Usahawan selebriti terkemuka, Noor Neelofa Mohd Noor yang juga isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail sering menjadi sorotan netizen dan para peminatnya dalam setiap ‘tindak takduk’ dan perilaku yang dipaparkan kepada umum.
Terbaharu, penampilan selebriti jelita itu sekali lagi menjadi ‘buah mulut’ apabila dilihat semakin berisi dan mengenakan dress bertali belakang, persis wanita yang sedang hamil.
Sehubungan itu, timbul beberapa spekulasi liar oleh netizen yang mengesyaki bahawa bekas pengacara MeleTOP itu kini sedang hamil anak kedua.
Spekulasi tersebut timbul sebaik sahaja tular video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @seorangnur memaparkan selebriti berusia 33 tahun itu sedang ‘shooting’ bersama suaminya Haris Ismail.
Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu memaparkan Neelofa yang kelihatan anggun dalam dress hijau yang mempunyai tali seperti baju khusus bagi wanita hamil, malah pertambahan berat badan Neelofa yang ketara juga dilihat sinonim dengan perawakkan ibu hamil.
Selain itu, gerak tubuh Neelofa yang dilihat
kekok serta agak sukar untuk duduk sewaktu menghulurkan secawan air kepada Haris juga menimbulkan lebih banyak persoalan.
Hijabista berkesempatan meninjau keruangan komen pada hantaran video tersebut untuk melihat reaksi peminat Neelofa dan juga wargamaya.
Hasil tinjauan mendapati, rata-rata netizen meninggalkan komen bersetuju bahawa ibu kepada Muhamad Bilal itu kini sedang hamil anak kedua, dan Bilal bakal menjadi abang kelak. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan warganet.
Ads
“Dr sudut bentuk bdn. Mmg mcm.. InsyaAllah semoga Allah jaga ya… Aaaamiiin.
“Betui ka….Bilal nk dpt adik tu…..Aamiin….. yd blkng tu sungguh2 kipas awat lofa panas sgt ka……😂😂🥰🥰🥰.
Siapa yang tidak mengenali Dato’ Seri Aliff Syukri terutamanya apabila Syawal bakal menjelma? Selepas hadir dengan lagu raya Jom Raya, duet bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana, tahun ini selebriti serta usahawan viral ini menghadiahkan sebuah lagu raya baru, Kelepak Kelepuk Raya!
Menariknya tentang Kelepak Kelepuk Raya ini, ia adalah sebuah lagu duet gandingan bersama isteri tercinta Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Menurut Datin Shahida dalam perkongsiannya di laman Instagram, lagu raya terbaru ini tentang pasangan suami isteri yang bergaduh di pagi raya.
Lagu ini kisah suami isteri bergaduh di pagi raya sebab nak balik kampung siapa dulu
Dalam perkongsiannya itu, Datin Shahida turut memuat naik sebuah video pendek proses rakaman lagu terbaru ini. Apa yang menjadi fokusnya, apabila Datin Shahida tidak berpuas hati apabila Dato’ Seri Aliff menegur cara nyanyiannya.
Tambahnya lagi, dia sebenarnya dipaksa oleh Dato’ Seri Aliff untuk menyanyikan lagu ini bagi menjayakan proses rakaman Kelepak Kelepuk Raya.
Saya kena paksa menyanyi. Saya turutkan sahaja. Tapi, InsyaAllah bahagian saya semua yang murni-murni sahaja
Sebelum itu, beberapa klip dari video muzik Kelepak Kelepuk Raya menjadi viral dan mendapat perhatian bonda Dato’ Seri Aliff sendiri yang dikenali sebagai Bonda Rozita. Tidak sabar dengan sikap anak lelakinya itu yang kelihatan begitu rancak menari bersama-sama dengan beberapa penari lelaki, Bonda Rozita memuat naik video amaran kepada anaknya itu di laman Instagramnya.
Khas untuk anda yang memakai hijab, pastinya anda mengalami masalah rambut berminyak, kering dan berbau! Malah, kulit kepala kering juga akan menyebabkan kegatalan dan kelemumur. Sebenarnya, untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan produk ‘dry shampoo’ untuk mengatasinya.
Dry shampoo’ merupakan produk sedikit berbeza dari syampu biasa. Ia dapat memberi kesegaran kepada rambut anda yang berminyak dan berbau lebih harum. Tiada siapa yang suka rambut kusut, tak bermaya, berkelemumur dan kulit kepala bermasalah. Jadi, dengan dry shampoo ia mungkin boleh membantu korang untuk hilangkan semua masalah tersebut.
Produk ini hanya perlu ‘spray’ seperti ‘hairspray’ sahaja dan anda mulakan aktiviti harian seperti biasa! Tidak perlu habiskan masa untuk keringkan rambut, senangnya!
Antara kelebihan ‘dry shampoo’ yang wajib anda tahu adalah:
1. Menyerap Minyak di Kulit Kepala.
Khas untuk anda yang memiliki kulit kepala yang berminyak yang disebabkan sebum yang dihasilkan dari kulit kepala (yang juga mungkin bercampur dengan peluh) diserap oleh formula ‘dry shampoo’ ini! Terutamanya kepada anda yang aktif dan mempunyai jadual harian yang padat, ia benar-benar menjimatkan masa!
Dalam beberapa percikkan sahaja, ‘dry shampoo’ ini mampu mengatasi rambut dan kulit kepala berminyak.
2. Menambah volum pada rambut
Oleh kerana ia mamu menyerap minyak dengan baik dan rapi, ia dapat memberi efek kepada rambut untuk volum yang lebih besar dan lebat!
3. Kebaikan dari akar rambut!
Selain membuat rambut lebih bervolum, salah satu manfaat lain ialah ia dapat memberi kebaikan dari akar rambut juga. Kelembutan yang diserap pada rambut bukan sahaja dari hujung malah dari akar rambut juga!
Triknya, cuba semburkan ‘dry shampoo’ ini pada akar rambut dan sikar rambut anda dari atas. Caranya sama sahaja jika anda menggunakan penyembur rambut! Kemudian sisir sekali lagi untuk meratakannya! Pastinya anda akan memiliki rambut yang lembut dan licin!
4. Memberi haruman berpanjangan!
Jika anda memakai hijab sekalipun, semburan ‘dry shampoo’ ini mampu menghasilkan haruman yang wangi! Usah risau jika anda berpeluh dan risau jika tudung anda berbau, ‘dry shampoo’ mampu untuk mengatasi masalah ini. Pastikan anda menyembur pada setiap bahagian rambut dari akar hinggalah ke hujung rambut!
5. Melambatkan warna rambut pudar
Bagi anda yang mewarnakan rambut, ‘dry shampoo’ berfungsi sebagai bahan pelindung untuk memastikan warna rambut kekal lama. Ini adalah kerana, jika anda menggunakan syampu biasa, ia akan menyebabkan warna rambut cepat turun apabila anda menggosok dan membilas rambut! Oleh kerana itu, untuk menjaga kebersihan kepala, langkah ini amat disarankan untuk dilakukan.
6. Menjimatkan masa
Sesuai bagi anda yang mempunyai jadual harian yang sibuk dan padat, semburkan sahaja ‘dry shampoo’ ini untuk memastikan kesegarannyta tahan lebih lama! Tidak perlu risau untuk membersihkannya, ia semula jadi diformulasi untuk tidak dibasuh. Hanya semburkan sahaja dengan rapi dan anda sudah siap untuk melakukan aktiviti anda! Menjimatkan masa, bukan?
7. Mencegah kulit kepala dari menjadi kering
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap memang membuatkan kepala cepat berpeluh. Ia akan menyebabkan kita seringkali ingin membasuh rambut. Tetapi awas! Jika selalu mencuci rambut, ia akan menyebabkan kulit kepala akan kering dan menyebakan penghasilkan minyak semakin banyak! Jadi, salah satu cara untuk mengatasinya, gunakan sahaja ‘dry shampoo’ untuk kesegaran yang berpanjangan tanpa menyebabkan kulit dan rambut menjadi kering!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertemu semula dengan Akma salah seorang peserta program realiti di Astro, susuk tubuhnya masih seperti dahulu dan bertambah manis apabila mengenakan hijab Akma tampak berbeza dari awal kemunculannya di industri seni.
Pasti ramai yang tertanya-tanya Akma masih maintain dengan penampilan yang lebih sopan sementara itu Akma yang masih aktif mengacara go shop dan majlis-majlis jemputan dan bakal mengeluarkan satu single untuk OST drama TV ingin berkongsi penjagaan diri dan anak-anak terutamanya untuk menghadapi serangan virus yang tular kini covid-19.
Pertemuan di satu majlis Mayya Baby dengan kerjasama Pa&Ma memperkenalkan rangkaian produk baharu iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer yang dilancarkan di Ruang Event Space Seksyen 16, Shah Alam.
Mempunyai dua cahaya mata perempuan, rutin kesihatan dan kecantikan Akma berubah 360 darjah. Akma mengambil langkah menjaga kesihatannya dan juga anak-anak dua kali ganda seperti kebiasaaan.
Tular mengenai virus covid-19, Akma juga tidak terlepas pandang kesihatan anak-anaknya. Tambahan pula puterinya yang kedua mengalami kulit yang sangat sensitif dengan persekitaran. Terdahulu Akma mempunyai dua cahaya mata yang berumur 7 tahun dan 5 tahun di usia perkahwinnya berganjak yang ke 8 tahun.
“Akma akan mengandakan penjagaan mereka, lebih-lebih lagi adik yang memang sensitif dengan udara dan persekitaran. Adik akan menjalani aktiviti biasa seperti kakaknya, tetapi Akma akan pastikan si adik ni akan diberi perlindungan seperti menyapu losyen setiap kali sebelum dan selepas riadah.”
Anak keduanya sering semput dan alami rensangan kulit, itu bukan bermakna aktiviti seperti berenang, beriadah tidak boleh dilakukan seperti kanak-kanak biasa.
“Akma sering rujuk dengan beberapa bahan bacaan tidak perlu menyekat aktiviti anaknya, cuma Akma masih tekankan keselamatan dan kesihatan anak-anaknya. Itu yang paling penting!”
Terbaharu Mayya Baby melancarkan rangkaian produk bayi yang sesuai dan selamat di mana produk penjagaan kulit bayi ini yang lembut dan tidak mengganggu kulit bayi yang halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam keadaan yang sentiasa lembap.
Antara produk keluaran terbaharu dari Mayya Baby:
Baby Cream – Mempunyai fungsi 5 dalam 1. Produk ini selamat digunakan untuk bayi terutama bayi yang baru dilahirkan. Selain bayi, orang dewasa serta kanak-kanak juga boleh menggunakan Baby Cream ini. Apa yang paling penting ia tidak mengandungi menthal, camphar dan steroid.
Baby Lotion – Baby lotion berfungsi untuk melembapkan kulit, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak. Kandungan produk ini juga bebas daripada bahan berbahaya dan sesuai untuk kulit sensitif.
Shower Gel – Bukan senang untuk mencari mandian yang sesuai untuk si manja. Jika anda ingin mencari mandian yang tidak memedihkan mata, anda boleh dapatkan Mayya Baby shower gel. Ia juga mudah dibilas dan yang paling utama untuk kulit bayi, ia adalah produk bebas paraben dan tiada SLS.
Spray Sanitizer – Spray ini dicipta untuk membasmi kuman. Produk ini sesuai digunakan pada permukaan tangan, kaki serta fabrik. Selain memberikan bau yang segar ia juga lembut pada kulit.
“Akma tidak mahu anak keduanya berasa terasing dan menyekat aktiviti seperti kanak-kanak lain. Oleh itu penjagaan berganda untuk anak-anak Akma perlu bagi melihat perkembangan mereka seperti kanak-kanak yang lain.”
Penjagaan kulit seperti losyen yang beasaskan bahan organik adalah pilihan untuk menjaga keadaan kulit anak-anaknya sihat dan selamat. Ujar Akma dalam perbualan bersama Hijabista.
Berbeza pula penjagaan diri untuk Akma sendiri. Semenjak Akma mempunyai aktiviti di luar negara Akma mengambil vitamin sebagai penjagaan dalaman.
“Alhamdulilah! Rutin itu Akma amalkan sebelum Negara di serang virus yang tular. Akma cuma mengambil vitamin C dan vitamin mengantikan kalsium kerana Akma memang tidak gemar minum susu.”
“Akma dapati perubahan yang sangat ketara apabila Akma mengkumsikan makanan ini di dalam rutin harian. Badan lebih bertenaga untuk bekerja dan kulit wajah Akma lebih nampak sihat.”
Selain daripada dua rutin harian ini, Akma juga membuat rawatan kulit astetik paling kurang sekali sebulan bagi menjaga penampilan sebagai seorang selebriti. Menurut Akma penjagaan antara anak-anak dan dia adalah selari. Walaupun setiap kali perjalanannya untuk bercuti, dia akan membawa safety bag dua kali ganda yang mana satu untuknya dan satu untuk anak-anak.
Melepasi fasa pertama perkahwinan, Akma memanjat kesyukuran apabila melepasi fasa ini selama 8 tahun. Akma akui fasa pertama banyak ujian bagi mengenali pasangan dan menyesuaikan diri dengan kerjayanya sebagai selebriti. Berkongsi sedikit kunci kebahagian rumahtangga Akma cuma menyarankan kepada hijabi di luar agar menghargai satu sama lain.
“Sebagai isteri perlu hargai suami, betul suami perlu hargai isteri tetapi tidak salah kita sebgai isteri menghargai suami.” Sebagai isteri tidak perlu pentingkan diri sendiri. “ Seringkali isteri merasa penat membuat rutin harian di rumah, fikirlah sekali bagaimana suami mencari nafkah di luar”.
Mengenang kembali kejadian baru-baru ini aktor terkenal di Indonesia kelahiran Malaysia almarhum Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Mac yang lalu memberi impak besar kepada Akma.
“Akma rasa satu tamparan, kalaulah terjadi pada dirinya kehilangan orang tersayang serta merta dalam sekelip mata” ujarnya berita itu seakan alarm untuk mereka yang masih mempunyai pasangan hidup untuk menghargai satu sama lain.
Bagi Akma kunci kebahagian rumahtangga adalah ‘masa bersama’. Maksudnya setiap tahun Akma aka ada waktu untuk bercuti bersama tanpa anak-anak. Sessi itu adalah masa untuk mereka meluahkan segalanya. Ujarnya lagi sekira ada pengtekaran jangan di bawa berpanjangan. Insyallah kebahgian rumahtangga itu akan dirasai selamanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.