Sejak berkahwin dan mempunyai anak, pelakon Faezah Elai kini mengurangkan aktiviti seni dan menumpukan perhatian pada keluarganya. Namun pelakon tinggi lampai ini cukup bijak menjaga penampilannya yang sentiasa ‘gorgeous’ dan tubuhnya begitu langsing selepas melahirkan anak. Lihat sahaja foto-foto yang dimuat turut dalam instagram. Faezah Ela begitu bijak berselfie atau swafoto bersama anak-anak atau teman-temannya. Memang susah untuk mendapatkan tubuh kekal langsing begitu tetapi pelakon cantik ini ada cara tersendiri terutama ketika masih dalam pantang.

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Ini cara Faezah Elai kuruskan badan sepanjang berpantang

1. Upah Khidmat Bidan

Menurut Faezah dalam satu majalah memberitahu dia menjaga badannya ketika masih dalam berpantang 44 hari. Dia mengupah bidan datang ke rumah sepanjang tempoh itu. Bidan inilah yang menjaga makan minum dan kesihatan dirinya.

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

IKLAN

2. Diet Pantang

Menu pantangnya seperti biasa. Sebelah pagi, dia mengambil bijiran dan susu. Tengah hari pula dia mengambil segenggam nasi beras perang bersama sejenis lauk seperti ikan, daging atau ayam berserta sayur. Manakala petang pula dia mengambil dua biji kuih dan kopi panas cair. Menurutnya kopi juga penting untuk meningkatkan metabolisme. Setiap menu yang diberi padanya hanya dalam kuantiti kecil sahaja. Dan kerana penjagaan bidan yang tegas ini menyebabkan dia hilang berat dari 68kg ke 55kg selepas 44 hari berpantang.

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

3. Tidak Ambil Makanan Lebih Daripada 1300 Kalori Sehari

Selepas berpantang, pelakon ini akui dia memang jenis kuat makan terutama makan nasi kandar. Jadi dia rajin membuat ulang kaji dan sering melihat instagram Kevin Zahari untuk mendapatkan tip pemakanan. Jadi Faezah mengamalkan diet kalori yang praktikal untuk dibuat. Dia juga tidak suka makan jajan dan makanan manis. Dan Faezah Elai juga tidak makan selepas jam lapan malam.

IKLAN

Akhirnya jumpa jugak gambaq masa tgh sehat walafiat.. sbb ramai tanya tkde pon gambar faezah time gemuk.. weh! Mana ada org nk tunjuk gambar masa dia gemokk.. mmg tk ah..tp ni masa baru lepas pantang bersalin dealova.. masa ni tkde @slendefit lg.. and payah badan nk turun walaupon diet bagai naik gila,kena extra exercise utk slim down.. tp masa Aurora much easier,sbb consume @slende.fit so hormon cepat stabil,and plus with right diet,laju je turun.. yg penting byk kan minum air kosong.. boleh tgk testimony kat ig @slende.fit ALWAYS REMEMBER SLENDEFIT BETULKAN HORMON DULU SO BILA DH STABIL HORMON BADAN SENANG NK TURUN AND BILA DH STABIL,STOP PON BADAN TK KAN NAIK.. ?? . Whatsapp 0124705202 to purchase Or 0193878012 #slendesta #slendefit #slendefitbyfaezahelai #slimmingproduct #slimmingtips #weightloss #howtoslim #howtoloseweight #faezahelai #lovelovelove #feelingblessed #alhamdulillah

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

4. Bergaya Seperti Orang Muda

Dalam usianya sudah 30-an, dia memang begitu menjaga penampilannya terutama ketika berada di khalayak. Dia akui dirinya memang suka berlagak perasan dirinya macam orang muda. Faezah juga tidak suka melaram seperti orang tua atau gaya seperti ‘Mak-mak Datin’

IKLAN

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAEZAH ELAI