Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 di Muzium Abu Bakar pada 5 Ogos 2024.
Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berangkat sama, DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah bersama isteri, YHM Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz,; YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ; YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah.
Ads
Bertemakan Pratishtha, koleksi IFF 2024 terdiri daripada koleksi reka bentuk yang memancarkan prestij dan maruah dan mencerminkan pakaian tradisional Melayu.
Koleksi yang dipersembahkan menampilkan gabungan pakaian Melayu tradisional yang telah diberi sentuhan moden antaranya baju Riau Pahang, Cekak Musang dan kebaya labuh.
Pada majlis tersebut KDPB Tengku Ampuan Pahang berkenan menyaksikan peragaan fesyen dari koleksi Pengasas dan Pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF), Tengku Seri Kelana D’Raja Dato’ Raja Rezza Shah serta pereka-pereka fesyen terkenal dari Malaysia dan Indonesia iaitu Jeny Tjahyawati, Torang Sitorus, Sugeng Waskito, Ezuwan Ismail dan Datuk Radzuan Radziwill.
Paduka baginda kemudiannya berkenan memotong kek dan pulut kuning sempena Majlis Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang juga jatuh pada 5 Ogos 2024.
Sekali lagi Hijabista menyelusuri jalanan untuk mendapatkan gaya yang menarik perhatian.
1. Hijab
Selendangnya mungkin sedikit singkat buat Hijabista namun gaya lilitannya yang menarik masih disukai ditambah pula dengan aksesori rantai dempak. Tampak ‘chic’!
2. Tas tangan
Tas tangan kulit bertali lilitan besi tetap menjadi kesukaan hijabi.
3. Sepatu
Amira mungkin menyarungkan sepatu sarung dan tidak diketahui tingginya. Namun, Hijabista sarankan pemakaian sepatu ‘wedges’ menarik untuk memberi ilusi ketinggian buat hijabi yang genit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sehelai hijab yang disarungkan di kepala pasti menjadi perhatian ramai melihatnya, bukan sahaja pada pengayaan malah motifnya membuat ramai terpegun dengan keanggunan si pemakai, apatah lagi bila diserikan dengan kuntuman bunga yang indah.
300 kuntum bunga ros simbolik koleksi baharu jenama hijab ini, nah di manakah letak keunikannya. Walapun masih baru dalam industri hijab di Malaysia, namun dari bertatih, kini mereka sudah mula berlari. Menerima begitu banyak respon positif daripada pelanggan menjadikan jenama hijab baru, Roos Scarves semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para hijabi Malaysia.
Kisah bagaimana jenama ini tercetus sangat menarik. Menurut Pemilik Roos Scarves, En. Safiudin Nordin, idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves ini terlintas selepas pandemik pada hujung tahun 2021, apabila isteri beliau, Puan Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis dan rupa.
Dalam tempoh setahun lebih mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan mereka terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu ke atas sehelai tudung. Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar.
‘Kami akan kekalkan subjek yang sama pada rekaan koleksi baharu ini, tetapi mempunyai rekaan yang berbeza. Di mana pelbagai bunga ros akan diperkenalkan di dalam rekaan. Sedikit sebanyak memberi ilmu kepada orang ramai, bunga ros itu sendiri mempunyai pelbagai jenis,’ kongsi En. Safiudin.
Malam yang penuh berseri itu, Roos Scarves diperkenalkan secara rasminya dalam sebuah majlis eksklusif yang dihadiri lebih 100 pempengaruh, selebriti, rakan media dan pelanggan setia. Setelah yakin dengan pengukuhan jenama mereka di pasaran, mereka menetapkan inilah detik paling sesuai untuk jenama ini dilancarkan secara gemilangnya.
”Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022. Dari situ, kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara, Roos Scarves masih ada tempat di hati Wanita yang bertudung. Keistimewaan Roos Scarves adalah setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar itu akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.
Kesan monogram dan detailing corak dan warna dipilih berdasarkan pantone terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” ujar Encik Safiudin.
Tambah beliau lagi, tagline “Bloom of beauty” adalah semangat yang mereka bawa untuk setiap rekaan tudung yang dihasilkan. Koleksi terawal yang mereka hasilkan ialah Lady Series, inspirasi daripada Lady Emma Hamilton Rose dan Freedom Series yang diinspirasikan daripada spirit of freedom rose.
Dan pada majlis perlancaran itu juga, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose. Kedua-dua hijab ini dari potongan shawl yang mempunyai aura dan stail unik yang pasti diminati hijabi negara ini.
Roos Scarves juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di empat bandar utama berdasarkan koridor utara, selatan, timur dan juga sentral. Namun, fokus mereka adalah di pusat membeli-belah utama utama bagi mengekalkan nilai eksklusif pada produk dan kesemua outlet yang dimiliki oleh pengedar terpilih daripada pihak syarikat.
Tambah En. Safiudin lagi, mereka mengharapkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati kualiti skarf yang mereka tawarkan dengan pengalaman bertudung yang mengujakan. Dan, impian mereka untuk mengenengahkan jenama ini ke negara-negara eropah dan Timur Tengah dapat direalisasikan tidak lama lagi.
Roos Scarves boleh didapati di butik Roos Scarves di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi atau melalui pembelian online di website rasmi juga Tiktok Shop dan Instagram shop Roos Scarves.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nampaknya sekarang tengah trending kisah Husna, watak yang dilakonkan oleh pelakon Niena Baharun dalam drama Jangan Benci Cintaku. Watak sebagai wanita yang dikatakan perampas semua orang menjadikan Husna dibenci kerana sikapnya itu. Tetapi sebenarnya itu hanyalah dalam lakonan, kerana hakikat pelakon cantik manis ini sebenarnya isteri orang dan kini bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan suami tersayang.