Apabila duduk rumah lama sangat, teringat pula roti telur goyang di kopitiam. Tetapi ini semua bukan untuk melemahkan semangat, resepi mudah kalau anda rajin mencuba insyallah menjadi.
Tak perlu bahan yang beria untuk menyiapkan sesuatu menu. Jikalau anda rindu dengan roti telur goyang, ikuti perkongsian Puan Leeyann Yap.
Ads
Selamat pagi…🌞🌞
Ads
Mai, kita cuba sarapan yang special sikit. Tapi cara ni mudah je. Sedap tau…anak anak suka sangat..
Bahan:
Telur
Roti
Kicap manis
Lada Sulah
Langkah:
Asingkan telur putih dan kuning
Pukul telur putih hingga kembang
Letakkan telur putih tu kat roti,baru letak telur kuning (slow slow letak ye😂😂)
Bakar Dalam oven 160°C / 13 minutes
Bila dah siap, letak sikit kicap manis dengan lada sulah..
Bekas pengasuh anak Dato Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit telah selamat melahirkan anak sulungnya jam 2.41 pagi semalam di Salam Specialist Hospital Kuala Terengganu, Terengganu.
Meluahkan rasa syukur, Dayah juga menitipkan kata-kata manis buat suami tercinta, Ridzuan Razali di atas pengorbanan yang dilakukan buat dirinya.
7.2.2022 | 6 Rejab 1443H
Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yg kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik in shaa Allah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi.
Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yg terbaik untuk sayang! ❤️ Lepasni kita sama2 buat yg terbaik untuk anak kita pulak yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yg abang lakukan 🤲🏻
Kita sering lihat keluhan di media sosial apabila ada masalah perbezaan harga pada tag dan di kaunter pembayaran. Bukan semakin murah, malah semakin mahal dari sebelumnya!
Ramai juga yang khuatir jika perkara ini akan berlarutan dan menyebabkan banyak kerugian buat kewangan. Sis, kita kena think smart, hari ini sama-sama kita halang perkara ini terjadi!
Ya, pertukaran harga barang sering terjadi tambahan lagi keadaan ekonomi yang berlaku pada negara kita kini. Sebagai pengguna yang bijak kita haruslah tahu cara yang betul supaya tidak ‘tertipu’.
Menjawab persoalan itu, penguna sewajarnya mendapatkan harga terendah jika terdapat dua perbezaan harga bagi barangan yang sama. Dengan itu, pengguna juga berhak menyuarakan hal ini.
Ramai yang ambil endah tak endah ketika membeli-belah sehingga lupa untuk periksa produk yang dibelinya. Fungsi Price Checker di letakkan adalah untuk anda pastikan harga yang dinyatakan adalah sama seperti di dalam sistem mereka.
Jika anda sudah periksa barangan itu dan ternyata ia berbeza. Jangan buang masa lagi, tanya kepada staf bertugas untuk mendapatkan kepastian. Ini akan menjimatkan masa anda supaya tidak kalut di kaunter pembayaran.
Wanita dan beg tangan memang sukar untuk dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu tanpa adanya beg tangan yang jadi peneman setia setiap wanita. Namun begitu setiap beg tangan itu tidak kira kecil atau besar ada pantang lantang tersendiri. Menurut selebriti popular yang sentiasa bergaya ‘on point’ Rozita Che Wan berkongsi tip pantang larang yang tak boleh dibuat pada beg tangan kita.
Posting ini dimuat turun adalah rentetan dari perkongsian terdahulu iaitu tip bagaimana mahu memilih beg tangan bersesuaian bagi seseorang wanita itu.
Menurut Che Ta juga tip yang diberikan ini ini nampak tidak begitu penting tetapi sebenarnya menjadi panduan kepada wanita di luar sana berdasarkan pengalamannya yang memang sinonim bergaya dengan beg.
Jika dilihat wanita tinggi lampai ini cukup bijak mix and match busana dengan beg yang digayakan mengikut majlis dihadiri.
PANTANG LARANG YG “HARAM” DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA!
1. HARAM SIMPAN HANDBAG DALAM PLASTIK!
Beg sampah.. Beg plastic jenama Nobita ke, yg dpt dari supermarket tu ke.. NO NO NO… NO WAY! Tau x sbb apa? Sbb, beg plastik akan memerangkap lembapan.. Ini blh mengakibatkan kulat! Takkan nk pakai handbag yg berkulat kan? Eeww..
2. JGN SESEKALI MELETAKKAN HANDBAG DI BWH LANTAI…
Ini bukan isu merendahkan martabat handbag uolls.. Tp ini isu kebersihan! Lantai tu, kita blom tau lg apa jenis kuman/bakteria yg ada.. Mungkin bakteria plg berbahaya sdg bergolek-golek keriangan kt situ.. Takut2 nnt, ia melekat pada handbag uolls.. Seterusnya mampu menjangkiti uolls sekeluarga!
Hati kalau x diisi dgn iman pasti rapuh.. Sama juga handbag..Jgn sesekali simpan dlm keadaan handbag kosong.. Letakkan suratkhabar, atau bahan2 asal yg ada dlm handbag masa uolls baru beli.. Ini bg mengekalkan handbag pada bentuk asal dan kekal nmpk seperti baru!
4. ELAKKAN HANDBAG TERKENA MATAHARI UTK TEMPOH LAMA
Kulit handbag kita bkn mcm kulit kita.. Mereka x perlukan Vitamin C! Kalau dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warna handbag.. Rugi sgt nnt.. Dah pudar, malu lah nk tunjuk kat orang.. Kan? Huhuhu…
Uolls kena kenal jenis handbag uolls ok! Kena tahu.. Leather ke.. Pvc ke.. PU ke.. Kena ambil tahu.. Very important.. Sebabnya.. Setiap jenis material ni, memerlukan penjagaan yg berbeza.. Tak boleh dilayan sama semuanya.. Ada yg memerlukan extra care.. Ada yg perlu dicuci.. Ada juga yg jenis manja.. Ada juga yg jenis x perlukan perhatian sgt.. Jadi JANGAN layan semuanya sama.. Ok?
6. PEGANG HANDBAG DGN TANGAN KOTOR
Mmg betul.. Ni handbag uolls.. Nk pegang mcm mana pun.. Terpulang pada uolls.. Tp my advice.. Pegang dgn tangan bersih.. Sbb, kita mesti taknak bakteria berkumpul di handbag kita, btl tak? Nanti bakteria2 tu berjumpa, berkawan, lepas tu bergabung, blh menghasilkan satu kumpulan bakteria yg ganas! Kalau ada anak kecil, baby tu main gigit2 pula handbag kita, ahh sudah! .
Org perempuan, handbag beli banyak2.. Lepas tu terbiar jer.. Uolls kena simpan dalam kain pelindung.. Biasanya dpt sekali masa beli handbag.. Pastikan bertutup (Jgn tutup dgn plastic).. Ini utk mengelakkan handbag tu dari berhabuk dan debu bermastautin di luar dan dalam handbag kita… Dan juga utk elakkan dari dicakar kucing!
Sebelum itu Che Ta juga turut berkongsi memilih beg tangan yang ramai tak tahu, juga berdasarkan pengalamannya sebelum ini.
Harini, i nk share dgn uolls tips2 plg penting, bila nk membeli handbag.. Tips ni i ambil dari pengalaman sndiri tau..
1. MAJLIS Uolls semua kna tahu, bag ni nk guna utk majlis apa, atau nk bawa ke mana.. Bkn apa, takut x sesuai.. Kalau ke wedding, majlis harijadi atau keluar brjalan-jalan, pilih yg sedikit elegan dan brkulit lebih lembut.. Warna2 yg sesuai spt hitam, hijau, warna nude atau yg sesuai mengikut tema and baju uolls…
2. WARNA Hitam, nude dan coklat adalah warna plg ‘universal’ dan plg sng match dgn byk baju.. Tp kalau nak kelainan, blh pilih warna spt hijau, pink atau warna2 terang.. I sendiri, suka warna2 yg simple.. Kdg2 je guna warna meriah2 ni.. Hehe...
3. BENTUK BADAN Yg ni sgt penting.. Handbag cantik tp klau x kena dgn bentuk bdn, x jadi jgak! Kalau 6 kaki ke bwh, disarankan gna handbag yg x trlalu besar.. Takut nnt nmpk mcm bwk peti ice pulak.. Hehe.. Besar sedikit tak mengap, tp jgn ‘oversize’! Yg tinggi pulak, jgn guna handbag yg trlalu kecil tau..
4. HARGA Penting ikut kemampuan.. Mmg lah, best kan kalau blh pakai LV, Chanel, Bottega dan semua brand2 ganas tu.. Tp, byk jugak brand yg baru dan kurang terkenal, tetapi ada kualiti yg sgt baik.. .
5. KUALITI Yg mahal, tak semestinya bagus.. Yg bagus, tak semestinya mahal.. Kan? Jadi penting utk uolls pilih kualiti.. Tgk cara jahitan, tgk material yg digunakan.. Yg penting, baca review dan testimoni berkenaan jenama/model handbag tersebut…
6. DESIGN HANDBAG Inilah faktor plg utama sebenarnya.. Sbb benda pertama yg kita nmpk adalah, design bag itu sendiri.. Betul tak? So sgt penting uolls pilih design yg trendy, modern dan evergreen.. Supaya blh guna utk tempoh yg lama, dan tak nmpk ketinggalan.. .