Bosan asyik mengenakan hijab yang polos? Apa kata anda cuba bergaya dengan hijab bercorak pula, tidak kiralah corak abstrak atau flora.
Hijab bercorak sebenarnya boleh menyerlahkan personaliti seseorang di samping menyerlah aura feminin si pemakai. Tudung bercorak sesuai dipakai dengan baju yang polos. Barulah nampak serinya.
Lagipun, tidak susah untuk mendapatkannya di pasaran kerana kebanyakan jenama tudung masa kini sudah menjual pelbagai jenis corak menepati cita rasa hijabi di luar sana.
Hijabista kongsikan 10 stail selebriti yang menggayakan hijab bercorak.
Buat wanita berhijab, ia adalah satu perkara yang ditakuti jika tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Terutama jika tidak sempat iron tudung baru dan terpaksa memakai tudung yang sebelumnya.Masalah ini sering berlaku di kalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.
Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk mengelakkan tudung berbau yang boleh menyebabkan orang di sebelah rasa tidak selesa.
Ini adalah salah satu solusi yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.
Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak. Atau yang sudah dibasuh dilipat cantik dan disusun kemas.
Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.
Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.
Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.
Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nak jaga pakaian yang berwarna putih memang agak sukarkan, tambah lagi tudung putih. Selain mudah kotor, pakaian berwarna putih juga ini akan susah untuk dibersihkan dengan kesan minyak dan solekan yang melekat di tudung.
Justeru, sebab itulah kebanyakan daripada kita lebih gemar memilih pakaian yang berwarna gelap. Tapi, kini, sis semua tak perlu gusar lagi!
Di sini Hijabista kongsikan tips menjaga tudung atau pakaian putih yang dikongsikan oleh tiga selebriti ini! Boleh lah hijabi ootd dengan baju dan tudung putih dengan gembira selepas ini.
Namanya kini sedang mencanak naik setelah menggantikan Neelofa mengemudi rancangan MeleTOP sebagai pengacara. Justeru, sebagai selebriti Hawa Rizwana Redzuan juga acapkali dilihat menggayakan busana lengkap dengan tudung serba putih terutamanya ketika menghadiri majlis-majlis dengan dresscode tertentu.
Hijabista sempat menemubual Hawa dan bertanyakan apakah tip yang diamalkan ketika dia perlu menggayakan busana atau stail dalam rona warna putih.
“For me biasalah, bila kita pakai tudung putih, baju putih, masa tu lah kita akan makan macam-macam benda atau melakukan pelbagai perkara yang mungkin merisikokan pakaian kita.
“Jadi kena extra care and careful, bila pakai baju putih ni. Tapi kalau tak boleh jaga, jangan pakai tudung putih,” seloroh Hawa.
Namun, lain pula perspektif yang diutarakan oleh pelakon yang namanya sering meningkat naik dan menjadi sorotan netizen iaitu Sharifah Rose.
Menurut Rose sebagai selebriti dan pempengaruh media sosial, dia juga tidak dapat lari dari menggayakan rona putih. Kerana rona ini begitu menarik jika mahu menonjolkan imej yang suci dan polos.
Tetapi bagi seorang yang ‘makan comot’ seperti Rose, dirinya akui agak struggle untuk dia mengekalkan kejelitaan di kahalayak umum ketika mengayakkan busana putih. Jadi ini yang Rose selalu lakukan untuk kekalkan buasana putih bersih dan bebas comot!
“Kalau macam Rose, memang makan comot tau. Susah gila nak jaga bila baju putih. Memang nervous!
“Selalunya, Rose akan bawa tisu banyak-banyak dalam bag tangan. Memang banyak gila tisu. Ataupun kadang-kadang akan ada bib yang plastik tu untuk makan, supaya tak comot. Sebab memang Rose makan comot,” ujarnya.
Bagi suri hati kepada pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini warna putih merupakan antara warna kegemaran beliau dan sering digayakan untuk menghadiri pelbagai majlis.
Sehubungan itu, dek kerana begitu sinonim dengan pemakaian warna putih. Nurida boleh dikatakan sudah ‘masak’ dengan kerenah warna suci itu. Justeru, Ida berkata tip yang sering diamalkan jika memakai warna putih adalah seperti berikut.
“Kalau pakai tudung putih ni memang kena berhati-hati lah sebab tudung putih memang senang kotor.
“Tapi kalau kata lepas pakai memang terus kena cuci. Sebab kotoran mudah melekat. Kadang-kadang make-up atau apa,dikena terus balik cuci tudung,” kongsinya lagi.
Haa.. Sekarang dah tau tip dan hacks jika menggayakan warna putih kan? Lepas ni boleh la hijabi amalkan dan gayakan warna putih dengan lebih yakin tanpa perlu risau akan comot! Selamat mencuba.
Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, wanita berhijab juga tidak terkecuali mengalami perubahan cukup drastik. Pelbagai gaya hijab ditampilkan mengikut cita rasa masing-masing.
Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti. Jika anda sudah bosan dengan gaya biasa, apa kata tiru sahaja gaya hijab yang sering trending di laman sosial.
Inilah antara gaya hijab yang paling menjadi fenomena sejak ramai yang tampil berhijab. Gaya lilitan yang cukup stailo menyebabkan gaya Hana Tajima paling mendapat tempat di hati hijabi. Malah youtube cara figura dari Jepun ini mendapat capaian tontonan sehingga 3 juta untuk video perkongsian tutorialnya.
Aksesori paling sesuai digayakan tika berhijab adalah penggunaan kaca mata. Lagi besar kaca mata digayakan lagi cantik penampilan seseorang. Bila kita lihat selebriti kita juga banyak yang berselfie dengan kaca mata yang menambah sisi anggun tika berselfie. Selalunya digunakan sewaktu mereka bercuti dan selain untuk gaya, ia juga dapat melindungi mata daripada sinaran matahari.
Gaya hijab ini juga cukup popular di kalangan hijabi. Hijab dengan membalut rambut dan kepala ke bahagian belakang. Gaya sebegini sering jadi pilihan hijab yang punya daya keyakinan cukup tinggi kerana akan dipakai sepanjang hari. Senang untuk bergerak dan Yuna memang sangat sinonim dengan gaya hijab sebegini.
Bagi yang sukakan gaya cukup simple, nah sarungkan saja hijab bawal. Tidak perlu gosok dan cara memakainya juga cukup mudah. Hanya dipin di bawah dagu dan letakkan lebihan di kiri dan kanan bahu. Warna pastel atau bercorak juga begitu menarik perhatian hingga ada yang selesa tampil seharian dengan tudung bawal.
Selebriti ini punya pengaruh kuat pada golongan hijabi yang baru berjinak-jinak pakai tudung. Hijab instan Naelofar Hijab memang sangat pratikal dan tidak perlu susah untuk melilitnya secara keterlaluan. Malah menjadikan Neelofa sebagai wajah promosi jenama ini menjadikan ramai gadis di luar sana mahu cantik sepertinya.
Turut mencetus fenomena apabila Syawal tahun ini rata-rata jenama tudung memperkenalkan tudung printed. Memang sangat menarik corak diketengahkan seperti travel around the world, flora dan fauna, abstrak terbaharu anyaman yang sangat menarik. Memang rambang mata dibuatnya. Cara hijab digayakan juga simple dan sesuai untuk gaya wanita korporat.
Satu lagi gaya hijab popular dulu dan kini adalah hijab pashmina atau tudung yang memilik bidang besi. Ratu Rock Ella gemar sekali menggayakan tudung bidang besar ini dari fabrik ‘cotton’. Tidak perlu dililit keterlaluan, cukup sekadar selempang kiri kanan bahu.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.