Seperti yang diketahui umum, Shila Amzah sedang meniti hari bahagianya pada minggu ini. Semalam, selepas waktu Asar dengan sekali lafaz, Shila Amzah sah bergelar isteri kepada cinta hatinya, Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri.

Majlis pernikahan tersebut dimeriahkan dengan kehadiran 400 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan mempelai. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Farah Fauzana, Zara Zya dan Jihan Muse.

Dress rona putih rekaan Nurita Harith menjadi pilihan Shila Amzah sempena majlis pernikahannya ini. Gaya yang cukup ringkas serta tidak memerlukan perincian yang sarat tetapi sudah cukup untuk membuat penampilan Shila tampak menawan. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa isteri kepada Haris ini kelihatan begitu cantik dan ayu ditambah dengan solekan ringkas yang membuat wajah Shila tampak begitu berseri-seri.

IKLAN

Untuk rekaan pelamin pula, pasangan ini memberi sepenuh kepercayaan kepada ADIdecor & donebyAZMAN untuk menghias pelamin nan indah berkonsepkan bohemian forest garden. Harus diakui bahawa pelamin pasangan mempelai ini kelihatan begitu mewah dengan mainan palet kayu berkualiti tinggi, penggunaan daun-daun fresh dan less flower.

Selain itu, ibu dan bapa Shila Amzah dilihat sedondon memakai baju rona maroon manakala dayang-dayangnya memilih rona merah jambu sebagai warna tema mereka. Satu padanan yang cukup cantik dan menarik.

IKLAN

Pada majlis sebelah malam pula, difahamkan satu majlis telah diadakan sempena meraikan pasangan pengantin baru ini. Shila kelihatan begitu moden dan santai dengan busana rona biru lembut yang direka khas oleh Melinda Looi.

Tidak sabar rasanya untuk melihat persalinan di majlis resepsi Shila Amzah dan Haris Idraki. Hijabista ucapkan tahniah kepada pasangan mempelai. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Amin…

IKLAN

FOTO-FOTO LAIN:

#1 – Alhamdulillah, dah selamat

#2 – Sweetnya

#3 – BFF Turut Raikan Hari Bahagia

#4 – Selamat Pengantin Baru

#5 – Comel je main bunga api

A post shared by AQO IMRAN © (@aqoimran) on

Sumber: Instagram ANHEVENTS, ADIPUTRA_DECOR & AQOIMRAN

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI