Gadis ini pernah mengalami pertambahan berat badan yang agak keterlaluan. Namun dia tidak pernah berputus asa untuk cuba menguruskan badan. Hasilnya dia berjaya menurunkan berat badan daripada 98 kilogram kepada 57 kilogram dalam tempoh 6 hingga 7 bulan. Rahsianya adalah perlu jaga pemakanan. Perlu ada kekuatan mental dan fizikal dan kena kuat dalam menahan godaan nafsu makan. Lagi satu adalah kena disipinkan diri dan kena tahu berapa untuk capai target.
Perbezaan cukup ketara.
Nurul Sahira Hashim yang juga seorang model sambilan ini tidak lokek berkongsi tip untuk anda yang mahu kelihatan langsing sepertinya. Ada 17 tip untuk kembali langsing dan jika dilihat, dia tidak mengenepikan perkara yang WAJIB seperti tidak skip sarapan, tetapi perlu ada caranya.
17 Tip Kembali Langsing Cara Cik Nurul Shahira
1. Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB!.
2. Tidur kena cukup.
3. Saya makan 5 ke 6 kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukan banyak ya. So, perut kita tak adalah lapar.Tapi jangan sampai terlebih kalori ya.
Makan 5 hingga 6 kali sehari.
4. Air manis, ais jangan ambil. Saya langsung tak sentuh.
5. Then, minum banyak air kosong. Minum 3 liter sehari.
6. Pagi selalu saya breakfast oat. Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.
Ads
7. Nasi nak makan boleh je. Ambil suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambil beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar. So, kena kawal gula dengan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan akan cepat naik.
Nasi boleh ambil tapi separuh sahaja.
8. Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih. Makan roti wholemeal sahaja. Saya ni tak suka makan nasi, tapi saya makan roti wholemeal. Roti pun karbo, jadi saya tukar nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau.
9. Jangan ambil mee atau kuetieau sebab makanan tu berminyak.
10. Boleh makan bihun saja.
11. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang saya tak ambil.
Ads
Elakkan terus ‘fast food’.
12. Kalau ikan atau ayam, saya makan yang grill atau steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan tapi jangan selalu. Seelok-eloknya kurangkan. Sebaiknya ambil yang berkuah, grill atau steam.
13. Malam makan sebelum pukul 8. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong.
14. Kena jogging atau exercise. Exercise tu tak kisah, tengok kat Youtube pun boleh. Seminggu dalam 2 k3 3 kali dah cukup.
15. Saya tak ambil apa-apa supplemen. Malam sebelum tidur saya ambil air green tea.
Ads
16. INGAT! Pastikan kita tahu berapa kalori makanan yang kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yang diperlukan oleh badan kita. Janganambil terlebih kalori ya. Penjagaan kalori tu penting.
17. Diet 80% execrise 20%, so jaga pemakanan tu penting.
Exercise juga penting.
KESIMPULANNYA:
Tak ada benda yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yang kita inginkan
Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh. InsyaAllah. Hope, apa yang saya kongsi ni, membantu anda semua. Apa-apa boleh tanya saya.
Kalau dah berjaya kurus, bagitahu saya ya. Buatlah gambar saya ni, sebagai pembakar semangat anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan mudah untuk mendapatkan berat badan idaman. Lebih-lebih lagi mahu mengekang hawa nafsu melihat makanan yang serba melazatkan. Godaan melawan hawa nafsu (pada makanan) itu perlu ditentang sebelum beralih kepada perkara lain.
Namun tidak ada yang mustahil. Bagi lelaki ini berkat usaha dan disiplin berterusan siapa sangka Ahmad Zulzaidi Zulkarnain berjaya mengurangkan berat badannya dari 97 kg kepada 60 kg. Lenyap 37 kg hanya dalam masa 6 bulan. April ini genap 3 tahun dia mengamalkan diet kalori.
Terkejut melihat perbezaannya dulu dan sekarang, dia memesan bagi mereka yang mengurangkan brat badan apa yang paling penting adalah kena jaga pemakanan. Baginya senaman itu adalah perkara kedua. Kena jaga mental dan fizikal dan paling penting sekali adalah disiplin. Hasilnya penampilannya kini jadi lebih menarik dan berkeyakinan.
Dia berkongsi 21 tip diet yang diambil melalui perkongsian page Kelab Diet Kalori Malaysia. Bagi yang sedang berusaha untuk mendapat berat badan idaman, boleh ikuti langkah yang disarankan.
Assalamualaikum!
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt.
1.4.2015-1.4.2018, genap 3 tahun saya mengamalkan diet kalori. Pelbagai halangan, rintangan serta perlian yang saya terima sepanjang saya berdiet sebelum saya berjaya turunkan berat badan dari 97kg ke 60kg dan buang 37kg dalam masa 6 bulan. Disini saya ingin kongsikan khas buat warga KDK tips dan cara saya berdiet. Semoga bermanfaat
Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan.
1. Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yg terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.
2. Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita bole bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!
3. Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.
4. Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.
5. Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 97kg mcm sy dulu. kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, xyah la nk berkira sgt dgn 0.23L tu
6. Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau bole elak menggoreng sayur, rebus ye buat sup sayur.
7. Ramai org diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia tak boleh tinggalkan nasi . So nasi sy makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebi sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebi kurang 150 kcal. So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT
8. Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yg hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun da 154 kcal.
9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tp jgn dibantai bihun goreng pulak . bihun sup ye atau tom yam.
10. SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan segera (fast food) McD, KFC & sewaktu dgnnya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yg telah diproses spt daging burger, nugget dll. Semua tu feberet tu
11. PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang2. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup ayam sampai wife pun naik boring . Yang goreng2 elak ye.
12. DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).
13. SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang
14. Ramai yg bertanya, ubat apa yg saya ambil utk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa2 ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.
15. PUASA. Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yg terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramdhan mulalah berazam nak diet utk kurus. Puasa juga bagus utk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau bole buat semua puasa2 sunat yg ada lg bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!
16. INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebih dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari utk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda bole check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html
17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yg kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilasn kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Bole install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal utk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.
18. STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress bole jejaskan program diet kita. Macam sy dulu klu sy stress sy suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yg tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, in shaa Allah
19. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa2 pun semuanya dengan keizinan dari Nya
20. Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga mmg kelaut la diet kita tu
21. Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu org ye menipu diet anda. So hari tu kita bole makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.
Diharap dgn sedikit tips dan pengalaman yang saya kongsikan ini dapat memberi motivasi kepada anda yang ingin kurus secara sihat, in shaa Allah.
Sekian, terima kasih
SUMBER: FACEBOOK KELAB DIET KALORI MALAYSIA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kata orang, jodoh, rezeki dan maut ada di tangan Allah. Perkara tersebut memang benar adanya kerana Dialah yang Maha Tahu dan Maha Menentukan. Namun kita sebagai manusia juga perlu berusaha, tidak terkecuali soal jodoh. Salah satu cara yang boleh kita lakukan adalah memanjatkan doa minta jodoh kepadaNya.
Doa boleh disampaikan dalam bentuk dan bahasa apa pun, namun ada beberapa ayat al-Quran yang boleh kita amalkan dan kita jadikan doa minta jodoh setelah solat. Jika kita bersungguh-sungguh, maka Insya Allah doa kita didengar dan dimakbulkan oleh-Nya. Lalu apa saja ayat al-Quran dan doa sehari-hari yang boleh kita amalkan sebagai doa minta jodoh?
Sebelum mengamalkan sebarang doa untuk mempercepatkan jodoh ada lebih baik kita semak apakah penyebab lambatnya dating jodoh. Adakah factor dari diri sendiri atau factor sekeliling kita. Jom semak sekiranya ada salah satu perkara tersebut yang patut kita perbaiki dengan segera.
Bukan hanya doa, nyatanya kita tetap perlu bersikap baik sehari-hari. Jangan sampai apa yang kita sisipkan dalam doa berlawanan dengan sikap kita. Lalu apa saja yang boleh menghambat kita untuk menemukan jodoh?
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khoirin faqiirun
Ertinya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”
4. Doa minta jodoh untuk Lelaki
Selain itu, kita boleh menambahkan doa berdasarkan keinginan kita. Bagi lelaki, ini doa yang boleh dipanjatkan ketika menantikan perempuan yang akan menjadi isterinya.
Ertinya:“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dan sisiMu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
5. Doa minta jodoh untuk perempuan
Bagi perempuan juga ada doa minta jodoh untuk mendapat lelaki yang soleh dan boleh menjadi imam yang baik saat berumah tangga nanti.
Ertinya:“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Demikian doa minta jodoh dan perkara apa saja yang boleh menghambat usaha kita untuk bertemu dengannya. Mulai hari ini, jom perbaiki diri dan membuka hati sambil mendoakan seseorang yang belum bertemu denganmu ini supaya kalian boleh bertemu dalam keadaan yang baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti terkemuka di Selangor.
Bagaimanapun, terbaharu isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin ini memaklumkan bahawa dengan berat hatinya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pensyarah bagi memberi tumpuan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang sedang diikutinya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menurut pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih mesra disapa sebagai Wawa ini, dia mengakui agak sukar baginya untuk melunaskan dua perkara dalam satu masa. Justeru, Wawa nekad mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjayanya sebagai pensyarah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD, sebab PhD saya tak bergerak dan kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya lapor Murai.
Jelas Wawa lagi, dia hanya berehat untuk satu jangkamasa pendek sahaja dan tidak bercadang untuk menganggur lama. Malah, ujarnya lagi dia masih tetap akan meneruskan usaha menjadi pensyarah semula sebaik sahaja pengajianya selesai dan dalam masa sama masih aktif dalam industri muzik.
“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali bekerja (pensyarah) semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus (PhD) sekejap,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
Kini Najwa masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.