
“InshaAllah jika content (kandungan) di TikTok saya memberi manfaat kepada ibu bapa saya akan membuat perkongsian dengan lebih kerap,” katanya terdahulu melalui temu bual bersama Mstar.
Viral baru-baru ini pasangan muda yang bercinta sejak umur 11 tahun, akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Hampir 12 tahun saling mengenali dan betapa kukuhnya ikatan percintaan mereka hingga sanggup menunggu sekian lama antara satu sama lain.
Ingat, jaga isteri elok-elok, maklumlah sejak kecil dah ‘admire’.
Dalam gambar yang dimuat turun di laman instagram, @jefzhafri kedua-duanya cukup ceria bergandingan sebagai sah diijabkabulkan.
Menurut @Jefzhafri memberitahu jika kita terjumpa seseorang yang boleh buat hati tenang itu maknanya memang jodoh.
Dia yang ketika itu masih berumur 11 tahun melihat isterinya itu buat kali pertama dan terus yakin memang itulah jodohnya.
Walaupun masih kecil tetapi dia begitu suka menyakat isterinya itu dan dia setia melayan kerenah si dia yang juga ketika itu sama sebaya.
Ternyata penantian selama berbelas tahun akhirnya membuahkan hasil yang cukup menggembirakan.
Semoga bahagia hingga ke syurga.
Jadi @Jefzhafri sempat memberi pesanan jika sudah bertemu gadis idaman (walaupun masih bawah umur) terus sahaja ‘ikat’ sehingga besar kerana memang jodoh itu yang telah diatur oleh Allah.
Hubungan keduanya juga secara halal sebelum itu, kerana keluarga isterinya juga begitu menjaga pergaulan masing-masing.
Mereka jarang berselfie dan keluar dating berdua kerana Ummi dan Abi isterinya melarang berbuat demikian.
Malah mereka sering diingatkan agar tidak melakukan aktiviti seperti itu. Lagipun menurutnya jika kerap keluar dan selfie akan timbul rasa bosan kelak.
Lepas ni boleh timang cahaya mata pulak yer.
Semoga perkahwinan pasangan muda ini kekal bahagia hingga ke jannah. Masing-masing berdarah muda, jadi perlu bijak menangani segala dugaan dan rintangan dalam berdepan fasa baru sebagai suami isteri.
Ini Pula Tip Bahagia Ustaz Don & Dr Husna. Layan Video Serasi Challenge Majalah Keluarga:
Terpalit kontroversi mengenai isu perkahwinannya bersama Imam Shah yang dikatakan tidak mendapat restu daripada ibunya, pelakon jelita, Hannah Delisha memohon maaf kepada semua berikutan isu tersebut yang menjadi perhatian ramai.
Menerusi instastory dan laman Twitter, Hannah telah meluahkan isi hatinya dan berharap masyarakat memberikan ruang buat dirinya dan keluarga buat masa ini.
Assalamualaikum,
Saya meminta maaf di atas segala perhatian yang tidak diingini kepada saya buat masa ini. Ya, seperti kamu, saya juga turut mempunyai masalah peribadi. Saya minta sangat kerana ia telah menjadi pengetahuan umum.
Ketika mula-mula saya menceburi industri seni, niat saya hanyalah untuk hiburkan kamu semua melalui kerjaya saya dan bukanlah kisah peribadi. Saya cuba hindarkan diri sehabis baik daripada gosip serta menjaga nama negara. Saya berharap agar terus dapat kekal lakukannya… InsyaAllah.
Sekali lagi, saya minta maaf di atas berita yang kurang menyenangkan ini mengenai saya mahupun keluarga. Anda saya berhak terima yang lebih baik daripada saya. Apa yang saya harapkan adalah doa daripada kalian serta ruang buat saya di masa sukar ini.
-HD-
Kagum dengan Hannah kerana tidak mudah melatah apabila dilanda kontroversi begini. Sememangnya pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini sangat matang dalam menangani masalah dalam hidupnya. Moga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk Hannah dan keluarga. InsyaAllah.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.