Bukan mudah seseorang itu untuk berjaya mendaki ke puncak. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhi sebelum duduk selesa dengan apa yang diimpikan sebelum ini. Pengalaman menjadi ‘bankrap’ menjadi titik tolak kepada kejayaan anak muda kelahiran Sabah ini. Pernah bergelar cikgu sebelum ini, Sudirman Abdul Rahman 35 tahun, boleh dianggap sebagai seorang insan yang tidak cepat mengalah.
Seorang yang tidak cepat mengalah.
Semuanya bermula apabila berdepan dengan saat menghadapi krisis kewangan yang agak teruk pada tahun 2016. Ketika itu dia baru memulakan perniagaan jualan langsung dan masih belum ada cukup pengalaman.
Kutip duit atas almari & makan telur
“Ketika saya mengalami masalah kewangan. Tiada punca pendapatan dan akaun juga dibekukan. Oleh kerana malu, saya memang rahsiakan semua dari pengetahuan keluarga dan rakan-rakan.
“Sampai satu tahap saya terpaksa kutip duit-duit syiling atas almari dan duit itu saya gunakan untuk belanja selama empat bulan bagi membeli beras dan telur. Bayangkan telur sebiji saya pecahkan dalam cawan dan bahagi dua.
“Saya gunakan sumber makanan itu selama empat lima bulan sebelum produk diusahakan keluar setelah berjaya temui jalan penyelesaian,” ujar Ketua Pengarah Urusan Rezekifajar dan pengasas In3Tree.
Menjenamakan produk makanan khas untuk pelajar dan kanak-kanak berusia tiga hingga 20 tahun iaitu In3Tree.
Menurutnya yang popular dengan gelaran Cikgu Sudir (CS) ini dia sebenarnya mengalami tekanan yang sangat hebat tika berdepan masalah ini.
“Situasi yang berlaku menyebabkan saya diibaratkan seperti jatuh terduduk. Mana tidaknya secara tidak langsung hilang segala punca pendapatan. Dalam pada itu untuk menenangkan hati, saya bangun setiap Subuh dan bertahajud.
“Saya baca terjemahan Al-Quran dan akhirnya saya temui jalan dan banyak lagi maksud tersirat dalam kandungan kitab suci ini. Akhirnya dengan izin Allah saya kembali bangkit meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan,” tambah graduaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling.
Jadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan
Jelasnya lagi Al-Quran itu tersimpan seribu satu perrkara. Kitab suci ini memberitahu bagaimana untuk tidak rugi dalam perniagaan. Sejak itu dia menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam kehidupannya.
Dia juga berkata menjadi ‘bankrap’ juga menjadi pengalaman berguna buat dirinya. Malah menurutnya sepanjang tempoh itu dia tidak boleh keluar negara dan membuat beberapa lain yang berkaitan seperti pinjaman di bank.
Cikgu Sudir ditemui ketika majlis meraikan ulang tahun In3Tree yang kedua. Majlis yang diadakan di Grand Ballroom Top Glove, Seri Kembangan dengan kehadiran kira-kira 2,000 orang itu juga dianjurkan untuk meraikan kejayaan pengedar serta pengguna Int3Tree.
Penerima anugerah.
“Saya sebenarnya langsung tidak menjangka akan kejayaan seperti ini. Sepanjang dua tahun menjalankan perniagaan, kami berjaya mempunyai 10,000 pengedar. Jika lalu Allah beri kita rezeki untung 30 juta dan insya-Allah tahun depan kita gandakan jadi 50 juta pula,” katanya lagi.
Lahirkan 8 jutawan
In3Tree yang bermula sejak 8 Feb 2017 kini menjangkau usianya dua tahun. Namun pencapaiannya bukan biasa-biasa, sehingga mampu melahirkan lapan orang jutawan hebat!
Majlis penuh gilang-gemilang tersebut yang diadakan di Top Glove Seri Kembangan ini turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi lelaki terkenal tanah air, Hael Husaini. Dalam majlis berkenaan turut diadakan cabutan bertuah dan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Alza.
Siapa sangka, isteri kepada vokalis band Indonesia, Pasha Ungu iaitu Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa sebagai Adel sebenarnya merupakan bekas pramugari Lion Airlines satu ketika dahulu.
Malah, Adelia yang meniti usia 34 tahun pernah menjadi sorotan dan ‘buah mulut’ netizen dek kerana raut wajahnya yang cantik terutamanya ketika muncul dalam klip video nyanyian duet ‘Penghujung Cintaku’ sebelum mereka bernikah dahulu.
Bekas Pramugari Keturunan Sunda, Belanda & Cina!
Ketika itu, Adelia belum lagi berhijab namun pesona dan rupa paras menawannya menarik perhatian ramai. Dia juga dilapor berketurunan Sunda, Belanda dan Cina.
Bagimanapun, kini selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said masih menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.
Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli Adelia. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab bagai tidak puas mata memandang!
Selesa Sarung Busana Labuh ‘Patuh Syariah’ Dan Mengenakan Hijab
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 34 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira tujuh tahun lalu. Sejak itu, jelitawan ini dilihat selesa menyarung busana labuh dan bertudung litup setiap kali berada di khalayak.
Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak.
Pasangan romantis ini bernikah pada 23 Mac 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
Terdahulu Pasha pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mereka mempunyai tiga anak iaitu Kiesha Alvaro, Shakiena Azalea Putrina, Nasha Anaya Putri Valentina.
Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya.
Pasha kini aktif menceburi bidang politik Indonesia dan turut mempengaruhi isteri tercinta untuk turut berkecimpung dalam kerjaya berkenaan.
Segala urusan jodoh, maut dan rezeki itu di tangan Allah. Kita tidak tahu apa qadak dan qadar yang telah ditentukan oleh-Nya. Sebagai hamba-Nya kita hanya mampu berdoa agar dipanjangkan usia dan juga dimurahkan rezeki oleh Allah. Begitu juga soal jodoh agar dikurniakan lelaki yang baik. Begitu juga perkongsian kisah seorang wanita di laman sosial dikenali sebagai Nadia Hanis tidak menyangka jodohnya dengan seorang lelaki Arab.
Menurut catatannya, dia bukanlah gadis yang cantik, bukan juga bertubuh slim atau jenis bergaya, tetapi segalana telah ditentukan oleh Allah. Jodohnya dengan lelaki Arab dan kini hidupnya cukup bahagian dan sudah dikurniakan dua orang cahayamata yang comel.
Dikurniakan dua cahayamata comel.
Walaupun entri ini sudah lama ditulis (setahun yang lalu), tetapi boleh kita jadikan panduan bagi yang masih belum bertemu jodoh yang sesuai. Insya-Allah satu hari nanti pasti aka nada insan baik yang Tuhan hantar kepada kita untuk menjadi IMAM.
Jodoh saya (hihi).
Bismillah.
Before we start, let me clarify the purpose of writing this story.
Terdetik nak share kisah ni dengan my FB friends to deliver some lessons especially to my single friends yang masih belum ditemukan oleh Allah jodoh mereka. Betullah orang kata jodoh itu di tangan Allah, bersabarlah dalam penantianmu dan cantik paras rupa bukan lah segalanya (haha because I know I am not in the ‘hot and beautiful’ category).
Tentang Saya
Sapa yang mengenali diri ini (ewah).. tahu who I am actually.
I am not slim (obviously) not beautiful (lagilah obvious) but Alhamdulillah sempurna paras rupa Allah yang cipta.
My character pula.. jenis yang happy go lucky, tak kisah apa orang kata and haha yang paling obvious, over confident. My siblings, family, bffs, classmates, and people around me know me well la.
Suka pakai baju hitam, semua hitam, abaya. Tak pernah ada boyfriend. Minat-minat orang tu biasalahkan dulu zaman remaja tapi I je minat orang, tak pernah berbalas huhu. Actually I tak heran pun sebab ntahlah banyak lagi benda nak fikir.
One fine day, one of my friend, she told me, “Ko ni asyik pakai hitam je. Manalah ada laki nak pandang. Kita kenalah berhias. Pakai baju cantik-cantik barulah lelaki tertarik,” I was like.. ‘Err ada aku kesah‘. Selesa pakai baju hitam.
Bersyukur dengan perjalanan yang Allah atur untuknya.
Ramadhan 2014. Honestly I prayed a lot to Allah, about my life. Doanya lebih kurang begini, kalau Allah rasa ada jodoh yang terbaik, temukan lah. Kalau tak ada tak apalah. Maybe my life better as single. My parents pun selalu kata, “Takpelah boleh jaga mak abah.” So, doa jelah, dapat tak dapat kerja Allah kan.
My 28th birthday.
Biasa memang ada buat makan-makan masa birthday. Saja je meraikan kawan-kawan.
Ingat lagi hari tu masak sizzling yee mee.
While cooking pagi tu, cakap dalam hati, “Ya Allah, 28 dah aku tahun ni? Agaknye memang tak ada jodoh kot. Aku ni dahlah tak jumpa orang. Asyik-asyik orang yang sama je. Tengah study pula. Siapa yang nak. Semua laki pun lari. Tak apa lah ya Allah. Agaknya memang tak ada jodoh. Allah adalah sebaik perancang. Allah dah bagi panjang umur pun bersyukur. Alhamdulillah.”
Malam 14 Januari 2015. My bestfriend from Gaza, (dia ni kira my family’s friend. Pernah bawa balik beraya ke rumah dan dia memang close to my family) datang bilik. Masa tu duduk mahallah (asrama) kan. Malam birthday, ada beberapa kawan lain tengah lepak kat bilik I. Lepas tu, my Gaza friend (A) pun panggil.
Kawan Gaza Buka Cerita
A: Come come (ambil buka Tab dia).
A:See this guy.. ok?
I was so excited FOR HER.
Me: Wow, not bad. Accept lah!
A: Not for me lah. For you!”
Me: Ish.. no lahh. No one will accept me. Im ugly (huhu).
A: I am serious. He wants to know u. He’s Arab. If you okay I will give him your phone number.
Me: Wowowoowwo..what is this?? (still in denial). Tell him, I am fat, my weight is XXkg and I am doing PhD. If he’s OK with that, give him my number.
Around 11pm I received a message, “Hi, I am Nabil ..blablablabla..(haha tak yah lah detail). I am serious, I want marry you.” (Whatt gelojoh nya haha).
He explained his background a little bit. He’s Arab, but currently living in Swiss and having Swiss nationality. Work as blablabalbla.. Then my response, “Ok, if you are serious, i think better you meet my father. I gave him my home address. He said, OK tomorrow I will go see him.”
Actually, he got A’s number from one Imam (Yemeni) in my hometown. Imam Yaman ini adalah kawan ayah saya, dan kawan suami (sekarang). My hubby got to know Imam Yemen i think in Mecca.
The Yemeni Imam and A know each other at my hometown when A celebrate Eid with us. Imam Yemen ni minta phone number A dari my dad and my dad asked from me.
Suami saya tanya pada Imam Yaman jika dia ada calon isteri yang sesuai untuk suami saya.
Imam Yaman (juga kawan kepada ayah) nak suggest saya sebagai calon isteri.
Imam Yaman contact A (kawan saya) sebab dia tak boleh berbahasa Inggeris untuk approach saya.
Macam tulah connection-nye.. Faham ke tak eh? Hihi.
Jumpa Mak Ayah
Then if I’m not mistaken, on 15th January 2015 he met my dad and mom. He told them his intention.
Haha mak kata situasi masa tu macam krik krik. Sebab Imam Yaman tak pandai English, Nabil pun English sikit-sikit (he speaks Germany and Arab well) and my parents memang tak pandai Arab. English bolehlah. And finally my dad said, if she’s OK, i will agree.
Momen bahagia.
Actually I did pray istikharah. But at that time what i have in my mind was, ni benda baik kan. Mak abah pun OK, and he came from the correct way, and I trust imam Yaman sebagai orang tengah. Adalah juga investigate background Nabil sikit-sikit masa tu. And tawakkal to Allah. Memang nekad. So, I agreed. Then my dad told me, come KL we meet Nabil together.
Jeng jeng.. Not that easy haa..
Mulalah.. kawan-kawan dan orang sekeliling berkata-kata.
“Ko apehal. Sangap nak kahwin. Main terima je?”.
“Please think well. Maybe he’s a liar”.
“Wey tak ke macam rush sangat. Asal Rush?”
“Ish ko ni biar betul.”
“Hati-hati Nadiaaa.”
Tak ketinggalan.. my BFFs yang freaked out siap stalk FB and IG Nabil. Pastu came out dengn macam-macam conclusion haha (love u gals).
But for me..
Dia datang cara baik. Nak kahwin bukan nak couple ke apa.
My parents instinct OK and they encourage me.
Tawakkal. Takpelah.. kalau baik Alhamdulillah, kalau buruk, mungkin ni ujian daripada Allah untuk diri ni. Memang nekad. I agree.
Then 16 Januari 2015 jumpalah kat Taj Hadramawt Taman Melati with my parents and my sis. He came alone. Masa tu, masa dia baru sampai dan tengah jala, on the way pergi meja, mak kata, “Haa baik ko tengok sekarang. Nanti segan”. Haha. Then discuss. Lepas tu bawk dia jumpa adik-beradik kat rumah adik. Dan dia berkenalan dengan my family.
Moga bahagia hingga ke jannah.
Then he came to Kuantan tak ingat bila nak settle urusan dengan imigresen (bukan senang nak kahwin foreigner oii. Banyak gila prosedur nyee) tapi Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar. Masa dia datang Kuantan ni lah he called his family by Viber to introduce me to his mom and his siblings (his dad dah uzur).
Then on 12th February 2015, Alhamdulillah kami diijabkabulkan dengan tak tau berapa kali lafaz sebab guna pelbagai bahasa. Malay, Arab and English. 14th Feb 2015 our reception. Our wedding was so simple. Most of the money Nabil gave we spent for catering. Mak abah ada keluar duit juga sikit. Simple, seriously simple tak ada pelamin, tak ada makan beradab, tak ada hantaran. Baju pun beli di kedai biasa je. Nabil pakai suit kerja dia and jubah dia pakai solat. Bukan kedekut tapi bersederhana. Kenapa nak spend duit banyak untuk benda merepek kan. Tapi Alhamdulillah semua happy, kami sah jadi husband and wife, dan saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dapat raikan majlis kami (sorry if I didn’t invite you.. huhu.)
17 Februari 2015, Nabil bawa I pergi Dubai untuk jumpa some of his family. Ramai yang tanya tak sambut ke kat belah sana? Honestly semua busy dan tak ada masa. My mom in law and brother in law yang bongsu visited us here last September for one and half month. Sempatlah bonding dengan mak mertua. Ummi.. she’s an awesome lady. Bila diorang balik tu nangislah juga.
h, panjang melarat dah. Huhu roughly macam tulah kisahnya. Adalah sisi-sisi story yang tak dicerita.
21 November 2015 Allah kurniakan kami Muhammed Nabil Aljarshe Buhler. Itulah permata hati pertama kami. Hihi.
Lastly, I would like to say, for all my single friend yang belum ketemu jodohnya, yang dah bertemu jodoh tapi belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Ketahuilah Allah itu sebaik perancang. Kita tak kahwin tak bermakna kita hodoh tak ada siapa nak. Kita tak ada anak tak bermakna kita mandul. Cuma belum tiba masanya..
Bersama keluarga.
Alhamdulillah, inilah yang Allah dah tuliskan untuk saya. Sampai la ni tak boleh percaya this really happened (tampar muka banyak kali). OK kebas dah jari taip. First time post panjang macam ni.
Baru-baru ini dunia dan seluruh umat Islam dikejutkan dengan musibah gempa bumi dahsyat yang menimpa saudara se-Islam di tanah Turkiye.
Gempa bumi berukuran 7.8 skala ritcher itu, merupakan bencana alam terdahsyat yang pernah melanda Turkiye, hingga meranapkan banyak bangunan pencakar langit sekaligus mengorbankan ribuan nyawa.
Liza Hanim Luah Rasa Simpati, Kongsi Detik Melawat Bumi Andana, Turkiye!
Kebanyakkan individu yang mendengar perkhabaran sedih berkenaan turut menzahirkan rasa simpati terhadap bencana yang menimpa itu.
Tidak terkecuali penyanyi yang popular dengan lagu Jeritan Batinku, Haliza Hanim Abd Halim atau lebih dikenali sebagai Liza Hanim yang turut berkongsi momen pernah menjejakkan kaki ke salah satu bandar yang teruk terjejas dilanda gempa itu.
Perkongsian berkenaan dibuat menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini. Pada hantaran tersebut, Liza memuat naik sekeping foto memaparkan dia dan suami sedang berswafoto di lapangan terbang wilayah tersebut.
“Kami berdua pernah diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Adana.Sangat tenang dan rakyatnya ramah dan tak lekang senyuman,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Selain itu, Liza turut mendoakan agar segala urusan menyelamatkan mangsa yang tertimbus dipermudahkan, khusus ditujukan kepada semua yang terlibat dalam bencana alam di wilayah berkenaan.
“Kini Adana adalah salah satu kawasan Ground Zero, gempa bumi dahsyat yang telah melanda Turkiye.
“Tiada upaya selain menghulurkan doa buat semua mangsa, semoga yang masih hidup berjaya diselamatkan segera, dan semoga yang telah pergi mendapat tempat di syurga firdausi.
“Semoga para penyelamat juga dilindungi serta diberi kekuatan luar biasa,” doanya.
Sekadar info, media antarabangsa dan tempatan melaporkan angka kematian akibat gempa bumi dahsyat itu kinj telah hampir mencecah 6,000 dengan lebih puluhan ribu mangsa tercedera.
Sehubungan itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah agar operasi mencari dan menyelamat serta usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...