Tren makan hidangan salad udang yang masih hidup semakin diikuti orang ramai. Tidak kira artis tempatan, orang ramai sudah mulai tertanya-tanya adakah enak memakan udang yang masih ‘meloncat-loncat’ itu?
Namun, timbul spekulasi menyoalkan hukum memakan hidangan salad udang hidup, mengikut mazhab Imam Syafie yang dijelaskan oleh bekas Mufti Wiliyah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ianya makruh!
Selidik Status Hukum Sebelum Mencuba!
Pasti perasaan ingin mencuba berkobar-kobar setelah melihat keunikan hidangan yang disediakan itu. Tetapi kita perlu juga ambil kira soal status makanan itu sebelum mencuba.
Meskipun jelas ternyata di Surah al-Maidah ayat 60 tentang bangkai hidupan laut adalah suci:
Ads
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
Maksudnya :“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.” (Surah al-Maidah : 96)
Tetapi ia makruh untuk memakan hidupan laut yang masih hidup kerana seperti menyeksanya tanpa keperluan. Hal ini kerana hidupan laut cepat mati, maka boleh ditunggu saat ia mati sebelum memasak.
Ads
Buat Baik Kepada Haiwan
Jika dilihat cara memakan salad udang hidup itu juga kelihatan agak kejam. Walaupun kita menyembelih haiwan sekalipun, ada caranya yang lebih baik seperti sabda Rasullah SAW:
إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإحْسانَ على كُلِّ شيءٍ، فَإِذا قَتَلْتُمْ فأحْسِنُوا القِتْلَةَ، وإذا ذَبَحْتُمْ فأحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya :“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu. Apabila kamu semua hendak mematikan (haiwan), matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kamu menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya.” Riwayat Muslim (1955)
Ads
Terbitkan rasa sifat kemanusiaan terhadap haiwan walaupun tujuannya adalah untuk memakan. Makruh bukan bermaksud menghalalkan cara anda untuk sertai tren ini, malah ianya lebih baik dihindarkan.
Siapa sangka, ternyata bunga matahari punya banyak khasiat yang boleh merawat kulit kita. Yup! Sunflower oil atau minyak bunga matahari mempunyai banyak kelebihan untuk mengatasi pelbagai masalah kulit.
Malah, ia amat sesuai untuk hijabi yang sedang mencari skincare yang diformulasi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Skincare dengan kandungan bahan semulajadi memang tengah In-Trend sekarang ini!
Selain itu, bunga yang menjadi simbol keceriaan ini juga mengandungi banyak vitamin yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh serta melindungi kulit dari pelbagai risiko. Jom semak kelebihan menggunakan minyak bunga Matahari ini!
Sebagai wanita, masalah kulit yang sering kita alami adalah jerawat. Oleh itu, tidak ada salahnya jika hijabi melakukan perawatan kulit supaya wajah kita sentiasa bersih dan bebas dari bakteria jahat yang akan mengakibatkan jerawat.
Anda tidak perlu memakai skincare yang berlebihan, cukup membersihkan wajah secara berkala dan berikan kulit anda vitamin yang mencukupi untuk kulit. Jadi Hijabista menyarankan anda menggunakan sunflower oil yang kaya dengan pelbagai vitamin!
Ini kerana, sunflower oil memiliki kandungan vitamin E, A, C, dan Asid Lemak yang melancarkan proses regenerasi kulit. Sifat antioksida dari kesemua vitamin ini, membantu kulit untuk melawan bakteria penyebab jerawat, sekaligus menjaga kesihatan kulit anda.
Lebih menarik lagi, minyak bunga matahari merupakan jenis minyak anti-komedo tau! Minyak ini juga mampu merawat kulit dengan baik tanpa menyumbat pori-pori pada wajah.
Selain itu, minyak bunga Matahari lebih mudah menyerap dan dapat mencegah terjadinya iritasi pada kulit kita. Minyak ini juga amat sesuai digunakan bagi semua jenis kulit. Tidak kira samada kulit sensitif, berjerawat mahupun kulit kering.
Bunga kuning yang satu ini juga sering menjadi bahan utama dalam setiap kandungan produk penjagaan wajah yang memfokuskan untuk mengatasi masalah kulit kering dan melembapkan wajah.
Kandungan vitamin E dan asid linoleat dapat meningkatkan hidrasi kulit serta mengunci kelembapan di dalam sel kulit lebih lama. Ia turut menjamin, kelembapan kulit agar lebih terjaga.
Manfaat terakhir minyak bunga Matahari ini, adalah membantu menjaga kesihatan dan melindungi kulit. Sekaligus memberikan perlindungan kulit yang optimum dari sinar UV atau sinar matahari.
Ini kerana, kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam minyak bunga Matahari ini juga berfungsi untuk menjaga kelembutan serta mencerahkan kulit.
Jika dilihat dari beberapa manfaat di atas, ternyata produk penjagaan kulit yang mempunyai kandungan minyak bunga Matahari, adalah produk yang amat berbaloi untuk dibeli!
Naluri setiap wanita pasti ingin tampil cantik dari top to toe. Salah satu tujuannya adalah untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ketika berhadapan dengan orang terutama bagi yang bekerja.
Selain itu adalah untuk suami sendiri yang perlu dipikat setiap hari agar dirinya tidak memandang wanita lain. Pelbagai cara untuk tampil cantik dan biasanya diketahui melalui rawatan moden.
Tetapi sebenarnya anda juga boleh guna cara alami ataupun mengikut amalan Islam yang juga boleh membuatkan diri seseorang wanita itu cantik.
Cara yang admin nak kongsi ini tak susah pun untuk diamalkan dan hasilnya insya-Allah membantu penampilan anda kelihatan cantik dan cukup sempurna.
*PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK*
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
Adakah anda seorang yang gemar untuk makan makanan hidangan Malaysia seperti tempoyak? Tahukah anda bahawa tempoyak yang sering kita lihat di gunakan untuk campuran hidangan makanan seperti gulai patin masak tempoyak itu ada khasiatnya sendiri!
Tempoyak ini mempunyai khasiatnya sendiri yang sudah tentu menjadi pilihan orang terdahulu apabila banyak juadah yang di gunakan hasil campuran dari bahan ini. Bahkan, rasanya yang unik membuatkan lagi ramai yang gemarkan tempoyak.
Tempoyak atau juga di kenali sebagai asam durian di perbuat dari lebihan isi durian yang di jerukkan lalu di simpan untuk kegunaan memasak seperti gulai tempoyak dan lain-lain masakan. Terdapat beberapa jenis rasa tempoyak yang terhasil daripada hasil isi durian yang di jerukkan itu berpandukan kepada gred isi durian yang di gunakan.
Popular di negeri Pahang dan Perak oleh kerana banyak masakan harian yang menggunakan tempoyak, bahkan, masyarakat di negara seberang juga iaitu Indonesia, turut menggunakan tempoyak dalam masakan mereka. Tempoyak pada asalnya di temui pada seawal abad 1800an oleh masyarakat Melayu dalam kegunaannya untuk memasak.
Cara penghasilan tempoyak pula bermula dengan isi durian yang telah di asingkan dari bijinya. Lalu, di campur pula dengan garam sebagai tujuan menghalang pertumbuhan bakteria jahat yang boleh membuatkan tekstur tempoyak rosak dan busuk. Penyimpanan untuk tempoyak seeloknya di dalam bekas bertutup dan tempat yang dingin mahupun beku bagi penyimpanan tempoh jangka hayat yang panjang.
Apa yang membuatkan tempoyak istimewa dan berkhasiat adalah kerana ia terkandung karbohidrat (6.3%), protein (8.1%), lemak (6.6%), air (75%), dan juga nilai pH sekitar 3.69 yang berikan sifat asidik atau masam berdasarkan penilitian para penyelidik di Universiti Riau, Indonesia. Mereka juga telah menjumpai beberapa kebaikan tempoyak terhadap kesihatan manusia, antaranya:-
Sumber gambar dari FriedCHillies
Apakah yang di maksudkan dengan makanan probiotik? Ia membawa maksud makanan yang mengandungi bakteria yang baik serta ia membantu dalam memberikan kebaikan dan khasiat khususnya terhadap perlindungan sistem pencernaan, Antara sumber makanan lain yang mempunyai probiotilk adalah yoghurt dan kimchi. Jadi tanpa anda sedari, budaya masyarakat Melayu juga turut dapat menghasilkan makanan probiotik yang tersendiri!
Mengukuhkan lagi kesahihan fakta ini, penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 telah menunjukkan kesan probiotik dari tempoyak yang mampu baiki kesihatan usus, menghalang pembiakan bakteria jahat yang boleh menyerang sistem, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melancarkan sistem penghadaman. Bakteria yang baik dalam tempoyak yang dapat di klasifikasikan adalah bakteria asid laktik atau lactic acid bacteria (LAB), ia merupakan spesis Lactobacillus plantarum.
Sumber gambar dari ASIK PEDIA
Kesinambungan dengan fakta di atas, kesan aktiviti antioksidan LAB dalam menangkap radikal bebas yang berkeliaran di dalam sistem sel. Kajian telah di buat dan menunjukkan kandungan LAB yang ada di dalam tempoyak mempunyai kuasa antioksidan yang berpotensi sebagai bahan anti kanser dan diabetes.
Sebanyak 80% kadar peningkatan antioksidan di dapati dalam tempnyak dan ia menunjukkan keberkesanan tempoyak dalam membantu kesihatan manusia. LAB dalam bakteria juga bertindak sebagai perumah untuk memerangkap karsinogen yang menjadi punca kepada pembentukan radikan dan sel kanser.
Tempyak juga dapat memberikan perlindungan daripada serangan mikrob dari luar mengikut penyelidikan dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2016. Probiotik LAB dapat mengesuai komuniti mikrob dalam tempoyak, maka ia dapat menghalang aktiviti pertumbuhan mikrob lain yang boleh menjejaskan tempoyak.
Pembiakan bakteria jahat ini di dapati di sebabkan oleh probiotik LAB yang menghasilkan asid organik dalam tempoyak. Antara asid organik yang terdapat dalam LAB adalah asid laktik, asid asetik, dan asid butirik. Oleh dengan itu, ia membuatkan rasa asidik atau masam dari tempoyak.
Tempoyak juga berkebolehan untuk membantu penurunan kadar kolestrol oleh kerana kehadiran probiotik LAB yang melakukan asimilasi kolestrol, seterusnya ia mampu mengurangkan tahap kolestrol mengikut kajian penyelidik saintis UPM Serdan juga penyelidikan SUdan dan Iran. Melalui kajian tersebut juga, ia terdapat perbandingan 3 jenis tempoyak yang terhasil daripada 3 jenis durian yang berbeza, pengurangan tahap kolestrol adalah tahap tertinggi yakni sebanyak 75.15% dan serendah 22.55%.
Anda sebagai rakyat Malaysia patut berbangga bahawa kebanyakan makanan ruji dalam budaya dan negara kita terdapat banyak khasiat yang bagus. Tidak perlu lagi beli bahan-bahan yang mahal untuk kekal sihat, anda cuma perlu tahu kebaikan setiap makanan yang anda ambil dan pasti anda boleh jaga diet pemakanan anda.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.