Jika orang lain berlumba-lumba muat turut foto bersama keluarga ketika meraikan Syawal pertama pada hari yang sama menyambut lebaran. Masing-masing teruja untuk berkongsi kegembiraan dengan sahabat handai di alam maya. Namun bagi penyanyi popular, Ziana Zain hanya muat turun foto seisi keluarganya berhari raya hanya pada raya ke enam.

Foto dia yang meraikan Syawal bersama empat orang anak-anaknya serta kedua ibu bapa kelihatan tersenyum gembira. Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya sementelah sebelum ini umum mengetahui dia telah bercerai dengan bekas suaminya tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

Jadi Syawal tahun ini merupakan kali pertama pelantun lagu Madah Berhelah ini meraikannya dengan anak-anak sahaja tanpa kehadiran insan bergelar suami.

Kapsyen yang dimuat turun bersama foto berkenaan juga sangat ringkas. Tiada kata-kata meleret cukup sekadar ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin serta menggunakan tanda pagar #syukorselalu.

ASSALAMUALAIKOM.. SLMT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEMUA MAAF ZAHIR DAN BATIN 
#syukorselalu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

IKLAN

Sebaik dimuat turut ramai yang bukan sahaja mengucapkan Salam Aidilfitri kepada mereka sekeluarga tetapi turut mengusik dua anak bujangnya, Muhammad Aiman 20 tahun dan Muhammad Ammar, 14 tahun, yang sudah semakin dewasa. Termasuk juga anak kembarnya, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 10 tahun.

iamwatzzsuperb Selamat hari raya kak G serta keluarga. Ensome nyer anak² teruna kak G nie xoxo

tymfatimah Handsome aiman dh beso

aisyahtan39 Kirim Salam pakzain n mak jah… Aiman .. Akmar endsome nya… Dah dewasa mrk… Rindu Aiman…

IKLAN

miza.mat Indah sangat… dah hensom semua.. kasih pun comel

kulitcantik.jaja.naliza Selamat hari raya Kak G sekeluarga. Hensemnya Aiman

 

View this post on Instagram

 

My twins

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

Netizen juga turut simpati atas segala dugaan yang Ziana Zain alami sebelum ini. Menurut mereka, dalam hal ini keluarga tetap memainkan peranan dengan masih berdiri kukuh di sebelahnya walau apa terjadi.

IKLAN

syarriz_one Ya Allah sebak dan happy tgk pix ni. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kakakku

bedahyussof After all been through kak gee apa pun keluarga masih disisi amin .love u for that all this years penat lelah kerja MAS

adamiaairis Love u kak ziana..moga kehidupan akak bertambah bahagia dssmping anak2 dan ibubapa…dberkati ssn dlindungi allah hendaknya..

azilah3773 Waalaikumslm kakziana. Selamat hari raya maaf zahir batin buat kakziana anak2 dan keluarga. Kegembiraan akan terpancar bila lihat kegembiraan anak2 dan keluarga dihari yg mulia ini kan kak. Love you kak forever and ever

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZIANA ZAIN

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI