Kedua ibu bapa kita adalah insan paling mulia dan perlu dijaga sepenuh hati sementara mereka masih hidup. Ketepikan seketika soal dunia atau uruskan kerja dan berilah tumpuan pada kedua-duanya jika berada dalam keuzuran. Bagi selebriti Norzizi Zulkifli, dia terkilan dengan sikap adik beradik seorang rakannya yang mana beban menjaga ibu mereka yang sakit diletakkan di bahunya.

Tadi Mendengar cerita seorang sahabat bagaimana adik beradiknya meletakkan semua beban di bahu beliau seorang utk menguruskan seorang ibu tua, sakit malahan rumah serta apa sahaja berkenaaan ibunya di bahu seorang sahaja anaknya. Mrk ramai beradik tapi smuanya nk diletakkan di bahu adik bongsunya. Kakak2 dan abang2 kadang lepas tangan sedangkan bkemampuan baik fizikal mahupun harta benda. Ia menyebabkan sy terkenang kami adik beradik. Sy 5 beradik, Tapi seorang kerja jauh makanya kami berempatlah yg menguruskan sepenuhnya penjagaan kedua ibu bapa kami yang keduanya bergantung kpd kami. Tiada maid yg kami gajikan. Pejam celik January genaplah masuk tahun ke 3 keuzuran kedua org tua kami. Sebagai kakak sulung, saya ingin memuji dan mengucapkan terima kasih kepada adik2 saya krn sesungguhnya tanpa sokongan padu dan kerjasama baik dr mereka mahupun dari suami2 mereka yg sy sedar mrk berkorban hidup demi menjaga papa mama. Bila mrk smua decided utk berkampung di rumah saya yg jauh dr kehidupan kami dlu di belah ampang, meninggalkan masa2 melepak dgn kawan, malahan ada yg mula kehilngan kawan krn kami sentiasa ada shift utk jaga parents yet, adik2 masih terus sustain utk jaga papa mama. Spjg ini macam2 shift yg kami dah lalui! Hahahhaha system demi system yg di tadbir oleh adik2 saya, baik dr shift di rumah, mahupun bila papa/mama masuk hospital semua orang ada shift menjaganya! Kini shift baru pula, dua jaga on weekdays, dan weekend saya dgn adik saya sorg lagi pula. So masing2 kadang stuck juga dgn tanggungjawab ini, yg mana malam ada yg tak leh keluar sebab tak de sapa di umah, or weekend tak leh keluar sebab ada shift di umah. Sy bersyukur dlm stuck ini kita masih dpt nikmatnya dan kebahagiaan pun Allah bagi. Mungkin kita tak nampk besar tetapi sebenarnya besar. Nak membalasa jasa ibu bapa itu pada saya mmg sgt impossible, terlalu besar nak di balas, tetapi i should thank all of you very very much that we have each other to lean against each other terutama dlm masa2 begini. Kalu mengenang cerita sahabatku tadi, sesungguhnya aku bsyukur ada kalian… @zazazulkafli @zilazulkifli @zazleenzulkafli @zabaiqzulkafli terima kasih adik2 atas korban kalian ???

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Tadi Mendengar cerita seorang sahabat bagaimana adik beradiknya meletakkan semua beban di bahu beliau seorang utk menguruskan seorang ibu tua, sakit malahan rumah serta apa sahaja berkenaaan ibunya di bahu seorang sahaja anaknya. Mrk ramai beradik tapi smuanya nk diletakkan di bahu adik bongsunya. Kakak2 dan abang2 kadang lepas tangan sedangkan bkemampuan baik fizikal mahupun harta benda.

Terus Norzizi terkenang bagaimana pengorbanan dia dan adik beradiknya menjaga kedua bapa mereka yang keuzuran sepanjang tempoh 3 tahun ini. Mereka adik-beradik sama-sama memikut tanggungjawab menjaga keperluan ibu bapa yang juga pelakon terkenal, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar.

Ia menyebabkan sy terkenang kami adik beradik. Sy 5 beradik, Tapi seorang kerja jauh makanya kami berempatlah yg menguruskan sepenuhnya penjagaan kedua ibu bapa kami yang keduanya bergantung kpd kami.

Menurut diam tak diam sudah masuk tahun ketiga mereka menguruskan keuzuran orang tuanya tanpa bantuan orang gaji. Dia sebagai kakak sulung memuji dengan sokongan padu dserta kerjasama keluarga mereka untuk sama-sama menghadapi dugaan berkenaan.

Tiada maid yg kami gajikan. Pejam celik January genaplah masuk tahun ke 3 keuzuran kedua org tua kami. Sebagai kakak sulung, saya ingin memuji dan mengucapkan terima kasih kepada adik2 saya krn sesungguhnya tanpa sokongan padu dan kerjasama baik dr mereka mahupun dari suami2 mereka yg sy sedar mrk berkorban hidup demi menjaga papa mama.

IKLAN

Malah adik-beradiknya tidak keberatan juga untuk sama-sama berkampung di rumahnya yang agak jauh berbanding ketika duduk di Ampang. Bukan itu sahaja, adik beradiknya turut meninggalkan masa untuk melepak, malah ada juga yang telah kehilangan kawan-kawan. Ini kerana mereka adik-beradik menggunakan sistem shift atau gilir dalam menjaga kedua orang tua mereka.

Bila mrk smua decided utk berkampung di rumah saya yg jauh dr kehidupan kami dlu di belah ampang, meninggalkan masa2 melepak dgn kawan, malahan ada yg mula kehilngan kawan krn kami sentiasa ada shift utk jaga parents yet, adik2 masih terus sustain utk jaga papa mama.

Spjg ini macam2 shift yg kami dah lalui! Hahahhaha system demi system yg di tadbir oleh adik2 saya, baik dr shift di rumah, mahupun bila papa/mama masuk hospital semua orang ada shift menjaganya! Kini shift baru pula, dua jaga on weekdays, dan weekend saya dgn adik saya sorg lagi pula.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan, tetapi dia bersyukur kerana mereka adik-beradik masih dapat merasai nikmat dan kebahagiaan yang diberikan oleh Allah. Masih berpeluang untuk menjaga kedua orang tua mereka yang dalam keuzuran.

IKLAN

Tidak terbalas jasa mereka jika dibandingkan dengan segala pengorbanan yang telah mereka berdua curahkan sepanjang mereka adik beradik ketika kecil dulu. Zizi tidak lupa mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada empat orang adik-beradiknya yang sanggup bersusah senang bersama dalam menghadapi situasi begini.

So masing2 kadang stuck juga dgn tanggungjawab ini, yg mana malam ada yg tak leh keluar sebab tak de sapa di umah, or weekend tak leh keluar sebab ada shift di umah. Sy bersyukur dlm stuck ini kita masih dpt nikmatnya dan kebahagiaan pun Allah bagi. Mungkin kita tak nampk besar tetapi sebenarnya besar.

Nak membalasa jasa ibu bapa itu pada saya mmg sgt impossible, terlalu besar nak di balas, tetapi i should thank all of you very very much that we have each other to lean against each other terutama dlm masa2 begini. Kalu mengenang cerita sahabatku tadi, sesungguhnya aku bsyukur ada kalian… @zazazulkafli @zilazulkifli @zazleenzulkafli @zabaiqzulkafli terima kasih adik2 atas korban kalian

IKLAN

Norzizi baru sahaja memperoleh PHD setelah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari Universiti Wollongong, Australia. Walaupun ketika itu sedang menyiapkan tesisnya dan dalam masa sama terpaksa berdepan dugaan menjaga bapanya yang diserang strok sejak tahun 2016 lagi.

Ramai netizen yang tersentuh dengan kesungguhan Norzizi untuk menghabiskan pengajiannya walaupun perlu menjaga bapanya yang sedang sakit. Hujung bulan lalu, Norzizi juga selamat melahirkan anak keempatnya, seorang bayi perempuan dalam usia menjangkau 42 tahun.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORZIZI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI