Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelapan, pelakon yang juga penyampai radio terkenal, Elizad Sharifuddin menitipkan ucapan manis buat suaminya di laman instagram.
Menerusi ucapannya itu, Elizad mendedahkan ucapan yang sering diucapkannya buat suami setiap kali tiba ulang tahun perkahwinan mereka.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke8 sayang ku ❤️
I takde ucapan panjang2 utk u. Sebab, setiap kali ulang tahun perkahwinan,
mesti i akan ckp “ Inshaallah anniversary tahun depan mesti kita bertiga “. Rasanya dah boleh tukar dialog tu .8 tahun menanti .
Biarpun lama menanti zuriat, pelakon drama Teman Lelaki Upahan ini reda dengan ketentuan Ilahi dan percaya perancanganNya adalah yang terbaik.
Percaturan Allah itu lebih baik. Redha & pasrah. Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us 👫 Doakan kami ya semua . 🤲🏻❤️🥰
Orang perempuan ini memang kebanyakannya sangat suka membeli belah lebih-lebih lagi waktu jualan murah. Namun, kalau kedai itu memang sentiasa murah iaitu hanya lebih kurang RM 2 setiap barang, siapa yang boleh tahan nafsu membeli itu kan?
Yang lebih seronok, barang itu mempunyai kualiti walaupun harganya sangat murah. Mari kita ikuti perkongsian Noor Hafizah di Facebook mengenai barang yang wajib dibeli jika pergi ke kedai Eco.
Washable Sticky Roll
Sebelum ni kami guna roller ikea tu. Lepas dah jumpa yang ni siap boleh basuh lagi. Rasa lagi jimat kot. Sebab ni benda wajib ada kat rumah.
Fungsi : Selain buang bulu-bulu kecik. Boleh juga kutip rambut-rambut kecik or habuk kat karpet kalo malas guna vacuum! ?
STAIN REMOVER
Sejenis peluntur sama mcm clorox. Tuang dalam mangkuk tandas biaq 15minit mcm tu pastu flush tak payah gosok hilang segala kotoran huhu. Untuk lantai pon boleh tuang pastu biar sekejap. Baru cuci ye.
Elakkan kena kulit ye.
MICROFIBRE CLOTH
Cara paling cepat and senang nk lap habuk tak payah pakai bulu ayam bagai bukan lagi bersih lagi habuk pi merata. Guna yang ni paling senang and paling clean. Sarung ja kat tangan pastu lap lah mna tempat yang berhabuk tu. Wajib beli ! ?
SUPER TOT PENCUCI LANTAI
Walaupun RM2.12 tapi dia punya fungsi memang berguna. Wangi dan berkilat. Dia punya wangi tu wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas and tak melekit ??
WET TISSUE
Ni kalo ampa nak lap kotoran kat meja makan or atas perabot. Mudah kan ?
Ni utk cucian mingguan jaa. X sekuat stain remover. Tapi not bad utk kotoran biasa ?
PLASTIK SAMPAH WANGI
Sebelum ni duk beli kat tesco mahai kemain hahaha nasib dah jumpa kat kedai ECO.
Memang wangi, kami letak dlm bilik and dapur. Wangi sungguh.
Ni kalo boh pampers anak elok sangat lah.. hehe ?
Jadi, apa perlu tunggu lagi? Jom ambil kunci kereta anda dan pandu terus ke kedai ECO yang berhampiran anda!
A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on
Dalam satu temu bual dalam Radio IKIM FM, Tasha berkongsi ceritanya yang pulang ke Australia untuk bertemu kaum keluarga yang bukan Islam termasuk ayahnya.
Cabarannya kali ini cukup getir kerana beliau pulang dengan bertudung. Layanan diterima daripada keluarga juga agak berbeza.
[su_highlight background=”#fb99ff”]Mereka tidak membelikannya makanan halal dan dia terpaksa berpuasa dan hanya makan buah serta mi segera.[/su_highlight]
A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on
Namun Tasha tetap reda. Dia turut bercerita bagaimana ayahnya seorang Pensyarah yang begitu marah padanya apabila ada anak murid dari Arab Saudi yang memberikannya Al-Quran.
Tetapi Tasha berdoa agar Tuhan bukakan pintu hati ayahnya untuk menerima Islam satu hari nanti. Dia juga tidak mengambil Quran di rumah ayahnya kerana yakin ada gunanya kelak satu hari nanti.
Telahannya benar apabila, dia yang sudah lama tidak bertemu abangnya bercerita tentang agama. Daripada pengamatan Tasha, dia melihat hati abangnya satu step ke arah Islam.
A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on
[su_highlight background=”#fb99ff”]Bagi meyakinkan bahawa Tuhan itu memang wujud, Tasha segera menunjukkan kitab Quran yang memang ada di rumah ayah mereka.[/su_highlight]
Allah, betapa besar dan tingginya Al-Quran itu. Menurutnya dia memang sudah baca dan khatam Quran sejak kecil. Tetapi tidak pernah memahami secara jelas isi kandungannya.
Dan dia mengakui belajar semula mengenai Al-Quran kerana bacaan tajwid tunggang langgang sebelum itu.
Kesungguhannya untuk belajar semula Al-Quran dengan membawa dua anaknya yang masih kecil. Sambil belajar sambil menyuap dan mengejar anak-anaknya.
A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on
[su_highlight]Bagi Tasha ‘Quran Is Our Life’. Jika kita membaca Quran tanpa mengetahui atau belajar bahasa Arab yang memang bahasa Quran, ibarat tin kosong.[/su_highlight]
Malah, sebelum pergi belajar, Tasha juga akan membaca depan suaminya yang akan check bacaannya sama ada tajwid betul atau tidak.
Setelah mengetahui maksud setiap surah, air mata Tasha akan menitis betapa Quran adalah suatu yang ‘amazing’. Malah ubat bagi otak yang berkarat juga adalah dengan membaca Al-Quran.
A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on
Memang admin tersentuh hati membaca setiap perkongsian Tasha ini. Tasha turut mengakui pernah gagal sekali ketika berniqab. Waktu itu dia sedang hamil dan gangguan syaitan menyebabkan Tasha tidak mengekalkan momentum ketika itu.
Menurut Tasha, jika kita tidak hafaz Al-Quran akan menjadikan diri lalai. Menyedari hakikat itulah, Tasha kembali belajar mendalami Al-Quran semula.
“Al-Quran lepaskan ego. Al-Quran kecilkan kita, merendahkan kita, jadikan kita hamba yang sangat kecil di mata Allah. Susah nak explain fasal Quran dan inilah The best thing in my life.”
Ramai yang menggemari makanan bergoreng, tetapi tidak sesuai untuk berbuka dengannya. Makanan rangup ini lazat dan boleh menjadi tidak sihat kerana ia tinggi kalori, selalunya tinggi natrium, dan lemak tepu.
Terdapat beberapa sebab mengapa makanan bergoreng biasanya bukan cara yang baik untuk berbuka di bulan Ramadan. Berikut adalah antara sebabnya.
Jika anda berpuasa selama sepuluh jam sehari, perut berehat dan tidak perlu bekerja keras. Apabila berbuka puasa dengan makanan bergoreng, perut perlu bekerja lebih keras dan boleh menyebabkan sakit, kembung perut, atau rasa tidak selesa.
2. Lemas atau Mengantuk
Selepas berpuasa seharian, badan perlu bekerja lebih keras untuk menghadam makanan yang digoreng. Ini boleh menyebabkan mengantuk atau lemah selepas makan. Jika berasa sangat mengantuk atau lemah selepas berbuka, anda mungkin ingin menyemak sama ada mana-mana hidangan berbuka puasa itu membuatkan berasa seperti ini.
3. Meningkatkan Kolestrol Darah
Makanan bergoreng ialah makanan tinggi lemak kerana ia dibuat dalam proses yang menggunakan minyak panas. Kepekatan lemak yang tinggi dalam makanan ini boleh menyebabkan paras kolesterol darah anda meningkat.
4. Meningkatkan Tekanan Darah
Makanan bergoreng biasanya masin dan mempunyai bahan tambahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda. Makan terlalu banyak garam boleh merosakkan elektrolit badan anda, yang boleh menyebabkan masalah seperti hipertensi. Jadi adalah idea yang baik untuk memilih pilihan makanan yang lebih sihat untuk berbuka puasa anda.
Pilihan menu berbuka puasa yang sihat disyorkan dalam bentuk cecair dan karbohidrat kompleks, tetapi dalam bahagian kecil. Berikut adalah beberapa pilihan:
Selepas berpuasa, anda boleh makan hidangan utama selepas solat Maghrib. Dengan cara ini, perut anda selesa dan kesihatan anda terjaga.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di