Ibadah solat merupakan rukun Islam yang utama selepas dua kalimah syahadah. Pengertian solat dari sudut syarak bermaksud, solat itu merupakan beberapa ucapan atau perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan untuk beribadah kepada Allah dengan menurut segala syarat/rukun yang telah ditentukan.
APAKAH TUJUAN ANDA MENDIRIKAN SOLAT?
Tujuan mendirikan solat adalah untuk manusia sebagai hamba mengingati Allah selaku pencipta. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKU!” (Surah Taha: 14)
Diantara manfaat solat adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dengan kata mudah, solat itu mampu menghalang seseorang melakukan kesalahan dan dosa. Firman Allah S.W.T dalam Al Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah Al Ankabut : 45)
Tetapi, kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang solat, namun pada masa yang sama mereka tetap juga melakukan kemungkaran. Contohnya seperti tidak menutup aurat dengan sempurna, mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat dan mencuri.
Walaupun kemungkaran itu kelihatan biasa, tetapi setiap daripada itu tetap diiringi dengan dosa. Lalu, mengapa ini boleh terjadi sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran bahawa solat itu mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar?
Adakah maksud Allah itu sekadar ditujukan kepada para Nabi dan Rasul semata? Jawapannya, tidak bukan begitu.
Percayalah. Semua yang dikatakan atau dijanjikan oleh Allah itu pastinya benar. Tidak akan ada satu pun kesilapan dalam penilaian Allah S.W.T.
Ads
Jika seorang manusia itu sudah melaksanakan solat tetapi masih tidak mampu meninggalkan perkara keji dan mungkar, maka ianya berpunca daripada diri manusia itu sendiri. Salah satu sebab utamanya adalah, kerana solat yang didirikan adalah tidak sempurna.
BAGAIMANA MENYEMPURNAKAN SOLAT
Diriwayatkan daripada Hatim Al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab;
“Ketika tiba solat, ku sempurnakan wudukku. Aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu, aku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat dibawah tapak kakiku, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir. Kemudian, aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu, apakah solatku itu diterima ataupun tidak.” (Kitab Imam Al Ghazali dari terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub)
Mari sama-sama kita perhatikan solat kita. Solat anak-anak kita. Ahli keluarga kita. Apakah selama ini, solat yang didirikan itu cukup sempurna untuk dihadiahkan kepada Ilahi? Ataupun sekadar solat kerana ianya wajib dilaksanakan atas tuntutan sebagai orang yang beragama islam semata?
Ads
SEMPURNA ATAU TIDAK SOLAT KITA
Cuba buat satu checklist. Sempurna atau tidak wuduk kita? Tahu atau tidak tentang rukun solat? Sudah betul dan lancarkah membaca Surah Al Fatihah?
Lakukan atau tidak perkara sunat dalam solat? Faham atau tidak maksud bacaan dalam solat? Bagaimana pula halnya dengan tomaqninah? Sempurna atau tergesa-gesa?
Walaupun solat itu dilakukan sebanyak 5 kali sehari, yakinkah kita bahawa solat itu diterima Allah S.W.T? Sedangkan usai solat saja, kita sudah berani mengumpat orang lain.
Ads
“Orang mendirikan solat diancam dengan neraka Wail, bagi yang melupakan tujuan solatnya, mereka solat hanya semata kerana manusia (riak) dan enggan membantu orang lain, yakni dengan solat yang tidak mampu mengubah sifat buruknya.” (Surah Al- Ma’un: 4-7)
PERBAIKILAH SOLAT
Wahai manusia! peliharalah solat. Perbaikilah solat. Kerana dengan solat yang khusyuk dan sempurna barulah solat itu dapat mencegah dirimu daripada melakukan hal keji dan mungkar.
Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu yang mengajar tentang fekah, dalamilah ilmu agama dengan sebaiknya supaya boleh membersihkan hati dan ilmu yang dipelajari boleh diterapkan dalam diri sendiri,keluarga serta dalam kehidupan seharian.
Cubalah solat dengan seikhlas hati. Perhatikan bacaan, biasakan diri melakukan perkara sunat dalam solat, bacalah sambil menghayati maknanya sekali.
InsyaAllah kita akan dapati, bahawa kita tiada masa untuk mengingati perkara lain selain daripada Allah sahaja.
Berusahalah sedaya upaya untuk perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Sama ada Allah menerimanya ataupun tidak, bukanlah itu menjadi urusan kita. Yang paling penting, kita sudah pun melaksanakan perintah Allah dengan sesempurna mungkin.
Jodoh adalah suatu benda yang ghaib kita tidak ketahui. Begitu juga keajaiban yang menakjubkan membuatkan kita terkejut dengan aturan Allah SWT buat setiap insan.
Tular baru-baru ini perkahwinan antara seorang guru maahad tahfiz yang selamat diijab kabulkan bersama pasangannya yang berasal dari Hawaii, Amerika. MasyaAllah, siapa sangka jodoh di perantuan.
Sudah berniat untuk kahwini orang dari luar negara
Sumber dari Sinar Harian
Tular baru-baru ini pasangan berlainan negara, Herman Zulfikar Hamzah, 25, memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama, Naziha Nuha Ali, 22, yang berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas.
Kisah cinta mereka telah termeterai pada Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknawi (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan. Bukan sahaja mereka, sebanyak 10 pasangan juga selamat diijabkabulkan pada hari tersebut dan tempat yang sama.
Guru Maahad Tahfiz Baitul Ehsan itu turut di temu bual oleh Sinar Harian berkenaan peristiwa kisah cintanya. Dia menyatakan sudah lama menyimpan hasrat untuk mengahwini seseorang yang berasal dari negara lain selepas melanjutkan pelajaran ke Indonesia sewaktu ketika dahulu.
“Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara,
“Pada awalnya, saya tidak tahu pertemuan tersebut adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan,
“Tapi selepas saya berjumpa isteri buat pertama kali, saya lihat dia (Naziha Nuha) baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan,” ujarnya.
Lelaki yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu tidak pun merancang perkara ini. Dia hanya di maklumkan sahaja dari ahli keluarga dan di temukan bersama pasangan serta keluarga mentuanya pada Julai lalu di Kuala Lumpur tanpa pengetahuannya dan bakal isteri (ketika itu).
Dengan Izin Allah SWT, tanpa sedari pertemuan itu adalah suatu perjumpaan untuk menyatukannya bersama isterinya. Herman membuat keputusan terus untuk menikahi Naziha Nuha selepas perjumpaan itu.
Ajal dan maut semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apabila telah tiba saatnya, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat. Kita harus bersedia kerana bila-bila masa sahaja Allah akan menjmeput kita ‘pulang’ ke alam yang abadi.
Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.
Baiklah, begini kawan.
Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.
“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”
Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.
Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.
Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.
“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”
Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan. Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia.
Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 47 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial.
Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Beliau bukan sahaja dikenali kerana dakwahnya, tetapi ibu kepada tujuh cahaya mata ini juga gigih menimba ilmu dan siapa sangka beliau juga merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak. Hijabista cukup bangga dengan kejayaan yang dikecapi.
Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga, suami dan anak-anak.
IDOLA SELURUH WANITA MUSLIMAH DI MALAYSIA
Dato Dr Norhafizah Musa. Inilah indikasi contoh terbaik untuk seorang “beauty with brain”. Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh wanita muslimah di Malaysia.
PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata, tapi memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu.
Hijabi juga harus mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama, secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
BEAUTY WITH BRAIN
Buat semua wanita yang mendambakan menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah kita semua. Amin.
Astro dan TVS bawakan selebriti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Marsha Milan serta ramai lagi ke Konsert MeleTOP TVS!Bayangkan persembahan artis pujaan secara LIVE,...