Pelakon popular Indonesia, Oki Setiana Dewi kelihatan begitu aktif di laman Instagram miliknya. Pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukannya. Dalam masa yang sama, Oki juga turut melakukan dakwah dengan cara yang tersendiri. Senyuman manis yang terukir dibibir dengan kata-kata lembut yang dilontarkan sudah cukup membuatkan setiap individu terpaku dan terpesona melihatnya.
Oki merupakan salah seorang juri bagi program Gema Gegar Vaganza ini cukup popular dengan watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Watak itu ternyata meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke dalam hati penonton.
Ketika ditemui di Majlis Pelancaran Butik HIJUP di Malaysia yang lalu, Oki turut berkongsi kisah penghijrahannya kepada tetamu yang hadir. Cukup meruntun jiwa dan buat hati menjadi sebak. Apa tidaknya, kisah hijrah Oki rupanya mempunyai kaitan dengan penyakit yang dihidapi oleh ibunya.
Mula berhijab pada tahun 2005, Oki diduga apabila ibunya menghidap penyakit kulit yang agak parah dan dikatakan sudah tidak punya harapan untuk sembuh. Pada waktu itu, Oki tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa ibunya ke hospital.
Ads
Akhirnya dia bertanya kepada ibunya apakah bantuan yang boleh diberikan untuk meringankan beban ibunya.
Lalu ibunya menjawab, “Bantu ibu jadi anak yang solehah sahaja. Jadi anak yang baik dan taat kepada Allah sahaja. Tak perlu bantu yang lain.”
Memikirkan permintaan ibunya, akhirnya Oki mula berhijab pada tahun 2005 tanpa sebarang ilmu agama yang mencukupi. Itu merupakan ujian pertama di dalam hidupnya.
Setelah berhijab, Oki diduga lagi apabila mendapat tawaran lakonan yang memerlukan dirinya membuka hijab. Alhamdulillah, Oki tegas dengan pendiriannya dan tidak akan sesekali membuka hijab meskipun mendapat tawaran yang agak lumayan. Oki yakin Allah akan membantu jika dia mengikut jalan Allah.
Walaupun ibunya tidak mendapat rawatan di hospital, tetapi Allah telah membantunya secara perlahan-lahan untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa. Alhamdulillah, semoga Oki kekal istiqomah dan dikuatkan hati untuk menempuh segala dugaan Allah.
Tidak dapat dinafikan, HIJUP merupakan antara jenama Indonesia yang popular di Malaysia. Mengambil singkatan bagi ‘Hijab Up’, HIJUP.com merupakan laman web Indonesia yang mengetengahkan fesyen Islamik sejak tahun 2011 lagi. Berkonsepkan online mall, HIJUP.com menjual pelbagai jenis produk rekaan pereka fesyen muslimah Indonesia.
Menariknya, hjabi kini tidak perlu lagi beli menerusi online kerana HIJUP telah membuka butik fizikal pertama mereka di Malaysia yang terletak di Level G, The Curve, Mutiara Damansara. Dibuka sekitar awal Mei yang lalu, butik HIJUP sesuai untuk hijabi yang mahu tampil menawan dan bergaya dan dalam masa yang sama, masih mahu kekalkan gaya anggun dan sopan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mendengar nyanyian penyanyi ini bagai tidak menduga dia sebenarnya Orang Kurang Upaya (OKU). Biarpun menyedari diri serba kekurangan, namun minat mendapat dalam bidang seni menyebabkan Nur Zafiena Anissa atau Fina tekad meneruskan impian melebarkan bakat dalam bidang muzik. Ternyata kecacatan yang dialami bukan penghalang untuknya mencipta nama apabila lagu nyanyian Tuhan Jagakan Dia menjadi viral dan mendapat tempat di kalangan penggemarnya. Namun bagi Fina sebelum berjaya, dia juga turut tidak terkecuali menerima tohmahan dan hinaan dengan ketidak sempurnaan diri yang dialaminya.
Menerusi tembual bersama Abby Fana atau Kak Bed dalam Inspirasi Sinar FM, Fina berkongsi kisahnya yang cukup menyentuh hati.
Menurut Fina ketika masuk dalam industri ini dia sebenarnya tidak menyangka video nyanyiannya menjadi tular hingga semakin hari semakin banyak orang menonton. Setakat ini sudah 2.6 juta tontonan di laman youtube.
“Gembira bila tahu walaupun kita tak seberapa nak okay, tapi orang boleh tengok kita dan rasa seronoklah.
“Namun saya juga seperti orang lain pernah melalui pahit manis sebelum Fina dikenali seperti hari ini. Fina masih ingat ketika itu Fina demam. Dan kebetulan kalau demam memang kita tak digalakkan minum air sejuk.
“Tetapi waktu itu Fina memang haus sangat-sangat. Kebetulan yang jaga Fina ketika itu bukan mak sedara tetapi orang lain, Hamba Allah. Fina mintak darinya air sejuk dan mintak tolong ambilkan.
“Dia cakap habis. Masa tu Fina okay lagi. Dan kebetulan adik Fina dan alhamdulillah masa tu Allah dekatkan adik Fina di situ dan terus Fina minta air darinya.
“Fina cakap haus dan nak sangat air sejuk itu. Adik Fina terus ambil air sejuk di situ dan beri pada Fina. Waktu itu Fina terfikir kenapa dia perlu berbohong pada Fina berkenaan air itu.
“Fina tegur kenapa tidak beri air berkenaan dan dia menjawab ‘kau dah la buta, buta buat cara butalah. Ada mak bapak menyusahkan orang’. Memang masa tu Fina kena baling dengan pinggan oleh dia.
“Memang bila cakap begitu pada Fina, Fina memangis. Fina sedih kerana selama ini orang yang kita percaya boleh support kita tiba-tiba bercakap demikian,” cerita Fina menceritakan pengalaman pahit dan trauma dialami sepanjang menjalani hidup sebagai OKU.
Menurutnya selepas itu hamba Allah berkenaan ada minta maaf setelah menyedari kesilapannya yang melemparkan kata-kata hinaan berkenaan.
“Walaupun dia ada minta maaf tetapi kesannya tetap ada. Mungkin lambat lagi hati ini nak maafkannya. Fina juga tidak terkecuali menerima komen tak baik dari netizen. Misalnya ada mengatakan suara Fina tak sedap, asal muka buruk dan ia memang beri kita satu impak besar.
“Iyalah kita tidak mintak dilahirkan begini. Dan biasanya Fina akan komen positif pada mereka. Fina kata biarlah Tuhan yang hukum saya macam mana. Biar Dia yang nilai buruk ke, tak cantik kita sama je,” tambahnya yang turut memasang impian mahu bergelar pendidik dalam bidang kesusasteraan.
Tidak ada masalah untuk menggapai cita-cita ini. Lagipun Fina lihat dari segi buat lagu ni dari segi karya dan penulisan, orang suka dan faham maksud dengan lebih mendalam.
“Jadi kat situ Fina dah yakin yang Fina ni boleh terus lanjutkan untuk belajar mungkin dalam bidang kesusasteraan atau bidang muzik,” jelas Fina lagi.
Dalam perbualan itu juga Fina turut memberikan pesanan kepada ahli keluarga yag mempunyai masalah OKU penglihatan seperti dirinya dan kepada insan yang tidak peka dan prihatin.
“Kalau untuk OKU atau keluarga yang ada jaga anak yang OKU penglihatan atau OKU yang lain, Fina mintak sangat jangan letak prinsip OKU itu sebagai satu alasan untuk kita tak bergerak ke hadapan.
“Maksudnya walaupun kita OKU, kita kena anggap yang kita ni normal sama seperti insan lain juga. Dan kepada masyarakat kat luar sana, jangan bagi belas kasihan kepada kami itu sebagai satu alasan untuk kami jatuh.
“Apa yang kami perlukan sebenarnya adalah sokongan padu daripada hamba-hambar di luar sana,” ujarnya yang cukup berbakat dalam ciptaan lagu dan nyanyian sejak kecil lagi.
Tambah gadis berusia 18 tahun ini, muzik bukan sekadar menjadi sahabat paling akrab, malah ruang paling istimewa buat dirinya mencurahkan rasa sedih.
Fina yang cacat penglihatan sejak berusia dua tahun mula mendapat berhatian apabila diundang menjayakan persembahan pada konsert mingguan program mentor Milenia 2017 menyampaikan lagu ciptaan sendiri Tuhan Jagakan Dia yang begitu popular masa kini.
Menurut ibunya, Rahayu Hassan anak sulungnya itu lahir pramatang ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Beliau berkata, pada mulanya semua dilihat normal pada anaknya itu. Namun doktor memang ada memaklumkan ada masalah pada bahagian mata. Meskipun sudah berusaha termasuk rawatan laser, ternyata pebnglihatan Fina tidak dapat diselamatkan.
Doktor memberitahu urat pada bahagian mata Fina rosak sepenuhnya dan harapan untuk melihat hanya aka nada jika dunia perubatan mampu mencipta rawatan memulihkan urat yang rosak. Walaupun tahu ia sesuatu yang sukar namun sebagai ibu dia tidak berputus harap.
Walaupun menyedari kekurangan, tetapi dia tetap melihat ada rezeki dan kelebihan lain pada diri anaknya itu dan akan terus menyokong untuk terus berada di sisinya.
Masalah jerawat membuatkan si gadis runsing dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika mengalami masalah breakout yang teruk. Nak keluar rumah pun malu! Lagi-lagi buat mereka yang bakal bergelar pengantin.
Jika anda mengalami breakout yang teruk, bawa bertenang dahulu. Cuba ikut perkongsian seorang gadis di Facebook miliknya, di mana dia berkongsi tentang rawatan yang dilakukan dengan hanya berbekalkan RM300.
Kini, alhamdulillah kulit wajahnya semakin pulih. Makin berseri-seri pula admin tengok, terutamanya ketika di hari bahagianya Febuari lalu.
Hi semua, disebabkan ramai yang dm wanie lagi tanya macam mana muka wanie boleh okay balik. So entry kalini wanie bagi anda tengok gambar-gambar time muka wanie breakout (sorry untuk gambar yang macam agak blurry, taktau pasaipa). Okay entry kalini jugak wanie akan jawab soalan-soalan femes yang anda selalu tanya, so sila baca. Jangan lepaih ni ada yang dok dm lagi tanya benda yang sama. Rajin rajin sikit baca nah.
1) Kat mana hampa buat treatment? Saya buat treatment dengan Doktor Meena dekat Klinik Doktor Fauzi, Alor Setar, berdepan dengan UTC Kedah.
2) Apa nama treatment tersebut? Dan berapa kosnya? Treatment tu kalau anda google nama dia, Chemical Peeling Treatment and kos treatment saya adalah RM150. Tapi bergantung dengan masalah kulit. Tak semua harga sama and dapat rawatan yang sama. Tapi kalau kat KL harga dia lain. Ni harga kat Kedah.
3) Berapa kali awak buat treatment? Saya buat dua kali sahaja dan saya lakukan sekali sebulan. Jumlah kos untuk muka saya pulih adalah RM 300.
4) Sakit tak masa buat tu? Mestila sakit sebab Doktor Meena sapukan asid dalam 35% untuk matikan semua jerawat dekat muka. Tapi takpa boleh tahan. Beauty is pain kan.
5) Berapa lama awak ambil masa recover? Okay, saya ambil masa untuk hilangkan semua jerawat dalam masa dua bulan. Sebab lepas treatment yang kedua, muka saya dah clear dari semua jerawat.
6) Awak pakai apa untuk bagi hilang parut? Selepas dua bulan, muka saya dah okay dari jerawat. Cuma cara nak hilangkan parut itu saya pakai Cosmoderm Cream 3000 i.u. Mana nak dapat? Guardian ada jual.
7) Berapa lama parut awak hilang? Parut saya pudar pun dalam masa sebulan dah boleh nampak beza. Tapi make sure hampa semua kena konsisten pakai krim tu siang and malam. Takda masalah.
8) Awak pakai skincare apa time muka awak tengah treatment? Saya tak pakai apa-apa, saya memang cuci dengan air suam sahaja, sebab time tu trauma lagi nak pakai apa-apa skincare sampai la saya try Cosmoderm.
9) Cosmoderm Cream 3000 i.u tu yang mana satu? Kalau pergi ke Guardian, packagingnya warna oren. Nak lebih tepat, anda boleh google.
Setelah sembuh dari breakout, memang gadis ini cuba untuk maintain dari mengalami breakout seperti yang dialami sebelum ini. Malah dia turut membuat posting bagaimana caranya untuk mengelakkan masalah kulit berulang.
Hi, kalini wanie terpanggil untuk buat entry lagi pasal muka wanie dulu dan sekarang. So yang mana penah dm/inbox wanie, tapi wanie tak reply tu, boleh baca kat bawah ni. Sebab ni antara soalan2 yang tak terjawab.
1. Macam mana wanie boleh maintain muka dah tak naik jerawat? Sebab sekarang wanie consisten guna brightening cream. Consisten okay consisten.
2. Skincare apa wanie guna sekarang? Wanie guna brightening cream dari i-secret since tahun lepas. Gambaq cream tu wanie ada attachkan sekali.
3. Okay ka cream tu? Sangat okay sebab semenjak wanie pakai cream tu, jerawat jarang naik, n muka pun nampak moist (ramai org yang cakap). Very recommended sangat!
4. Mana nak dapat cream tu? Cream tu hampa semua boleh beli online, dekat page I-secret(fb), kalau ig isecret_malaysia.
5. Macam mana tau pasai cream ni? Ada orang suggestkan. N so far memang recommended!
6. Lepas buat treatment wanie terus pakai ke? Lepas buat treatment wanie pakai cosmoderm utk hilangkan parut, wanie ada crita kt previous post.
7. Berkesan ke? Berkesan ke tidak hampa boleh nilai tengok muka wanie sekarang compare muka dulu.
Terpaksa menangguhkan acara ‘jejak tanah’, anak kepada pelakon Aman Graseka dalam keadaan yang kurang sihat. Baru sahaja berusia dua tahun dia dimasukkan ke hospital akibat demam sehinggakan sawan.
Anak lelakinya itu, Aishyraf Mikail Shah, mulai menunjukkan kurang sihat sejak lima hari yang lalu. Majlis yang sepatutnya di lakukan pada bulan ini terpaksa di tunda ke bulan Disember depan.
Menurut laporan dari Harian Metro, anak kepada Aman Graseka mula demam sehinggakan dia sawan. Kini matanya pula di jangkiti virus dan kelihatan bengkak.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti,
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Dia kini yang menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah memaklumkan anaknya itu telah dibawa berjumpa bersama pakar bagi mengenal pasti virus di matanya itu.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar,
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata,
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” ujarnya lagi.
Aman juga akui dia sukar untuk mendapat panggilan berlakon oleh kerana menetapkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan muhrim dalam lakonannya. Katanya, kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon,
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezek datang dari Allah.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Namun, Aman pecaya syarat yang dia tetapkan ini akan memberikan sedikit kesan kepada kariernya. Tetapi dia tetap percaya bahawa rezeki akan datang selagi dia berusaha untuk mencarinya.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anak tudung yang sesuai membantu memastikan hijab kekal kemas, selesa dan tidak mudah bergerak. Ketahui 8 tip penting memilih anak tudung terbaik untuk kegunaan harian.