Semalam seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan tragedi ngeri melibatkan nahas sebuah pesawat ringan, membawa lapan orang penumpang yang terhempas di atas jalanraya Elimina, Shah Alam Selangor.
Lebih meruntun jiwa apabila kesemua penumpang termasuk juruterbang dan dua kru dilaporkan menemui ajal bersama dua lagi orang awam yang secara kebetulan berada di lokasi sama ketika kejadian malang itu berlaku.
Namun, apa yang membuatkan musibah ini menjadi lebih buruk apabila terdapat beberapa individu tidak bertanggungjawab yang tidak berperikemanusiaan yang sewenang-wenangnya merakam suasana selepas kejadian memamaparkan mayat bergelimpangan dan terbakar serta menyebarkanya.
Hanya demi secebis penonton dan viral. Konon mahu menjadi yang terpantas melaporkan kejadian.
Dr. Zulkifli Jelaskan Hukum Menyebarkan video Mangsa Nahas Terkorban
Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya. Sabda Nabi S.A.W:
كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ
Maksudnya: “Hak setiap Muslim ke atas muslim… https://t.co/vU05YPGI85
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 17, 2023
Ads
Tindakan ini jelas bertentangan serta bercanggah dengan apa yang digariskan oleh Islam. Tampil menjelaskan hal ini, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu ciapan di laman X miliknya berkata, haram bagi individu lain menyebarkan sebarang bentuk visual berkaitan mangsa tragedi pesawat ringan itu.
“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam trageditersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” tulis Zulkifli.
Bagi mengukuhkan penjelasannya, Zulkifli turut berkongsi satu potong hadis dimana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:
“Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564).
Ads
Untuk rekod, nahas pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, semalam adalah yang kedua berlaku di kawasan itu, dengan yang pertama pada 27 September 1977 yang mengorbankan 34 orang di dalam tragedi Japan Airlines Flight 715.
Sebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat.
Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?
Perkhimatan penghantaran makanan sudah menjadi satu keperluan dalam masyarakat hari ini kerana dengan hanya beberapa sentuhan di telefon, makanan sudah tersedia di depan pintu.
Kini boleh dikatakan hampir kesemua rangkaian restoran terkenal, malah gerai jual burger di tepi jalan turut menggunakan perkhidmatan ini dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Bertitik-tolak daripada itu, dua anak muda tempatan iaitu Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman dan selebriti, Fikry Ibrahim tampil dengan idea serupa menerusi perkhidmatan penghantaran makanan terbaharu Go Eat.
Khairil memberitahu Go Eat adalah jenama pertama dari Malaysia malah keseluruhan kaki tangannya juga menggunakan kemahiran rakyat negara ini.
“Seperti kita ketahui beberapa perkhidmatan serupa adalah jenama dari luar negara jadi saya terfikir mengapa tidak kita tampil dengan sebuah jenama tempatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
“Alhamdulillah kita bangunkan aplikasi Go Eat sejak 2016 menggunakan pasukan pembangunan, peranti, aplikasi dan sebagainya semua rakyat Malaysia yang buat dan Insya Allah perkhidmatan kita akan telah secara rasmi bermula Januari ini,” katanya ketika sidang pelancaran.
Go Eat merupakan sebuah aplikasi digital keluaran sulung oleh syarikat bumiputera Malaysia, Go Eat Sdn Bhd (1326623-X). Aplikasi ini mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan diterajui oleh Dato’ Khairil Muzamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pada Sabtu, 18 Januari 2020, aplikasi ini telah siap 100% dan dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang bersama 200 tetamu jemputan dari seluruh negara.
Bukan mudah memulakan hidup sebagai ibu tunggal, bagi mereka yang menjadi ibu tunggal semasa usia muda dan mak cik- makcik yang gemar masak tetapi tidak tahu saluran untuk menjualnya. Go Eat adalah hub sesuai untuk mereka memulakan perniagaan dan berkongsi rasa ‘home cook’ seperti menikamti makanan ibu sendiri.
Bercakap mengenai kelainan Go Eat berbanding perkhidmatan lain sedia ada, Fikry yang juga selaku pengasas bersama memberitahu pihaknya turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan ‘home cook’.
Fikry memberitahu, idea itu dilihat mampu berjaya memandangkan di Malaysia sendiri terdapat ribuan peniaga persendirian atau kecil-kecilan yang mempunyai pelbagai produk berkualiti namun kekurangan ruang untuk mempromosikan produk keluaran mereka.
“Setiap kali saya pulang ke kampung, ada beberapa peniaga depan rumah saya masih di situ dan tidak berkembang kerana tiada platform.
“Jadi saya terfikir alangkah bagusnya jika ada satu platform yang boleh membantu peniaga-peniaga kecil ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.
“Salah satu caranya adalah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dan kami tambahkan dalam perkhidmatan kami,” katanya.
Aplikasi digital Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia. Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia.
Aplikasi ini juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan dalam sektor logistik, makanan dan minuman serta perniagaan dari rumah iaitu “home-cook”. Tidak hanya terhenti di situ kata Khairil, menerusi cara itu, pihaknya dapat membuka peluang pekerjaan bukan sahaja kepada penghantar makanan tetapi peniaga-peniaga kecil ini.
“Bayangkan berapa ramai ibu tunggal atau suri rumah yang berniaga secara dalam talian atau membuka gerai boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini?
“Pada akhirnya kita berbalik kepada tujuan kami mahu menyediakan perkhidmatan ini iaitu dari rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.
Idea itu kata Khairil mula menampakkan hasilnya apabila sehingga kini hampir 8,000 peniaga ‘home cook’ sudah mendaftar dengan mereka ketika belum dilancarkan secara rasmi, lebih 3,400 penghantar.
Bagaimanapun kata Khairil, bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan terjamin, pihaknya akan membuat tapisan kepada permohonan peniaga sebelum boleh berdaftar sebagai vendor dalam Go Eat.
“Alhamdulillah walaupun belum dilancarkan secara rasmi namun sambutan luar biasa daripada peniaga dan penghantar makanan yang memohon untuk berdaftar di bawah Go Eat sangat luar biasa.
“Insya Allah perancangan kami selepas ini adalah untuk membawa jenama ini ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Australia dan Vietnam.
“Jika Indonesia boleh berbangga dengan Gojek, menjadi harapan kami agar selepas ini rakyat Malaysia dapat mengagumi Go Eat,” katanya.
Aplikasi Go Eat boleh di muat-turun di kedua-dua platform iaitu Android Playstore dan IOS Appstore bermula 18 Januari 2020. Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat itu sendiri, terdapat beberapa plan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat.
Hadir ke pasaran digital bersama slogan “Lets Go Eat”, aplikasi ini dilihat mampu mencabar kedudukan aplikasi digital yang sedia ada. Terima kasih kepada pihak media khususnya dalam memberi liputan dan ruang bicara yang positif terhadap Go Eat. Produk Malaysia untuk orang Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kedua ibu bapa kita adalah insan paling mulia dan perlu dijaga sepenuh hati sementara mereka masih hidup. Ketepikan seketika soal dunia atau uruskan kerja dan berilah tumpuan pada kedua-duanya jika berada dalam keuzuran. Bagi selebriti Norzizi Zulkifli, dia terkilan dengan sikap adik beradik seorang rakannya yang mana beban menjaga ibu mereka yang sakit diletakkan di bahunya.
Tadi Mendengar cerita seorang sahabat bagaimana adik beradiknya meletakkan semua beban di bahu beliau seorang utk menguruskan seorang ibu tua, sakit malahan rumah serta apa sahaja berkenaaan ibunya di bahu seorang sahaja anaknya. Mrk ramai beradik tapi smuanya nk diletakkan di bahu adik bongsunya. Kakak2 dan abang2 kadang lepas tangan sedangkan bkemampuan baik fizikal mahupun harta benda.
Ia menyebabkan sy terkenang kami adik beradik. Sy 5 beradik, Tapi seorang kerja jauh makanya kami berempatlah yg menguruskan sepenuhnya penjagaan kedua ibu bapa kami yang keduanya bergantung kpd kami.
Tiada maid yg kami gajikan. Pejam celik January genaplah masuk tahun ke 3 keuzuran kedua org tua kami. Sebagai kakak sulung, saya ingin memuji dan mengucapkan terima kasih kepada adik2 saya krn sesungguhnya tanpa sokongan padu dan kerjasama baik dr mereka mahupun dari suami2 mereka yg sy sedar mrk berkorban hidup demi menjaga papa mama.
Bila mrk smua decided utk berkampung di rumah saya yg jauh dr kehidupan kami dlu di belah ampang, meninggalkan masa2 melepak dgn kawan, malahan ada yg mula kehilngan kawan krn kami sentiasa ada shift utk jaga parents yet, adik2 masih terus sustain utk jaga papa mama.
Spjg ini macam2 shift yg kami dah lalui! Hahahhaha system demi system yg di tadbir oleh adik2 saya, baik dr shift di rumah, mahupun bila papa/mama masuk hospital semua orang ada shift menjaganya! Kini shift baru pula, dua jaga on weekdays, dan weekend saya dgn adik saya sorg lagi pula.
So masing2 kadang stuck juga dgn tanggungjawab ini, yg mana malam ada yg tak leh keluar sebab tak de sapa di umah, or weekend tak leh keluar sebab ada shift di umah. Sy bersyukur dlm stuck ini kita masih dpt nikmatnya dan kebahagiaan pun Allah bagi. Mungkin kita tak nampk besar tetapi sebenarnya besar.
Nak membalasa jasa ibu bapa itu pada saya mmg sgt impossible, terlalu besar nak di balas, tetapi i should thank all of you very very much that we have each other to lean against each other terutama dlm masa2 begini. Kalu mengenang cerita sahabatku tadi, sesungguhnya aku bsyukur ada kalian… @zazazulkafli @zilazulkifli @zazleenzulkafli @zabaiqzulkafli terima kasih adik2 atas korban kalian
Norzizi baru sahaja memperoleh PHD setelah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari Universiti Wollongong, Australia. Walaupun ketika itu sedang menyiapkan tesisnya dan dalam masa sama terpaksa berdepan dugaan menjaga bapanya yang diserang strok sejak tahun 2016 lagi.
Ramai netizen yang tersentuh dengan kesungguhan Norzizi untuk menghabiskan pengajiannya walaupun perlu menjaga bapanya yang sedang sakit. Hujung bulan lalu, Norzizi juga selamat melahirkan anak keempatnya, seorang bayi perempuan dalam usia menjangkau 42 tahun.
Nama penyanyi jelita bersuara lunak, Farahdhiya mula meningkat naik dan dikenali dalam arena muzik tanah air apabila dia mula meraih kejayaan komersial pada tahun 2004 menerusi single sulungnya yang berjudul ‘Bertakhta Di Hati’.
Selain menguruskan karier sebagai anak seni, Farahdhiya juga sering berkongsi aktiviti dan juadah masakan di laman sosial miliknya.
Farahdhiya sebelum ini ketika ditemui team HIJABISTA memaklumkan, “Antara benda yang buat saya sangat happy dalam hidup ialah bila dapat pergi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang.”
Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.
Malah, Faradhiya dilihat semakin rancak di dapur, terutamanya bila menjelang bulan mulia bagi seluruh umat Islam, iai tu bulan Ramadhan, kerana pada bulan penuh keberkatan ini merupakan masa terbaik untuk menjamu selera keluarga tersayang.
Terdahulu, video juadah berbuka puasanya yang pernah dimuatnaik oleh Faradhiya telah meraih puluhan ribu tontonan. Lebih menarik lagi apabila ia turut mendapat reaksi daripada ‘otai’ masakan, Sheila Rusly.
Selain itu, Farahdhiya dilihat tidak hanya hebat menyediakan juadah lauk pauk, malah dia juga mempunyai kebolehan untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut dan air!
“Gulai ayam dan telur rebus, sayur bendi pecah telur, ikan masin dengan timun dan sambal belacan, lepat pisang, greek yogurt, chia seeds dan air cincau. Done dan alhamdulillah fortoday.”
Kongsinya, “Kita share sekurang-kurangnya dapat idea apa nak masak esokkan? Bukan ibu-ibu je yang memasak ye, yang single tak kahwin lagi ni pun masak hari-hari juga. Banyak hari lagi ni nak memasak.
Kuih ketayap, ikan keli berlado, lemak putih pumpkin suun fucuk pecah telur, telur dadar (lauk wajib abang saya), buah sedikit dengan air sirap limau biji selasih.
Kecur tengok air tangan Farahdhiya! Pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini bukan saja cantik tapi rajin ke dapur. Dengan wajah kacukan ‘Mat Saleh’ yang dimiliki Farahdhiya, pasti ramai tak menyangka jelitawan ini sebenarnya amat menggemari masakan kampung.
Sekadar info, Farahdhiya merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau dilahirkan di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Farahdhiya juga mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berketurunan Inggeris dari Portsmouth, England manakala ayahnya berketurunan Melayu yang berasal dari Johor.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.