Setiap kali ada saudara mara yang kahwin acara paling ditunggu adalah malam berinai. Rasa seronok dapat mewarnakan kuku dengan inai ‘homemade’ menggunakan daun inai.
Namun sekarang daun inai agak sukar untuk dicari dan proses membuatnya juga leceh. Daun inai kena hancur betul dan kemudian dicampur dengan kapur atau nasi untuk menjadikan ia lebih merah kekuningan.
Tetapi kini anda tidak payah bersusah lagi untuk memakai inai. Perkongsian dari di laman facebook Rosdiana Dian yang mengajar cara-cara membuat inai sendiri. Apa yang penting bahan digunakan selamat dan juga sah untuk dibuat solat.
Besor tu ja sabun mandi mak pakei. Dalam ukuran 2cm persegi. Hihihi.. Mak pakei sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah mak pakei sabun gemok.. Hehehe.. axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair. Mak parut pakei gunting jerk
Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang mak dah siap parut tadi..
Ini kapur sireh.. buleh beli kat kedai runcit. Takpun try jengah kat dapor kome.. mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja. Hehehee
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi… jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee..
Cara membuatnya:
Bancuh ketiga-tiba bahan dan satukan. Biarkan sebati.
Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam rm2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke… hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi…. jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik.
Ni struktur bancuhan 3bahan asas tadi.
Ni hasilnya… dapat setupperware kecik
2. Sapu pada jari satu persatu dengan kemas. Biarkan seketika sebelum dibasuh bersih.
Mak pakei putik kapas yang kecik tu haaa.. heheheee
Ni tangan kiri mak.. rasa kemas ja…
Ni hasilnya.. semoga terinspirasi buat uolls.. Mak buat ni sebab stok inai Mak dah abeh.. Inai dari Mekah tuari pun ilek… Dah la mak memang inai x putus dijari.. Sentiasa perantin baru ler katakannnn.. hihikk.. ? Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama.. kejap ja pudar… Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nihh.. hehehe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malaysia merupakan salah satu negara beriklim tropika di dunia. Oleh itu, negara kita mempunyai situasi cuaca yang selalunya panas dan memiliki kelembapan tinggi. Cuaca seperti ini sememangnya memberi kesan terhadap keadaan dan kesihatan kulit wajah kita.
Sehubungan itu, penggunaan produk penjagaan kulit (Skincare) adalah salah satu jalan penyelesaian terbaik untuk melindungi kulit penduduk di negara beriklim tropika.
Justeru, disini Hijabista kongsikan 4 produk penjagaan kulit yang WAJIB Hijabi miliki jika mahu melindungi kulit dari sebarang kerosakkan.
Produk Skincare pertama yang wajib dimiliki hijabi terutamanya mereka yang tinggaldi negara beriklim panas dan tropika adalah pencuci muka. Ini kerana, membersihkan wajah menjadi satu kemestian bagi kaum hawa. Tidak kira tinggal di negara beriklim panas mahupun sejuk!
Pencuci muka merupakan rangkaian perawatan kulit yang berfungsi untuk membersihkan wajah dari segala kotoran. Terutamanya bagi negara beriklim tropika yang memiliki tekanan udara rendah, sehingga mengakibatkan angin dalam negara kita menerbangkan debu dan kotoran pada wajah.
Oleh itu, selain memilih cleanser yang sesuai dengan keperluan kulit wajah anda, pastikan anda memilih pencuci muka yang mengandungi bahan yang dapat memberikan kesegaran serta merta pada kulit.
Carilah pembersih muka yang kaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti Aloe Vera, Green Tea, Lemon, dan sebagainya.
Negara beriklim tropika cenderung memiliki musim panas yang lebih panjang dari negara beriklim lainya. Secara automatik, terik dan bahang matahari akan lebih ‘kejam’ dan menyengat menerobos hingga ke dasar kulit anda.
Oleh sebab itu, produk selanjutnya yang harus dimiliki oleh hijabi adalah amat penting! Iaitu sunscreen. Gunakan sunscreen yang mengandungi formula SPF 30 sehingga SPF 50 PA+++ untuk perlindungan kulit pada kadar maksima.
Jika anda mempungai kulit berminyak, Hijabista mengesyorkan anda memilih sunscreen dengan hasil akhir matte. Begitu juga jika kamu memiliki masalah kulit kering, pilihlah sunscreen dengan hasil akhir dewy atau glowing.
Menjaga kelembapan kulit wajah juga merupakan antara perkara penting bagi mereka yang tinggal di negara tropika. Kerana suhu panas yang melampau membuatkan kulit berisiko untuk hilang lembapan. Jadi, itulah punca kenapa, moisturizer termasuk dalam produk skincare yang wajib dipakai agar kelembapan kulit sentiasa terpelihara dan dapat dikunci.
Cuaca yang panas akan memberi kesan kepada kulit anda. Jika dibiarkan begitu saja, lembapan di dalam kulit akan terhidrat, lapisan pelindung kulit akan rosak dan meningkatkan risiko penuaan.
Takutnya bila lapisan pelindung kulit rosak! Jika tak mahu perkara ini terjadi, jangan pernah lupa untuk aplikasikan pelembap ya, agar kulit kekal terhidrasi, anjal, dan bebas kusam.
Item terakhir yang harus dimiliki hijabj adalah face mist. Kerana, ia juga mempunyai fungsi sama untuk membantu melembapkan kulit dengan kadar segera.
Anda hanya perlu spraykan pada kulit setiap kali kulit terasa kering. Face mist akan terus membuatkan kulit anda terus segar. Terutamanya jika anda memiliki masalah kulit kering, skincare essential seperti ini sememanya penyelamat utama anda!
Demi menjamin kesihatan kulit di negara tropika, Hijabi WAJIB memiliki empat jenis skincare yang sudah Hijabista senaraikan di atas ya.
Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah menamatkan zaman bujangnya hari ini, 3 September 2020 pasangan Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah diijab kabul pada hari ini. Artis dan pengacara yang berusia 27 tahun ini menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.
Mira dan Emir berjumpa buat kali pertama pada Oktober 2019, di mana Mira ditemani rakan baiknya. Secara kebetulan, kedua-dua belah keluarga merupakan rakan keluarga menjadi antara sebab Mira dipujuk ibunya untuk berkenalan bersama Emir.
Bermula dari tahun 2016 perkenalan di laman sosial, Mirah pernah menolak permintaan Emir untuk keluar bersama. Namun hati mula terbuka apabila pada bulan puasa tahun ini Emir membalas ‘quote islamic’ yang dimuat turun oleh Mira. “Mungkin juga kerberkatan bulan Ramadan dan niat saya yang Allah nak sampaikan” kata Emir pada temuramah di majlis pernikahan.
Susulan daripada majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada 17 Julai 2020, majlis akad nikah yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby. Dengan hanya jemputan seramai 250 orang dan mematuhi syarat piawaian COVID-19 yang diketatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dua lagi majlis perkahwinan bakal dilangsungkan pada 4 September di Le Meridian Putrajaya dan juga di A-Park Pulau Meranti Puchong pada 6 September 2020.
Walaupun jumlah wang hantaran dirahsiakan, pertukaran dulang antara kedua-dua belah pihak ialah 11 dulang bagi pihak perempuan dan 9 dulang bagi pihak lelaki. Antara hantaran istimewa Mira untuk Emir merupakan seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada Emir yang diukir di belakang jam tangan tersebut. 5 daripada 11 hantaran dari Mira dibuat sendiri oleh nenek Mira yang kini berusia 81 tahun. Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, sirih junjung, halwa dan biskut.
Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh nenek Mira sendiri. Mira dan Emir menggayakan sepersalinan daripada Rizman Ruzaini pada malam akad nikah dimana Mira akan dilihat menggayakan baju kurung Pahang. Persiapan majlis pula dihiasi oleh Rekateemor, bertemakan “Mihrab Cinta” yang berkonsepkan kubah berbentuk Islamik kerana citarasa Emir, seorang arkitek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan.
Kata Mira walaupun sudah bergelar isteri, “Mira akan terus menyambung kerjaya dengan lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang diberi sejak awal kerjaya Mira sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir”, ucap Mira Filzah. Video Berdurasi 2 minit pula ucapan Emir untuk Mira Di majlis pernikahannya.
Liputan dan sumber pic akad nikah serta majlis perkahwinan dibawa oleh sosial TV3
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella. Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, yang mengatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni. Bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella akan tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sampai masanya
Menurut Laudya Cynthia Bella “ Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan. Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Apa sahaja yang dipromosikan oleh wanita ini, pasti ramai yang beli dan menyokongnya. Selain dari hasil jualan kasut harian “Daily Darling” oleh Laudya Cynthia Bella, kita juga tahu bahawa Laudya Cynthia Bella juga mengambil bahagian dalam pelancaran QalbyApp Indonesia baru baru ini bersama Mizz Nina yang mewakilkan QalbyApp dari Malaysia.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.