Himpunan resepi cucur yang paling mudah disediakan dan sering menjadi pilihan ramai terutama ketika minum petang dan sesuai untuk menarik perhatian anak-anak untuk makan semeja.

Cucur adalah sejenis hidangan yang diperbuat daripada tepung gandum dan air bersama beberapa bahan tambahan lain yang memberi rasa yang berbeza setiap satunya.

Menjadi pilihan ramai kerana bukan sahaja kerana ianya mudah dan cepat untuk disediakan malah juga mengenyangkan. Jom lihat idea resepi cucur yang telah HIJABISTA himpunkan untuk santapan petang. Paling mudah dan cepat dihidangkan!

ARTIKEL BERKAITAN: 20 Koleksi Resepi Telur Mudah Dan Sedap Digemari Ramai. Comfirm bertambah!

Cucur kentang

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang
  • Sosej Ayam (BELI DI SINI) (pilihan isi ayam, udang ketam)
  • 1 batangg lobak merah
  • 1 tangkai daun bawang
  • 2 sudu tepung jagung ( BELI DI SINI)
  • 2 sudu tepung gandum ( BELI DI SINI )
  • Serbuk cili @ cili flakes (pilihan)
  • Penambah rasa ( BELI DI SINI )
  • Garam

 

Cara-cara:

  1. Lenyek kentang yang telah rebus.
  2. Masukkan sosej, lobak merah dan daun bawang.
  3. Masukkan garam, penambah rasa dan serbuk cili jika suka. Gaul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil gaul.
  5. Bentuk cucur bulat-bulat satu persatu.
  6. Sedia untuk digoreng. Goreng sehingga warna kekuningan.

KREDIT: LINDA SAFAR

Cucur Manis

Bahan-bahan:

IKLAN
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air mendidih
  • 3 sudu besar gula
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Gaul tepung gandum bersama gula dan garam.
  2. Masukkan air panas dan gaul sebati.
  3. Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Balik-balikkan semasa menggoreng.
  5. Siap untuk dihidang!

Cucur ketam bercili

Bahan-bahan:

  • 400gm tepung naik sendiri
  • 150ml air
  • 100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
  • 3 tangkai kucai dipotong kecil
  • 1 biji cili merah dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dimayang halus
  • 1 biji telur
  • 5gm soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
  2. Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan minyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

KREDIT: MAMIMIKAEL

ARTIKEL BERKAITAN: Resepi Tauhu Berlauk Sedap Cicah Sambal Kicap Padu. Boleh Di Bekukan!

Cucur telur sedap

IKLAN

Bahan-bahan:

  • 200gm tepung gandum
  • 25gm mntega
  • 1biji telur
  • Secubit garam
  • ¼ cawan air

Gaul tepung, mentega, telur, garam sebati. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat di tangan. Bahagikan doh kepada 8 biji dan bulat-bulatkan doh. Sapukan mntega dan rehatkan doh.

Inti:

  • 2 biji telur
  • 2 biji bawang besar dhiris*
  • 2 biji cili merah dihiris*
  • Secukup daun kucai/daun bwg.dpotong*
  • Sedikit garam

Cara Memasak:

  1. Panaskan kuali goreng bahan-bahan bertanda* tanpa minyak hingga layu masukkan garam dan telur kacau hingga masak biar sejuk.
  2. Leperkn doh letak inti dan lipat sapu skali lagi mentega. Masa mengoreng tarik dan leperkan sedikit doh. Sedia di goreng.

Cucur megi

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus mee segera – masak macam biasa, bagi lembut dan toskan (tanpa perencah)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Bawang besar potong dadu
  • Cili merah hiris nipis
  • Secubit garam
  • Daun sup + daun bawang (potong halus)
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Gaulkan semua bahan sebati. Goreng hingga garing. Siap! Selamat mencuba!

IKLAN

Resepi cucur sayur

Resepi ni dapat dari nenek. Sangat MUDAH tapi SEDAP ! sesuai untuk buat sarapan atau minum petang. Makan panas-panas lagi sedap. RANGUP!

Bahan-bahan:

  • Kubis
  • Carrot
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Daun sup
  • Daun bawang

Bahan-bahan lain:

  • Air
  • Garam
  • Kunyit
  • Tepung gandum
  • Serbuk lada sulah/lada putih
  • Serbuk Pasti Sedap Knorr (pilihan)

Cara Memasak:

  1. Potong bahan-bahan sayur dan udang.
  2. Masukkan tepung dan air. Tepung tak perlu banyak sangat. Asal bahan melekat dah okay.
  3. Letak kunyit sikit sebagai pewarna.
  4. Perasakan dengan garam, lada sulah dan serbuk Pasti Sedap Knorr ikut kesesuaian masing-masing.

Resepi Cucur Oat

Resepi ini merupakan salah satu resepi cucur yang jarang dibuat, ini kerana ia menggunakan oat sebagai bahan utamanya. Namun begitu tahukah anda oat yang dibuat cucur amat sedap dan rangup. Tambahan pula bila ditambah dengan beberapa bahan yang menaikkan selera.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil soda bika
  • ½ sudu teh garam
  • ½ cawan rolled oat
  • Daun bawang
  • Cili api merah
  • Air suam secukup

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan kering.
  2. Masukkan air suam dan kacau.
  3. Biarkan seketika agar oat lembut.
  4. Masukkan daun bawang dan cili api yang telah dihiris.
  5. Goreng dengan minyak yang banyak dan panas
  6. Ulang sehingga habis
  7. Siap!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI