Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa. Setiap kali selepas solat, berdoalah kepada Allah dengan hati yang tulus dan ikhlas. Jangan tergesa-gesa meninggalkan sejadah sebaliknya ambillah masa untuk berdoa.
Di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
Ads
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain sujud adalah duduk Tawaruk (Tahiyyat Akhir) sebelum beri salam. Inilah waktu yang sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk berdoa.
Ada kalangan salaf mewajibkan khusus bagi diri mereka begitu juga Tawus bin Kaisan mengarahkan pelajarnya yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Ads
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
Perubahan zaman yang semakin pantas dalam dalam apa juga dunia kerjaya menyebabkan diri kita sentiasa terdedah kepada stress. Tidak dinafikan dewasa ini ramai di kalangan hijabi yang masih muda tetapi sudah mengalami stress.Stress ini boleh meyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan hingga boleh menyebabkan munculnya beberapa penyakit. Seperti perkongsian Dr Hamid Arshat yang memberitahu di laman sosial mengenai perkara ini setelah pemerhatiannya selama bertugas sebagai doktor dan merawat pelbagai jenis penyakit.
Beliau juga turut memberitahu beberapa cara terbaik utuk tanganai stress ini. Ada 11 cara yang boleh diamalkan agar diri ini sentiasa dijauhi dengan rasa stress dan terus kekal sihat. Menurutnya walau dalam apa jua cara sekalipun kita mesti berbalik kepada Maha Pencipta kita, Allah SWT. Sentiasa mengingati-Nya dan insya-Allah gejala stress ini akan dapat dikawal.
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit2 yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ).
Saya ingin berkongsi cara2 saya tangani stress
1. TAWAKKAL. Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh.Saya tawakkal kpd Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Munkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu2 lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain2, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAF. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit2.
6. TIDAK DENDAM. Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
7. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran2 darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ2 lain akibat stress. Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur2, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
9. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terusmenerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
10. DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan2. Ulang2 untuk 5 minit. Saya lakukan bila2 masa dan dimana2 tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
11. SIMPLE LIFE TANPA BERLOMBA2. Amalkan caragaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain2. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan2 tersebut. insha’Allah,kita bolih kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan bolih terus berkhidmat kpd ugama dan bangsa. Aamin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ajal maut jodoh pertemuan semua telah ditentukan olehNya sama ada kita kahwin dengan orang muda atau pun lebih berusia mahupun ada yang bujang hingga hujung nyawa.
Persoalannya sekiranya kita tidak berjodoh di dunia adakah kita bertemu jodoh di syurga? Melalui satu entri di laman facebook Ustaz Azhar Idrus:
SOALAN :
Berkenaan kenyataan ustaz di dalam syurga tidak ada hidup membujang saya mohon ustaz sebutkan dalilnya untuk menambahkan pengetahuan saya.
JAWAPAN :
Didalam syurga disediakan segala perkara yang disuka oleh hati manusia dan dicita-citakan di dalam hidup dunia seperti tempat tinggal yang mewah dan kenderaan yang bagus dan makanan yang lazat dan termasuk juga pasangan untuk bergembira.
Maka dari kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan iaitu bersuami isteri.
Ada pun di dunia tidak semua orang yang ingin mempunyai pasangan mendapat ia akan pasangannya bahkan mati ia dalam keadaan bujang.
Ertinya: “Dan di dalam syurga itu segala yang diinginkan oleh nafsu dan perkara yang cantik dipandang segala mata dan kamu sekelian di dalam syurga itu nanti berkekalan.”(Az-Zukhruf : 71)
Di antara perkara yang sangat diinginkan oleh nafsu itu ialah mempunyai pasangan maka siapa yang mati dalam keadaan bujang akan mempunyai suami atau isteri di dalam syurga.
Ulamak telah sepakat atas sungguhnya di dalam syurga nanti tidak akan ada orang yang bujang tidak mempunyai pasangan sekalipun mungkin di dalam dunia ada orang yang tidak mahu berkahwin namun di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tidak ingin berkahwin tersebut.
Maka jika di dunia lelaki itu mati dalam keadaan bujang nanti dia akan beristeri di dalam syurga dan jika perempuan mati dalam keadaan bujang nanti dia akan bersuami di dalam syurga.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
Ertinya : “Sungguhnya orang yang awal masuk ia ke dalam syurga ialah atas rupa bulan purnama dan yang mengiringinya pula atas rupa seperti bintang yang sangat terang sinarnya di langit. Bagi setiap ahli syurga dari mereka itu dua isteri yang mana dapat dilihat dari belakang daging akan sumsum dua betisnya dan tiadalah di dalam syurga itu orang yang bujang.”
Hadith di atas telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan ada juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad dan Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Al-Awsath.
wallahua’lam
Semoga yang masih belum bertemu jodoh tidak bimbang dan gusar kerana segala perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Jangan pula kita menghina sekiranya jodoh seseorang jauh berbeza umur.
Benarlah hidayah itu milik Allah, dan akan dikurnikana kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya! Selain Hawa Rizwana Redzuan, penonton setia Buletin Utama TV3 pasti sangat mengenali penyampai berita jelita, Ezreena Amir Hamzah yang sebelum ini ‘freehair’ kini tampil di kaca televisyen dengan imej berhijab.
Menurut Ezreena, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk mengenakan hijab namun, antara faktor yang menyebabkan hatinya mula terbuka dan bertambah yakin untuk mengenakan hijab selepas abangnya diserang lumpuh separa badan Febuari lalu.
“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.
“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah swt cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ezreena dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.
Tanggal 1 Mac yang juga merupakan Hari Israk dan Mikraj telah menjadi menjadi titik tolak kepada penghijrahan Ezreena.
“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yg tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.
“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ezreena akan terus kekal istiqomah selepas ini.
Sekadar informasi, Ezreena telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan pembaca berita, Asrul Nizam Kadir pada 2015.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.