![deena](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/d2e6025e11b44a94ed5611edb2e60de4/deena-696x365.jpg)
Figura ini berbeza dari orang lain. Walaupun beliau adalah salah seorang puteri diraja Arab Saudi, tetapi bersikap liberal dan cukup terbuka dalam kehidupannya. Cukup berbeza dengan keluarga diraja lain yang kita bayangkan keluarga yang terdiri dari golongan alim ulama yang begitu kuat dengan pegangan agama mereka. Empunya nama Deena Aljuhani Abdulaziz Al-Saad antara yang meninggalkan kehidupan tradisional masyarakat di sana sebaliknya cenderung memilih gaya hidup orang barat.
![Puteri Diraja ARAB SAUDI Ini Tolak BURQA & Abaya, Pilih Gaya MODEN Juga Hidup LIBERAL. Lihat Foto-Foto Ini!](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/66591af04aff3a04c5ce7f24ef91e996/5662cfae988103ce8493c3290eb3ff4b.jpg)
TIDAK PAKAI HIJAB & ABAYA
Beliau tidak mengenakan hijab dan juga burqa atau abaya seperti wanita lain di negara asalnya. Deena juga dikatakan sedah lama menetap di New York, Amerika Syarikat dan lebih selesa memilih gaya busana moden dan begitu cenderung sekali menggayakan busana edgy juga sentiasa berpotongan rambut pendek.
![Puteri Diraja ARAB SAUDI Ini Tolak BURQA & Abaya, Pilih Gaya MODEN Juga Hidup LIBERAL. Lihat Foto-Foto Ini!](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/52c81a8607889a642d2c0f68067a722d/f6609edaf116e451ea13e77144b4458a.jpg)
Malah dia cukup gemar dalam bidang fesyen dan mempunyai hubungan baik dengan beberapa designer terkenal. Wanita berusia 42 ini juga tidak kisah berulang alik antara New York dan Riyadd untuk bertemu pereka fesyen dunia. Wanita ini juga cukum berhati-hati dan bijak memilih gaya yang bersesuaian dengan dirinya. Boleh dilabel ikon fesyen kerana mempunyai selera esyen cukup tinggi dan gayanya begitu moden sesuai dengan karakter dan setiap event yang akan dihadiri sehingga mencuri gaya netizen.
![Puteri Diraja ARAB SAUDI Ini Tolak BURQA & Abaya, Pilih Gaya MODEN Juga Hidup LIBERAL. Lihat Foto-Foto Ini!](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/4eee05a9cce80754711bcf27f8da7b7d/284c05aed8e6c5ce004faffed0c27c4b.jpg)
MEMPUNYAI BUTIK
Nama Deena sebenarnya cukup dikenali dalam dunia moe setelah menjadi editor in Chief Vogue Arabia pada 2016 lalu. Beliau merupakan editor in Chief pertama yang bertanggung jawab mengawasi target Vogue Arabia di kawasan Arabia, Bahrain hinggalah United Emiriah Bersatu dengan ibu pejabat di Dubai.
![Puteri Diraja ARAB SAUDI Ini Tolak BURQA & Abaya, Pilih Gaya MODEN Juga Hidup LIBERAL. Lihat Foto-Foto Ini!](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/0fe6d197e8e842a41de981d4ecccbde8/fa0f188c23293a191fb90eb66b0e7b68.jpg)
Sebelum itu, Deena juga sebenarnya telah lama berkecimpung dalam bidang fesyen dengan membuka butik bernama D”Na berlokasi di Riyadh. Bukan itu sahaja, dia juga pernah berkolaborasi dengan Christian Laboutin yang menggunakan namanya untuk salah satu koleksi kasut jenama ternama itu.
![Puteri Diraja ARAB SAUDI Ini Tolak BURQA & Abaya, Pilih Gaya MODEN Juga Hidup LIBERAL. Lihat Foto-Foto Ini!](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/fb0a393ba2747eb4090dce994838e34e/e3e1d81bc4d90684feef34721f456fc8.jpg)
IBU KEPADA 3 ANAK
Walaupun dia kelihatannya begitu sibuk ke sana kemari, tetapi Deena tidak melupakan tanggung jawabnya menunaikan tugasnya sebagai ibu kepada tiga buah hatinya, seorang puteri dan sepasang kembar putera.
![Puteri Diraja ARAB SAUDI Ini Tolak BURQA & Abaya, Pilih Gaya MODEN Juga Hidup LIBERAL. Lihat Foto-Foto Ini!](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/72d71c5595cbebf47d62b0b9994959de/760add2a58a02f4d116b923f0213d288.jpg)
Puteri Deena juga merupakan isteri kepada Putera Abdulaziz bin Nasser bin Abdulaziz Al Saud. Suaminya ini merupakan anak kepada Putera Nasser Abdulaziz AlSaud yang juga merupakan termasuk dalam salasilah keluarga Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud dan tercatat sebagai Raja Arab Saudi yang pertama.
![Puteri Diraja ARAB SAUDI Ini Tolak BURQA & Abaya, Pilih Gaya MODEN Juga Hidup LIBERAL. Lihat Foto-Foto Ini!](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/b00946a25e58acf4edb42fdb265d184c/9de77a2ef82425877e494234e0ae3305.jpg)
KREDIT FOTO: PINTEREST
Artikel Berkaitan: Gaya OOTD Mira Filzah Paling Curi Tumpuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lenyap 13 KG Dalam Masa 3 Minggu, Gadis Ini Guna Cara Kurangkan Karbo & Tolak Air Manis. Hasilnya Memang WOW!
![Lenyap 13 KG Dalam Masa 3 Minggu, Gadis Ini Guna Cara Kurangkan Karbo & Tolak Air Manis. Hasilnya Memang WOW!](https://cdn.hijabista.com.my/Hijabista/2716f3d9f89460e4b1b47f15b09fef17/sopehia.jpg)
Setiap orang pastinya pernah melalui detik sukar dalam hidup. Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami pertambahan berat badan pada tahun 2016. Ketika itu dia mengakui tiada teman lelaki dan hidupnya hanya bertemankan dengan kawan sebilik sahaja. Malah kebanyakan lelaki mendekati dirinya kerana mahu berkawan dengan teman-temannya yang memang cantik.
Sejak itu dia mula menjalani diet menggunakan cara diet Atkins yang ketika itu sangat popular. sebelum itu pernah membuat diet tetapi semuanya tidak tahan lama.
Namun usaha berterusan menyebabkan dia berjaya melenyapkan berat badannya sehingga 13 kg selama tiga minggu.
Jika sebelum ini berat badannya 65 kg dengan ketinggian 151 cm dan kini beratnya hanya 52 kg dan berusaha untuk mendapatka berat ideal 49 kg.
Inilah perkongsiannya bagaimana dia berjaya menghilangkan 13 kg ini tanpa melakukan cara diet yang ekstrim.
Tip untuk kurus
Berat sekitar 65 kg dan tidak ada boyfriend
Kemudian mula cuba cara diet Atkins
Cuba kurangkan karbohidrat dalam pengambilan makanan dan tidak ambik gula.
Maknanya segala macam nasi, mi, roti dan biskut tak makan.
Hasilnya hilang 13 kg dalam masa 3 minggu.
Hanya makan lauk sahaja, Tak ambil makanan lain sepeti taunu, tempe ataupun buah. Tapi hanya untuk permulaan.
Tak makan buah sebab ada kandungan gula di dalamnya.
Ingat breakfast itu penting, jangan sesekali skip.
Tengah hari elakkan makan makanan berminyak.
Untuk makan malam pun ambil portion yang sama tetapi minum banyak air. Lepas pukul 6 terus berhenti makan.
Boleh makan banyak kali cuma elakkan yang karbo dan makanan manis.
Malam pula turut minum green tea.
Kadang-kadang makan apple cider vinegar, bagus juga untuk kurus.
Jangan lupa workout dan selalu bayangkan betapa cantiknya kalau kurus.
Jangan selalu timbang berat badan, buat sekali seminggu saja.
Ada harinya juga cheat day
Pernah ditimpa sakit menyebabkan berat turun tetapi bukan disebablan diet yang diamalkan.
Tak perlu dengar cakap orang dan paling penting jaga kesihatan masing-masing.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Henti Guna ‘Karma Is Real’, Anda Perlu Tahu Kefahaman Disebalik Perkataan Itu!
![Henti Guna ‘Karma Is Real’, Anda Perlu Tahu Kefahaman Disebalik Perkataan Itu!](https://cdn.hijabista.com.my/2023/02/PkxgfAVC-digitorial-8.jpg)
Sering kita lihat luahan rakan-rakan mahupun ahli keluarga yang memuat naik status di laman media sosial mereka yang mengatakan seperti ‘karma will come‘ ataupun apa-apa yang berkaitan. Tetapi adakah ia wajar di perkatakan sebegitu?
Ramai yang masih terpinga-pinga apabila soal mengatakan hukum karma ini bakal terjadi meski pun ianya adalah kepercayaan agama hindu. Ada perbezaan antara kepercayaan agama yang perlu kita tahu sebelum kita ujarkannya.
Karma kepercayaan agama Hindu
Sumber gambar dari Canva.
Buat mereka yang tidak tahu, konsep karma itu sendiri merupakan satu kepercayaan dalam agama hindu yakni ia mempunyai konsep yang sangat berbeza dengan kepercayaan agama Islam. Seperti apa yang kita pelajari sebagai umat Islam, setiap apa yang terjadi di dunia ini adalah kehendak dan kuasa daripada Allah SWT. Kita sama sekali di larang untuk meyakini sebab dan akibat yang bakal berlaku tanpa campur tangan Allah SWT itu boleh jadi suatu bentuk kekufuran.
Meski pun, konsep karma ini telah lama tular di kalangan masyarakat di negara kita terutama sekali yang beragama Islam, kita harus tahu bait-bait perkataan yang di keluarkan itu adalah kena pada syarak. Menurut perkongsian di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konteks konsep ‘karma’ yang harus umat Islam ketahui dalam agama suci ini adalah “perbuatan setiap manusia sama ad baik atau buruk itu akan di balas oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan”.
Sumber gambar dari Canva.
Sedikit sebanyak mengenai konsep karma, ia berasal daripada bahasa sanskrit dan punyai asas kepercayaan bagi Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Konsep ini mula di jumpai melalui teks lama Hindu iaitu Rigveda, dan kemudiannya di kembangkan melalui perbincangan Upanishad. Seperti yang sudah di ketahui semua, Karma membawa maksud ‘perbuatan yang memberi kesan kepada hasil atau keputusan’, yakni memberitahu bahawa apa yang kita lakukan sama ada jahat atau baik, kita juga bakal terima yang sama pada masa akan datang.
Tambahan lagi, karma menurut Hindu, mempunyai tiga, peringkat pembalasan yang terdiri dari sachinta karma (masa yang telah berlaku/karma yang pernah berlaku), parabdha karma (karma yang sedang berlaku/kesan daripada karma yang dahulu) dan agami karma (karma pada masa hadapan yang di tentukan melakui karma yang sedang berlaku). Jadi karma ini juga di nilai sebagai undang-undang pembalasan moral atau juga undang-undang kosmos yang akan membalas setiap perbuatan baik mahupun buruk. Kepercayaan karma ini juga menjafa tindak kawalan serta tingkah laku manusia supaya mereka dapat menambah baik dan berharap agar manusia lebih berbakti kearah kebaikan.
Artikel berkaitan: Wanita Yang Sering Merasakan Jiwa Tidak Tenteram, Ini Merupakan Cara Untuk Mendapatkan Ketenangan..
Karma dari segi Islam
Sumber gambar dari Canva.
Kita perlu tahu bahawa setiap perkara yang kita percaya bakal berlaku dengan sendirinya dan menghiraukan kekuasaan selain dari Allah SWT boleh membawa kepada kekufuran. Melalui akidah Islam, semua perkara yang berlaku adalah dengan kekuasaan dan kehendak dari Allah SWT. Apa yang terjadi pada alam ini adalah dari kehendak Allah SWT dan semuanya bergantung kepada kekuasaanNya. Begitu juga seperti yang paling senang untuk kita lihat adalah peredaran bulan dan bintang pada paksinya, itu adalah contoh terbesar kekuasaan Allah SWT.
Jika ingin di bincangkan tentang karma ini, ada terdapat konsep yang bercanggah dengan akidah Islam. Melalui agama Islam, ia di yakini bahawa segala perbuatan jahat oleh manusia itu pasti akan ada balasannya sama ada di dunia ataupun akhirat.
Menurut sabda Nabi Muhammad SAW:
البِرُّ لا يَبْلَى ، وَالِإثْمُ لَا يُنْسَى ، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ ، فَكُن كَمَا شِئتَ ، كَمَا تَدِينُ تُدَانُ
Maksudnya: “Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”
Meski pun status hadis ini adalah daif, namun, ia boleh di amalkan dan ambil pengajaran dalam bab fadhail amal di samping maknanya adalah benar. Perkataan الجزاء من جنس العمل yang bermaksud:
‘Balasan itu sesuai dengan apa yang di lakukan.’
Ia banyak di perkatakan oleh ramai ulama di mana anataranya Imam Ibn Kathir, Imam Ibn Qayim al-Jauziyah dan juga Ibn Rajab al-Hambali. Juga terdapat banyak hadis dan ayat al-Quran turut menyebut tentang perkara ini, antaranya:
المُسلِمُ أَخُو المُسلِمِ لا يَظلِمُهُ وَلا يُسْلِمُه ، مَن كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ ، وَمَن فَرَّجَ عَن مُسلِمٍ كُربَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنهُ بِهَا كُربَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ ، وَمَن سَتَرَ مُسلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَومَ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Juga melalui Ibn Rajab al-Hanbali ketika menerangkan makna hadis ini berkata:
هذا يرجع إلى أن الجزاء من جنس العمل ، وقد تكاثرت النصوص بهذا المعنى
Maksudnya: “Perkara ini merujuk kepada balasan mengikut kepada jenis amal. Terdapat banyak nas-nas yang menunjukkan kepada makna ini[7].”
Menjadi kesimpulan di sini bahawa hukum karma itu sendiri tidak boleh di pakai dalam agama Islam. Menjadi satu perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk meyakini bahawa apa yang berlaku sama ada di dunia mahupun akhirat adalah satu kehenda dari kekuasaan Allah SWT. Kepercayaan yang meyakini bahawa sesuatu perkara itu berlaku bukan atas kehendak Allah SWT boleh membuatkan anda kufur.
Artikel berkaitan: Tidak Seeloknya Menggunakan ‘Rest In Peace’, Ada Ucapan Takziah Yang Lebih Elok Untuk Hormati Kematian Orang Bukan Islam
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ‘Breakout’ Dan Cara Menyingkirkannya
![Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ‘Breakout’ Dan Cara Menyingkirkannya](https://cdn.hijabista.com.my/2020/10/acne-4-09_53_392124.jpg)
Semua individu menghadapi jerawat. Ya! Sebenarnya, kecantikan sebenar adalah bergantung pada keadaan kulit anda. Oleh itu, jika anda merasa kecewa dengan keadaan kulit anda seperti breakout atau rengsa kemerahan, itu bermakna anda belum mbenar-benar memahami jenis-jenis jerawat yang muncul di permukaan kulit.
Lapan puluh lima peratus individu yang berumur antara 12 hingga 24 tahun mengalami jerawat. Oleh itu, tidak hairanlah anda harus mengetahui jenis-jenis jerawat yang muncul secara tiba-tiba ataupun yang tidak pernah susut. Jangan risau, kerana bantuan ada di sini. Teruskan membaca untuk melihat secara terperinci mengenai breakout, apa yang menyebabkannya, dan cara merawatnya.
Empat jenis Jerawat
Berikut adalah empat jenis yang paling biasa yang anda dapati muncul di wajah anda dan bagaimana merawat setiap kes secara individu.
1. Jerawat Kistik
![Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ‘Breakout’ Dan Cara Menyingkirkannya](https://cdn.hijabista.com.my/2020/10/14430-09_21_295664.jpg)
PIC: Freepick
Rupa: Zits di bawah kulit yang menyakitkan dan berkerikil.
Jerawat kistik berlaku apabila liang yang tersumbat dipenuhi dengan minyak dan kulit mati pecah di bawah kulit. Tubuh anda membentuk sista untuk menghentikan keradangan daripada merebak lebih jauh, menyebabkan nodul yang menyakitkan di bawah kulit.
Remaja pada umumnya cenderung mendapat jerawat sista di pipi dan pelipisnya, tepat di tepi alis. Jerawat kistik akan menjadi lebih menyakitkan daripada jerawat biasa kerana sangat radang. Sekiranya tidak dirawat, jerawat boleh menyebabkan parut. Ini rawatan ada beberapa rawatan cadangan untuk anda.
Cara Merawatnya:
Mencuci muka dengan bahan asid salisilik yang dijual bebas untuk mengurangkan kemerahan pada jerawat Produk cadangan: Pencuci Muka Neutrogena Oil-Free Acne Fighting Face Wash. Pembersih dengan kepekatan rendah benzoil peroksida Produk cadangan: Pencuci Muka Humane Benzoyl Peroxide serta pelindung matahari pelembap Produk cadangan: CeraVe Ultra-Light Face Lotion with Sunscreen.
Mereka yang menderita jerawat kistik cenderung mempunyai kulit yang lebih sensitif, jadi rawat wajah anda dengan baik, jangan gosok terlalu keras dan pilih produk tanpa pewarna atau wangian tambahan. Akhirnya, sebelum anda tidur, cuba gunakan sebilangan gel adapalena ke kawasan yang bermasalah.
Produk cadangan: Rawatan Jerawat Differin Adapalene Gel Retinoid Acne Treatment. Gel akan berfungsi pada jerawat semasa anda menunda.
Gunakan Produk Ini untuk Melawan Jerawat Kistik:
Sekiranya tidak berjaya: Berjumpa pakar dermatologi, doktor anda akan melatih anda merawat jerawat dan mereka boleh memberi ubat untuk membantu mengatasi kesakitan dan kegatalan.
2. Balckhead
![Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ‘Breakout’ Dan Cara Menyingkirkannya](https://cdn.hijabista.com.my/2020/10/large-pores-blackheads-shutterstock-1310427793-09_24_543304.jpg)
Rupa: Titik hitam di zon-T
Bagi mereka yang terobsesi dengan liang pori, anda mungkin biasa dengan perasaan mengupas sehelai jalur yang luar biasa untuk mendapati ia ditutup dengan titik hitam kecil. Itu adalah blackhead, atau liang pori tersumbat. Apabila minyak dan sel mati terkena oksigen, ia menjadi gelap, itulah sebabnya ia kelihatan hitam, jelas pakar.
Dalam skema masalah penjagaan kulit, blackhead tidak mengerikan. Masalah ini tidak meradang dan tidak menjadi merah dan tidak menyakitkan. Biasanya sangat kecil, yang bermaksud solekan akan menutupi masalah blackhead anda. Sudah tentu, masih boleh mengganggu anda, jadi berikut adalah beberapa petua untuk merawatnya.
Cubalah ini terlebih dahulu:
Cara terbaik untuk mencegah balckhead adalah dengan mencuci secara berkala dengan pembersih lembut. Cuba pembersih bebas minyak, tanpa komedogenik untuk membilas minyak dan sel kulit mati
Produk cadangan: Pembersih Bebas Minyak Muka Kiehl’s Ultra.
Pilih juga skrub harian yang mengelupas kulit secara fizikal dan kimia.
Produk cadangan: Bioré Pore Unclogging Scrub.
Sekiranya tidak berjaya:
Jangan ‘POP’ Balckhead! Mencuba untuk mengeluarkan blackhead, jika dilakukan dengan tidak betul, boleh menyebabkan jangkitan atau meninggalkan parut kekal. Walaupun jalur pori tersebut sangat memuaskan, ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif. Sebaliknya, berjumpa pakar dermatologi anda untuk dapat membantu merawat blackhead anda dengan cara yang selamat, dan mungkin juga memberi ubat untuk mengatasinya.
3. Whiteheads
![Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ‘Breakout’ Dan Cara Menyingkirkannya](https://cdn.hijabista.com.my/2020/10/white-heads-09_26_125001.jpg)
Rupanya: Benjolan dengan topi putih.
Nama teknikal untuk whiteheads adalah komedo atau liang-liang yang tersumbat ditutupi oleh lapisan kulit yang tipis. Biasanya berwarna kecil dan berwarna kulit, atau putih, tetapi ketika rasa jengkel, whitehead boleh menjadi merah dan meradang.
Cara Merawatnya:
Cuci muka dengan pembersih kulit yang mempunyai asid glikolik atau salisilik. Ini akan membersihkan pori-pori, mengurangkan kemerahan, dan membersihkan sel-sel kulit mati.
Produk cadangan: Neutrogena Acne Proofing Daily Facial Cleanser dan La Roche-Posay Effaclar K (+) Anti-Blackhead Moisturiser.
Anda juga boleh mencuba menggunakan rawatan spot dengan benzoil peroksida, yang akan mengurangkan minyak, membersihkan pori-pori dan mengurangkan keradangan
Produk cadangan: Neutrogena OntheSpot Acne Treatment atau cuba dengan asid salisilik untuk hasil yang serupa Clinique Acne Solutions Clinical Clearing Gel.
4. Jerawat Hormon
![Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ‘Breakout’ Dan Cara Menyingkirkannya](https://cdn.hijabista.com.my/2020/10/gettyimages-1155362661-fd7337b6f7eb462d844b905000bbd24c-09_59_800205.jpg)
Rupanya: Di dagu dan pipi.
Fluktuasi hormon menghasilkan minyak penyumbatan liang yang berlebihan. Pori-pori yang tersumbat itu boleh muncul sebagai bintik putih atau lebam di dagu dan rahang, kawasan yang jelas untuk jangka waktu pendek.
Cara Merawatnya:
Penembusan ini dikaitkan dengan hormon yang disebut androgen (hormon lelaki yang terdapat pada lelaki dan perempuan), yang menghasilkan minyak berlebihan sehingga krim biasa boleh menyembuhkan jerawat yang ada supaya tidak menghalangnya.
Produk cadangan: Original Skin™ Matte Moisturizer with Willowherb diluluskan untuk merawat jerawat dengan memastikan hormon sentiasa dikawal.
Sekiranya tidak berjaya: Tanya doktor anda mengenai spironolactone oral, yang biasanya digunakan untuk merawat masalah kardiovaskular.
5 Punca Utama Jerawat
Apabila anda mendapat jerawat, mudah mencuci muka dan menggunakan krim untuk mencuba merawatnya, tetapi bagaimana anda menghentikan jerawat dari awal? Terdapat banyak sebab di sebalik putus asa anda, tetapi berikut adalah lima sebab yang paling biasa anda mungkin bersalah kerana berkekalan.
1. Pengelupasan
Apabila anda tidak membuang sel dan serpihan kulit mati dengan lulur, kulit, atau masker, ia boleh menumpuk di permukaan kulit dan memerangkap minyak di liang pori. Dapatkan diri anda sebagai pengelupas harian untuk mengelakkannya.
Boleh Menyebabkan: Whiteheads dan Blackheads
Produk cadangan: Dermalogica Hydro Masque Exfoliant
Hydro Masque Exfoliant: topeng lima minit yang berfungsi secara sinergis untuk pengelupasan dan penghidratan dalam satu langkah. Buluh menangkis kulit untuk penghidratan yang optimum, dan Jamur Salji menampung 450x berat airnya untuk memberikan dorongan penghidratan segera – berfungsi lebih cekap daripada rejimen pengelupasan dan penghidratan dua langkah. Untuk kulit yang bercahaya dan kelihatan sihat.
Hydro Masque Exfoliant menghaluskan dan memperbaharui dalam lima minit untuk kulit yang cerah dan sihat. Buluh, kaya dengan mineral larut setelah diaktifkan untuk menghasilkan pengelupasan yang disasarkan namun lembut. Manakala snow mushroom menahan 450 kali beratnya dalam air, menyuntikkan kulit dengan penghidratan, antioksidan dan Vitamin D. Phytolipid dari Jojoba Seed, Sunflower dan Safflower membantu menguatkan penghalang kelembapan semula jadi kulit.
Bahan lain seperti gula bit memberikan asid amino yang menghidrat dan membantu menguatkan penghalang kelembapan kulit. Jangan risau dengan kesan sampingan yang merengsakan kerana ekstrak timun memberikan kemasan yang menenangkan dan menyegarkan. Sapukan dengan lembut pada wajah dan leher yang bersih, mengelakkan kawasan mata. Urut dengan gerakan bulat sehingga sfera hilang. Biarkan masker aktif selama 3-5 minit, kemudian bilas dengan bersih dan ikuti dengan pelembap anda.
2. Pencemaran
Zarah-zarah kecil dari ekzos, kabut asap, atau serpihan tertarik ke minyak kulit anda dan bagaimana cara untuk mengnyahkannya. Produk untuk membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan yang mengandungi bahan-bahan yang perlu termasuk vitamin C, vitamin E, minyak argan, dan teh hijau. Gunakannya setelah mencuci kulit, dan kemudian pakai solekan seperti biasa. Produk ini akan berfungsi untuk menyekat sinaran UV dan kesan pencemaran lain.
Boleh Menyebabkan: Whiteheads dan Blackheads
Produk cadangan: Sunday Riley U.F.O. Ultra-Clarifying Face Oil
Sunday Rile’s U.F.O. Ultra-Clarifying Face Oil Mengklarifikasi langsung dengan ramuannya yang kuat dan mudah melawan. Anda mungkin pernah menggunakan rawatan spot dengan asid salisilik, salah satu senjata terbaik untuk melawan jerawat, dan minyak muka ini memberi 1.5% dos keseluruhan rawatan untuk wajah anda. Sekiranya reaksi segera anda adalah: Kandungan susu thistle dan biji timun berfungsi untuk menghidrat kulit, sementara minyak pati chamomile dan neroli menenangkan. Akhirnya, minyak pokok teh dan biji jintan hitam membantu salisilik membersihkan dan membersihkan kulit, memecah serpihan yang menyumbat liang.
3. Keradangan
Setiap individu mempunyai bakteria penyebab zat pada kulit mereka, tetapi kajian menunjukkan bahawa orang yang mudah mengalami keradangan lebih cenderung mendapat pelepasan daripada melawannya. Semasa merawat keradangan, pastikan ia tetap sederhana. elakkan produk penjagaan dengan pewarna atau wangian. Dapatkan pelembap asas untuk melawan kemerahan dan menjaga kulit merah.
Boleh Menyebabkan: Whiteheads, blackheads, jerawat kistik, dan jerawat hormon
Produk Cadangan:DR.JART+ Cicapair Calming Gel Cream
4. Period anda
![Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ‘Breakout’ Dan Cara Menyingkirkannya](https://cdn.hijabista.com.my/2020/10/07ask-teens-superjumbo-09_32_644622.jpg)
Tepat sebelum anda mengalaminya tahap estrogen menurun sementara testosteron yang meningkatkan pengeluaran minyak tetap stabil. Minyak kemudian menyekat folikel, menyebabkan sengatan yang mendalam dan menyakitkan. Tidak banyak yang boleh anda lakukan, teruskan dengan pertahanan jerawat biasa seperti mencuci muka dan pelembap. Kulit anda akan kering dalam beberapa hari. Cubalah rawatan di beberapa kawasan yang bermasalah jika anda ingin cepat menghilangkan jerawat.
Boleh Menyebabkan: Jerawat kistik dan jerawat hormon
5. Tekanan
Salahkan kortisol, hormon yang melonjak ketika anda sedang panik. Apabila kortisol naik, kulit anda mengepam lebih banyak minyak daripada yang sepatutnya. Sekali lagi, tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mencegah jerawat yang disebabkan oleh tekanan. Cuba letakkan telefon anda, tarik nafas, dan bermeditasi. Ia akan membantu.
Boleh Menyebabkan: Jerawat kistik dan Jerawat Hormon
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI