Sudah pasti sebagai umat Rasulullah SAW, kita diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu. Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita. Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya.
Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak. Jom Bersama kita jangan lepaskan peluang merebut kenikmatan yang Allah beri pada kita umat islam.
Amalkan 10 perkara ini:
1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)
Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.
2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah.
Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah SAW “aku selalu mendengar Rasulullah SAW membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata “tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.
3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.
4. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah
Sekurang-kurangnya 2 orang baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa
اللهم زقنا الإستقامة
Ads
“Allahumma zugna istiqamah”
Ya Allah rezekikan kami istiqamah, Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.
6. Selepas memberi salam solat Subuh, jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut.
Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Ads
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.
Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.
6. Jangan tinggalkan membaca:
اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca “Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)” 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka.” (HR Nasa’i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)
Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, “Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah.”
7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan
Baca doa “Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)
9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir
Amalkan zikir ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi ” (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)
10. Baca ” …innama sana’uu kaidu saahir wa la yuflihus saahiru haithu ataa”
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ….sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Masalah berat badan memang sering menghantui kaum wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan berat badan dan salah satu caranya adalah dengan menggunakan petua tradisional. Seperti perkongsian wanita ini yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 12 kg sebulan.
Bukan sahaja berat badan hilang, petua yang digunakan juga boleh menyebabkan angin dalam badan keluar.
Dan paling menyeronokkan sekali perut yang boroi juga sudah hilang. Begitu juga dengan masalah sembelit turut boleh diselesaikan.
Cara yang dibuat cukup mudah, terjaminkebersihannya dan begitu menjimatkan.
Menurutnya tidak perlu beli poduk mahak kerana petua digunakan sangat berkesan. Minuman ini diamalkan minum pagi, petang dan selepas makan malam.
MEMANG BERKESAN! SAYA DAH TURUN 12KILO BULAN NI! TQ KPD YG MEMBERI RESEPI INI – YANA
Jom saya kongsikan sedikit tips untuk kurangkan berat badan
Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ni. Lega weh
Yang paling best perut boroi dah tak de Timbangan pun dah turun. syokkkk tauuu
Senang dan menjimatkan. Tak payah beli produk mahal2 Buat sendiri kebersihan terjamin.
Jom pakat-pakat amalkan. Semoga bermanfaat
Resepi di gambar yer
Tak faham nanti leh tanya tau
Sediakan bahan2 berikut
1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana kita nak buat) Halia seketul ikut kesesuaian. Banyak pun takpe nanti angin lgi cepat keluar.. Haha
3-5 keping Asam
5-7 biji asam boi putih (bgntung pada masing2. Saya letak k asam boi sebab tak nak rasa msam asam keping tu banyak sangat. Nak seimbangkan rasa masam tuu)
Basuh bersih semua bahan tadi.. Toskan
Siap basuh dan potong bahan bahan tadi
Masukkan air sebanyak 5 cawan.. Rebuskan semua bahan2 tadi
Biorkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan
Kacau sebati. Tutup api
Biarkan sejuk suam2 gituuu.. Hihi
Jangan terus minum tau. Nanti melecur mulut susah pulak cari ubat lain.
Ok.. Bila dah sejuk leh lah simpan yang lebih dalam peti ais tau
Nanti nak minum keluarkan jer.. Biorkan habis suhu sejuk tu dulu baru leh terus minum..
Tadaaa
Dah buleh minum. Rasa sedap masam2 pedas gitu.
Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatan nye tuu. Maklumlah ada halia kan..
Tak sampai 15 minit dah sedawwaa tau. Keluar sgala angin2 monsun dalam tubuh
Ingat. Jgn jauh dari tandas yer.. Nti nak membuang tau. Takut tak sempat. Hihihi
Amalkan minum pagi dan petang slps makan malam.. Memang terkeluarlah segala harta2 pusaka dalam tubuh tuu. Haha
Menjadi impian setiap suami mahukan isterinya menutup aurat dan memenuhi ciri-ciri sebagai wanita Muslimah. Namun hidayah itu milik Allah dan kita tidak tahu bila ia akan datang. Begitu juga dengan lelaki ini yang juga pernah viral kerana kisahnya menjaga adik Cik Pia yang ada masalah sindrom down. Popular dengan panggilan Bengah turut berhajat agar isteri tersayang akan berhijab. Dalam postingnya dia setiap hari mendoakan isterinya itu akan memakai hijab. Malah turut melukis isterinya yang memakai hijab sebelum di muat turut dalam instagram.
Menurutnya bermacam-macam cara dilakukan dalam memujuk isterinya untuk berhijab. Misalnya memberitahu ada sale tudung di pasaraya dan isterinya hanya akan menjawab insya-Allah akan berhijab nanti.
Bukan itu sahaja, dia yang juga dinobatkan sebagai Personaliti Media Sosial ABPBH 30 memberitahu turut mendapat banyak tawaran review untuk tudung tetapi ditolak memandangkan isterinya masih belum berhijab.
Sebagai suami, dia sentiasa mendoakan semoga satu hari nanti isterinya akan terbuka hati untuk berhijab.
Dia juga turut berhajat untuk membuka kedai tudung dan corak pada tudung adalah gambar bunga yang dilukis menggunakan tangan kidalnya.
Walaupun belum lagi berhijab, tetapi Bengah tetap menyayangi isterinya itu kerana wanta ini adalah seorang isteri yang baik dan hanya satu tiada yang lain.
Sebelum itu, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga dan walaupun sudah berkahwin, Bengah tetap tidak melupakan tanggungjawabnya menjaga Cik Pia yang cukup istimewa.
Walaupun ramai netizen menyangka isterinya Cik Bunge adalah orang Cina kerana wajahnya yang putih melepak.
Tetapi dia sudah banyak terangkan bahawa isterinya itu adalah berdarah kacukan, emaknya berketurunan Melayu dan bapa pula Cina. Berasal dari Kedah dan memang beragama Islam.
Kita doakan semoga Cik Bunge akan dibukakan hatinya oleh Allah untuk berhijab sepenuhnya insya-Allah.
Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah. Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3. JANGAN MAKAN BERLEBIHAN
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4. BANYAKKAN BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. JANGAN MARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Kehidupan akan jadi lebih bahagia jika dapat mengawal emosi, menjalani gaya hidup sihat dan sentiasa ingat pada Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Astro dan TVS bawakan selebriti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Marsha Milan serta ramai lagi ke Konsert MeleTOP TVS!Bayangkan persembahan artis pujaan secara LIVE,...