Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita menyayat hati apabila enam sekeluarga maut dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan hingga menjadi sorotan dan bualan warganet.
Lebih tragis lagi apabila anak sulung pasangan suami isteri itu, Abdur Rahman, 19 tahun merupakan waris yang tersisa bersama seorang lagi adiknya iaitu Abdullah, 15 tahun. Berita ini membuatkan rakyat Malaysia turut sama berdukacita mengenangkan nasib yang menimpa dua beradik berkenaan.
Berita berhubung perkara ini telah tular di laman sosial, terbaharu rakaman memaparkan suasana hiba ketika enam jenazah itu disolatkan dan dikebumikan semakin membuatkan hati netizen sebak dan sayu.
PU Rahmat Mahu Bawa Rahman Tunai Umrah!
Sehubungan itu, demi membela nasib remaja 19 tahun itu pendakwah bebas, PU Rahmat bercadang mahu memaja Rahman agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Justeru, PU Rahmat kini sedang berusaha mengumpul maklumat terperinci tentang Abdur Rahman.
IKLAN
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh PU Rahmat menerusi satu muatnaik hantaran di lama Facebook miliknya. Dalam hantaran berkenaan beliau meminta orang ramai agar membantunya memperoleh informasi supaya dia dapat berhubung dengan remaja itu untuk menyatakan hasrat murninya membawa Rahman menunaikan umrah secara percuma.
Sehingga artikel ini ditulis, Hijabista difahamkan bahawa PU Rahmat sudahpun berhubung dengan keluarga Abdur Rahman serta membincangkan berkenaan perkara ini.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati bahawa rata-rata wargamaya menhokong hasrat murni yang diutarakan oleh PU Rahmat, sekaligus mendoakan agar niat baik dan urusan mereka ke Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekadar Info, kemalangan yang berlaku pada Jumaat lalu turut menyebabkan seorang lagi adik Abdur Rahman iaitu Abdullah, 15 tahun cedera parah.
Abdullah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat dilaporkan stabil dan kini menggunakan alat bantuan pernafasan.
IKLAN
Begitulah janji Allah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin, pengalaman menunaikan umrah secara percuma tidak dapat menggantikan kesedihan Rahman yang kehilangan enam orang ahli keluarga sekaligus.
Namun, segala apa ujian yang dilalui. Kita harus bersyukur dan kembali kepada yang maha pencipta. Kerana segala-galanya datang daripada-Nya. Kita manusia hanya mampu merancang, tetapi yakinlah bahawa perancangan Allah adalah lebih baik, kerana Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Sebagai manusia normal, tekanan adalah perkara biasa. Hanya manusia kurang normal yang mungkin tidak merasai tekanan. Namun begitu, bagaimanakah cara kita menghadapi tekanan?
Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri menghadapi tekanan di tempat kerja, sekolah, dengan pasangan dan sebagainya. Perkara ini penting untuk membuatkan minda kita melupakan seketika segala kesukaran yang dihadapi, membantu kita bertenang dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stres) itu.
.
Panduan Menghilangkan Stres
Oleh kerana kita hidup di dunia terbuka, kita meluah masalah di media sosial. Apabila media datang untuk temu ramah, habis segala masalah rumah tangga kita londehkan.
Kita meluahkan segalanya kepada kawan yang ternyata tidak mampu menyelesaikan masalah kita, sebaliknya memanaskan lagi keadaan.
Walhal, Islam mengajar agar kita merujuk kes kepada ahli keluarga dan minta ahli keluarga yang bincangkan secara penuh kasih dan santun.
.
Percayalah, ketika kita beremosi, elakkan diri daripada bercakap. Kerana percakapan kita tidak berpandukan akal. Kita lebih berpandukan emosi dan perasaan yang kacau bilau.
Bersabarlah, berzikirlah, kerjakan solat. Percayalah, dengan mengadu kepada Allah Taala, akan ada jalan penyelesaian yang lebih konstruktif.
Dan percayalah, media sosial akan lebih merosakkan.
BERIKUT DIKONGSIKAN CARA MENGURUS STRES SEPERTI YANG DIKONGSIKAN OLEH IMAM MUDA HASSAN ADLI YAHYA
1. Bersukan
Jika terlalu banyak ‘beban’ dalam kepala pada satu masa, saya mengambil masa untuk bermain badminton bersama teman. Dengan bersukan, ia membantu mengurangkan tekanan dengan banyak cara.
Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Malah saya seperti ‘terlupa’ sebentar perkara yang membebankan kepala ketika itu.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah sebelum itu. Oleh itu amalkan bersukan, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2. Rehat dan tidur
Tidur yang cukup dan pada waktu yang ideal memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi dalam kehidupan seharian kita.
Tidur yang cukup umpama mengecas tenaga kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi. Malah boleh menjadikan kita seorang yang optimis selain membuatkan kita segar selepas mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika pada waktu siang iaitu sebelum masuk waktu Zuhur. Malah ia adalah sunah yang diamalkan Baginda SAW. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15 hingga 30 minit sahaja.
Mengikut kajian, satu minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Namun, jika di pejabat dan waktu rehat kita adalah jam 1 hingga 2 petang, jangan pula tidur dengan alasan mahu mengamalkan sunah. Sebaliknya, ambil masa selepas makan tengah hari dengan bersandar di kerusi dan melelapkan mata sebentar.
Tetapi harus diingat, tidur berlebihan akan memberi impak yang kurang baik kepada anda dan mungkin menjadi lebih stres selepas itu.
3. Luangkan masa dengan keluarga dan sahabat
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban sebesar gunung yang kita tanggung apabila hanya duduk di meja dan bersandar merenung siling.
Ketawa, bercerita dan berkongsi tekanan yang kita hadapi ketika itu akan membuatkan kita lebih baik dan masalah akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatlah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. Insya-Allah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan di kepala melainkan suara mereka yang tercinta.
4. Bersolat dan berdoa
Solat adalah antara perkara mudah yang sering dirasakan susah oleh sesetengah orang. Ia adalah cara paling mudah dan efisien untuk mengadu terus segala masalah kita yang sebesar gunung kepada Sang Pencipta.
Apabila kita bersolat, kita berhubung secara terus dengan Allah dan Allah mendengar segala perkara yang kita keluhkan. Pada ketika bersujud berdoalah bersungguh-sungguh kerana pada ketika sujudlah Allah paling hampir dengan kita.
.
Selesai solat, tarik nafas dan pejamkan mata. Kemudian berselawatlah dan beristighfar. Insya-Allah diberikan ketenangan.
5. Membaca al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, insya-Allah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
.
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghiburkan perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
6. Bersedekah
Bersedekah adalah antara cara terbaik untuk kita bermuhasabah. Bersedekah mengajar kita untuk melihat kembali orang di bawah kita.
Ketika kita sering mengeluh tertekan dengan kerja dan sering membanding-bandingkan dengan orang lain di atas kita, bersedekah ‘memaksa’ kita untuk tunduk dan melihat orang lain.
.
Ketika kita tertekan, kita masih mempunyai wang untuk makan dan menguruskan diri. Bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa meminta-minta hanya kerana untuk meneruskan kelangsungan hidup?
7. Berjalan-jalan melihat alam
Melangkahlah keluar rumah, hirup udara sedalamnya dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Anda pasti terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
Insya-Allah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaan-Nya dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa tekanan secara perlahan-lahan, jauh daripada kepala kita.
Sumber kredit: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor dan Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahya via Harian Metro
Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi,21, telah membanggakan negara Malaysia apabila dianugerahkan pencapaian tertinggi dalam peperiksaan program perakaunan profesional sesi Jun 2021.
Merupakan pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hannah dinobatkan anugerah bagi dua kertas diambilnya iaitu ‘Financial Management’ (FM) dan ‘Strategic Business Reporting’ (SBR).
Menurut kenyataan daripada UiTM, Hannah berjaya mendapat tempat pertama dalam negara dan dunia bagi kertas FM manakala bagi kertas SBR, anak kelahiran Selangor itu dinobatkan tempat pertama dalam negara dan tempat kedua di dunia.
“Beliau yang bercita-cita untuk menjadi akauntan bertauliah berasa sangat bersyukur atas sokongan padu yang berterusan daripada ibu bapa, guru dan pensyarah. Ini menguatkan lagi semangat beliau walaupun berdepan cabaran sepanjang proses pembelajaran atas talian.
“Ujarnya, disiplin diri serta kekuatan mental adalah cabaran terbesar yang dihadapi sepanjang pembelajaran atas talian selain pengurusan masa yang baik adalah perlu dalam memastikan supaya sesi ulangkaji dapat diatur tanpa mengorbankan waktu untuk diri dan keluarga,” jelas kenyataan itu.
Antara rahsia kejayaan Hannah adalah selalu konsisten mengadakan perbincangan bersama pensyarah dan rakan sekelas bagi memahami subjek yang dipelajari.
“Tempoh pengajian yang singkat serta prospek kerjaya sebagai akauntan bertauliah membuatkan Hannah semakin yakin dengan pilihannya untuk menyambung pengajian di UiTM dan difahamkan, beliau masih mempunyai tiga lagi kertas sebelum menamatkan pengajian dan mendapat kelayakan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA),” kata kenyataan itu.
Kulit yang bersih, cerah, flawless, dan sehat tentu idaman kebanyakkan wanita. Maka untuk memilikinya, sering kita disyorkan pelbagai cara yang dipercayai mampu memberikan kesan serta hasil terbaik bagi kulit kita.
Tapi disebalik lambakkan tip-tip kecantikan yang boleh diperolehi secara atas talian ini. Bukan semuanya kita boleh percaya tau sis! Ada beberapa tip mungkin sekadar mitos dan hanya memberikan kesan buruk serta kerosakkan kepada kulit jika diamalkan.
Jom ambil tahu apa dia mitos-mitos kecantikkan itu! Elakkan diri dari terpedaya kerana buruk padahnya kelak. Di sini Hijabista senaraikan 6 diantaranya.
6 Mitos Kecantikkan Yang Perlu Dihindarkan!
Mitos 1: Tidak mencuci wajah punca muka ditumbuhi jerawat.
Fakta: Sebenarnya mencuci wajah langsung tiada kena mengena dengan punca atau penyebab munculnya jerawat pada wajah. Ini kerana, jerawat hadir akibat kulit yang mengeluarkan minyak yang berlebihan sehingga menyumbat liang pori pada wajah. Apabila pori-pori tersumbat ia menjadi tempat pengumpulan bakteria hingga terhasilnya jerawat.
Mitos 2: Produk alami dan semulajadi lebih selamat digunakan.
Fakta: Meskipun kita selalu di ‘momokkan’ dengan dakyah bahawa produk yang dioerbuat atau mengandungi bahan semulajadi, pastinya selamat digunakan dan tidak akan mendatangkan kemudharatan kepada kulit. Tapi, ia tidak benar-benar selamat untuk semua orang tau! Terutamnya jika hijabi mempunyai masalah alergik terhadap sesetengah bahan semulajadi contohnya seperti alergik terhadap debunga, alergik terhadap buah-buahan dan bermacam lagi. Jadi bukan semua produk sumber alam itu selamat dan tidak mengandungi racun.
Mitos 3: Krim mata tidak memberikan sebarang kesan kepada ‘Panda Eye’
Fakta: Krim mata merupakan produk kecantikan paling tidak berkesan dan bermanfaat? Ini ternyata salah dan mitos. Mustahil produk krim mata langsung tidak membantu anda menyelesaikan masalah pada area mata. Ini kerana kebanyakkan krim mata sememangnya di formulasi untuk memberikan banyak manfaat dan mengatasi masalah seperti mengurangkan kedutan, masalah kantung mata, dark circle, eyebag serta fineline dan garis-garis halus pada kawasan mata.
Mitos 4: Tidak perlu gunakan produk yang mengandungi retinol sebelum cecah usia 50 tahun.
Fakta: Jika anda merupakan seorang yang mahukan kecantikan kulit kekal terjaga dan awet muda meski ketika usia sudah menjangkau 50-an, Hijabista menyarankan agar anda menggunakan produk yang mengandungi retinol di pertengahan usia 20-an untuk mencegah terjadinya kerosakkan pada kulit wajah. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati!
Mitos 5: Sunscreen hanya perlu dipakai ketika cuaca panas terik
Fakta: Sinar Ultra Violet (UV) yang dipancarkan menerusi cahaya matahari walaupun tidak terik tetap boleh menembus lapisan kulit dan membuat kerosakkan pada tekstur kulit anda. Jadi, tidak kira samada hijabi mempunyai aktiviti di luar ataupun di dalam pejabat pastikan anda selalu menggunakan sunscreen tau! Untuk selalu melindungi kesihatan kulit anda.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.