Ada pelbagai cara senaman yang mudah dilakukan oleh kita kaum wanita untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga.
Salah satunya adalah dengan melakukan senaman ringan seperti berjoging ataupun skipping. Namun ramai di kalangan wanita yang takut untuk skipping kerana bimbang bahagian tertentu anggota tubuh akan jatuh.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Adakah benar cara ini boleh menyebabkan masalah berkenaan kerana skipping sebenarnya cara senaman paling mudah dan senang untuk dilakukan. Kebaikannya adalah bagus untuk jantung dan perjalanan darah menjadi lancar (jika diamalkan 15 minit setiap hari). Boleh dilakukan di rumah sebaik pulang daripada bekerja.
Dalam hal ini Fitness Trainer, Kevin Zahri menjelaskan, bahawa tidak semua masalah itu disebabkan oleh amalan skipping. Menurutnya, kejatuhan di bahagian anggota wanita ini adalah yang bersangkut paut dengan lemak dan graviti (over time), dan bukannya disebabkan oleh senaman lopatan skipping.
Malah banyak atlit sukan melakukan skipping tetapi bahagian ini tetap padu kurang lemak secara amnya. Manakala dalam penjelasannya berkenaan perakan pula lebih berkaitan teknik dan cara senaman daripada senama itu sendiri. Menurutnya jika melakukan dengan impak tinggi (ianya salah) dan sudah tentu stress/beban itu lebih tinggi.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terpukau dengan keindahan kota Paris selepas acapkali berkunjung ke sana, selain minat mendalam terhadap industri F&B membuatkan bekas penasihat kewangan berjawatan ketua agensi di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia sanggup meninggalkan industri itu demi membina Farine & Sucre.
Café unik berkonsep dan bertemakan hidangan Perancis ini diusahakan pemiliknya, Farah Syuhada binti Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea binti Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.
Gabungan duo beradik mulakan perniagaan
Saling melengkapi, gabungan duo beradik ini menyerlah apabila mereka menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasakan jenama Farine & Sucre. Ia berteraskan visi, misi dan nilai yang memberi pulangan balik kepada masyarakat.
“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa (International Business). Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan,” kata Farah Syuhada membuka bicara.
Beliau kemudiannya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.
“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama 4 tahun,” jelas Farah sambil menambah, Sofea juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan pihak universiti terutamanya sebagai juruacara dan pengendalian acara.
“Visi kami untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Peluang terbuka
Bercakap mengenai nilai pula, gadis tinggi lampai ini berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama Farine & Sucre dan menyokong perniagaan lokal. Sekaligus menyajikan kopi terbaik dalam suasana yang hebat!
Menjawab persoalan mengapa nama ‘Farine & Sucre’ dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.
“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri. Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya sambil tersenyum.
Menu terbaik hidangan ala Perancis
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Istimewa Ramadan
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Di tanya mengenai persaingan dan risiko dalam industri makanan dan minuman, akuinya F&B adalah satu perniagaan yang penuh persaingannya.
“Sebagai orang baru, kami masih berusaha untuk belajar meraih seberapa banyak pengalaman dalam industri ini. Namun, dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, kami berhasrat untuk kekal utuh dengan pilihan menu kami.
“Di samping memulakan pengeluaran kami sendiri dalam skala yang lebih besar sambil mempelbagaikan sasaran pasaran, kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan perniagaan tempatan lain, di bawah naungan Farine & Sucre demi mengukuhkan lagi jenama kami,” kata Farah.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Waktu operasi: 12 Tengah hari – 10 malam (Tutup Khamis).
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ubi bit atau dalam bahasa Inggeris, beetroot (Beta vulgaris subsp. vulgaris var. vulgaris), juga dikenali sebagai bit meja (table beet), bit taman (garden beet), bit merah (red beet) atau secara tidak formal hanya disebut sebagai bit sahaja.
Ubi bit merah memang terkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Selain itu ubi bit juga sangat sesuai untuk dijadikan regim kecantikan semula jadi. Berikut perkongsian Aisyah Badar Bajrai tentang tip menjadikan ubi bit merah sebagai masker untuk kecantikan wajah glowingkan kulit wajah, bila sentuh rasa lembut & anjal!
Niat asal tak nak share resepi masker merah ni kat wall. Tapi masker ni menggoda sangat la. Ni kali kedua Aisyah bancuh masker merah ni. Kesan dia super duper bestt.
Dah la kaler dia cantik, buat Aisyah tersengih jek masa sapu kat kulit. Khasiat masker ni memacam tau. Bak kata omputih, bila pakai beet root kat muka, kulit kita macam dapat nafas baru. Siapa nak tau kesan dia Wow tu, kena la cuba.
Lupa nak bagi tau, beetroot ni harga dia tak mahal pun tau. Yang Aisyah beli ni baru RM2.80. Memang berbaloi sangat. Siapa yang takut tak mampu beli, dun worry. Harga dia murah jek. Jom tengok resepi.
Masker ada banyak versi, tapi Aisyah nak share yang simple.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar air beetroot / ubi bit ( parut, pastu perah amik air dia)
1/2 – 1 sudu besar tepung beras
Campurkan dedua bahan, kacau sampai sebati. Bancuhan tu korang agak agak sendiri, jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat. Pastu sapu jek kat muka. Bila dah kering, korang cuci jek.
NOTA: Imbangkan bancuhan sehingga boleh simpan dalam peti sejuk untuk 3-4 hari.
** boleh pakai 3 kali seminggu
Masker ni ada memacam khasiat tau, bukan tuk glowingkan kulit jek. Kalau korang rajin pakai, nanti
Senang jek kan cara buat masker ni. Haa , pasni korang jangan lupa beli beetroot tau. Aisyah ada lagi satu petua tuk hilangkan mata panda dengan kurangkan kedut.
Sebenarnya banyak bahan-bahan semula jadi yang boleh dijadikan regim kecantikan. Tinggal hanya kita rajin atau tidak menjadikan bahan-bahan tersebut sebagai agen untuk merawat kecabtikan wajah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Pastikan rekaan tudung yang anda pilih sesuai dengan bentuk muka anda. Ada sesetengah fesyen tudung hanya sesuai digayakan mengikut bentuk muka tertentu. Kenal pasti bentuk muka anda terlebih dahulu ya.
Rekaan corak tudung yang anda pilih hendaklah sesuai dengan busana yang anda gayakan. Tudung polos sesuai dipadakan dengan busana abstrak atau bercorak. Manakala baju polos pula sesuai digayakan dengan tudung bercorak.
Pemilihan warna tudung juga penting. Warna tudung yang gelap dan kusam akan menjadikan anda tampak lebih tua. Jadi, elakkan ya. Wanita berkulit putih pula sebaiknya elakkan daripada memakai tudung berwarna merah jambu kerana ia akan buat anda tampak lebih pucat.