Jerawat, jeragat serta bintik hitam pada kulit wajah menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik. Situasi ini tentunya menjadikan wanita berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jeragat terjadi apabila anda terlalu lama atau kerap membiarkan kulit dimamah pancaran sinar matahari. Tanpa mengenakan sebarang krim perlindungan, kesan pancaran ultra ungu akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan ia mengambil masa untuk dirawat.
Manakala jerawat pula adalah disebabkan beberapa faktor antaranya tersalah menggunakan produk perawatan wajah, stres, pemakanan dan sebagainya. Selain kos yang semakin bertambah, wajah berjerawat dan berjeragat kurang menyerlah walaupun selepas memakai alat solek.
Maka sebab itulah anda perlu melakukan detoks kulit wajah. Caranya mudah sahaja dan boleh dilakukan sendiri di rumah. Hanya dengan menggunakan dua bahan iaitu lemon dan air panas, hasilnya kulit bersih tanpa jerawat dan jeragat.
Ads
Amalkan detoks kulit wajah untuk mematikan dan mengeluarkan kotoran dari liang roma. Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat tidak kiralah jerawat batu, jerawat pasir atau apa-apa sahaja jenis jerawat, semuanya sesuai. Hasilnya kulit wajah kembali licin.
Hanya perlukan dua bahan sahaja. Air panas dan lemon. Lakukan dua minggu sekali atau bergantung kepada masalah jerawat dan jeragat yang anda alami.
Ads
Photo by Julia Zolotova on UnsplashPhoto by Karolina Grabowska from PexelsPhoto by Karolina Grabowska from Pexels
Selepas detoks, ambil kiub ais dan tonyoh pada kulit wajah. Buat seccara perlahan-lahan. Ais berfungsi untuk menutup kembali liang-liang roma yang terbuka semasa proses wap dilakukan.
Hanya perlu konsisten sahaja. Selepas itu boleh tengok hasil kulit anda yang semakin halus, lemmbut dan berseri. Tiada lagi jerawat dan jeragat. Paling penting anda perlulah rajin melakukan amalan ini, barulah ia memberikan hasil seperti yang diinginkan.
Ads
HIJABISTA: Rutin penjagaan wajah memerlukan proses eksfoliasi agar sel-sel kulit mati dapat disingkirkan selain merangsang sel-sel baru di bawah kulit. Eksfoliasi juga dipercayai sebagai kunci untuk memperoleh kulit yang lembut, tegang dan awet muda.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bercerita mengenai sambutan Syawal tahun ini, pastinya setiap orang memiliki kisah tersendiri tentang persiapan raya yang sudah lama tidak disambut meriah. Pengacara yang semakin dikenali ramai, Farahanim Razak berkongsi cerita mengenai kemeriahan raya yang disambut bersama keluarga tercinta, eksklusif dalam The Hijabista Show.
Menurut Farahanim, sambutan raya kali ini bersifat sederhana dan lebih menumpukan kepada anak-anaknya serta suami.
“Bila usia semakin meningkat, saya lebihkan kepada anak-anak untuk beri mereka rasa seronok menyambut Aidilfitri. Persiapannya raya kali ini saya utamakan suami dan anak-anak terlebih dahulu,” ujarnya.
Tambahnya lagi, apabila memiliki anak kembar, Amina Raissa dan Amira Raissa, dia mahukan pemilihan busana rayanya sama konsep dengan anak-anaknya itu untuk lebih kelihatan meriah dan ceria. Biarpun kedua-dua anaknya itu memiliki personaliti yang berbeza, namun untuk busana raya, dia lebih suka untuk memilih konsep dan gaya yang sama.
“Bila memiliki anak kembar, saya lebih suka untuk memilih padanan busana raya yang sama konsep dengan saya. Kalau baju saya bersulam, jadi anak-anak pun bersulam bajunya.
Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk memilih baju rayanya dan anak-anak. Apa yang saya pilih, dia akan pakai sahaja. Jadi lebih mudah.
Selalunya persiapan baju raya akan dilakukan lebih awal supaya kami sekeluarga boleh memberi fokus pada bulan Ramadan yang banyak kebaikannya,” ulasnya lanjut.
Bergaya over ketika beraya?
Berbicara mengenai gaya sakan ketika beraya, Farahanim menyatakan bahawa ia terpulang kepada individu tersebut. Jika berkemampuan untuk meraikan hari raya serba mewah dan meriah, itu pilihan mereka sendiri.
“Bersederhana ataupun over apabila beraya, itu semua bergantung kepada diri sendiri. Jika ingin cantik dan nampak menawan di hari raya, tidak salah untuk berbelanja tapi biarlah berpada-pada.
Apa yang penting, kita bergaya untuk diri sendiri, dan bukan untuk orang lain,” komen Farahanim.
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Selain body lotion atau body butter, produk perawatan kulit yang digemari oleh sebahagian orang adalah petrolleum jelly. Seperti Petroleum jelly yang mempunyai banyak kegunaan untuk semua bahagian tubuh.
Kalau biasanya anda hanya menggunakan produk ini hanya untuk melembapkan bibir, semak dulu 25 manfaat Petroleum jelly yang jarang anda ketahui di bawah ini.
Kulit cantik bersinar memang menjadi impian buat hijabi. Tapi beberapa masalah kulit seringkali mengganggu penampilan anda. Mungkin dengan petroleum jelly mampu menjaga kecantikan kulit anda. Mulai dari memberikan efek eyeshadow lebih tahan lama sehingga melembutkan kutikula kuku, beberapa manfaat petroleum jelly yang umum hingga yang jarang diketahui diulas secara lengkap di bawah ini.
Petroleum jelly mempunyai tekstur seperti balm dengan warna transparan. Ketika disapukan atau diaplikasikan pada kulit, teksturnya akan meleleh dan melembapkan. Tidak hanya pada kulit, malah boleh diaplikasikan produk ini pada bibir yang kering.
Produk ini dituntut dapat mengatasi dan mencegah bibir yang terasa kering sekaligus merekah. Sapukan sebelum tidur, ketika bibir terasa kering, dan sebelum mengaplikasikan lipstik.
Bukan hanya mampu membuat bibir jadi lebih lembap, anda juga boleh menggunakannya dengan cara lain seperti membuat skrub. Skrub bermanfaat untuk menyahkan sel kulit mati.
Caranya, ambil petroleum jelly secukupnya lalu campurkan dengan gula atau garam laut. Aplikasikan pada bibir atau bahagian tubuh lain yang kelihatan kusam sehingga kulit mati mengelupas.
Ada kalanya, kulit terasa lebih kering dari biasa. Apalagi kalau anda jarang merawat kulit dan selalu terpapar pada penghawa dingin. Tidak ada salahnya untuk mengaplikasikan petroleum jelly kerana dituntut dapat menjaga kelembapan kulit. Selain itu, produk ini juga mampu untuk melindungi dan membantu memperbaiki jenis kulit kering.
Jerawat yang timbul pada kulit biasanya disebabkan oleh bakteria yang melekat pada pori-pori, sehingga membuat kulit mengalami keradangan. Atasi dengan petroleum jelly.
Sapukan petroleum jelly pada bahagian jerawat yang sedang kelihatan matang, sebelum memakai mekap. Jerawat akan terlindung dari bakteria yang menempel sehingga tidak bertambah radangan pada jerawat.
Selain menjaga dan melembapkan kulit yang kering, ada bahagian tubuh lain yang boleh anda sapukan petroleum jelly. Seperti bahagian siku serta kuku yang kering dan menjadi kutikula. Cukup aplikasikan pada bahagian kuku yang terdapat kutikula agar menjadi lembut dan dapat dibersihkan. Selain itu, kuku juga kelihatan berkilau dari biasa.
Gunakan petroleum jelly sebagai bantuan kecemasan sekiranya anda tidak membawa micellar water atau makeup remover. Petroleum jelly dapat membersihkan wajah dari mekap. Tidak hanya membersihkan, kulit wajah jadi lebih lembap.
Petroleum jelly bukan hanya mampu untuk membuat kulit jadi lebih lembap, malah coba adalah produk dapat meredakan kulit yang kering serta iritasi. Kandungannya juga dapat menenangkan kulit yang kemerahan.
Kulit yang terasa kering dan gatal malah kulit digigit oleh serangga sehingga menyebabkan rasa gatal dan juga iritasi. Jangan dibiarkan begitu saja, anda boleh aplikasikan petroleum jelly untuk mengurangkan rasa gatal.
Tidak terbiasa merawat kulit tubuh sehingga kulit menjadi kering. Perkara ini menyebabkan kulit lebih mudah mengelupas. Selain itu, kulit yang terlalu kering akan mudah melecet. Oleskan petroleum jelly untuk mengurangkan risiko kulit kering yang melecet.
Selain itu, anda juga boleh mengoleskan produk ini pada bekas luka yang sulit hilang. Penggunaan rutin dituntut dapat memudarkan bekas luka.
Sebelum menyapukan petroleum jelly, pastikan kulit kering setelah luka dibersihkan. Kedua, pastikan pendarahan sudah tidak terlalu banyak atau sudah berhenti. Cara ini akan membantu mengurangi risiko pendarahan setelah luka mulai mengering. Jika kulit anda sangat sensitif, segera berjumpa dengan doktor.
Anda termasuk hijabi yang tidak suka menggunakan pensil alis? Kalau ingin alis tetap kelihatan rapi, anda juga boleh menngunakan petroleum jelly. Apalagi bagi anda yang mempunyai jenis bulu alis yang lebat dan susah diatur. Aplikasikan pada sikat alis atau berus khusus alis, lalu sisir alis ke arah luar.
Agar bulu mata menjadi lebih lebat dan lentik, anda boleh mengaplikasikan serum khusus. Selain itu, gunakan petroleum jelly. Cukup dengan rutin mengoleskan pada setiap helaian bulu secara merata sebelum tidur.
Rambut kering atau penggunaan pemanas boleh membuat rambut menjadi bercabang. Hal ini boleh merosakkan keseluruhan rambut kerana rambut sulit untuk tumbuh kembali. Untuk menghindari hal ini, anda boleh cuba menggunakan petroleum jelly.
Pastikan menggunakannya di bahagian ujung rambut sahaja dan tidak disarankan menggunakan banyak petroleum jelly. Penggunaan di dekat akar rambut atau kulit kepala akan membuat rambutmu semakin kering.
Petroleum jelly juga boleh anda gunakan untuk mengatasi blackhead atau jeragat. Sapukan petroleum jelly di sekitar area hidung yang timbul blackhead. Lalu, tutup hidung dengan plastik wrap dan tuala. Tunggu sampai 15 minit, kemudian buka plastik dan gunakan tuala untuk menghilangkan petroleum jelly. Tekan blakhead agar keluar dengan jari yang sudah dilapisi dengan tisu.
Rasa percaya diri juga boleh menurun kerana wangian tubuh yang menghilang walaupun anda sudah menggunakan parfum atau body mist. Untuk mengatasinya, anda juga boleh mengaplikasikan terlebih dahulu di bahagian tubuh. Seperti pergelangan tangan atau leher. Lalu, anda hanya perlu menyemburkan parfum dan body mist agar wangian lebih tahan lama.
Kalau anda jarang merawat kulit tubuh, tidak hanya bahagian tangan saja yang akan menjadi kering. Tetapi juga bahagian kulit dan juga telapak kaki. Apalagi kalau sampai telapak kaki mu sudah terlihat pecah-pecah. Setelah mandi dan sebelum tidur, aplikasikan petroleum jelly untuk mengatasi masalah tersebut. Lakukan secara rutin agar hasilnya maksima.
Lupa membawa foundation atau concealer, tetapi ingin mengaplikasikan eyeshadow agar mata kelihatan lebih segar? Jadikan petroleum jelly sebagai asas sebelum mengoles eyeshadow. Setelah diaplikasikan pada kelopak, tunggu beberapa ketika hingga menyerap dan kering. Lalu layangkan warna eyeshadow kegemaran.
Stretch marks yang timbul pada kulit biasanya terbentuk garis putih atau terkadang berwarna merah. Tidak hanya pada perempuan yang sedang hamil, stretch marks biasanya timbul pada kulit ketika berat badan bertambah. Anda boleh melakukan perawatan khusus seperti mengaplikasikan petroleum jelly pada bahagian tubuh yang timbul stretch marks.
Seperti yang sudah dijelaskan di atas, kulit yang tidak terjaga kelembapannya boleh membuat kering. Sedangkan kulit yang kering boleh membuat penampilan wajah serta tubuh kelihatan lebih tua. Untuk mencegah penuaan pramatang dan merawat lapisan kulit, anda boleh menggunakan pelembap seperti petroleum jelly.
Selain meredakan kemerahan pada kulit dengan mengaplikasikan produk dengan kandungan aloe vera, anda juga boleh mengaplikasikan petroleum jelly. Hal ini dilakukan untuk mengembalikan kelembapan dan membantu proses pemulihan.
Ketika mewarnakan rambut, pasti ada pewarna rambut yang suka melekat pada bahagian kulit kepala sekitar garis rambut dan wajah. Untuk mencegahnya, anda boleh oleskan dulu petroleum jelly di area tersebut, termasuk di area kulit sekitar bahu dan garis rambut juga di belakang telinga.
Setelah melakukan chemical peeling, past kulit akan mengalami iritasi seperti rasa perih, panas dan kemerahan. Jika cream after peeling dari doktor rasa kurang reda atau anda ingin melakukan chemical peeling sendiri di rumah. Aplikasikan petroleum jelly pada kulit wajah, ini akan membantu untuk mengurangkan iritasi kemerahan dan rasa perih juga panas pada kulit.
Sebelum mengapliksikan pengilat kuku pada kuku, anda boleh mengoleskan dulu petroleum jelly pada kulit di sekitaran kuku. Dengan cara itu, pengilat kuku yang keluar dari area kuku tidak akan melekat pada kulit, malah mudah dihapus sehingga tidak bercelaru.
Campurkan gula pasir, dengan petroleum jelly untuk membuat campuran scrub. Campur hinggga cukup kental tapi tetap boleh disapukan dengan mudah. Anda boleh gunakan untuk scrub wajah, bibir atau pun tubuh. Namun untuk yang kulit wajah sensitif terhadap gesekan, butiran gula boleh jadi membuat kulitmu iritasi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.