Dipengaruhi oleh falsafah estetika dan keperibadian diri, figura ini sering dilihat hadir di acara-acara fesyen sekitar kota, namun kebelakangan ini menarik perhatian warganet.
Pernah dahulu sedikit goyah, dek kontroversi yang melanda namun, kesukaran bukan penghalang Sharifah Rose untuk terus mengorak langkah. Tawaran demi tawaran, wajahnya sering menghiasi di kaca TV.
Rose dianggap sebagai bintang baru yang berpontensi untuk digilap dalam bidang fesyen. Mengayakan busana dari jenama Prada dalam satu hantaran di instagram, ramai yang beri komen yang positif dan gemar dengan penampilannya yang segar.
“Another Neelofa here..”, komen salah satu pengikut di laman sosial.
Ads
Malah salah satu komen yang membuat kita mengimbas balik gaya sosialit Neelofa sebelum berhijrah. Bukan datang dari keluarga mewah, Rose sendiri tidak pernah terfikir pun akan ada peluang bekerjasama dengan jenama-jenama besar.
Kekal fokus dan tidak peduli
Pernah terpalit dengan kontroversi jenama tudungnya, Rose akur setiap perancangan mestilah dilakukan dengan teliti. Harirose menjenamakan semula dirinya untuk menarik minat generasi muda memakai tudung. Daripada reka bentuk serta strategi media sosial, ini bukan jenama tudung biasa anda. Dan ini amat ketara dalam pelancaran “The Limited Edition Potret Momen” terbaharu. Koleksi ini memberi penghormatan kepada wanita muda yang membuat pilihan untuk diri mereka sendiri untuk kekal fokus dan tidak peduli tentang sesiapa sahaja dan apa sahaja yang mencabar mereka.
Ads
Melihat kepada wanita muda yang mempunyai semangat keusahawanan yang merupakan bos dalam hak mereka sendiri. Sama ada dalam perniagaan atau dalam kehidupan mereka, mendahulukan diri mereka dan memilih diri mereka terlebih dahulu adalah keutamaan di atas segalanya.
Koleksi ini akan dilancarkan pada 19 Oktober yang terdiri daripada tudung persegi bercetak dalam 5 warna – Taupe, Copper, Golden Beige, Willow Blush dan Crimson Blue. Tudung Potret Momen didatangkan dalam 10 warna, dipisahkan dengan dua titik dan dijual pada harga RM109. Material untuk tudung ini ialah Satin Silk. Setiap selendang dibalut dalam kotak persegi Libo sendiri dan boleh didapati laman sesawang harirose serta di Shopee.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang wanita, bra merupakan pakaian yang wajib dipakai setiap hari. Tetapi, tahukah anda bahawa bra ada pelbagai jenis. Setiap jenis bra mempunyai fungsi yang tertentu.
Sekiranya anda tidak mahu tersalah memakai bra, ketahui 9 jenis bra ini dahulu. Kemudian, pilih ikut kesesuaian anda.
Seamless bra merupakan bra yang selalu anda lihat di pasaran. Walaupun bra ini membuatkan payudara anda kelihatan tidak menonjol, ia selesa dipakai setiap hari.
Bra ini mempunyai dawai pada bahagian bawah bra untuk menyokong payudara anda. Payudara juga akan kelihatan lebih berisi. Namun, bra dengan dawai ini tidak selesa dipakai dalam jangka masa yang lama.
Sekiranya anda tidak selesa memakai bra berdawai, cuba pakai push-up bra. Bra ini sesuai jika anda mahu payudara anda kelihatan lebih naik dan menonjol. Sesuai untuk anda yang memiliki payudara tidak sama saiz.
Biasanya cup bra ini tidak akan menutupi seluruh payudara anda, hanya sebahagian bawah sahaja.
Anda boleh memakai bra ini sama seperti anda memakai baju. Bralette cukup selesa dipakai sewaktu tidur.
Bra ini tidak mempunyai tali seperti bra biasa. Namun, kebanyakan bra di pasaran menjual bra strapless yang serba guna iaitu tali yang boleh dicabut dan dipasang kembali.
Sekiranya anda seorang yang suka bersukan, lebih baik sekiranya anda gunakan sports bra. Ia mampu menekan payudara agar lebih selesa kerana tidak bergoyang.
Buat anda mempunyai payudara yang lebih besar, lebih baik gunakan minimizer bra kerana ia akan membuatkan payudara anda tampak lebih kecil.
Buat anda yang mempunyai payudara yang kecil dan ingin ia kelihatan lebih penuh, cuba gunakan adhesive backless bra. Bra ini akan membuatkan payudara anda lebih bulat dan naik. Tetapi, jangan gunakan ia pada cuaca panas kerana ia memiliki bahan yang kurang selesa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Proses menurunkan berat badan pastinya berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengamalkan diet jenis A, ada pula yang mengamalkan diet jenis B. Namun, sepanjang proses itu, pastinya mengambil tempoh yang lama dan menguji kesabaran diri. Ada kalanya kecundang, dan ada kalanya konsisten bersemangat untuk mencapai tubuh badan yang diidamkan.
Kali ini, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah perjalanan diri sendiri yang mungkin bukan sebesar mana kisahnya, namun cukuplah untuk memberi nafas inspirasi kepada anda yang sedang membaca. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dalam masa 2 tahun bukannya sebuah proses yang senang. Ada naik turunnya, dan ada susah senangnya. Namun, penulis jadikan ia sebagai sebuah perjalanan yang begitu manis untuk disimpan dalam diari diri.
Ramai yang bertanyakan kepada penulis tentang titik permulaan diri apabila ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya, semuanya terjadi saat penulis bekerja di sebuah akhbar kesihatan dan ditugaskan untuk menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan. Ada diantara mereka yang pernah memiliki berat badan sebanyak 110kg dan berjaya menurunkan berat sehingga 70 kg dalam tempoh 2 tahun! Ada juga yang hampir melakukan proses pembedahan usus (Bariatrik) namun menolak saranan doktor dan terus menukar corak diet ke arah yang lebih sihat. Akhirnya, dari 200 kg menjadi 80 kg, hasil titik peluh sendiri. Menarik, bukan? Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mendengar kisah perjalanan mereka, pahit manis mereka menurunkan berat badan menjadi inspirasi kepada penulis untuk mula mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan aktif.
Untuk menukar corak pemikiran dengan sesuatu yang baru pastinya mengambil masa. Ada kalanya culas untuk melakukan sebuah perubahan. Mujur, diri cepat sedar. 88 kg bukanlah sebuah angka untuk mendiamkan diri tanda selesa. Malah, harus bermula dengan sebuah langkah yang sihat.
Hanya mengambil oat sebagai menu makanan sepanjang 4 bulan terawal merupakan proses yang menyakitkan! Sarapan, makan tengah hari, makan petang dan juga makan malam, semuanya dengan oat.Ada juga yang bertanyakan, Mengapa tak campur oat tu dengan buah-buahan ataupun madu?. Saya lebih selesa untuk makan kosong sahaja. Walaupun rasanya tawar dah ada kalanya hampir termuntah, namun, Alhamdulillah ianya memberi kesan yang cepat! Malah, 4 bulan terawal ini juga saya mula berlari di atas treadmill dan ia amat-amat membantu menurunkan berat badan saya. Dari 88 kg sudah mula menjadi 80 kg! Diri semakin bersemangat untuk terus konsisten apabila perubahan mula jelas kelihatan dari masa ke semasa!
Selepas berakhirnya 4 bulan, diet saya mula berubah dalam bentuk ‘suku-suku separuh’. Untung ketika itu, banyak yang saya pelajari dari pakar nutrisi dan juga jurulatih senaman yang saya menemu-bual untuk akhbar kesihatan itu. Kadang-kala, sempat saya tanyakan beberapa soalan untuk diri saya sendiri. Sedikit-sebanyak, ia memberi informasi berguna yang dapat dipraktikkan dalam proses penurunan berat badan.
Konsep ‘suku-suku separuh’ ini saya amalkan setiap kali waktu makan tengah hari. Selalunya saya akan ambil kuantiti suku untuk nasi, suku untuk sumber protein dan separuh lagi adalah sayur-sayuran.Dalam konteks ini, saya hanya ‘buat acah-acah tahu’! Andai kata tubuh mula berasa tidak selesa, saya akan makan buah-buahan atapun ulam-ulaman untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong! Pernah juga ada ketikanya tubuh menggigil, mungkin kerana tidak cukup makan. Bahaya tau! Jadi saya ambil buah-buahan seperti buah pisang ataupun epal sebagai sumber makanan untuk memberi tenaga.
Malah, air kosong juga sudah menjadi ‘sahabat baik’ saya ketika ini. Botol air sebesar 2 liter diisi dengan air yang penuh pastinya akan habis tidak sampai setengah hari. Boleh dikatakan banyak kali tambah dalam masa satu hari. Jadi, berapa liter saya minum air kosong dalam sehari? Saya juga hilang pengiraannya!
Mengenai senaman pula, saya mencuba pelbagai jenis senaman di saat awal saya ingin menurunkan berat badan. Ternyata, saya lebih selesa untuk berlari di atas treadmill. Jadi, berat saya turun dengan senaman berlari sahaja. Setiap pagi dan malam saya akan penuhkan waktu dengan aktiviti berlari di gim mahupun di kawasan rumah. Bukan mengangkat berat ataupun lain-lain. Bermula dengan larian 1 km saat pertama kali saya mencuba peralatan treadmill di gim sehinggalah saya mampu berlari ‘outdoor’ sejauh 20 km! Pepatah slowly but surely sememangnya menjadi pegangan ketika ini.Mungkin saya bertatih saat mula-mula menjinakkan diri dalam aktiviti berlari. Namun, usah bandingkan diri dengan orang lain kerana ia mungkin akan mematahkan semangat untuk terus mencapai misi yang dihajati.
Sehingga hari ini, untuk sentiasa kekal motivasi, saya seringkali setkan dalam pemikiran “Jika tak capai 10km, maksudnya kau lembik!”.Slogan itu yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berlari jauh dari hari ke hari sehinggalah saya mampu untuk berlari sejauh 20km. Bukan itu sahaja, malah saya juga sentiasa bercakap dalam hati “Putra, kau kena kurus sampai kau boleh pakai baju putih!”. Bukan apa, selalunya sebelum ini ketika bersaiz besar, baju berona putih membuatkan saya lebih lebar dan malu untuk menyarungkannya. Jadi, saya jadikan itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus aktif berlari.
Bukan hanya berlari, saya juga berjinak-jinak melakukan senaman yoga setiap pagi dan malam. Bagi saya, senaman yoga memberi kepuasan yang sama dengan berlari, cumanya ia memfokuskan kepada faktor dalaman. Sehingga harini, saya masih lagi aktif berlari, melakukan yoga dan mempunyai hobi yang terbaru, iaitu berbasikal!
Apa yang saya perolehi saat saya menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan itu ialah mereka menasihati saya, jika mahu kurus, buat untuk kekal sihat, dan bukan untuk kurus semata-mata. Jika saya meletakkan dalam fikiran saya hanya untuk kurus, berkemungkinan jika sudah mencapai berat badan yang diimpikan, saya akan berhenti mengamalkan rutin harian yang sihat. Oleh itu, kepada anda semua yang ingin kurus dan menurunkan berat badan, sentiasalah beringat, langkah yang anda lakukan ini untuk sentiasa kekal sihat, dan bukannya untuk kurus semata-mata!
Mengakhiri warkah penulisan ini, suka untuk saya tekankan kepada anda semua tentang beberapa perkara jika ingin menurunkan berat badan. Antaranya:
Semoga cebisan penulisan ini memberi inspirasi kepada anda yang memerlukan. Maaf anda ada yang terkurang. Salam sihat untuk semua.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bantal perjalanan yang baik boleh membuat perubahan dalam perjalanan jauh. Sebaik-baiknya, bantal akan memberikan sokongan untuk leher atau badan anda supaya boleh tidur dalam keadaan santai, walaupun dalam perjalanan kapal terbang yang sempit dan tidak selesa. Pilih bantal yang sesuai dengan gaya tidur anda dan cuba posisi yang berbeza untuk mencari tempat yang paling selesa.
Kerana video TikTok yang ini telah membawa perhatian adakah anda memakai bantal leher dengan betul selama ini.
Anda yang biasa dengan ruang TikTok mungkin mengetahui pencipta @sidneyraz. Seluruh getarannya mencipta video perkara yang dia ingin tahu sebelum dia berumur 30-an. Dan tidak hairanlah, banyak pelajaran yang dia temui adalah perkara yang orang lain juga tidak tahu tentangnya. Kami menganggap satu ilmu yang berharga pada bantal leher perjalanan ini adalah yang relevan untuk disentuh. Berikut adalah ringkasan daripada @sidneyraz.
Terdapat juga 3.2 juta orang yang telah menonton video ini setakat ini dan kira-kira 136.2K orang yang menyukainya pada masa penulisan. Jadi, agak selamat untuk mengatakan bahawa segelintir daripada kita telah terpesona oleh kebenaran tentang bagaimana seseorang harus memakai bantal leher perjalanan. Ohhh selesanya!
Realiti mudahnya ialah anda harus meletakkan bahagian terbuka bantal di belakang leher anda. Jika anda membayangkan bantal perjalanan sebagai bentuk U, bahagian terbuka adalah apa yang terletak di pangkal belakang leher anda, bukan di bahagian depan seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan kita.
Terkejut? Tidak yakin? Bagaimanakah bom kebenaran tentang pemakaian bantal leher perjalanan ini membuatkan anda rasa bersalah selama ini? Jom cuba nak lihat betapa selesanya cara baharu ini.
Untuk tip tambahan, tutup bantal anda dengan baju-T atau selendang untuk menjadikannya lebih lembut. Beberapa bantal leher, terutamanya bantal kembung yang lebih murah, diperbuat daripada plastik dan mungkin tidak mempunyai permukaan yang sangat selesa. Gunakan sehelai pakaian nipis dan lembut seperti kemeja-T atau selendang ringan untuk menutup bantal anda dan menjadikannya lebih selesa.
Anda juga boleh membeli sarung bantal yang boleh tanggal. Pastikan ia sesuai dengan bantal anda sebelum membelinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.