Kisah pasangan selebriti iaitu Neelofa dan PU Riz memang sentiasa menjadi tumpuan ramai sejak mereka belum berkahwin lagi.
Mengadakan ‘live’ di laman instagramnya, pengasas jenama Naelofar itu telah berkongsi kisah bibit percintaannya bersama suami pada awal perkenalan mereka. Pasti ramai yang ternanti-nanti kisah ini bukan?
Jelas Neelofa, kisah mereka bermula apabila jejaka berusia 26 tahun itu tertinggal Al-Quran miliknya sewaktu menunaikan solat tarawih bersama keluarganya pada Ramadhan yang lalu.
“Ni Al-Quran yang Haris bawa untuk terawih dengan kitorang semua bulan Ramadan dulu, waktu cinta mula berputik. Haris tertinggal Quran kat rumah I lepas tu I pun kebas.
“I guna Quran ni untuk kelas tilawah, Haris mintak balik, I tak bagi sebab dah tanda. It’s mine now. Ikhlas tak bagi ni?”
Ads
Dapat dilihat dalam video itu PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail seperti malu-malu apabila diusik oleh isteri tercinta sebegitu.
Ads
Di ruangan komen, para peminat pasangan merpati dua sejoli ini juga terhibur melihat telatah mereka di samping merasai yang mereka sememangnya benar-benar melengkapi di antara satu sama lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seorang wanita yang berkongsi kisah hidupnya di TikTok selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia buta telah mendapat perhatian meluas.
Video yang menyayat hati lagi memberi inspirasi tentang seorang wanita yang kehilangan penglihatannya selepas kemalangan. Video tersebut mendapat perhatian netizen di TikTok.
Kata Masitah, atau mesra disapa Mashy, 32, bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahaminya dan sering mendorongnya untuk terus berfikiran positif selepas ditimpa insiden kelam dalam hidupnya.
“Dia adalah orang yang sangat sabar, positif dan sering memberikan dorongan kepada saya.
“Sekarang pun bila saya sakit suamilah yang angkat dukung saya ke bilik setiap hari.
“Baru-baru ini suami demam panas tetapi dia masih menyantuni saya dengan sangat baik,”katanya kepada portal media tempatan.
Sementara itu, suami Mashy Nik Nazri Abidin, 36, akur dengan nasib isterinya yang hilang upaya kekal selepas terbabit dalam kejadian itu.
“Saya sangat redha dan bersyukur sebab saya masih tidak kehilangan isteri saya.
“Cuma dia kehilangan penglihatan tetapi bagi saya tidak mengapa kerana saya ada untuk jaga dan apa yang penting isteri masih ada bersama saya,” ujarnya.
Mengimbas detik gelap itu, Masitah berkata, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menaiki kereta yang dipandu pekerjanya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tidak bersamanya kerana berada di Batu atas urusan perniagaan Pahat, Johor.
Masitah mengakui sedih dengan apa yang berlaku tetapi menganggap itu bukan penamat untuknya dan bersyukur kerana mendapat peluang kedua dalam hidup.
“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.
“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.
“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.
Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, pasti terbayang figura cantik tinggi lampai yang sentiasa bijak menatarias gaya meski sudah berusia.
Memandangkan di sosial media kini kecoh membincangkan isu keganasan rumah tangga dan juga masalah orang ketiga, hingga ramai wanita teraniaya dan dinafikan hak mereka oleh pasangan, Che Ta tampil menyeru para wanita agar berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung pada orang lain meskipun pasangan.
Mengulas isu sama, Che Ta menegaskan agar wanita diluar sana keluar bekerja serta mencari pendapatan sendiri supaya masa depan lebih terjamin.
Jelasnya lagi, wanita perlu mempunyai ‘backup plan’ serta lebih bersedia jika berlaku sesuatu musibah atau dugaan dalam rumah tangga, namun jika pasangan bertindak agresif dengan ‘naik tangan’ hingga menjadi mangsa keganasan rumah tangga, wanita disarankan angkat kaki dengan segera.
“Ini termasuklah bila wanita itu terjebak dengan situasi keganasan rumah tangga dan mempunyai suami jenis kaki pukul. Orang perempuan jangan jadi bodoh. Sekali lelaki naik tangan, kita angkat kaki keluar dari situasi toksik begitu.
“Buat laporan polis dan pemeriksaan di hospital, itu antaranya. Tetapi, paling penting, apa pun yang terjadi, orang perempuan kena ada kerja, cari duit sendiri dan jangan bergantung harap pada lelaki,” kata Che Ta lapor media tempatan.
Ketika ditanya adakah wanita patut menjadi lemah, tunduk dengan pujuk rayu serta permohonan maaf pasangan dan memberikan peluang kedua setelah dikasari dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini respon Che Ta!
“Tak usahlah percaya jika dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi. Itu semua bohong. Kena ingat, awak kahwin dengan orang sama, bila dia dah berlaku kasar, dia tidak akan berubah.
“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” tegasnya.
Sekadar info, tanggal setiap 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia (International Woman’s Day), jadi bertepatan dengan hari yang penuh bersejarah ini, sudah tiba masa untuk para wanita keluar dari ‘zon selesa’ masing-masing untuk tampil lebih yakin dan berani berdiri di atas kaki sendiri!
Bukan mudah untuk kekalkan momentum dan sentiasa bersemangat dalam melakukan senaman.
Ini kerana senaman bukan satu kerja hakiki yang diberi ganjaran seperti gaji dan sebagainya, tetapi dilakukan untuk mendapatkan kesihatan yang baik, bebas dari pelbagai penyakit, seterusnya memberi kualiti dalam aktiviti harian.
Oleh itu, tidak ramai yang berjaya untuk istiqamah dalam bersenam dan ramai yang kecundang di tengah jalan.
Bukan kerana tidak berani meneruskan perjalanan, tetapi kebanyakkannya hilang semangat untuk kerana tidak mendatangkan sebarang hasil. Ikut amalan ini untuk kekal bersemangat.
Cuba ingat semula tujuan utama kita melakukan senaman.
Pilih makanan yang senang untuk dihadam sebelum bersenam. Minum minuman yang memberi tenaga. Terdapat pelbagai jenis minuman dan makanan untuk bersukan yang dijual di pasaran.
Pilihlah yang sesuai, yang direka khas di makmal sukan untuk mendapatkan prestasi yang optimum.
Kita harus bijak memilih kawan mengikut keadaan semasa. Kawan untuk senaman amat penting, bagi membantu meningkatkan motivasi diri dan tahap keyakinan diri.
Jangan cari kawan yang tinggal jauh dari rumah dan kawan yang mempunyai objektif berbeza. Objektif untuk menurunkan dan menaikkan berat badan adalah misi yang jauh berbeza.
Kajian menunjukkan muzik antara faktor penting dalam bersukan. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa atlet yang mendengar muzik lebih berprestasi berbanding atlet yang tidak mendengar muzik.
Alunan muzik dapat membantu dan mengekalkan momentum sekaligus memberi semnagat untuk melakukan senaman. Pilih lagu yang mempunyai rentak yang sesuai mengikut jenis senaman.
Elakkan stres ataupun tertekan semasa bersukan atau bersenam. Lakukan dalam keadaan yang tenang dan menggembirakan. Jadikan ia suatu rutin yang membuatkan kita ingin melakukannya lagi.
Oleh itu, cuba mempelbagaikan jenis senaman anda. Kalau objektif kita nak kurus, terdapat 1001 jenis senaman untuk menjadi kurus sebenarnya. Sampai bila mahu berlari di treadmill setiap hari? Cuba buat jadual dan memperbagaikan senaman di gimnasium, bukit-bukit, merentas desa, latihan litar dan sebagainya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di