Secawan kopi memang sangat membantu mata segar dan membuatkan daya tumpuan seseorang itu jadi lebih fokus. Ada kajian menyebutkan manfaat minum kopi mampu merangsang kreativitas.
Selain itu, minum kopi juga mampu mengurangkan risiko diabetes (tanpa gula).
Seduhan dari biji kopi memiliki kandungan antioksidan yang berfungsi sebagai pelindung kesihatan tubuh.
Photo by Dominika Roseclay from Pexels
Polifenol atau klorogenik terbukti mengurangkan masalah obesiti. Kajian juga menunjukkan bahawa kopi menjadi penyumbang antioksidan. Kopi berkemampuan kopi untuk meningkatkan pembakaran kalori.
Sebuah kajian lain juga menegaskan manfaat kopi untuk memberikan rasa bahagia. Para pengkaji mendapati minum kopi mampu meningkatkan emosi positif seperti rasa tenang dan damai.
Namun bagi pencinta kopi tentu lebih suka minum kopi yang panas. Walau bagaimanapun apabila berada di pejabat, mungkin kita terlalu sibuk dengan tugasan sehingga akhirnya kopi yang dibancuh menjadi sejuk.
Photo by fotografierende from Pexels
Kopi tidak ‘sedap’ diminum ketika sejuk selain tidak menyegarkan. Melalui perkongsian seorang wanita yang juga seorang pencinta kopi, dia berkongsi gajet yang boleh membuatkan kopi sentiasa panas.
Ads
Jumpa thermostatic coaster ini di Shopee. Alhamdulillah membantu menyelesaikan masalah saya yang mana kopi sentiasa hangat untuk diminum. Harga less than RM50 sahaja.
Perkongsian Zue Zainal Abidin menarik minat ramai pencinta kopi. Gajet ini boleh dibeli melalui:
Harganya mampu beli dan sangat berpatutan. Dengan cara ini, kopi yang anda minum akan sentiasa panas dan menyegarkan. Barulah kita bersemangat untuk bekerja. Mata pun jadi segar bugar.
Semakin ramai kita melihat selebriti yang tampil berhijab. Terbaru adalah pelakon Ardell yang sebelum ini terkenal dengan watak tomboy. Hidayah Allah itu hadir tanpa mengira siapa dan memang beruntung bagi yang mendapatnya. Seperti juga penyanyi Farihah Mohamed Arshad ataupun popular dengan nama Farra yang cukup terkenal dengan lagu ‘Bagaikan Puteri’. Dia bukan setakat berhijrah dari zaman kejahilannya tetapi juga turut mengambil keputusan untuk berniqab. Sudah hampir 20 tahun beliau berhijrah menjadi Muslimah yang diredai Allah dan masih terus kekal istiqomah.
Dalam artikel yang disirkan di Sinar Harian Online, Farra berkata cabaran ketika berhijrah tidaklah seserius ketika beliau mengambil keputusan untuk berniqab.
“Semasa saya berkeputusan untuk berniqab. Saya melalui cabaran getir kerana ramai yang tidak menggemarinya. Namun, bila saya baca beberapa buku dan mengikuti kelas, saya berasakan tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, sebenarnya adalah untuk mengelakkan fitnah.
“Kalau dalam hukum wajib, niqab ini dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.
“Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.” katanya.
Jelas Farra, sebab itulah beliau berasakan masyarakat perlu lebih peka dan memahami mengapa seseorang itu berniqab dan jangan terus menghukum dan melabelkan mereka memakai sekadar untuk menunjuk-nunjuk.
Menurutnya, beliau berharap agar dirinya dan juga Muslim yang lain terus diberikan petunjuk daripada ALLAH untuk terus mempelajari ilmu dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullahlah.
Jika dilihat dalam laman instagram Farra, beliau juga turut berdakwah kepada followernya secara aktif. Ada sahaja perkongsian kata-kata berunsur nasihat kepada pengikutnya.
Dalam pada Itu, Farra kini giat menggali dan menuntut Ilmu serta aktif dengan kerja-kerja dakwah. Buat masa ini dia begitu aktif dengan Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) dan pembabitannya adalah secara tanpa sengaja.
“Sekitar tahun 2014, semasa mengikuti sesi daurah tafsir al-Quran, saya dijemput oleh pengasas PQDM, Puan Rahana Ab Rahim bersama suaminya, Hj Mustapa Omar untuk bersama menjayakan misi PQDM iaitu menjadikan al-Quran untuk dibaca, faham dan amal.
“PQDM bermula dengan mewujudkan Quran Daily (QD) pada Mei 2014. Aktiviti QD diperlengkapkan lagi dengan aktiviti amal melalui Projek Infak Quran Daily (PIQD) dan aktiviti ilmu melalui Biro Ilmu Quran Daily (BIQD). Saya bermula sebagai admin grup, setelah berjaya khatam al-Quran. Saya menjadi mentor dan dalam masa yang sama turut mengendalikan BIQD, kursus jenazah dan kursus solat,” cerita ibu tiga anak ini.
Bukan itu sahaja penyanyi yang pernah bersama-sama dengan ratu Rock Ella ini juga turut terbabit dengan kumpulan Pengurusan Jenazah Muslimah (PJM) aktif mengadakan kursus jenazah yang juga dikendalikan di bawah PQDM.
Selain terbabit dengan kerja-kerja dakwah ini, Farra juga turut aktif dalam menjalankan perniagaan, Farra Apparel menerusi dalam talian. Objektif Farra Apparel adalah untuk menawarkan rangkaian busana Muslimah yang aktif, selesa dan bergaya, serta menepati syariat.
Suatu ketika dulu dia antara penyanyi wanita yang amat disegani. Malah begitu berani beraksi dalam setiap persembahannya. Tetapi hidayah Allah datang tanpa diduga dan hari ini Mizz Nina yang kita lihat jauh dari bayangan lama. Ternyata personalitinya sudah jauh berubah dan menjadi insan lebih istiqomah. Kalau dulu dia banyak habiskan masa dengan menyanyi, tetapi kini rutin hariannya digantikan dengan membaca Al-Quran dan menghadiri kelas mengaji.
Isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini tidak lagi memikirkan dunia seni sebaliknya seronok mempelajari minat barunya iaitu belajar, memahami dan melaksanakan Al-Quran.
Bercakap kepada Mstar Online, Mizz Nina atau nama betulnya Syazrina Azman memberitahu dakwah, kasih sayang untuk manusia dan kemusiaan itu yang memberikan dia ketenangan sebenar serta kepuasan dalam hati.
Mizz Nina berkata begitu ketika menjawab soalan rawak di laman Instagram yang bertanyakan kenapa dia tidak lagi menyanyi.
Dalam temubual terdahulu, Mizz Nina memberitahu pada setiap pagi dia akan membaca Al-Quran dan hujung minggu pula dihabiskan dengan menghadiri kelas mengaji. Amalan ini menjadikan dirinya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-harinya.
“Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari,” tambahnya lagi yang turut ditanya bagaimana dia boleh sentiasa berfikiran positif.
Menurutnya dia Allah, Al-Quran dan Sunnah bersamanya untuk terus kekal bermotivasi biarpun menempuh pelbagai dugaan hidup.
“Mempunyai Allah, Al-Quran dan Sunnah bersama saya merupakan semua yang saya perlukan untuk kekal bermotivasi, kalau dunia menentang saya.
“DIA (Allah) adalah pencipta tujuh syurga dan bumi dan semuanya, tiada yang lain sebelumNya dan selepasNya.
“DIA yang memelihara, menyediakan, melindungi, kita, kenapa perlu saya bimbang? Mempunyai iman dan tawakal pada Allah adalah kunci,” katanya yang mula memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya turut berubah semenjak penghijrahan tersebut.
Ramai di antara kita mesti keliru rutin penjagaan manakah yang sesuai dengan kulit wajah kita. Ramai yang ingat jika kulit berminyak tidak perlu pakai pelembap tapi sebenarnya salah tanggapan itu! Kulit yang berminyak juga perlukan pelembap tau.
Menerusi perkongsian Nurul Khairunie di facebook, dia telah menjelaskan mengenai produk penjagaan wajah yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak.
Lebih beruntung sekali, segala produk ini boleh didapatkan dengan mudah di gedung farmasi pada harga berpatutan.
Diharap perkongsian ini dapat membantu hijabi di luar sana yang mengalami masalah kulit berminyak. Apa yang paling penting mestilah kena rajin mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Jangan malas tau!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.