Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Oleh itu rakyat diseru untuk #stayathome dalam usaha untuk memutuskan penularan wabak #Covid19.
Namun masih ada yang masih degil sedangkan hakikatnya ini adalah usaha untuk kita semua ‘melawan’ wabak ini. Dalam masa yang sama kita jangan putus berdoa kepada Allah agar #Covid19 ini segera berakhir.
Baca perkongsian PU Azman tentang #StayAtHome
عن عائشة أم المؤمنين أنَّها سَأَلَتْ رَسولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الطّاعُونِ، فأخْبَرَها نَبِيُّ اللَّهِ ﷺ: أنَّه كانَ عَذابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ على مَن يَشاءُ، فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فليسَ مِن عَبْدٍ يَقَعُ الطّاعُونُ، فَيَمْكُثُ في بَلَدِهِ صابِرًا، يَعْلَمُ أنَّه لَنْ يُصِيبَهُ إلّا ما كَتَبَ اللَّهُ له، إلّا كانَ له مِثْلُ أجْرِ الشَّهِيدِ.
Maksud :Daripada Aishah, “Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang wabak taun. Baginda ﷺ jawab itu adalah AZAB yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah jadikan penyakit itu sebagai RAHMAT kepada orang-orang beriman. Tiada sesiapa yang ditimpa taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala Syahid”. (Sohih Bukhari).
Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.
Tu kena tepuk dada sendiri.
Ads
Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini.
Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah.
Ads
Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.
Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat.
Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat.
Di waktu Ramadhan ini, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk menghasilkan juadah berbuka yang terbaik buat ahli keluarga. Namun, kadang kala rasa ragu-ragu itu muncul jika masakan yang dimasak tidak enak pula rasanya.
Usah khuatir sis kerana hukum merasa makanan adalah boleh dan dibenarkan. Jom ikuti penjelasan daripada PU Azman ini. Lucu pun ada!
Rasa hujung sudu, bukan penuh satu senduk. . Orang yang tak masak tak payahlah rasa. Ni sampai satu rumah pulak nak tolong rasa. Nampak sangat sesuatunya. . Kesudahnya lauk abis bukan sebab berbuka, tapi sebab merasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap insan di dunia ini pasti mendambakan kebahagiaan dan mahukan kehidupan yang tenang, aman dan sentosa. Namun, kadangkala disaat leka mengatur kehidupan, barulah kita sedar bahawa kebahagiaan itu adakalanya sukar untuk dikecapi.
Sehubungan itu, penyanyi, pengacara dan usahawan jelita, Nana Mahazan telah membuat satu perkongsian dari bapanya tentang tiga cara untuk mengenggam kebahagiaan yang masih dijadikan pedoman dalam kehidupan Nana sehingga kini.
Perkara berkenaan dikongsikan Nana menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam video berkenaan Nana menjelaskan jika mahu mengecapi bahagia harus patuh kepada tiga peraturan kehidupan yang diamalkan oleh bapanya, Mahazan.
Jelasnya lagi, jika setiap individu memahami dan mampu melaksanakan tiga pedoman yang digariskan oleh bapanya ini pasti mereka dapat menjalani kehidupannya dengan tenang dan mudah.
“Ini adalah pedoman saya yang saya selalu pegang. Bapa saya selalu ingatkan saya 3 Rules in Life ni. Kalau tiga perkara ni kita tahu, kita akan lebih tenang, senang dan Insha Allah kita akan menang.
“Yang pertama, apa yang bapa saya pesan kita kena faham manusia adalah berbeza-beza. Cara pembesarannya, environment, cara kefahaman, tahap pembelajarannya berbeza.
“Bila kita faham perkara itu, kita tidak akan stress. Kita tak perlu persoalkan kenapa perlu macam tu. Kita selalu fikir orang kena sama dengan kita tapi percayalah, manusia berbeza-beza,” katanya dalam perkongsian video berkenaan.
Selain itu, bapa Nana turut berpesan supaya tidak meletakkan sebarang pengharapan kepada orang sekeliling, kerana tindakkan ini hanya akan mengundang rasa kecewa sekiranya orang sekeliling gagal memenuhi harapan dan kehendak seperti apa yang kita impikan.
“Rules yang kedua, jangan expect anything from sesiapa. Maksudnya kita kenalah buka hati dan minda kita, bersikap terbuka menerima apa yang berlaku.
“Kita punya pengharapan hanyalah kepada Allah yang satu tu betul. Tapi bila kita letak banyak pengharapan pada orang tapi orang tak deliver macam mana yang kita mahu, kita akan lebih mudah kecewa.
“So, konsep dia adalah kita kena selalulah berlapang dada, berfikiran baik, berfikiran terbuka, Insha Allah, kita akan lebih tenang, senang dan menang,” ujar Nana.
Mengulas perkara sama, Nana turut mengambil kesempatan mengingatkan peminatnya dan juga wargamaya supaya tidak mudah membandingkan kelebihan diri dengan keupayaan orang lain.
Tegasnya perkara ini hanya merundumkan keyakinan diri dan memberikan ketidakselesaan dalam menangi sesetengah perkara atau masalah.
“Point yang ketiga, jangan biarkan orang lain dictate apa yang kita rasa. Jangan biarkan orang lain tukar mood kita. Jangan biarkan orang lain pengaruhi apa yang kita rasa.
“Maksudnya kita jangan mudah memberikan diri kita dipengaruhi oleh orang lain. Contoh even yang simple kat di media sosial kita rasa macam kita kecil bila tengok perkongsian orang lain. Kita menjadi orang yang live with people validation.
Tambahnya, ketiga-tiga perkara ini jika difahami dan diteliti dengan mendalam cara perlaksanaanya, pasti seseorang itu mampu peroleh kebahagiaan di dunia dan meneruskan kehidupan dengan hati yang tenteram dan berlapang dada.
“Kalau you guys betul-betul faham, Insha Allah kita akan lebih tenang, senang dan menang (bahagia),” jelasnya.
Memang mudah sebenarnya untuk mengecapi kebahagiaan jika kita tidak terlalu memikirkan perkara-perkara berunsur negatif.
Selain, amalkan pedoman bapa Nana ni, kita juga hendaklah meminta kepada pemberi ‘bahagia’ agar melimpahi kehidupan kita dengan ketenangan dan rasa syukur terhadap semua nikmat yang telah diberikan.
Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa. Setiap kali selepas solat, berdoalah kepada Allah dengan hati yang tulus dan ikhlas. Jangan tergesa-gesa meninggalkan sejadah sebaliknya ambillah masa untuk berdoa.
Di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain sujud adalah duduk Tawaruk (Tahiyyat Akhir) sebelum beri salam. Inilah waktu yang sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk berdoa.
Ada kalangan salaf mewajibkan khusus bagi diri mereka begitu juga Tawus bin Kaisan mengarahkan pelajarnya yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.