Selebriti terkenal, Yatt Hamzah meluahkan rasa syukurnya apabila mendapat peluang untuk membersihkan Masjid Nabawi walaupun sebentar sewaktu mengerjakan umrah dan ziarah di sana.
Berkongsi video di laman instagramnya, Yatt seronok apabila dapat membersihkan permaidani di masjid tersebut dan menjelaskan bahawa sudah lama mengimpikan peluang yang sebegini dalam hidupnya.
Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabi ku. Aku sangat teringin anak-anakku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi’.
Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati YA Allah. Aku amat amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullahku SAW. Kau MAKBULKANLAH doa-doa bonda ini Wahai Tuhan yang MAHA MEMAQBULKAN DOA.
Ads
Semalam lepas Asar Bonda ini dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa MashaAllah walaupun hanya sekejap. Memang dah lama teringin nak membantu pekerja2 kebersihan di dalam Masjid Nabawi sbb Bonda ni memang suka sangat-sangat membersihkan rumah. Tak suka nampak kotor. Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar.. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH YA ALLAH.
Perkongsian Yatt itu mendapatkan pelbagai reaksi positif daripada pengikut laman sosialnya. Ramai yang terharu dengan usaha Yatt selain rasa ‘cemburu’ dengan peluang yang diterimanya itu.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah pasti sebagai umat Rasulullah SAW, kita diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu. Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita. Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya.
Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak. Jom Bersama kita jangan lepaskan peluang merebut kenikmatan yang Allah beri pada kita umat islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)
Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.
Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah SAW “aku selalu mendengar Rasulullah SAW membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata “tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.
Sekurang-kurangnya 2 orang baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
اللهم زقنا الإستقامة
“Allahumma zugna istiqamah”
Ya Allah rezekikan kami istiqamah, Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.
Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.
Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.
اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca “Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)” 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka.” (HR Nasa’i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)
Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, “Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah.”
Baca doa “Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)
Amalkan zikir ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi ” (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ….sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan senang untuk senang. Disebalik kejayaan seseorang itu, pastinya ada kisah pahitnya yang tidak diketahui umum.
Di laman facebook, jurusolek terkenal iaitu Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai Mua Bellaz telah berkongsikan status facebooknya 10 tahun yang lalu dimana ketika itu dia belum mampu memiliki set lengkap alat solek kerana kehidupannya yang susah.
Walaupun begitu, Bellaz tidak patah semangat dan sentiasa berniat untuk mengubah kehidupannya dan menjadi hebat dalam dunia solekan suatu hari nanti.
Teringin nak beli full set semua alatan mekap sebab tengok ramai orang mekap cantik sangat bila diorang pakai. Tapi apakan daya, kais pagi makan pagi. Aku dengan fikirkan adik-adik dan ma aku lagi. Takpe, akan aku usaha untuk ubah hidup. Aku belajar tengok YouTube minah salleh aku syok gila tengok diorang mekap. One day, insyaAllah aku boleh mekap macam diorang. Amin!
Alhamdulillah, berkat doa dan usahanya, Bellaz kini menjadi terkenal dan berjaya mengubah kehidupannya secara total. Siapa yang sangka bukan?
Walaupun sudah berada di tahap yang lebih tinggi, Bellaz tidak pernah angkuh dengan rezeki yang dimilikinya malah tetap kekal dengan sikapnya yang merendah diri seperti dahulu. Moga rezeki yang lebih banyak lagi terus mendatang untuk Bellaz!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak kenal dengan figura jelita yang pernah dikatakan kembar seiras kepada pelakon tanah seberang Nia Ramadhani, pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli ataupun Amyra Rosli mula berkecimpung dalam industri seni tanahair sejak 2011 sebagai pelakon wanita Malaysia.
Setelah namanya melonjak naik apabila menjadi teraju utama dalam drama bersiri keagamaan berjudul Nur, Amyra kini mulai membereikan fokus dan melebarkan sayapnya dalam bidang pengacaraan pula.
Memetik laporan Media Hiburan, Amyra mula mengorak langkah berubah kearah lebih baik sekitar 2011, diam tak diam sudah lima tahun Amyra istiqamah mengenakan tudung dan menggayakan busana patuh syariah.
Menurut Amyra, kali pertama terdetik mahu berhijab sepenuhnya, dia berbuat demikian tanpa berbincang dengan suami, Amar Baharin dan ibunya, sebaliknya perubahan itu berlaku secara tiba-tiba.
“Ketika saya pulang dari Mekah, ada seorang kawan lelaki datang ke rumah untuk menziarahi kami sekeluarga.
“Apabila saya sudah bermingu-minggu menutup aurat ketika berada di Mekah, apabila tetamu datang rumah, rasa macam tak selesa. Saya rasa mungkin dah sampai masa.
“Ketika itu saya tidak berbincang dengan suami atau ibu saya, ia datang secara tiba-tiba untuk saya berbuat demikian (menutup aurat),” kongsi pelakon drama Nur 2 itu.
Menjadikan Neelofa, Mizz Nina dan Vivy Yusof sebagai insiprasi selebriti wanita hijab yang berjaya, Amyra akui bahawa ada kalanya terfikir mengenai soal rezekinya dalam industri hiburan.
“Saya dah beberapa tahun dalam industri hiburan ini dengan free hair dan berlakon macam biasa. Bagi saya ia seolah-olah rutin yang sama setiap hari.
“Apabila mengenakan tudung ini, kadang-kadang ada juga bisikan jahat yang mempersoalkan ada job ke lepas ni? ada ke tempat aku dalam industri ini lagi? Tapi saya memandang ke araf positif dan menjadikan Neelofa, Mizz Nina, Vivy Yusof sebagai inspirasi.
“Mereka yang menjadikan saya kuat apabila saya berasa down,” ujar Amyra.
Tambahnya lagi, pesanan seorang ustaz menjadikan pelakon itu lebih kuat untuk berhijrah.
“Ustaz saya pernah sampaikan pada saya, jika kita kejar dunia, kita hanya akan dapat dunia semata-mata, tetapi kalau kita kejar dua-dua (dunia dan akhirat), kita akan dapat dua-duanya sekali.
“Rezeki kahwin sudah ada, anak dan karier. Apa lagi yang Allah tak bagi aku. Mungkin saya rasa sudah tiba masanya ikut perintah Alla pula.
“Apabila sudah berhijrah ini, pemikiran lebih matang dan tahu perancangan yang mahu dilakukan dalam hidup,” jujur Amyra.
Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun itu, perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.