Apabila sudah sepakat untuk hidup bersama maka bersatulah dua jiwa dengan ikatan perkahwinan. Majlis pernikahan tentunya menjadi momen paling indah buat setiap pasangan.
Maka sebab itulah kedua pasangan bakal mempelai perlu membuat persediaan yang cukup. Bakal pengantin lelaki seharusnya membuat lebih persediaan.
TIP UNTUK BAKAL PENGANTIN
Sebelum Hari Majlis Akad Nikah:
1) Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudiannya disimpan dalam satu kotak bersama barang kemas/cincin, duit mas kahwin dan sebagainya agar tiada yang tercicir.
2) Perlu tidur awal kerana ianya memberi kesan terhadap emosi anda pada keesokan harinya. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi agar anda nampak lebih selesa dan ceria. (Nak masuk gambar, seeloknya kenalah nampak ceria..Hahaha)
Pada Hari Majlis Akad Nikah:
1) Cuba selesakan diri (ambil mood). Pastikan sentiasa ada teman berborak agar anda tidak terlalu memikirkan tentang majlis supaya anda tidak terlalu gemuruh.
2) Ketika berdepan dengan Imam/Juru Nikah. Sentiasa senyum dan cuba untuk bertenang. Ketika khutbah nikah dibacakan, beri perhatian dan sentiasa senyum.
3) Akad Nikah (ijab dan kabul). Jangan risau. Kebiasaannya wali akan membuat percubaan sebelum membacakan ijab yang sebenar. Pengantin lelaki tidak perlu mejawab tergesa-gesa sambil menahan nafas. Pada ketika ini, tetamu-tetamu yang hadir juga haruslah mengawal anak-anak untuk tidak berbuat bising dan menangkap gambar terlalu dekat sehingga mengganggu perhatian pengantin lelaki. Kebiasaannya jurugambar terlatih akan mengambil moment pengantin berjabat tangan dengan wali pada permulaannya dan berhenti menangkap gambar untuk memberi ruang pengantin lelaki menjawab qabul dalam keadaan tidak terganggu.
(selesai part ni pengantin lelaki dah buat muka lega dah..hahaha..tapi kena ingat, bacaan taklik pulak lepas ni)..
4) Bacaan Taklik. Jangan risau. Kebiasaannya ada disediakan teks bacaan taklik dalam tulisan rumi. Walaubagaimanapun, ada juga imam yang menyediakan teks dalam tulisan jawi.
Ni contoh bacaan taklik bagi negeri Perak:
IKLAN
“Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik jika saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan qamariah atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syariah dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim bagi pihak saya sebanyak RM 10.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk.”
6) Bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
IKLAN
7) Penyerahan Mas Kahwin dan Pembatalan Air Sembahyang. Jangan risau, start dari sini semuanya akan di “guide” oleh jurugambar sehinggalah tamat Majlis Bersanding dan sesi Outdoor.
Memegang Ubun-ubun Isteri.
Doa: Allaahumma innii as-aluka khayraha wa khayra maa jabaltahaa ‘alaihi wa a’uudzu bika min syarrihaa wa min syarri maa jabaltahaa ‘alaihi
Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.
TIP TAMBAHAN UNTUK BAKAL PENGANTIN LELAKI
Perkara yang kadang-kadang nampak remeh tapi memberi kesan kepada seseorang pengantin kerana perkahwinan mungkin hanya berlaku sekali untuk seumur hidup dan kita mengharapkan perkara tersebut satu kenangan yang indah untuk dikenang.
Sekali Lafaz Yang Diidamkan
Persediaan untuk mencapai sekali lafaz akad nikah:
IKLAN
1. Sebutan nama pasangan
Wajib. Wajib hafal nama bakal isteri/nama pengantin perempuan dengan tepat supaya tidak mengganggu atau tidak menjarakkan sebutan kerana kurang yakin dengan nama yang tepat.
2. Cuba kawal rasa gemuruh
Tidak dinafikan. Rasa gemuruh pasti ada kerana anda sedang berdepan dengan antara perkara penting yang ingin disempurnakan dalam hidup.TIPS. Untuk kurangkan rasa gemuruh, jangan hirau orang ramai yang berada di sekeliling. FOKUS. Fokus antara kita dengan wali/imam yang menjadi wakil wali sahaja. Jika merasakan diri gemuruh, jangan pandang orang di sekeliling atau kawan-kawan yang sedang mengusik di belakang. Hahaha. Pandang imam, bersedia dengan lafaz akad nikah seperti yang dipraktikkan sebelum hari sebenar.
Apa yang penting adalah lafaz perlulah TEPAT, JELAS dan TIDAK TERSEKAT-SEKAT/LANCAR untuk tempoh yang lama.
Sekiranya lafaz TEPAT , JELAS & LANCAR pasti anda berjaya menyempurnakan lafaz ijab kabul/akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Begitulah serba sedikit tips yang ringkas tetapi boleh memberi sedikit gambaran kepada bakal pengantin lelaki supaya lebih fokus apa yang lebih penting untuk dipraktikkan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sumber pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam majlis sebenar kelak.
Hati yang berbolak-balik seringkali terjadi kepada kita terutamanya saat ingin membuat keputusan ataupun melakukan sesuatu yang baru. Kata orang tua-tua, apabila hati sudah mula berbolak-balik, itu maksudnya perkara itu bukanlah yang terbaik untuk kita.
Dalam Islam, kita disarankan untuk memohon doa kepada Allah S.W.T untuk menghilangkan rasa berbolak-balik ini. Nabi Saw menyatakan bahawa hati ini berada diantara jari jari Allah, yang mana Allah bisa saja membolak balikkannya dengan mudah sesuai dengan kehendakNya. Nabi saja sangat kuatir, apalagi kita sebagai umatnya, yang tidak memiliki jaminan apa-apa. Tentunya kita harus lebih banyak berdoa.
Ertinya: Wahai Dzat yang membulak-balikkan hati tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu.
Menurut riwayat Anas, Rasulullah Saw memperbanyakkan doa ini, kerana beliau sangat kuatir apbila hati ini yang sudah kukuh dan kuat imannya kepada Allah, tiba-tiba berubah.
Muadz bin Jabal ketika mendengar penjelasan Nabi ini, beliau mengucapkan doa dalam surat Ali Imran ayat 8 :
“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)”.
Sesungguhnya, Allah S.W.T Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Pintalah kepadanya untuk kita sentiasa berada dalam ketenangan dan tetapkan keimanan kita kepada-Nya untuk selama-lamanya. Semoga doa ini dapat menjadikan kita hambanya yang soleh. InsyaAllah. Selamat beramal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan keluar serta pergerakan ke beberapa bandar raya.
“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.
“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.
“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.
Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.
Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.
Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.
Haji ialah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi. Setakat ini, kerajaan Arab Saudi melaporkan lebih 1,500 kes COVID-19 dengan 10 kematian.
Secara global, lebih daripada 825,000 orang telah dijangkiti dengan lebih daripada 40,000 kematian yang direkodkan.
EPIDEMIK SEBELUMNYA
Wabak penyakit menjadi kebimbangan mengenai haji oleh semua umat Islam yang terutama jemaah yang datang dari seluruh dunia.
Wabak terawal yang tercatat semasa 632 di mana jemaah menentang malaria sementara wabak kolera pada tahun 1,821 membunuh kira-kira 20,000 jemaah haji.
Satu lagi wabak kolera menular pada tahun 1865 dan membunuh 15,000 jemaah haji yang kemudian tersebar di seluruh dunia.
Arab Saudi turut dilanda bencana koronavirus ketika wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) tular.
Kurangnya langkah awal pencegahan menyebabkan virus itu membunuh beberapa ratus orang dan merebak di rantau ini.
Kerajaan Arab Saudi sendiri meningkatkan langkah-langkah kesihatan masyarakat pada 2012 dan 2013, walaupun tidak ada wabak yang dilaporkan.
Baru sahaja dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 8, sebuah video di TikTok melibat Aliff Aziz telah tular apabila ada warganet yang juga seorang kru produksi telah merakam aktivitinya di luar pentas dimana Aliff dan isteri, Bella Astilah serta beberapa kru produksi lain sedang solat berjemaah bersama.
Menariknya, di dalam video itu kelihatan pelantun lagu Sayang Sayang itu sedang menjadi imam bagi solat jemaah tersebut.
Rutin sang JUARA. Congratulations Aliff Aziz & Bella
Pak imam kita juara GV8
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang warganet yang memberikan kata-kata positif serta memuji tindakannya yang tidak lalai meninggalkan solat walaupun sibuk dengan pertandingan.